CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16331|Reply: 48

BAGAI SAKTI : M.NASIR & CT NURHALIZA

[Copy link]
Post time 12-8-2004 11:49 AM | Show all posts |Read mode
merupakan 2nd single dr runut bunyi PGL slps ASMARADANA...lagu berkonsepkan pop melayu dan di suntik elemen muzik Jawa...agak menarik lagu ni...

dah dengar sikit semalam semasa di preview melalui ntv7 semasa berita jam 8pm...pastikan anda menonton ntv7 utk mendengar lagu ni...

tak sabar nak tunggu full album ni dipasaran...

[ Last edited by burung_pungguk on 13-8-2004 at 05:46 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2004 12:00 PM | Show all posts
bila target date utk album ni menemui peminat?

MISHA OMAR pun ader kan dalam OST ni?

best jugak album nie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2004 12:10 PM | Show all posts
aku harap lagu2 dr album runut bunyi film ni boleh @ akan dicalon utk anugerah JUARA LAGU...tak kira la tahun bila..janji dicalonkan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 2004-8-12 12:00 PM:
bila target date utk album ni menemui peminat?

MISHA OMAR pun ader kan dalam OST ni?

best jugak album nie..



misha tkde rasanya kose..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 05:32 PM | Show all posts
rasanya misha pun ada...ada terbaca dlm paper
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 10:46 PM | Show all posts
kenapa aku tak dengar lagi lagu ni bila nak kuar album arrrrrggggggggggggggggggggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2004 12:38 PM | Show all posts
dpt dari berita harian ari ni..


Siti, M Nasir tarikan terbaru PGL




SELEPAS mendapat perhatian ramai untuk single pertama soundtrack filem Puteri Gunung Ledang (PGL), Asmaradana nyanyian Tiara Jacquelina, kini single kedua pula dihasilkan dengan judulnya, Bagai Sakti menerusi gabungan vokal sifu muzik, M Nasir dan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Taruddin.

Asmaradana dijadikan sebagai lagu pengenalan untuk PGL, sementara Bagai Sakti akan dijadikan lagu tema untuk filem epik legenda itu. Filem yang bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 31 Ogos ini juga menyaksikan buat pertama kalinya Nasir dan Siti bergabung tenaga di studio rakaman bagi membantu mempromosikan filem itu untuk lagu temanya.

Tidak pernah sifu dan artis nombor satu negara itu berpadu suara dalam bentuk rakaman, tetapi kini bagaikan ada kuasa sakti yang berjaya menyatukan mereka. PGL menjadi perantaranya. Yang pasti, ia akan membuatkan satu lagi kejutan terhadap imej lagu tema sesebuah filem tempatan sesudah Misha Omar tampil menerusi Pulangkan atas nama Pontianak Harum Sundal Malam.

Bagai Sakti juga memberi kegembiraan kepada M Nasir kerana akhirnya dia dapat berpadu suara dengan komposer berpengalaman itu, apatah lagi untuk satu projek yang cukup bermakna bagi menghiasi lagu latar sebuah filem yang termahal dalam sejarah industri perfileman di negara ini.

Lagu ciptaan Nasir sendiri itu sudah siap dirakam baru-baru ini, dan ia kini sedang dalam proses menyiapkan klip videonya. Muzik lagu berkenaan diambil daripada inti pati muzik Melayu dan Jawa. Untuk filem itu, melodinya saja digunakan sebagai lagu latar manakala vokal Siti dan M Nasir boleh dinikmati menerusi album yang akan dipasarkan.

“Lagu yang saya buat ini ini saya nyanyikan dengan Siti, elemen yang saya ambil daripada muzik Melayu dan Jawa dengan pertimbangannya dalam irama pop,” kata M Nasir pada sidang media di USJ Subang Jaya, Rabu lalu.

Hadir sama, Siti Nurhaliza serta Penerbit Eksekutif PGL, Datuk Shazalli Ramly.

Klip video lagu berkenaan dibuat di lokasi dalam panggung wayang GSC Summit USJ, Subang bagi menggambarkan pertemuan Siti dan M Nasir bersama penonton lain yang sedang menyaksikan PGL di pawagam. Klip video itu diarahkan Virginia Kennedy.

Siti pula berkata, berganding vokal dengan M Nasir untuk rakaman Bagaikan Sakti adalah peluang terbaik baginya dan ia juga adalah kali pertama mereka bekerjasama di studio.

“Sebelum ini, kami cuma dapat bergabung dalam persembahan pentas, jadi apabila dapat peluang untuk berduet dengan Abang Nasir, saya anggap ia satu peluang yang tidak boleh saya menolaknya. Ia menunjukkan saya juga bertanggungjawab untuk sama-sama mempromosikan filem ini, termasuk pasarannya di luar negara nanti.

“Masa mula bekerja dengannya di studio, saya rasa berdebar juga sebab kami tidak pernah merakam lagu bersama sebelum ini. Nasir ada ajar saya sewaktu menyampaikan lagu ciptaannya ini. Tetapi lama juga kami nak carikan kesesuaian tetapi saya dapat panduan vokal untuk melodinya.

“Kira-kira empat hingga lima jam juga untuk siapkan rakaman vokal saya untuk lagu ini. Masalah utamanya dari segi key. Saya dapat key yang tinggi tetapi untuk dia tiada masalah. Bagi saya Abang Nasir seorang peramah, pandai berjenaka dan banyak cakap,” katanya.

Kata Siti, Bagai Sakti adalah lagu kedua nyanyiannya untuk tema filem cereka selepas Paloh pada tahun lalu, selain satu lagu tema lain pernah dinyanyikannya untuk telemovie Air Mata Ibu.

Ditanya apakah dia sendiri tidak berminat untuk berlakon filem kerana hanya asyik menjadi penyanyi lagu tema filem, Siti dengan cepat menjawab, “Bukannya selalu... baru dua filem saja. Pasal lakonan, memang saya berminat dan tunggu masa sesuai. Untuk tahun ini, tidak mungkin sebab jadual saya penuh dengan konsert, kemudian konsert di Brunei dan Indonesia.

“Insya-Allah, jika bersedia nanti, saya akan umumkan. Saya berminat dalam lakonan dan masih menunggu cerita yang sesuai, watak yang sesuai dan diterbitkan menerusi syarikat sendiri, boleh juga saya bekerjasama dengan mana-mana pihak. Saya rasa lebih sesuai kalau dapat pegang watak wanita lasak, jadi budak nakal. Saya hendak bezakan karektor saya dengan realiti sebab orang kenal Siti di luar berlainan dengan dalam filem.

“Kalau hendak terbit sendiri filem, memang saya mahu tetapi tunggu masa yang sesuai,” kata Siti ketika ditemui di lokasi penggambaran klip video Bagai Sakti sebaik saja selepas sidang media.

Sementara itu, Shazalli menjelaskan, lagu tema itu akan dimuatkan dalam album khas untuk promosi PGL dan ia akan dipasarkan serentak pada tarikh permulaan tayangan filem berkenaan.

“Ia adalah salah satu strategi pemasaran kita selepas kita memperkenal lagu Asmaradana ciptaan KRU sebagai single pertama. M Nasir bukan saja sebagai Hang Tuah dalam PGL tetapi penggubah dan penyanyi lagu tema PGL, kita gandingkan dengan Siti.

“Kita harap gabungan yang terbaik akan hasilkan yang terbaik. Kita bangga dengan Nasir dan Siti kerana ini juga kali pertama kita buat filem dan belanja lebih RM20 juta, jadi kita harap dapat beri yang bermutu tinggi, sekali gus menaik taraf filem ini,” katanya.



note: virginia kennedy tak silap aku dah 3 kali menang video muzik terbaik AIM,last skali video klip impak maksima tuh,yg yusry naik stage muka masam mencuka amik award (psl vc dia pun kalah dgn virginia)

muka ct & m.nasir tu apsal cam plastik je aku tengok...mcm org takde perasaan je
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2004 12:44 PM | Show all posts
yg ini harian metro pulak....


Hajat Siti tercapai
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

HASRAT Siti Nurhaliza berduet dengan M Nasir tercapai jua biarpun mereka hanya berpeluang menyanyi bersama untuk lagu tema Puteri Gunung Ledang yang akan dimuatkan di dalam album runut bunyi filem itu nanti.

Lagu tema berjudul Bagai Sakti itu adalah hasil ciptaan Nasir sendiri.

Kelmarin bertempat di GSC, Summit, Subang Jaya, Siti dan Nasir merakamkan klip video lagu itu. Sesuai dengan ‘mood’ filem itu, Bagai Sakti disuntik elemen muzik Melayu dan Jawa serta boleh dikategorikan sebagai lagu pop.

Sebelum pembikinan klip video itu diadakan sidang akhbar yang amat ringkas oleh Penerbit Eksekutif PGL, Datuk Shazally Ramli.

Klip video itu diarahkan Virginia Kennedy yang juga pengarah filem pendek, Pua yang diterbitkan oleh Elyna Effendi.

Sebelum ini Tiara Jacquelina yang juga teraju utama PGL sudah pun merakamkan lagu Asmaradana yang merupakan single pertama dari album runut bunyi itu.

Inilah kali pertama Siti bekerjasama dengan Nasir.

“Melihatkan wajah abang Nasir yang agak serius, pada mulanya sukar untuk memahami perwatakannya. Tetapi semakin saya mengenalinya, rupanya abang Nasir seorang yang kelakar, peramah dan banyak cakap. Tetapi ketika kerja dia kembali serius.

“Saya suka bekerja dengannya. Memang saya teringin hendak berduet dengannya tetapi kerana kami berlainan syarikat maka hasrat itu terpaksa dilupakan seketika kerana kami terikat dengan peraturan tertentu.

“Jikalau kedua-dua syarikat rakaman mencapai persetujuan saya sedia merakamkan lagu duet dengan abang Nasir dalam album studio penuh. Siapa yang tidak mahu berduet dengan komposer terkenal itu. Lagu dia pun menjadi rebutan apatah lagi jikalau dapat menghasilkan album dengannya,” cerita Siti.

Menurut Siti rakaman Bagai Sakti dibuat di studio Syncrosound, Petaling Jaya. Sebelum masuk ke studio dia kena membiasakan diri dengan lagu itu dan beberapa perkara perlu diubah kerana ‘key’ suara Siti tidak sama dengan key lagu yang digubah oleh Nasir.

“Mula-mula saya kena buat ‘vocal guide’ dulu untuk mendapatkan key yang sesuai. Saya juga mengambil masa sedikit untuk membiasakan diri dengan lagu itu. Kami merakamkan lagu itu hampir lima jam.

“Bagai Sakti adalah lagu cinta tetapi dalam klip video itu babak antara kami berdua dirakamkan secara berasingan iaitu seperti klip video lagu Jika dendangan Melly Goeslaw dengan Ari Lasso,” kata Siti lagi.

Sehingga kini Siti sudah menyanyikan dua lagu tema untuk filem Paloh dan terbaru PGL serta lagu tema untuk VCD Air Mata Ibu dan Zaleha Ayam Patah. Jadi bila lagi hendak berlakon?

“Saya memang teringin hendak berlakon tetapi saya mahukan watak sebagai gadis lasak. Kalau ada rezeki saya hendak berlakon filem yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Production,” katanya.



arrggggg...apa ni,dah kuar paper,video klip dah siap,lagu tak dengar pun lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2004 04:28 PM | Show all posts
BERKAT aku TUKAR TUKAR SIARAN RADIO semalam, akhirnya berjaya gak mendengar lagu ini.....

BEST!!!..

Pendapat aku...

Lagu nie ada seninya sendiri, memang berseni.....

BUkanlah jenis lagu yg akan menarik ramai peminat...mungkin kena dengar 2 atau 3 kali baru melekat kat telinga....

Tak pasti akan Jadi Hits atau tidak, tetapi atas nama CT dan M.Nasir pasti hebat... lagipun aku baru dengar sekali, itupun dah nak tidur dah.....so, takleh nak komen lelebih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2004 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by opocot at 2004-8-12 05:32 PM:
rasanya misha pun ada...ada terbaca dlm paper



tak ada..sbb BMG tk bg misha nyanyi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2004 05:48 PM | Show all posts
tqs iscol sbb paste berita tu kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2004 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 2004-8-13 04:28 PM:
BERKAT aku TUKAR TUKAR SIARAN RADIO semalam, akhirnya berjaya gak mendengar lagu ini.....

BEST!!!..

Pendapat aku...

Lagu nie ada seninya sendiri, memang berseni.....

BUkanlah jenis lagu ...

radio mana ko bukak colby....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2004 10:21 PM | Show all posts
nak dgr lagu ni kat mana?
Reply

Use magic Report

yadira This user has been deleted
Post time 14-8-2004 09:58 AM | Show all posts
:music::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2004 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by dulcinea at 2004-8-13 10:21 PM:
nak dgr lagu ni kat mana?


radio mana?tk kan radio thailand lak..
hmm..ko try buka radio muzik..lagu tu selalu kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2004 07:08 PM | Show all posts
thanks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


aRoddC This user has been deleted
Post time 16-8-2004 02:23 PM | Show all posts
Radio Muzik dah siarkan lagu tu hari sabtu
best la jugak xspecially part muzik jawa
tapil lagu ni tak mencabar vokal la sangat
pastu tak serancak ASMARADANA
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2004 11:26 PM | Show all posts
dah download dah lagu ni kat kazaa.. tapi tak dari mula.. mayb sbb org yg record ni tekejut dengar lagu ni dan terus rakam tapi puas atii!!! :lol

ari2 dengar lagu ni... best laaaaaaa

ni lirik diaa

Bagaikan Sakti
Siti Nurhaliza & M Nasir

Siti
aaaa...aaaa
cinta datang
tanpa diundang
seumur masa tercipta

mnasir
dia datang bagai sakti
bagai menyaksi mekar
kembang pagi
ooooohhh

Siti
cinta datang
dgn senyuman
panasnya membakar mentari

siti&mnasir
wajah yg tergambar
tak akan terpudar

siti
dari hati insan yg fana ini
siti&mnasir
fana ini...

mnasir
tak mungkin mentari
akan terus sembunyi

siti
tiada sempadan
tak bisa kulewati

korus (2x)
siti&mnasir
jika ini hakikatnya
aku serahkan jiwa & ragaku

siti
menantimu walau sengsara
siti&mnasir
jika ini ketentuannya

siti&mnasir
jika ini hakikatnya
aku serahkan jiwa & raga
jika ini ketentuannya
kau kan jadi milikku
jua

:music:

[ Last edited by Dark-Ang3L on 5-9-2004 at 11:33 PM ]
Reply

Use magic Report

whoababy This user has been deleted
Post time 6-9-2004 09:21 AM | Show all posts
Not bad la the song...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2004 02:42 PM | Show all posts
dah tengok VC lagu ni kat ntv7 tengahari tadi...kira ok la...ada petikan2 dr film tu...dan ada jgk siti saerah dlm tuh serta ada jgk la model yg aku tak kenal...hhmmmmmmmmmmm!!!

so sesapa yg nak nengokvc tuh, pandang2 jeling2 la ntv7 selalu!!!...diaorg tengah all out utk film ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.103281 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list