CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

Drama bersiri : Angkara Cinta tambah ep lg, jadi 115 episod~ gandingan Hun haqe

  [Copy link]
Post time 7-12-2020 04:34 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 7-12-2020 02:13 PM
Bayi 7 bulan lahir...sihatt walafiat sangattt...dgn rambut tebalnya....hehehh

patut cakap jela cukup bulan..
penulis skrip punnnn
pengarah pun.. jgnla malas sgt..

si Jijie dah tukar statement.. dia kata nak balik rumah lama.. penyewa pun takda..
(hahahaha)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2020 10:14 AM | Show all posts
apa macam uols certia ni, dah masuk minggu ke7...

tambahan 20 episod jadi 90 episod...

mana si Luq pergi????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 10:16 AM | Show all posts
sasapa tau location diorg shooting kat mana ... heheheh

yg meols tahu,

umah baru mariani sekeluarga (umah teres) - no.9 jalan telawi , bangsar

umah kedai (umah lama) - tak silap area gombak

pasaraya milik indah's family  -  M3 Mall, Gombak

sempadan m-sia-Thai (kwsn luq kena culik) - balai polis gombak lama, hutan Gombak

club house - kota seriemas golf and country Club, Nilai

konvokesyen AKN - Hotel Tenera, Bangi

kedai buku Iamlejen - Subang Jaya

banglo indah -

umah Atan/Adira -

tempat kerja remy dan kuncu2 -
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Team luqman...best sangat cite ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2021 12:55 PM | Show all posts
Kpoplovers replied at 22-1-2021 04:39 AM
Team luqman...best sangat cite ni..

ayooooo.... team dak mental tu ... hahaaaaaa

napa tak team haqim....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2021 01:22 PM | Show all posts
PKP: Produksi drama Angkara Cinta 'sangkut' di Ipoh

Pasukan produksi dan pelakon drama Angkara Cinta mengambil keputusan untuk kekal berada di Ipoh, Perak sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu bermula hari ini sehingga 4 Februari.
Pengarahnya, Hadith Omar ketika dihubungi berkata, mereka mengambil keputusan berpindah lokasi penggambaran selepas Selangor dan Kuala Lumpur dilaksanakan PKP pada 13 Januari lalu.

"Sebelum dilaksanakan PKP, kami sudah mendengar mengenai ura-ura itu. Jadi, kami buat pelan B iaitu sambung penggambaran di negeri lain iaitu Negeri Sembilan atau Perak. Tapi, apabila melihat kes di Negeri Sembilan agak tinggi, jadi kami putuskan untuk ke Ipoh. Sehari selepas pengumuman PKP, kami terus bergerak dan sambung penggambaran. Selepas lebih seminggu di sini, Perak pula kena PKP. Jadi, kami terpaksa berhenti. Buat masa sekarang kru dan pelakon masih kekal di Ipoh. Mana tahu mungkin PKP di Perak tak disambung, jadi penggambaran boleh diteruskan.
"Lagipun, kalau kami balik sekarang PKP di Selangor dan Kuala Lumpur baru saja disambung sehingga 4 Februari. Sama juga tidak boleh buat penggambaran. Alhamdulillah, semua kru dan pelakon okay dan dalam keadaan tenang. Lagipun tidak ada siapa menjangka PKP kembali dilaksanakan," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Hadith, drama lakonan Hun Haqeem, Meerqeen dan Wanna Ali itu dianggarkan berbaki 45 hari lagi selepas ditambah 20 episod menjadikan jumlah keseluruhan 90 episod.
"Kalau ikutkan drama ini cuma 70 episod, tapi ditambah menjadi 90 episod. Penggambaran untuk 70 episod sudah selesai dengan mengambil masa 167 hari. Jadi, apabila bertambah 20 episod, ia memakan masa lebih kurang 45 hari lagi.
"Alhamdulillah, sepanjang penggambaran kami okay. Cuma, selepas pelakon Alif Satar disahkan positif Covid-19 tahun lalu, masing-masing ambil inisiatif untuk buat ujian saringan bagi memastikan semua dalam keadaan sihat dan baik.
"Saya sentiasa ingatkan kru dan pelakon supaya patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Malah, saya selalu pesan untuk ambil vitamin dan makanan tambahan. Alhamdulillah, tidak ada yang sakit teruk. Kalau ada demam , saya akan minta mereka ambil cuti.
"Pihak produksi juga nasihatkan kepada pelakon supaya elakkan ambil tawaran berlakon yang banyak. Ini kerana kita tidak akan tahu jangkitan itu dari mana. Jadi, ini sebagai langkah berjaga-jaga kepada semua," katanya.
Hadith juga menjelaskan, kebanyakan lokasi drama itu tidak membabitkan penggambaran di luar.
Angkara Cinta ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima.

sumber : HMetro


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2021 02:27 PM | Show all posts
oh tambah episod..  ingatkan 2 minggu lagi habis..

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial replied at 22-1-2021 12:55 PM
ayooooo.... team dak mental tu ... hahaaaaaa

napa tak team haqim....

Psl ai kagum tgk lakunan hun haqeem yg hebat....x sangka pelakun baru cam dia,boleh berlakon camtu bagus sekali..tu team #teamluqman w/pun asik geram je tgk luq tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kpoplovers replied at 22-1-2021 06:16 PM
Psl ai kagum tgk lakunan hun haqeem yg hebat....x sangka pelakun baru cam dia,boleh berlakon camtu ...

meols sejak luqman ni jadi watak camni.. memang terus xmasuk tengok hun haqeem ni. ade plak hal dgn jijie masa memula tu.. nyampahhh.. meols memang team haqeem from the start!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kpoplovers replied at 22-1-2021 12:39 PM
Team luqman...best sangat cite ni..

Sama. Ada rasa kesian kat dia. Tersepit di tengah-tengah. Mental and baran sebab keadaan la kot. Dengan Mak yang bipolar lagi. Hubungan  dengan wife dia yang terhalang lagi. Geram gak la sebab dia clueless, tak macam Haqeem yang bijak. Tapi clueless2 pun, tetap ada soft spot kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
teenta_maya replied at 22-1-2021 07:00 PM
Sama. Ada rasa kesian kat dia. Tersepit di tengah-tengah. Mental and baran sebab keadaan la kot. D ...

Kan..kesian tgk luq, minggu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
i team haqeem.soft spoken baik hensem.luqman no no.baran gile.hopefully ending haqeem ngan jijie.biarla adiran ngan luqman.mnyampah ngan dedua tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
soondingie replied at 26-1-2021 05:01 PM
i team haqeem.soft spoken baik hensem.luqman no no.baran gile.hopefully ending haqeem ngan jijie.bia ...

Please uols. Ai tak nak Haqeem dengan Jijie yang super gedik dan kuat jeles tu. Barangan terpakai Luqman pulak tu... Haqeem patut dapat heroin lain drp Jijie mahupun Adira. Dua2 tak sesuai untuk dia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
saaya replied at 26-1-2021 07:38 PM
Please uols. Ai tak nak Haqeem dengan Jijie yang super gedik dan kuat jeles tu. Barangan terpakai  ...

Betul tu. Dulu2 suka gak la dgn Jijie tu tp sejak2 dia poyo and terlebih gedik, turn off la tgk dia & Haqeem. Unfair dia layan Adira macam tu sedangkan before ni, diorang bff kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mgu lpsdorg shoot kt area umh i
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
iols syak cerite ni bkl jd 120 episod tgk dr sambutan hangat penonton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2021 08:06 PM | Show all posts
plot twist verangannn drpd meols : ...layannn dan imaginekan..... hehehhh...

Indah gila dan beranggap luq hanya milik dia seorang, cemburu buta dgn luq dan menganggap luq adalah razlan sampai indah jatuh cinta pada luq...(walaupun dianggap ibu susuan kan)... huhuu...

luq ceraikan adira tanpa mengetahui adira mengandungkan anak luq, adira akur dan keluar rumah dan dok umah flet tinggalan jiji dan makcik and aiman

jiji makin obses dgn haqim dan takutkan haqim akan berpaling kpd adira sampailahh jiji mencederakan dan menyerang adira tanpa pengetahuan sesiapa... dan menyebabkan adira keguguran.. (kejadian selepas adira jumpa atan di penjara dan bgtau dia mengandung)

kegilaan indah buatkan mariani ambil kesempatan dan menyakinkan lembaga pengarah yg indah tak mampu buat kerja, lembaga bersetuju dan akhirnya kerusi CEO / KETUA PASARAYA milik mariani... nek milah tak bersetuju dgn tindakan mariani...

nek milah asyik mengenangkan arwah Liza..sampailahh nek milah ingin cuba membantu indah utk kembali pulih

indah mengurung luq dirumah dan mengupah bodyguard utk menghalang luq keluar dr rumah, sampailah AKN cari luq di rumah namun tidak berjaya jumpa luq

sewaktu dikurung, indah cuba menjadikan Luq sebagai razlan dan mengajak luq tidur bersama dgn dia utk mendapatkan anak...

pelantikan mariani sebagai CEO Pasaraya membuatkan Jiji makin menggelitis, Jiji upah orang utk memantau pergerakan adira supaya tidak berjumpa dgn haqim..

haqim pula apabila tahu adira bercerai, cedera, gugur, kena halau, perasaan simpati terus membuak2 kepada adira.. haqim mula melupakan jiji sampai diorg bergaduh, haqim tampar jiji... (gaduh besar)...jiji mengadu kat remy... remy suka kerna boleh ambik kesempatan dgn apa yg berlaku antara jiji dgn haqim ...tp dia dalam penjara....???

adira akhirnya dpt surat cerai drpd Luq yg sah dan surat luahan hati luq menyatakan perkahwinan mereka adalah satu kesilapan, (surat sebenarnya ditaip oleh indah...)...luq minta adira lupakan dia..

indah bagi ubat kat luq buatkan luq jatuh sakit...effect kpd buah pinggang sbb tinggal 1.. luq mulai lemah sbb dikurung oleh indah..

apa yg akan berlaku seterus nyaa...???? heheheeeee...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

mokzan berjaya menyusup ke sempadan hasil bantuan kuncu2 dia yg lain

mokzan upah org utk memantau pergerakan jijie (watak baru) dan org upahan tersebut cuba utk berkenalan dgn jijie.. jiji yg bengang dgn tindak tanduk haqim, cuba utk keluar dgn 'pakwe' baru tersebut tanpa sedar sebenarnya Insp Faizul mengekori pergerakan jiji kerana risau akan mokzan yg belum ditangkap

haqim dpt jwtn baru dlm unit tugas khas, ketua suruh haqim jejak mokzan ke sempadan, sekali lagi lagi mariani n nek milah tak bagi sbb takut kes lama berulang kembali, namun haqim bertegas sbb itu tugas dia dan demi negara..dan kalo berjaya tangkap mokzan, mungkin hukuman remy dikurangkan, (remy boleh keluar penjara awal) : mariani merajuk (protes kat diri sendiri tak nak makan, taknak p kerja) jiji cuba halang haqim pergi ke sempadan dan memaksa faizul ambil alih tugas haqim, tapi tak boleh sbb keduanya berlainan unit.. (faizul nak je ganti tpt haqim tp boss dia tidak benarkan dan hanya haqim akan ketuai operasi mengesan mokzan)

haqim semakin sibuk dgn urusan siasatan dan persiapan ke sempadan...pada masa yg sama sibuk ambil berat pasal adira n family... jijie semakin bengang... dan plan utk buat haqim cemburu dengan keluar dgn 'pakwe baru' (org suruhan mokzan).. bila haqim tahu, haqim sibuk2 nak tau siapa mamat tersebut, namun jiji bgtau itu personal dia... diorg gaduh lagi... haqim terperangkap antara kesian dgn adira and perasaan cemburu kat jijie... (tamak plak haqim... bajet hensem...hero khenssss...ahakzzz)

pn ramlah muncul balik, bila dapat tau kes atan, dia tetap menyalahkan adira... dan dia merancang utk ambil alih pasaraya drpd mariani, lalu berbaik2 dengan mariani and nek milah...

mustika pula berdendam dgn atan sbb atan simbah asid ke tangannya menyebabkan dia lumpuh sebelah tangan, dengan bantuan boifrennya, mustika bercadang nak hancurkan keluarga adira, apabila mengetahui tentang puan ramlah, dia cuba berkenalan dan berbaik dgn puan ramlah tanpa puan ramlah tahu mustika adalah bekas makwe atan....

setelah diceraikan, adira cuba cari kerja semula... dan dia berjaya kerja dgn boss lama jijie (ingat tak boss lama jiji masa jiji jd S/U)...huhuu... boss lama jiji baru nak setup balik company dan memerlukan staff baru, kebetulan dan rezeki adira bekerja dgn boss lama jiji tersebut...

luq dalam kelemahan cuba utk melarikan diri drpd indah, namun gagal... luq semakin lemah dan tidak mampu utk berdiri dgn betul kesan drpd buah pinggang nya yg rosak... indah makin gila.. bayangan puan liza dan razlan muncul dlm hidup dia... indah bercadang nak melarikan diri and bawa luq ke tempat lain... pada satu malam, setelah berjaya pengsankan luq dan bantuan bodyguard, akhirnya indah bawa luq keluar dr banglo dan pergi ke satu tempat lain...namun malangya diorg kemalangan, kereta terbalik dan jatuh gaung....... jeng...jengg..jeng.....

pada malam tersebut juga, haqim akan bergerak ke sempadan, dan sebelum gerak dia ingin jumpa semua mariani, nek milah and jiji.. tp mariani merajuk kunci diri dlm bilik (sehingga mariani pengsan tanpa disedari sesiapa), jiji pun merajuk (dia pergi dating dgn pakwe baru pada malam tersebut), tinggallah nek milah menangis2 menahan agar haqim tak perlu pergi... faizul pun ada sama utk hantar haqim dan haqim berpesan kpd faizul agar menjaga keluarganya sepanjang ketiadaan dia..sbb instinct dia merasakn ada org2 mokzan di sekitar mereka...

sebelum bergerak ke sempadan, haqim sempat lagi jumpa adira...tp adira takde sbb kerja lewat malam, hanya jumpa makcik alisa dgn aiman, .. then bila haqim nak balik, kebetulan adira balik tp dihantar bossnya.. sebenarnya adira baru balik drpd makan malam dgn boss nya serta staf lain.... (haqim cemburu dan terus bertanya siapa lelaki tersebut... adira senyap dan berlalu pergi... haqim sempat capai lengan adira...mata bertentang mata... haqim buat muka kesian... adira clueless.. ..sampailah adira terus masuk ke bilik tinggalkan haqim seorg2 tanpa arah...)

haqim pergi ke sempadan dengan 1001 perasaan yg dipendam...  huhuuu...tanpa sedar dia mengeluarkan air mataa ...(lagu background OST afif termizie)

Jijie? .....selepas dating dgn pakwe baru, akhirnya dia diculik oleh pakwe baru tersebut... (kena culik lagi...) ...dan pakwe tersebut terus bawa jiji dgn grup perempuan lain dalam van yg dah ready utk menuju ke sempadan....namun...otw ke sana, malang tidak berbau berlaku kemalangan ....yg mana kemalangan antara van yg dinaiki jijie dgn kereta yg dipandu indah... (wahhh dramatik tak...??? hehhh...)...

kereta indah masuk gaung dan terbakar, van jijie terlanggar pokok....langgar divider....

.....apakahh yg berlaku selanjutnyaaaa..... jeng...jeng...jeng.....




Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
teenta_maya replied at 26-1-2021 07:44 PM
Betul tu. Dulu2 suka gak la dgn Jijie tu tp sejak2 dia poyo and terlebih gedik, turn off la tgk di ...

Semenjak kerja opis ni dan cintanya dibalas oleh Haqeem kan, mmg turn off lah dengan Jijie ni. Haqeem tu Ai maafkan lagi sbb dia kan manjang berfikiran positif. Luqman buat dia macam2 pun, Haqeem tetap layan baik. Apatah lagi Jijie yg gedik bagi dia kasih sayang tu... Jijie lupa kalau tak ada Adira tak dapatlah dia bercinta dengan Haqeem. Ye dulu bff sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2021 08:07 PM | Show all posts
edayildiz replied at 26-1-2021 11:51 AM
mgu lpsdorg shoot kt area umh i

last week?..kat ipoh.... ka chuolss...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
saaya replied at 26-1-2021 08:07 PM
Semenjak kerja opis ni dan cintanya dibalas oleh Haqeem kan, mmg turn off lah dengan Jijie ni. Haq ...

Memang Haqeem lah yg paling neutral berbanding dgn watak2 lain yg jd mangsa kpd emosi masing2. Dia gak yg paling wise sbb pandai dia deal dgn org2 sekeliling yg mcm2 perangai tu.  Iols ni emo gak bila tgk diorg betul2 in characters . Ada je Haqeem, memang tone down jdnya . Kena la character Haqeem ni dgn Merqeen. Mula2 igt mcm slh character sbb mcm tak in sgt Hun as Luqman & Merqeen as Haqeem. Lama2 br nampak stp character ni develop.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.085167 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list