CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 721|Reply: 0

[Dunia] UK bimbang kesan eksport vaksin terhadap tindakan EU

[Copy link]
Post time 30-1-2021 11:26 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/dunia ... erhadap-tindakan-eu



Perdana Menteri Britain, Boris Johnson ketika melawat makmal bioteknologi Perancis Valneva di Livingston, barat Scotland pada 28 Januari 2021. - Foto AFP
LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melahirkan kebimbangan selepas Brussels menggantung sebahagian perjanjian Brexit sebagai sebahagian daripada skim kawalan eksport vaksin.

Menurut kenyataan dari pejabatnya, Downing Street, Johnson menyatakan kepada Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen menerusi panggilan telefon berkenaan kemungkinan kesan dihadapi terhadap langkah diambil EU membabitkan pengeksportan vaksin.

Skim kawalan eksport EU merangkumi peruntukan untuk menangguhkan sebahagian perjanjian Brexit yang membolehkan barangan melintasi sempadan Ireland.

Sementara itu, jurucakap pejabat Perdana Menteri, berkata Menteri Britain, Michael Gove memanggil Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Maros Sefcovic untuk menyatakan keprihatinan United Kingdom (UK) terhadap kurangnya pemberitahuan dari EU mengenai tindakannya.


"UK kini berhati-hati dalam langkah berikutnya dengan teliti," katanya.

Protokol Ireland Utara dalam perjanjian Brexit membolehkan pergerakan barangan antara anggota EU, Ireland dan wilayah Britain Ireland Utara tanpa memerlukan pemeriksaan kastam di sempadan.

Bagaimanapun menerusi Artikel 16 protokol untuk kedua-dua pihak secara sepihak menangguhkan syarat untuk barang-barang tertentu jika perjanjian itu menjurus kepada sebarang masalah ekonomi, sosial atau persekitaran yang serius yang mungkin akan berterusan.

Brussels pada Jumaat lalu, menggunakan artikel itu sebagai sebahagian daripada skim untuk memantau dan dalam beberapa kes larangan eksport vaksin yang dihasilkan di kilang EU, di tengah-tengah persaingan antara pengeluar gergasi ubat-ubatan Britain-Sweden AstraZeneca terhadap kekurangan bekalan.

Pemimpin Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara, Arlene Foster, menyatakan langkah untuk memanggil Artikel 16 sebagai "tindakan konflik yang luar biasa".

Beliau menuduh EU menggunakan Ireland Utara dengan cara yang paling hina untuk penyediaan vaksin yang dirancang untuk menyelamatkan nyawa.

Malah pemimpin parti SDLP republik, Colum Eastwood, berkata tindakan itu adalah "kesalahan yang tidak seimbang dan serius" oleh EU.

Sementara itu, Menteri Luar Ireland, Simon Coveney dalam ciapan di Twitter berkata, kerajaan sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya EU untuk menyelesaikan masalah ini.

EU mengatakan langkah-langkah itu dibenarkan sebagai perlindungan untuk menghindari kesulitan sosial yang serius berikutan kekurangan bekalan untuk mengganggu pelaksanaan kempen vaksinasi secara teratur di negara anggota.

Kesepakatan itu mengakhiri keganasan selama beberapa dekad antara mereka yang mahu Ireland Utara kekal sebagai Britain dan mereka yang menginginkannya menjadi sebahagian daripada republik Ireland. - AFP

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053370 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list