|
Pelakon Sharifah Sakinah, 32, mendedahkan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya berasal dari Sweden, Michael Hansen, 42.
Bagaimanapun, bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu tidak mendedahkan tarikh pertunangannya secara terperinci.
Meminta ramai agar menghormati pendiriannya, Sakinah atau nama sebenar, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired gembira kerana fasa perkenalannya bersama duda kepada dua cahaya mata itu berjalan dengan harmoni.
“Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir 9 bulan. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang,” katanya.
Adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah ini turut menambah, majlis pernikahan mereka kelak akan diadakan dalam serba ringkas.
“Cuma dari segi persiapan perkahwinan, saya kalau boleh tidak mahu membazir duit untuk majlis itu nanti. Ramai sedia maklum jika berkahwin, ini merupakan yang kedua bagi saya dan Michael.
“Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal pula, Sakinah memberitahu dia tidak rasa tertekan kerana memiliki bekas suami, Aliff Adha yang sentiasa memberi sokongan.
Meski sudah berpisah, namun mereka masih berkawan demi permata hati, Anais Adha.
“Saya tak rasa tekanan pun menjadi seorang ibu tunggal sebab bekas suami saya sangat memahami. Malah dia juga banyak membantu terutamanya dari segi penjagaan anak.
“Misalnya ketika saya perlu lokasi pengambaran, anak akan dijaganya dan kami mempunyai persetujuan yang sangat baik.
“Kami juga tidak ada pergaduhan langsung kerana kalau boleh, tidak mahu merumitkan keadaan,” katanya.
Sumber: Media Hiburan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|