CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2478|Reply: 13

Gaduh di kedai mamak, hanya sebab sudu garfu?

[Copy link]
Post time 24-3-2021 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Gaduh di kedai mamak, hanya sebab sudu garfu?

Sejak semalam, tular di media sosial satu rakaman video pergaduhan di sebuah kedai mamak antara seorang lelaki dan wanita.

Gaduh di kedai mamak


Laman Twitter milik Jabatan Netizen Negara turut memuat naik video berkenaan sehingga menjadi perhatian warganet yang terkejut dengan insiden tersebut.



Ada lelaki datang serang balik

Dari video itu, seorang lelaki warga emas dilihat menjerit ke arah wanit tersebut sebelum ada sentuhan fizikal sehingga suasana menjadi kecoh.

Orang ramai cuba menenangkan kedua-dua pihak sebelum mereka dapat dileraikan. Namun, tidak lama selepas itu, datang beberapa orang lelaki seakan cuba menyerang lelaki warga emas berkenaan yang masih lagi berada di dalam kedai.





Menerusi video itu lagi, beberapa anggota keselamatan dilihat berada di lokasi kedai mamak tersebut dan menahan daripada berlaku lebih teruk kekecohan memandangkan orang awam datang ke situ untuk makan.

Belum ada kenyataan sebenar


Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan berkenaan pergaduhan tersebut dan hanya ada dakwaan-dakwaan yang ditulis di media sosial tentang punca berlakunya kekecohan itu.


Sehubungan dengan perkongsian terebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen di ruangan Twitter Jabtan Netize Negara itu.

Bukan sebab gender, tapi adab!


Ada yang mengecam tindakan wanita itu yang memulakan serangan fizikal ke atas lelaki berkenaan sehingga suasana menjadi lebih tegang dan ada juga menyalahkan warga emas itu yang menjerit ke muka wanita tersebut seakan memulakan pergaduhan.





Pakcik tu jerit dekat muka perempuan tu





Perempuan kalau dah mulakan jangan la play victim







Malu je budak2 tengok







Sumber: Jabatan Netizen Negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 11:45 AM | Show all posts
tunggu laporan penuh netizen..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:47 AM | Show all posts
Jabatan netizen sampah mane pulak nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 12:07 PM | Show all posts
kadang kadang orang tua nak mam ni bukan beradab pun. Kalau kita marah , mula la dia kata kita kurang ajar dengan orang tua
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku masih tak faham.. Walaupun tgk video dah 6 kali.. Benak sungguh aku hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 01:11 PM | Show all posts
sape naik tangan dlu, balai cerita laa
xkisahla tua ke muda ke pompuan ke laki
tp agak kuranghajar la perempuan cmtu. siap naik kaki bagai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2021 01:52 PM | Show all posts
Menurut thread sebelah gaduh sebab cuti tak ada kena mengena dengan kedai mamak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 07:25 PM | Show all posts
so ??? gaduh pasaipa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2021 11:18 PM | Show all posts
sarah82 replied at 24-3-2021 12:35 PM
Aku masih tak faham.. Walaupun tgk video dah 6 kali.. Benak sungguh aku hari ni.

Iol pun sma, video ni mcm xde hjung pngkal. Tahu2 dh mngamuk x tntu psl.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 01:34 AM | Show all posts
Tak pasal2 viral buat malu jer
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 1-4-2021 11:18 PM
Iol pun sma, video ni mcm xde hjung pngkal. Tahu2 dh mngamuk x tntu psl.

Tu la.. Puas telek dan baca komen.. Still tak tau hujung pangkalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 11:39 PM | Show all posts
sarah82 replied at 2-4-2021 07:49 AM
Tu la.. Puas telek dan baca komen.. Still tak tau hujung pangkalnya.

Sbb awl2 video tu tiba2 je pkcik tu mnjerit kat muka prmpuan tu & then video kdua tiba2 ada llaki lain yg marah2 kt pkcik tu. Lgi lh iol x fhm.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2021 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 2-4-2021 11:39 PM
Sbb awl2 video tu tiba2 je pkcik tu mnjerit kat muka prmpuan tu & then video kdua tiba2 ada llaki  ...

Tu la.. Apa sebenarnya yg berlaku.... Tak tau hujung pangkal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 04:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehh apa kesudahan cerita ni
Sapa sudu sapa mangkuk? Sonyap yo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.064899 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list