|
Menjadi kelaziman artis yang mempunyai ramai pengikut di laman media mereka membuat ulasan produk. Sama ada secara solo, berpasangan atau dengan anak-anak, video mereka tetap mendapat banyak tontonan.
Begitu juga apabila pelakon, deejay dan pelawak, Sharifah Shahirah atau Shiera membuat ulasan produk atau sekadar makan bersama suaminya, Ijoy Azhari ianya mendapat sambutan.
Namun, di sebalik seronok menonton telatah mereka berdua, netizen berasa sedikit terganggu apabila Ijoy memakai rantai. Tidak dipastikan rantai apa tetapi alangkah tidak manisnya berpenampilan begitu di sebelah isteri yang sudah bertudung? Di bulan Ramadan pula tu.
Foto G
Bukan satu video sahaja yang mempunyai kelibat Ijoy berada di sebelah isterinya dalam keadaan memakai rantai, tetapi lebih kurang tiga video.
Hal ini membuatkan para pengikut Shiera atau lebih mesra dengan nama Kak Rara menasihati artis tersebut.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang cuba bersangka baik dengan menyatakan kemungkinan Ijoy baru selesai penggambaran drama. Tapi, tak tanggalkan ke?
Foto : IG
Foto : IG
Setakat ini, tiada jawapan balas daripada Shiera, mungkin belum membaca komen-komen tersebut. Orang kata tegur tandanya sayang. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|