Kejadian sebuah kawasan reakrasi dicemari sampah sarap yang oleh pengunjung mencolok mata banyak pihak.
Kredit foto: IG Azizulhasni
Sikap tidak ada kesedaran sivik sekaligus menonjolkan perilaku pengotor pengunjung di sebuah kawasan perkelahan turut mendapat perhatian jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.
Beliau menyindir sikap pengunjung yang masih berperangai seperti orang tidak bertamadun sedangkan dunia kini dalam era kereta terbang.
“Tak kanlah bila bab keluar pergi mana-mana tempat, masih tak reti nak buang sampah di tempat yang sepatutnya? Errr tapi tak ada tong sampah la, macam mana tu?” kata Azizulhasni.
Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2021 berkata, sebagai manusia mereka perlu mempunyai kesedaran sivik tambahan pula Malaysia adalah negara Islam.
Katanya, tidak kira sama ada seseorang itu pandai atau tidak yang penting memiliki akhlak.
Katanya, rakyat Malaysia perlu mempunyai maruah dan tidak membuang sampah membuta tuli.
Mungkin kerana terlalu sakit mata dan sakit hati dengan sikap pengotor yang ditunjukkan oleh pengunjung, Azizulhasni mengajar mereka cara membuang sampah yang betul.
Azizulhasni mahu pihak yang ditegur menerima nasihat yang diberikan.
Pesan beliau, jangan hanya pandai memberi nasihat dan menjadi keyboard warrior apabila orang membuat salah tetapi tidak dapat menerima apabila ditegur.
Sumber: Suara Merdeka
|