CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kenali Artis Kita : Dulu & Kini

[Copy link]
Post time 2-8-2006 02:48 PM | Show all posts

Reply #40 Syd's post

banyak bulu dada dia...  
boleh buat french braid lagi  :ting:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2006 03:05 PM | Show all posts
Fauziah Nawi insan seni serba boleh
Oleh Suzan Ahmad | Foto Koleksi NSTP



Ruang seni mana yang belum pernah dimasukinya. Menyanyi, menjadi penari, juruhebah radio apatah lagi berlakon, semuanya pernah dicuba oleh anak jati Ipoh, Perak ini yang hari ini menjadi tenaga pengajar AF4

WATAK dan perwatakan ibu tua yang malang mahupun perempuan berhati kering memang sudah sinonim dengan dirinya. Dialah Fauziah Nawi - satu nama yang cukup gah dalam dunia lakonan.

Tanyalah ruang seni mana yang belum pernah dimasukinya. Menyanyi, menjadi penari, juruhebah radio apatah lagi berlakon, semuanya pernah dicuba oleh anak jati Ipoh, Perak ini.

Persona serta aura seorang primadona memang terserlah dalam lakonannya baik di pentas, layar perak atau kaca TV. Selain itu, tutur katanya yang teratur dan berhemah pernah menghidupkan suasana konti di Rangkaian Biru, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jiwa seninya mula berakar dalam diri sejak kecil lagi. Ayahnya, Nawi Mukhri, pernah bercerita, Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yah sejak kecil lagi memang seorang yang degil dan kuat semangat. Agak mengagumkan, dia yang pernah menyertai kumpulan duet bersama Uji Rashid dengan nama Suara F, memang terang hati. Malah Fauziah sudah khatam al-Quran ketika masih di sekolah rendah lagi.

Kecekalan serta kesanggupan melakukan apa saya demi meraih kejayaan sudah menjadi miliknya sejak kecil lagi.

Hakikatnya, biar menyedari minatnya terhadap seni tidak direstui ibu, halangan itu tetap dijadikan satu cabaran.

Dengan pengalaman puluhan tahun dalam bidang seni, selayaknya kehadiran Fauziah dalam Akademi Fantasia (AF) musim kedua dan keempat sebagai guru drama usah dipertikaikan lagi.

Setiap hari, jika sempat disaksikan aksinya dalam diari AF4, Fauziah ditugaskan membantu pelajar dalam pengurusan dan penguasaan pentas di dalam setiap persembahan. Dia juga bertanggungjawab membantu pelajar menghayati penguasaan emosi dan pembinaan karektor.

Senario ada pelajar AF menangis kerana kelantangan suaranya itu adalah bukti dia seorang yang cukup tegas, telus dan berterus terang.

揓angan sesekali salah anggap, beginilah diri saya seadanya. Saya bukan seorang yang hipokrit dan sifat garang saya ada sebabnya,
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 12:02 PM | Show all posts

Reply #35 Syd's post

Nostalgia: Nordin terhutang budi kepada Seniman Agung
Oleh Zainuri Misfar


P Ramlee sanggup korbankan watak hero dalam Semerah Padi semata-mata mahu naikkan semula nama beliau

KETIGA-TIGA filem itu menampilkan gaya lakonan Nordin Ahmad yang cukup hebat dan mantap. Walaupun agak keterlaluan untuk dibandingkan dengan pelakon terkenal Hollywood, James Dean, penampilan Nordin seperti menjadi ikon kepada generasi muda masa sekarang.

Ini kerana watak yang dimainkan berjiwa pemberontak. Tegas dan kuat dalam menegakkan prinsip dan perjuangan seperti yang dipaparkan menerusi Taruna (Semerah Padi) dan Dahlan (Gurindam Jiwa).

Nordin juga, dilambangkan sebagai seorang yang tinggi martabatnya, dan tegas mempertahankan maruahnya semasa memikul peranan seorang pedagang bernama Damak dalam filem Sri Mersing.

Sehingga sekarang, apabila mengimbau filem lakonannya, imej hero Melayu klasik sejati bagaikan sudah terpahat pada Nordin Ahmad.

Suka Duka Nordin Ahmad Sebagai Pelakon

TIDAK seperti Seniman Agung tanah air, Tan Sri P Ramlee, perjalanan seni yang dilalui Nordin Ahmad juga kelahiran Pulau Pinang sangat perit.

Percubaan awalnya untuk menjadi pelakon tidak diterima. Semasa tiba di Singapura pada awal tahun 50-an, Nordin dibawa Haji Mahadi berjumpa L Krishnan (Datuk). Pada waktu ini, Haji Mahadi ialah seorang penolong pengarah kepada Krishnan yang sedang mengarahkan filem Penghidupan (1951).

Nordin disuruh menjalani uji bakat (screen test) untuk watak lelaki Sikh dalam filem itu. Hasil ujian tidak memuaskan menyebabkan Haji Mahadi mengambil peranan itu.

Beliau diberi peluang sekali lagi diuji bakat di hadapan seorang lagi pengarah dari India iaitu S Ramanathan. Nordin lulus ujian itu dan diberi peranan penting iaitu Inspektor polis dalam filem Juwita (1951).

Sejak itu, beliau berlakon bersilih ganti dengan tiga pengarah iaitu Krishnan, Ramanathan dan BS Rajhans menerusi filem Rayuan Sukma dan Derita pada 1951, selain Antara Senyum dan Tangis, Shorga Dunia, Aladin, Jiwa Lara dan Manusia (1952).

Dalam filem Permata Di Perlimbahan arahan Haji Mahadi pada tahun 1952, beliau berpasangan dengan Maria Menado dan berlakon sebagai orang muda.

Seterusnya, Nordin diberi peranan sebagai pembantu kepada pelakon utama, terutama dalam filem lakonan P Ramlee seperti Putus Harapan (1953), Ibu (1953), Panggilan Pulau (1954), Perjodohan (1954), Abu Hassan Penchuri (1955) dan Hang Tuah (1956).

Majalah Utusan Filem dan Sport keluaran 22 Julai 1952, menyatakan, Nordin pernah berkata beliau terhutang budi kepada S Ramanathan dan P Ramlee kerana mereka memberi asuhan dan bimbingan amat berguna kepadanya.

Itu memang tidak dinafikan. Jika Ramanathan mencungkil dan menggilap bakatnya, P Ramlee pula berjaya meletakkan Nordin sebagai pelakon handalan. Apatah lagi P Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem Semerah Padi ketika Nordin hampir putus asa untuk meneruskan kerjaya lakonannya.

P Ramlee dikatakan sanggup mengorbankan watak hero dalam Semerah Padi, semata-mata mahu menaikkan semula kelibat Nordin Ahmad di pentas perfileman waktu itu.

Dalam filem itu, beliau memainkan watak Taruna, panglima kesayangan Penghulu Hitam (Daeng Idris). Penghulu Hitam menjodohkan anak gadisnya Dara (Saadiah) kepada Taruna. Sayangnya, Dara menjalin hubungan sulit dengan Aduka (P Ramlee) yang juga rakan Taruna.

Beliau terpilih sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada tahun 1956, iaitu hasil lakonannya yang mantap dalam filem itu.

Selepas Semerah Padi, beliau berlakon dalam filem Anakku Sazali bersama P Ramlee, iaitu filemnya yang terakhir bersama Seniman Agung tanah air. Dalam filem ini, beliau memegang watak Mansor, abang kepada Mahani (lakonan Zaiton). Mereka adik beradik yang rapat. Mansor berkahwin dengan Rubiah (Rosnani Jamil), Mahani pula dengan Hassan (P Ramlee).

Sayangnya, ketika namanya berada di puncak, Nordin Ahmad tiba-tiba diserang penyakit kuning lalu meninggal dunia di Singapura pada tahun 1971. Beliau meninggalkan seorang balu, yang juga pelakon, Salmah Ahmad serta tiga anak, Asmar, Tuah dan Asnor.

Profil Nordin Ahmad
Asal: Permatang Pasir, Seberang Prai, Pulau Pinang
Isteri: Salmah Ibrahim
Anak: Asmar, Tuah dan Asnor
Tahun Meninggal Dunia: 1971 (di Hospital Besar Singapura)
Antara Filem Lakonannya: Semerah Padi, Anakku Sazali, Hang Tuah, Gurindam Jiwa, Sri Mering, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Hang Jebat, Sri Mersing, Siti Zubaidah, Dang Anum, Tujuh, Lanchang Kuning, Laila Majnun, Chuchu Datuk Merah, Gul Bakawali, Tajul Ashikin, Patong Chendana dan Gurindam Jiwa
Filem Arahan: Play Boy, Wan Perkasa, Keranda Berdarah dan Lubang Neraka


INFO: Dialog popular Nordin Ahmad


Filem Semerah Padi (1956)
揃IAR busuk daging ku mamah, asalkan kau terhindar cemar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 01:05 PM | Show all posts
Aspalela masih merdu

Oleh Mohd Nasif Badruddin

LUMRAH hidup, tanpa yang lama, tidak akan ada yang baru. Begitulah juga kitaran hidup anak seni. Tanpa perjuangan yang dirintis penyanyi senior, mustahil untuk penyanyi muda bertapak dan menyinari persada seni tanah air.

Sebagai kesinambungan industri muzik tanah air, tidak sewajarnya penyanyi lama yang pernah mencipta nama dan memartabatkan muzik Melayu asli dipinggirkan dengan pelbagai alasan yang kadang-kala dianggap tidak munasabah.

Bagi penyanyi lagu Melayu asli, Aspalela Abdullah, tiada kata secantik bahasa yang dapat digambarkan apabila dia diberi penghormatan sebagai artis jemputan Pertandingan Akhir Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006 di Angkasapuri baru-baru ini.

?aya amat berbesar hati diundang menjayakan pertandingan ini. Saya berharap ia bukan menjadi penamat kepada usaha murni ini, kalau boleh jangan ditinggalkan walaupun sedikit.

?erilah peluang kepada artis lama seperti saya kerana kami masih lagi kuat dan mampu menyanyi dengan baik. Malah ramai di kalangan kami masih aktif menyanyi di majlis keraian dan keramaian,? katanya ketika ditemui di Angkasapuri baru-baru ini.

Sebelum ini, Aspalela pernah melahirkan kekecewaan kerana namanya digugurkan dalam Malam Simfoni Irama Malaysia di saat akhir oleh RTM. Katanya, persediaan sudah dibuat sejak awal tetapi dia digugurkan atas alasan ?ver run? yang dianggap tidak munasabah kerana program itu belum lagi berlangsung.

Bertitik tolak daripada situ, Aspalela meluahkan rasa sedihnya dengan menghantar surat kepada Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin yang akhirnya mengundang Aspalela ke pertandingan ini.

Aspalela tampil bergaya dengan alunan merdu suaranya bersama Bob AF2 (Yusrizan Yusop) mendendangkan lagu Gurindam Jiwa yang mendapat sambutan hangat. Kewibawaannya menyampaikan lagu Melayu asli tidak dapat disangkal lagi kerana dia adalah antara mereka yang masih lagi aktif menyanyi biarpun dicengkam hebat dengan pengaruh muzik lain.

Katanya, RTM dan muzik Melayu asli begitu sinonim dengannya memandangkan bakat nyanyiannya juga dicungkil dari stesen itu. Malah, dia bergelar penyanyi selepas menjuarai program Bintang Radio 1968 (bahagian asli) di RTM.

?alaupun kurang mendapat publisiti, kami masih lagi aktif dan bertenaga. Apabila ada jemputan kami pasti akan datang dan kalau boleh jemputlah ramai sikit agar lebih meriah dan mengembalikan semula nostalgia.

?agi saya Bintang Asli Remaja adalah permulaan yang baik untuk kita menyemai lagu Melayu asli di kalangan muda-mudi agar ia tidak pupus ditelan zaman.

?emoga penganjurannya dapat memartabatkan kembali lagu Melayu asli ke tempat asalnya dan meningkatkan jati diri kita,? katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 07:41 AM | Show all posts
Nostalgia: Komedi Tompel keras, sinis
Oleh Zainuri Misfar


Jarang tersenyum walaupun sering membawa watak komedi




KADANG kala kita boleh keliru apabila melihat riak wajah AR Tompel dalam filem lakonannya. Kita berasakan filem seperti Keluarga 69 (1966), Anak Bapak (1966), Do Re Mi (1966), Nasib Do Re Mi (1966), Ahmad Albab (1968) dan Laxemana Do Re Mi (1972), hanya filem komedi semata-mata.



TRIO SERASI: Tompel (tengah) bersama P Ramlee dan
Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi.


Tetapi, sekiranya diamati cara lakonan, gerak geri dan mimik muka serta dialognya dia memang kelihatan serius. Dia jarang tersenyum atau ketawa dalam filem yang dibintanginya, sedangkan beliau melakonkan watak komedi. Ada yang berpendapat, corak komedi Tompel sebenarnya kasar, keras dan sangat sinis.

Dalam sejarah filem Melayu klasik, Tompel secara ringkasnya, bukanlah calang-calang orang.

Dilahirkan pada 1917 di Indonesia, Tompel, sebelum melangkah ke layar perak, sudah bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan.

Nama sebenarnya, Aman Ramli Jaafar. Beliau mula terbabit dalam perfileman pada penghujung 1940-an dengan menyertai Malay Film Production (MFP) milik Shaw Brothers.

Antara filem awalnya ialah Nilam (1949), Aloha (1950), Rachun Dunia (1950), Dewi Murni (1950), Bapa Saya (1951) dan Pulau Mutiara (1951). Kebanyakannya sebagai pelakon pembantu iaitu pelawak atau penjarah (penjahat), tetapi pelawak dianggap paling serasi. Menjadi pelawak, beliau kerap digandingkan dengan pelakon komedi terkenal waktu itu seperti D Haris dan Siti Tanjung Perak.

Pada 1948, pengarah BS Rajhan membimbing Tompel dengan kerja sebagai penulis skrip dan pengarahan filem, serta berkawan baik kepada P Ramlee. Sejak itu, keinginannya untuk menjadi pengarah filem meluap-luap.



TINGGAL KENANGAN: Tompel bersama Khatijah Hashim
dalam satu adegan mencuit hati.



Peluang itu datang melalui studio baru ditubuhkan di Bukit Timah, Singapura iaitu Nusantara Film Production. Beliau menulis skrip dan mengarah filem Perkahwinan Rahsia pada 1951, sekali gus menjadi anak Melayu pertama pengarah filem Melayu di Singapura.

Sebelum mengarahkan Perkahwinan Rahsia, Nusantara Film mahu beliau mengarahkan filem Fatimah. Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham dengan syarikat Nusantara mengenai bayaran, Tompel menarik diri daripada mengarahkan filem itu.

Filem Fatimah diserahkan kepada Haji Mahadi. Haji Mahadi kemudian menukar nama Fatimah itu kepada Permata Di Perlimbahan dan diterbitkan syarikat MFP.

Ini menjadikan Haji Mahadi anak Melayu pertama mengarahkan filem di MFP pada 1952. Dalam filem Permata Di Perlimbahan, Haji Mahadi memberi kesempatan kepada Nordin Ahmad dan Maria Menado sebagai pelakon utama.

Tompel secara senyap-senyap terus membantu Nusantara Filem sedangkan beliau masih ada kontrak dengan MFP. Beliau sempat mengarahkan enam filem, iaitu Norma (1951), Sesal Tak Sudah (1952), Chinta Murni (1952), Sehati Serasa (1953) dan Seniati (1953).

Bagaimanapun, tindakannya dapat dikesan dan dipanggil bertemu pegawai syarikat MFP. Beliau memutuskan untuk bersama Nusantara, menyiapkan filem arahannya.

Apabila Nusantara Film ditutup pada pertengahan tahun 50-an, Tompel menyepikan diri. Beliau kembali bergiat aktif dengan kumpulan bangsawan.

Beliau kemudian muncul semula di layar perak pada awal 1960-an bersama penubuhan Merdeka Studio di Hulu Klang, Ampang. Di studio ini, Tompel berlakon filem Tun Tijah (1960), Keris Sempena Riau (1962) dan Selendang Merah (1962).

Pada tahun 1961, Tompel diberi peluang oleh Studio Merdeka mengarahkan filem komedi berjudul Abu Nawas. Filem ini diadaptasi daripada teks sastera Timur Tengah. Malangnya, filem itu tidak mendapat sambutan menyebabkan Tompel menyepikan diri sekali lagi.

Beliau membuat kemunculan semula di layar perak kali kedua pada 1966. Kali ini beliau bergandingan dengan P Ramlee dan Ibrahim Din. Kebetulan P Ramlee masih berminat menghasilkan filem ala-Bujang Lapok.

Lalu, Tompel menjadi sebahagian daripada orang penting P Ramlee. Bergandingan dengan Ibrahim Din, mereka menjadi trio untuk filem Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi.

Sejak itulah Tompel sering menjadi pilihan P Ramlee dalam filem arahannya seperti Laxmana Do Re Mi, Anak Bapak, Gerimis (1968) dan Ahmad Albab. Paling menarik, dalam filem itu, Tompel sering memikul watak sebagai bapa kepada P Ramlee.




Sebenarnya banyak babak A R Tompel dengan P Ramlee sering menarik perhatian penonton. Wataknya seperti Mashood dalam filem Ahmad Albab, sebagai Bakar menerusi filem Keluarga 69, sebagai Amore atau Re untuk filem Do Re Mi akan terus menjadi ingatan kepada penonton.

A R Tompel meninggal dunia pada 1973 kerana kemalangan jalan raya di Setapak, Kuala Lumpur. Beliau dikatakan terus menjadi sumber inspirasi kepada beberapa karyawan hari ini.

Pengarah filem, U-Wei Saari antara karyawan filem sekarang yang mengakui kehandalan dan ketokohan AR Tompel.

Sepanjang riwayatnya, Tompel dikatakan pernah berkahwin tujuh kali, tetapi hanya lima isterinya yang dikesan iaitu P Suriati, Saloma, Jah Ismail, Ruminah Sidek dan Zainab serta mempunyai anak yang diketahui seramai 18 orang.

Perkahwinannya dengan Suriati lahirlah Armaya Aman Ramlie atau AR Badul, bersama Saloma (berkahwin pada 1952) mempunyai seorang zuriat iaitu Armali Aman Ramlie, manakala antara anaknya dengan Mak Mah (berkahwin pada 1960) pula ialah Adlin Aman Ramlie.


PROFIL: A R Tompel
Nama Sebenar: Aman Ramli Jaafar
Lahir: 1917
Asal: Indonesia
Kerjaya: Pengarah, Penulis Skrip dan Pelakon
Filem Arahan: Perkahwinan Rahsia, Norma, Sesal Tak Sudah, Chinta Murni, Sehati Serasa, Seniati dan Abu Nawas
Filem Lakonan: (antaranya) Nilam, Aloha, Rachun Dunia, Dewi Murni, Bapa Saya, Pulau Mutiara, Tun Tijah, Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Laxamana Do Re Mi, Anak Bapak, Keluarga 69 dan Gerimis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 09:06 AM | Show all posts
anak 23 orang
ramai tul

muka anak...semua lebih kurang sama

Acuan gigi jadik trademark

hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2006 10:13 AM | Show all posts

Reply #46 Syd's post

hahaha kat acuan gigi...
badol  macam photocopy dia ye!..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 12:02 PM | Show all posts
Rosnah aktif kerja amal

Oleh Norhadiani Baharom

SEBELUM kemunculan Erma Fatima, Deanna Yusuf, Erra Fazira dan heroin generasi baru, Maya Karin dan Fasha Sandha terlebih dulu Rosnah Mohd Nor, 46, merasai kehebatan bergelar pelakon wanita popular era 80-an.

Seiring peredaran waktu, pelakon yang dulunya digilai kerana tubuh montok dan seksi ini semakin dilupa.

Ternyata, dia mampu menerima hakikat ini kerana sejak mula bergelar artis dia sedar hidup tidak selamanya di atas. Apa yang pasti, kehidupan yang dijalani sekarang lebih membahagiakan dan menggembirakan.

揔ehidupan saya kini tertumpu pada kerja amal. Sekarang ini saya sibuk menyiapkan video korporat untuk Agensi Dadah Kebangsaan (ADK).

揗elalui produksi milik saya, True Event and Network, program pameran dan motivasi Belia Anti Dadah turut diaturkan.

揂ntaranya Kembali Ke Pangkal Jalan dan Sokong Bantu memberi kesedaran dan sokongan berterusan kepada penagih,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2006 01:01 PM | Show all posts
Ahmad Jais masih dianggap penyanyi Singapura
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH




SUDAH 31 tahun Datuk Ahmad Jais kembali ke tanah air, namun masih ramai yang menganggapnya penyanyi Singapura. Bukan sekadar peminat malah bekas pak menteri pun ada yang beranggapan begitu.

Katanya, pernah seorang bekas menteri memanggilnya 憃rang Kuan Yew
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 05:04 PM | Show all posts
CatchingUpWith... Jamil
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 05:19 PM | Show all posts
Azmil tenang dengan kehidupan baru
24-08-2006
Wahida Asrani  

Azmil Mustapha, satu nama yang pernah popular di dalam industri hiburan satu ketika dulu. Siapa yang dapat melupakan filem lakonannya Ali Setan yang sehingga kini masih segar di ingatan setiap genap lapisan masyarakat?

Namun, itu semua cerita lama. Bekas pelakon yang kini berusia 54 tahun itu sudah lama mengucapkan selamat tinggal pada dunia seni. Terbaru, Azmil kini giat berdakwah dan merupakan seorang penceramah bebas sepenuh masa.

"Alhamdulillah, saya sudah lama 'berhijrah' dan sudah lebih setahun saya aktif berceramah. Sekarang, saya lebih tenang dengan kehidupan seharian," ujarnya ketika ditemu bual pada sidang media Karnival Nisfu Syaaban 1427 di Quality Hotel, Shah Alam, baru-baru ini.

Azmil adalah Pengarah Operasi karnival tersebut.

Menurut Azmil, dia sedar tidak ramai yang mengetahui bahawa dia kini bukan lagi bergelar seorang pelakon. Walaupun sudah meninggalkan dunia seni kira-kira enam tahun lepas, anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan ini berkata sehingga kini masih ramai yang menawarkannya untuk berlakon di dalam beberapa buah drama dan filem.

"Bila saya terima tawaran-tawaran tersebut, saya akan membuat solat Istiqarah dan saya akui, hati saya tidak pernah tergerak untuk menerima tawaran-tawaran tersebut dan kerana itulah saya menolak," katanya.

Filem terakhir yang 'terpaksa' dibintanginya ialah Puteri Gunung Ledang, kira-kira dua tahun lepas. Itupun setelah dipujuk berkali-kali oleh Tiara Jacquelina.

"Tiara datang berjumpa saya dan tawarkan watak Pengiran Demak. Saya menolak sebenarnya, walaupun itu adalah watak ulama.

"Apa yang membuatkan saya menerima tawaran tersebut akhirnya ialah kesungguhan Tiara menunaikan sepuluh syarat yang saya kemukakan. Sengaja saya letakkan syarat-syarat yang agak demanding dengan harapan supaya Tiara akhirnya mengalah, tetapi tidak sangka pula dia sanggup terima," ujar Azmil lagi sambil ketawa mengingati semula kenangan tersebut.

Antara syarat yang diletakkan oleh Azmil ialah produksi itu perlu membuat pembayaran sepenuhnya sebelum penggambaran bermula, menyediakan penginapan hotel untuk anak-anaknya juga, menyediakan pengasuh untuk mereka dan tidak mengumumkan namanya sebagai salah seorang pelakon filem tersebut, termasuklah 'kredit' pada akhir filem.

"Tiara benar-benar mengotakan janjinya. Malah, ramai penonton juga tidak menyangka bahawa saya adalah antara pelakon di dalam filem itu kerana nama saya langsung tidak disebut di dalam siaran akhbar dan medium lain.

"Itulah yang terakhir, dan saya rasa cukuplah penglibatan saya di dalam industri ini," katanya.

Bagi Azmil, apa yang ingin dilakukannya kini ialah cuba mendidik masyarakat dengan berdakwah kepada mereka, berbekalkan ilmu yang dikutipnya dari ustaz-ustaz dan kuliah-kuliah agama yang pernah dihadirinya.



Azmil bersama kumpulan Rabbani pada sidang media
'Karnival Nisfu Syaaban' baru-baru ini (Foto: Utusan)


Walaupun sedar pendapatan tidak selumayan dulu, dia tetap bersyukur rezeki yang diterimanya sehingga hari ini tidak pernah putus. Sebagai bukti, Azmil sempat menunjukkan jadualnya yang penuh dengan aktiviti ceramahnya hingga akhir tahun ini.

Sebelum ini, Azmil juga pernah menguruskan Rumah Aman di Shah Alam yang menempatkan anak-anak yatim piatu. Namun, ujarnya, dia kini sudah melepaskan tanggungjawab itu kepada rakan kongsinya seorang warga British dan kini selesa dengan tugas sebagai penceramah.

"Rumah Aman masih beroperasi dan setakat ini ada lebih 30 orang anak-anak yatim ditempatkan di sana. Sebelum ini, sayalah yang mencari lokasi dan menguruskan pembinaannya.

"Saya ambil keputusan untuk berhenti bukan kerana ingin lari dari tanggungjawab, tetapi kerana ada sedikit salah faham dengan rakan kongsi. Itu saja," tambah Azmil.

Azmil tidak tolak jodoh

Dua kali perkahwinan yang dibinanya berakhir dengan perceraian. Perkahwinan pertamanya sekitar tahun 80an hanya mampu bertahan kira-kira enam tahun saja. Begitu juga dengan rumahtangga yang dibinanya untuk kali kedua yang hanya bertahan selama 10 tahun.

"Dua perceraian itu berlaku kerana mereka tidak suka dengan 'perubahan' hidup saya.

"Bekas isteri pertama tidak suka bila saya mula menceburkan diri di dalam industri seni, manakala yang kedua pula tidak setuju dengan tindakan saya untuk meninggalkan kerjaya seni dan memulakan kehidupan baru. Jadi, saya sendiri tidak mampu berbuat apa-apa," kata Azmil.

Azmil mendirikan rumahtangga dengan bekas isteri pertamanya pada awal kemunculannya di persada seni. Malah, ketika muncul dengan filem pertamanya, Mekanik, Azmil sudah pun berkahwin dan mereka dikurniakan seorang anak, Norshamira yang kini sudah berusia 22 tahun.

Manakala perkahwinan keduanya pula, Azmil dan bekas isterinya dikurniakan empat orang anak. Keempat-empat anaknya itu dijaga oleh Azmil sendiri setelah bercerai lima tahun yang lepas.

"Ketika bercerai kali kedua, anak bongsu saya baru mencecah usia empat bulan. Saya ingat lagi, saya tidak dapat keluar rumah semata-mata perlu menjaga anak bongsu saya itu.

"Alhamdulillah, saya tidak pernah rasa tertekan ketika itu walaupun tidak bekerja. Rezeki sentiasa tidak putus," ujarnya menceritakan pengalaman menjaga empat orang anaknya Norazalia, yang kini berumur 15 tahun, Noramalia,14, Mohd Bazli, 12 dan Noralia Iman, 5.

Ditanya sama ada dia akan berkahwin lagi, Azmil menjawab dia sekali-kali tidak akan menolak jodoh yang datang.

"Ada juga yang pernah datang pada saya, tapi saya menolak kerana tidak menepati ciri-ciri yang saya mahu. Saya harap, biarlah jodoh yang datang adalah seorang wanita yang mempunyai agama yang kuat," kata Azmil.

Bila ditanya jika anak-anaknya ingin mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon, Azmil sambil tersenyum menjawab:

"Saya tidak berani cakap tentang masa depan mereka. Memang kalau dilihat anak bongsu saya pun sudah menunjukkan minatnya menyanyi.

"Tetapi, apa yang saya lakukan ketika ini adalah sentiasa berikan didikan agama kepada mereka dan harapan saya, bila mereka dewasa, mereka dapat berfikir apa yang baik untuk mereka," jelasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 05:37 AM | Show all posts
Penghijrahan Azmil Mustapha
Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN

SATU ketika dahulu namanya cukup dikenali. Sebut sahaja Ali Setan, pasti wajah tampannya terbayang. Itulah Azmil Mustapha, 20 tahun yang lalu.

Tetapi setelah membintangi lebih 20 buah filem termasuk Ali Setan, Suara Kekasih dan Mekanik tiba-tiba bapa kepada lima orang anak ini hilang tanpa berita.

Ramai tertanya-tanya ke mana perginya Azmil yang pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-6 (1986) menerusi lakonannya dalam filem Ali Setan ini. Kesempatan menemuinya pada sidang akhbar Karnival Nisfu Syaaban baru-baru ini dalam nada tenang Azmil menceritakan penghijrahannya.

Berjubah dan berserban putih, Azmil kini kelihatan lebih matang dan jauh berubah sikap.

揝aya telah nekad berubah sejak enam tahun lalu. Inilah penghijrahan saya.

揃ukan senang nak berubah, kita kena perlahan-perlahan. Memang sukar pada mulanya tapi semuanya terletak pada diri sendiri.

揝alah satu caranya, saya memutuskan hubungan dengan kawan-kawan dalam industri seni. Sebab itu ramai tak dapat berjumpa dengan saya. Bukannya kerana apa, itu salah satu cara terbaik. Dan keputusan itu satu tindakan yang betul kerana saya nampak hasilnya,
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 08:14 AM | Show all posts
Nostalgia: Haji Mahadi pengarah Melayu pertama
Oleh Zainuri Misfar


Pertama Di Perlimbahan keluaran Malay Film Production buktikan anak Melayu mampu arah filem dengan baik

NAMA Haji Mahadi terpahat dalam catatan sejarah filem Melayu sebagai pengarah filem tempatan pertama menerusi filem arahannya iaitu Pertama Di Perlimbahan yang dikeluarkan oleh Malay Film Production pada 1952.

Filem ini membuka satu langkah baru kepada pengarah tempatan lain, terutama pengarah Melayu. Sebelum ini bidang pengarah filem dipelopori pengarah luar, terutama dari India dan Filipina.

Filem Permata Di Perlimbahan dibintangi Nordin Ahmad yang berlakon buat pertama kalinya di sisi Maria Menado, Salmah Ibrahim, J Husny dan Suud Jr.

Pembabitannya dalam dunia filem dikatakan sebagai kebetulan, apabila beliau tampil sebagai pelakon tambahan dalam filem Penghidupan pada 1951. Filem terbitan Malay Film Productions (MFP) diarahkan oleh (Datuk L Krishnan) dengan pelakonnya P Ramlee dan Rokiah.

Sebelum itu, Haji Mahadi pernah bekerja sebagai wartawan di akhbar Utusan Melayu pada 1939 ketika berusia sekitar 25 tahun. Di MFP, beliau sebenarnya tidak terus menjadi pelakon, tetapi bermula sebagai penterjemah, sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan penolong pengarah.

Bermula dari situlah, dengan masa yang dianggap singkat beliau dilantik menjadi pengarah utama dengan mengarahkan filem Pertama Di Perlimbahan.

Bagaimanapun, menyedari kebolehannya sebagai pengarah filem belum kukuh, beliau enggan meneruskan tugas itu.

Beliau secara jujur pernah pernah berkata: ?aya perlukan pengalaman yang lebih lama.?

Selepas itu, Haji Mahadi kembali berjuang dalam seni lakonan. Hajatnya tercapai apabila beliau ditawarkan berlakon filem Istana Impian (1953) dan Hujan Panas pada 1954.

Filem Hujan Panas agak istimewa kerana menyebabkan beliau mendapat gelaran seniman pembantu pujaan yang diberi berdasarkan satu undian nasional.

Sejak itu beliau disanjung sebagai seniman serba boleh dengan mendukung peranan dalam beraneka cerita dan ragam, daripada orang tua, muda, baik, miskin, kaya dan sultan, semuanya dapat dilakonkan dengan baik.

Walaupun menerima sanjungan, Haji Mahadi tetap seorang yang merendah diri. Beliau tidak mudah lupa daratan, terutama kepada keluarga dan rakannya.

?iada perkara yang dapat menyenangkan dan menggembirakan hati saya selain melihat keadaan aman dan tenteram kaum keluarga dan sahabat handai saya,? katanya.

Ketika zamannya, isu kafir mengkafir hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila beliau terbabit dalam bidang seni.

"Hukum agama kita, yang diakui Allah itu luas. Mengapa mesti disempitkan?" katanya apabila diminta mengulas isu itu.

Haji Mahadi daripada keluarga alim

KETOKOHAN Haji Mahadi sewajarnya tidak patut dilupakan dalam perfileman nasional tanah air.

Kemunculan awal beliau atau nama sebenarnya Haji Mohd Mahadi Haji Mohd Said dalam dunia filem Melayu agak unik.

Kalau orang lain seperti P Ramlee, S Roomai Noor, Omar Rojik atau M Amin menjadi pelakon terlebih dulu sebelum dilantik sebagai pengarah.

Bagaimanapun, Haji Mahadi bermula sebagai pengarah kemudian menjadi pelakon.

Beliau menjadi pelakon selepas mengarahkan filem Permata di Perlimbahan, tetapi berasakan dirinya masih kekurangan pengalaman, beliau enggan meneruskan kerja itu.

Sebaliknya beliau memilih menjadi pelakon saja. Pada mulanya hanya sebagai pelakon pembantu saja dan filem pertama lakonannya ialah Hujan Panas. Sejak itu, dia mula melakonkan pelbagai watak.

Malah Haji Mahadi terkenal dengan watak sebagai seorang Sultan. Antaranya, menjadi Sultan Mansur Shah dalam filem Hang Tuah pada 1956; memegang watak Tun Jana Khatib menerusi filem Singapura Dilanggar Todak (1962); menjadi raja untuk Indera Bangsawan atau sultan dalam filem Raja Laksamana Bintan (1959).

Beliau pernah melakonkan watak iblis dalam filem Iman (1954), sebagai Pak Lebai menerusi filem Budi Dan Dosa (1963), atau seorang kaya yang tamak haloba dalam filem Ribut (1956). Bersama P Ramlee dan S Kadarisman, Haji Mahadi sebagai Abdul Wahab menerusi filem Tiga Abdul (1964).

Haji Mahadi mengakui orang seni tidak semestinya datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang seni. Kemunculan beliau membuktikan ada orang seni datang daripada keluarga yang kuat pegangan agamanya.

Ini kerana bapa beliau adalah seorang yang alim dan warak serta terkenal sebagai pendukung kemuliaan agama yang murni.

Kemuliaannya masih disanjung hingga sekarang. Haji Mahadi adalah salah seorang anaknya yang lahir di Kampung Merbuk, Negeri Sembilan pada 1914. Beliau kemudian menuntut ilmu di Makkah sejak berusia 13 tahun.

Beliau anak kelapan daripada 15 beradik. Antara saudaranya ialah Ahmad Mohd Said iaitu bekas Mufti Besar Negeri Sembilan; Redza sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan Malaysia dan Abdul Rashid seorang guru agama terkenal di Singapura dan Malaysia.

Haji Mahadi dikatakan anak paling disayangi. Ciri-ciri fizikalnya seperti berwajah tampan dan berkulit cerah kekal hingga ke akhir hayatnya. Beliau tidak mensesiakan pengetahuannya dalam ilmu agama kerana banyak murid yang berguru dengannya.

Selang beberapa tahun kembali dari Makkah, Haji Mahadi menukar haluan hidupnya.

?ukan kerana saya tak suka menjadi guru agama, tetapi, ialah sebab pada ketika itu saya rasa diri saya serba kekok kerana dipuja orang yang lebih tua daripada saya,? katanya.

Beliau pernah ditanya apa bezanya seorang tokoh agama dengan pelakon, dan menjawab, ?ara pemujaan antara kedua-dua itu berbeza.?.

Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Haji Mahadi pernah berlakon hampir 76 filem. Antara yang dikenali ialah Hang Tuah (1956), Indera Bangsawan (1961), Si Tanggang (1961), Budi Dan Dosa (1962), Tiga Abdul (1964), Jebat Maut (1967) dan Raja Bersiong (1967).

Profil

Nama Penuh: Haji Mohd Mahadi Haji Mohd Said
Asal: Kampung Merbuk, Negeri Sembilan
Tahun Lahir: 1914
Pendidikan: Madrasah al-Falah, Makkah
Tahun Meninggal Dunia: 20 Februari 1983
Filem: (Antaranya) Iman (1954), Sumpah Orang Minyak (1958), Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Raja Laksamana Bintan (1959), Lela Manja (1960), Isi Neraka (1960), Singapura Di Langgar Todak (1962), Tiga Abdul (1964), Dayang Senandong (1965), Anak Buloh Betong (1966) dan Raja Bersiong (1967)
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 08:16 AM | Show all posts
Salleh Ghani hero filem Melayu pertama

Oleh Hartati Hassan Basri

PENGARAH filem Seri Mersing, Allahyarham Salleh Ghani yang genap 20 tahun meninggal dunia pada 20 Ogos lalu, dipilih tokoh pertama untuk program Bual Bicara Seniman pada 9 September ini.

Program anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu akan mengulas mengenai kehebatan beliau sebagai pelakon, pengarah dan juga penulis pada zaman kegemilangannya di era 50-an dan 60-an bersama empat ahli panel.

Mereka ialah Presiden Gafim dan Seniman, Datuk Mustapha Maarof; isteri Allahyarham yang juga pelakon veteran, Raja Hamidah Raja Saat manakala dua lagi panel pengkritik filem dan ahli akademik. Perunding Skrip Finas, Aimi Jarr bertindak selaku moderator.

Setiausaha Kehormat Seniman, Yusof Kelana berkata, program Bual Bicara Seniman adalah aktiviti terbaru Seniman dalam usaha meningkatkan apreasiasi dan pengiktirafan terhadap mereka yang pernah mencipta kejayaan dalam zaman kegemilangan filem Melayu era 50-an dan 60-an.

Katanya, ia juga mampu menyuntik kefahaman dan berkongsi rasa terhadap pengalaman, susah payah, pahit getir bintang filem terdahulu dalam mengukir nama sebagai bintang filem dan pengarah ketika zaman serba kekurangan tetapi mampu mencetuskan era kegemilangan filem Melayu.

?eniman sentiasa menyedari keperluan memperingati tokoh yang pernah terbabit dalam dunia perfileman tanah air sejak era 50-an sama ada yang masih hidup atau sudah tiada supaya tidak dilupakan generasi kini.

?engarah Seri Mersing itu dipilih sebagai orang pertama kerana sempena memperingati genap dua dekad kematiannya pada 20 Ogos lalu.

?ungkin ramai yang lebih mengenali beliau sebagai pengarah tetapi sebenarnya Allahyarham adalah hero filem Melayu pertama selepas zaman Perang Dunia Kedua. Kelebihan ini harus diambil kira dalam memperkatakan bintang filem era 40-an.

?llahyarham juga aktif menulis skrip dan mengarah filem. Beberapa filem arahannya berjaya memberi impak kepada masyarakat terutama filem pertama arahannya, Sri Mersing pada 1960 dan Jalak Lenteng (1961).

?engalaman beliau dalam dunia filem amat berharga dan harus dikongsi masyarakat filem zaman sekarang. Ketika hayatnya, beliau juga adalah penulis cerpen, novel dan kolumnis akhbar,? katanya.

Bual Bicara Seniman ini akan diadakan di Pawagam Mini P Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang pada 9 September, jam 10 pagi. Program ini turut mendapat kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Yusof berkata, segala persiapan untuk program pertama itu berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang cukup baik daripada keluarga Allahyarham.

Katanya, barang-barang milik peribadi beliau serta hasil karyanya juga akan dipamerkan kepada orang ramai pada hari itu.

?elain ahli panel yang dipilih, saya juga mengambil kesempatan ini menjemput mana-mana pihak yang mempunyai pengalaman atau cerita menarik bersama Allahyarham supaya dapat hadir untuk berkongsi bersama orang lain.

?ni adalah program permulaan dan ia akan diteruskan dengan tokoh lain dan akan diadakan dua bulan sekali. Bagaimanapun buat masa ini belum ada cadangan untuk tokoh kedua tetapi mereka yang berada dalam senarai cadangan Seniman ialah Datuk Ahmad Mahmud, Hussain Haniff, Nordin Ahmad, Datuk Maria Menado, Neng Yatimah, Datuk Mahmud June, Datin Rosnani Jamil, A R Tompel, Shariff Medan, Roseyatimah dan Normadiah.

?idak ketinggalan Kasma Booty, Datuk Jamil Sulong, Datuk Sarimah Ahmad, Ibrahim Pendek, Saadiah, Datin Rosnani Jamil, M Amin, Salleh Kamil, S Sudarmaji, Aziz Sattar, Latifah Omar, Mak Enon, Daeng Idris, Datuk Mustapha Maarof, Datuk Jins Shamsuddin, Zaiton, Hussein Abu Hassan, HM Busra dan Ahmad Nisfu,? katanya.

------------------------------------

just fyi - arwah salleh ghani ni -- anaknya adam salleh
journalist dari Harian Metro --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 09:28 AM | Show all posts
yup, yang nick dia Jarum Emas tuh

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 09:57 AM | Show all posts

Reply #55 Syd's post

ohhhhhhhh
jarum mas dia ka????

tak tau syd...  thanks syd...

sapa pulak yang siti jarum  
ke - siti apa tu??
yang cakap pasal durian dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2006 09:59 AM | Show all posts
saya minat sangat dgn siti jarum.
tulisan dan gaya pemikiran dia lain dari yang lain.
dia ckp selamba jerk.

siti jarum aka Ku Seman

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-9-2006 09:59 AM
saya minat sangat dgn siti jarum.
tulisan dan gaya pemikiran dia lain dari yang lain.
dia ckp selamba jerk.

siti jarum aka Ku Seman



:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2006 11:08 AM | Show all posts
Bongkar keistimewaan Salleh Ghani

Oleh Norhadiani Baharom

KETIKA hayatnya , Allahyarham Salleh Ghani seorang yang sangat 憀ow profile
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2006 11:15 AM | Show all posts
Pak Jamil puas jadi orang filem
Oleh Rozdan Mazalan


Kerusi roda, isteri, anak dan cucu teman setia bagi menghabiskan sisa hidup selepas menjangkau usia 80 tahun

BELIAU berasakan dirinya bertuah kerana segala perjalanan hidupnya sentiasa mendapat restu daripada isteri dan anak-anak sehingga memiliki segala hajat di hati.


SAAT MANIS: Jamil bersama isteri dan rakan artis
sempena meraikan ulang tahunnya ke-80.

Dari raut wajah pengarah yang mula dikenali sejak filem pertama arahannya Batu Belah Batu Bertangkup, Pak Jamil nampak terharu apabila dirai meriah oleh isteri, anak, cucu-cicit dan rakan artis terdekat pada majlis hari jadinya baru-baru ini.

Pada usia sebegini, Pak Jamil tidak lagi aktif di dalam bidang perfileman dan sempat menyempurnakan filem terakhir arahannya, Raja Melewar pada 1998. Seharian hidupnya, kerusi roda yang menjadi teman selain isteri dan anak-anak terutama untuk bergerak ke mana-mana bagi menghabiskan sisa hidup, selain sering mengenang pembabitan dunia filem yang diceburinya dapat diwarisi oleh generasi lain mengikut peredaran zaman semasa.

Pak Jamil yang terkenal sebagai pengarah filem, banyak mendidik masyarakat mengenai hukum alam menerusi pengisian dalam cerita filemnya. Sebanyak 30 judul filem yang pernah dihasilkannya termasuk seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Laksamana Bentan, Si Tanggang, Isi Neraka, Raja Bersiong, Bidasari, Dayang Senandong, Kaca Permata, Ranjau Sepanjang Jalan, Jasmin dan Sumpahan Mahsuri.

Beliau juga terkenal sebagai penulis lirik lagu yang kebanyakannya dinyanyikan Tan Sri P Ramlee seperti Tiada Kata Secantik Bahasa, Engkau Laksana Bulan, Berkorban Apa Saja, Sekapur Sirih Seulas Pinang, Istana Cinta, Anakku Sazali, Dengar Ini Cerita dan Iyo Iyo.

Selain isteri beliau, Datin Rosnani Jamil serta anak-anak mereka, antara rakan artis yang hadir meraikan bersama ulang tahun Pak Jamil seperti Datuk Mustapha Maarof, Aziz Satar, Datuk Yusof Haslam, Datuk Ahmad Nawab, Zulkifli Zain, Normala Omar dan Harun Salim Bachik.

Jamil yang menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) membawa gelaran Datuk pada 2001 juga pernah menerima Anugerah Tokoh Seniman Perfileman dan Anugerah P Ramlee di Festival Malaysia (FFM) ke-14 pada 1999.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.117961 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list