CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MOONkerBULAN

UPB MYTEAM FC

[Copy link]
Post time 13-2-2008 09:22 AM | Show all posts
PROMOSI...
raket yonex nanospeed 9000...harga pasaran RM 500-800..dapatkan pada harga  RM 200 sahaja...berminat pm aku..stok terhad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2008 03:21 PM | Show all posts

Reply #641 nizam_muse's post

ni apa kaitan nih?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 09:11 PM | Show all posts
UPB-MyTeam mohon tarik diri Piala Malaysia akibat masalah kewangan

PETALING JAYA: UPB-MyTeam mengesahkan untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia musim ini kerana menghadapi masalah kewangan.

Pengerusi Urus Setia Pertandingan Tempatan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh berkata, FAM sudah menerima surat rasmi permohonan tarik diri daripada pengurusan UPB-MyTeam baru-baru ini yang memberi alasan menghadapi masalah kewangan.

UPB-MyTeam adalah kelab gabungan antara Kelab Bola sepak UPB Perak dan MyTeam yang ditubuhkan selepas kejayaan program televisyen realiti “MyTeam”. Ia kini menduduki tangga ke-11 daripada 14 pasukan dalam Liga Super dan mempunyai enam baki perlawanan sebelum Liga Super musim ini berakhir.

"Kita mengambil keputusan untuk memanggil pengurusan UPB-MyTeam untuk membincangkan perkara ini kerana penarikan diri ini akan mendatangkan banyak implikasi sama ada kepada perjalanan Piala Malaysia, pasukan, pegawai, dan pemain," katanya.

Saingan Piala Malaysia pula akan bermula pada 25 September 2009.

Selain UPB-MyTeam, FAM juga menerima maklumat tidak rasmi bahawa beberapa pasukan yang bertanding dalam tiga Liga Malaysia - Liga Super, Premier dan Presiden - bakal mengikut jejak langkah UPB-MyTeam.

"Ada pasukan yang bertanding sudah tidak mampu membayar gaji kepada pemain-pemainnya dalam Liga Super, Premier, dan Presiden. Buat masa ini, secara rasmi, pihak kami hanya menerima penarikan diri daripada UPB-MyTeam," katanya.

Mengenai mesyuarat yang membincangkan titah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, supaya dikaji balik format pertandingan Liga Malaysia dengan melakukan perubahan drastik, Che Mat berkata, faktor kewangan yang kukuh dalam sesebuah pasukan yang bertanding adalah faktor terpenting menyumbang kepada format pertandingan yang baik.

Sebelum ini, FAM mencuba pelbagai format pertandingan tetapi faktor kestabilan sumber kewangan sesebuah pasukan adalah elemen terpenting untuk memastikan perjalanan pertandingan berjalan lancar tanpa masalah, katanya.

Che Mat berkata, setiap pasukan memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM2.5 juta untuk satu musim.

"Ini adalah perbelanjaan paling minimum. Ia meliputi perbelanjaan kos pengangkutan, penginapan, gaji, elaun, dan lain-lain lagi untuk sesebuah pasukan.

"Jika, sesebuah pasukan tidak memiliki dana sebanyak itu setiap musim, bagaimana pasukan-pasukan ini hendak bertanding dengan baik. Keadaan ini ditambah dengan kepayahan mendapat tajaan sektor swasta," katanya.

Beliau juga berkata, langkah melarang pemain asing mewakili pasukan dalam Liga Malaysia musim ini memberi kesan positif kepada pasukan khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan mereka. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 12:43 PM | Show all posts
paham paham jerlah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 12:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 17-2-2011 07:51

sayang kelab ini berkubur.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 07:52 AM | Show all posts
ini akibatnya.... kelab diuruskan oleh orang politik.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2011 02:40 PM | Show all posts
Masa diorg buat match lwn state johoe thun 2006 klu tk silap...
Rmai jgk yg gi larkin stadium tgk.
Thrmasukla aku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 11:32 AM | Show all posts
Tinggal Sejarah.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.060497 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list