CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iscol_klang

m.nasir - album baru SANG PENCINTA (review mula dari page 6)

[Copy link]
Post time 3-6-2006 11:46 PM | Show all posts

BAHTERA RAUDAH

Sedari ada yg yg menarik ke bawah
sedari ada yg memasang jala
sedari ada kekuatan dirimu
sedari siapa dirimu

mimpi ini milik kita
izinkanlah bonda...anakanda pergi
berjuan.....
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 4-6-2006 07:02 PM | Show all posts
Sori kalau aku teremosi, tapi selepas mendengar album ni beberapa kali, aku rasa teramat la gempak nyer album ni. First listen, dah impressed giler. Aku rasa ni album M Nasir yang paling sesuai untuk dibawak berjalan pusing-pusing KL. Upbeat, dramatic dan passionate.

Bermula dengan Juwita...(Citra Terindah) yang memberi nafas untuk keseluruhan album ni. Bermula dengan strumming akustik diikuti drum Motown beat, dan phrasa "Bagaimanakah aku gambarkan, rasa yang membakar jiwaku, tiada kata yang tak klise, bagai habis bahasa bermutu" cukup menggambarkan mood keseluruhan album. Album tentang cinta, kehidupan dalam bentuk yang puitis, dengan muzik yang segar, dan benar-benar menggambarkan M Nasir.

Lagu seterusnya yang menjadi perhatian, Tujuh Nafas Lagi. Lagu yang ada ciri2 swing dan rockabilly ala band Brian Seltzer, Stray Cats.

'Vendeta' mengimbau semula zaman Kembara, dengan singalong chorus dan lirik yang agak kriptik.

Epik Bahtera Raudah, dengan gitar solo, dan strings orchestration, dan sitar, memang lagu yang kalau masuk Juara Lagu dan tak menang, memang pelik.

Lagu favourite aku, Destinasi: Eternity.

Entah kenapa lagu yang mempunya Dambaan didalam tajuk membuatkan aku terpaksa menekan skip, tapi apabila didengar "Setiap Dambaan" kemudiannya, lagu ini antara lagu terbest. Bermula dengan piano, dan melankolia suara M Nasir,  seperti David Gray. "Menyanyi la la la la, bersajak la la la la" kemudian bertukar menjadi satu rock anthem yang sesuai dinyalakan pemetik api.

Apa Lagi, lagu protes M Nasir, dengan lirik "Tidak semua jalan menuju ke Kota Rome", dan "apa lagi yang kau mahukan mata dalang tiga segi",  memang uber kriptik. Memang kena bukak buku pemahaman puisi kalau nak paham. Tapi driving beat lagu ni membuatkan ianya antara lagu yang terkesan.

dan "Balada seorang teman", bagi aku lagu terbaik album ni.

Aku tak tahu album Melayu yang boleh menjadi pengukur album ni, kecuali album Saudagar Mimpi dan album Suhaimi Meor Hassan, dalam kelas yang tersendiri. Tetapi bagi peminat-peminat lagu omputih, mungkin anda boleh melihat shades of the greats dalam album ni, dari Nick Cave ke Scott Walker. Dan buat masa ni, biarlah aku ketepikan sekejap album senang dengar Zarina (tetap best walaupun Maestro hampeh) dan  memberikan ruang kepada album ni.

11/10.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2006 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by Amirdaa at 3-6-2006 11:40 PM
uiissshhh sayangnyer... saper pinjam tuh??
konsert akar nyer CD aku sayang bangat...heheheehe org nk pinjam... aku x bg... aku suh org tuh beli sendirik...
k

membe aku la.dia ajak aku perform time diner.aku ckp kalo nk suh aku nyanyi aku nk lagu m.nasir.tu yg dia pinjam cd tu nk blajar lagu m.nasir.sudahnya lesap.tk abih lagi aku hangin.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 10:43 AM | Show all posts
Tujuh nafas lagi tengah bermian-main dalam kepala otak aku skang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 11:33 AM | Show all posts
"kau tanya bilangan nama mu ku sebut,
jawabnya hanya sekali lafaz tak terputus..."
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 09:55 PM | Show all posts
Originally posted by elkasih at 4-6-2006 07:02 PM
Apa Lagi, lagu protes M Nasir, dengan lirik "Tidak semua jalan menuju ke Kota Rome", dan "apa lagi yang kau mahukan mata dalang tiga segi",  memang uber kriptik. Memang kena bukak buku pemahaman puisi kalau nak paham. Tapi driving beat lagu ni membuatkan ianya antara lagu yang terkesan.

All roads lead to rome (semua jalan menuju ke rum) - Masa empayer rum di kemuncak, ia jadi pusat dunia. Hari ni empayer baru Amerika lebih hebat lagi jadi pusat spiritual dan material. Mata dalang tiga segi tu refer pada tiga segi (piramid) dengan mata pada duit Amerika, yang dikata petanda konspirasi maha besar  Freemason -> tema masih sama dengan lagu dalam canggung dan lagu rantai (Wings).

Apa pun lagu tu best.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2006 02:58 AM | Show all posts
aku dh suka lagu bahtera raudah...best gilos... :love:
:bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2006 10:09 AM | Show all posts

review harian metro arini..

M.Nasir ubah arah

Sebagaimana anda semua, saya juga tertanya-tanya, kenapa M Nasir tiba-tiba berubah arah apabila muncul dengan album barunya berjudul Sang Pencinta ini.

Sejak sekian lama kita dihidangkan dengan muzik Nusantara Nasir bersulam etnik sejagat bersama bunyian perkusi yang padat, apa yang diperdengarkan di dalam album ini jauh berbeza.

Sang Pencinta menjadi album bernuansakan pop rock bersama adunan beberapa elemen muzik lain termasuk Brit Pop yang sangat berkesan sekali pengaruhnya terutama menerusi single pertamanya, Juwita...(Citra Terindah).

Susunan muziknya agak ringkas, mudah didengar serta memiliki bunyian yang segar, menarik, unik dan sedap didengar.

Persoalannya, mengapa dengan perubahan ini? Itu yang bermain di fikiran saya dan barangkali juga anda semua.

Saya pernah tanya Nasir hal ini. Katanya, perubahan itu tidak bersebab. Sebaliknya, ia hanya sekadar perubahan mengikut mood dan keadaan semasa.

Namun, bila berpeluang mendengar keseluruhan album ini, saya rasa jawapan itu sama sekali tidak mengandungi kebenaran yang total.

Hakikatnya, memang sengaja Nasir tampil dengan genre muzik sebegini. Saya melihat ia satu strategi yang disusun dengan cukup halus dan bijak sekali.

Seperti yang sedia kita ketahui, sebahagian pendengar kita hari ini cukup mengagung-agungkan muzik artis atau band Indonesia.

Asal saja ia datang dari Indonesia, muzik mereka dianggap hebat. Keadaan ini akhirnya menyebabkan muzik kita lama kelamaan semakin terpinggir.

Nasir mungkin cuba memecah kebuntuan ini dengan menghasilkan sesuatu muzik yang segar dalam Sang Pencinta.

Muzik yang memang diinginkan pendengar tetapi masih kaya dengan feel dan acuan muzik Melayu kita.

Mungkin saya kedengaran seolah-olah menyokong Nasir dengan kenyataan ini. Namun, kita sememangnya memerlukan perubahan dan pembaharuan terhadap senario muzik kita.

Jika tidak, alamatnya sampai bila pun industri kita terus dikekang pengaruh artis dan band muzik dari Indonesia yang kebelakangan ini banyak sekali membanjiri negara kita.

Untuk mewujudkan perubahan ini, kita memerlukan trendsetter dan inilah barangkali yang sedang Nasir cuba lakukan.

Saya harap peminat Nasir bertenang dan berfikiran terbuka terhadap perubahan yang dilakukan.

Juwita...(Citra Terindah) sekadar mukadimah yang sengaja diberikan feel happening di dalam Sang Pencinta. Selain itu, lagu yang menjadi judul album ini juga punya kekuatannya sendiri. Saya suka paduan gitar elektrik dan gitar akustik di dalam lagu ini.

Tangisan Di Hujung Galaksi pula sangat tipikal M Nasir (cuma ia tidak punya perkusi), Vendetta - sebuah lagu yang mudah didengar dan cukup menyenangkan manakala Destinasi Eterniti memiliki susunan muzik yang cukup genius.

Cuba dengar lagu Setiap Dambaan. Vokal Nasir cukup romantik sekali dalam lagu yang berentak moderate sederhana. Suara latar koir membuat lagu ini lengkap jiwanya.

Sebenarnya banyak soalan yang masih berlegar di benak saya terhadap album ini. Contohnya, mengapa kali ini Nasir banyak menghasilkan lirik sendiri dan bukannya dalam album terdahulu?
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 6-6-2006 10:18 AM | Show all posts
Bodo gila rebiu harian metro... mabuk ke hapa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

kapten This user has been deleted
Post time 6-6-2006 04:19 PM | Show all posts

ulasan semua lagu dlm album baru

Oleh Hasan B Muslim di www.kaptenhasan.com
  Lagu : Juwita
  Lagu yang sedap di dengar dan merdu . Rentak Permulaan lagu ini
mengingatkan saya kapada lagu 'saat yang kuidamkan' nyanyian Amy search ,
namun lagu ini lebih rancak dan ceria .
Dalam album ini hanya inilah lagu cinta diantara lelaki dan perempuan .
Namun saya rasakan lagu ini istimewa . Lagu ini dan lagu kasih Laila
mengingatkan saya kapada isteri saya .
  Lagu : Sang Pencinta
  Sesuai dengan umurnya yang sama dengan saya , M Nasir meminati ilmu
tentang persoalan hidup .Lagu ini jenis apa? ,  tasauf atau falsafah ?.
Ada lagu jenis itu yang lembut , perlahan dan shahdu , namun ada lagu
jenis itu yang perlu rancak , ceria dan mengembirakan seperti lagu
sahabat gua dan lagu ini adalah setaraf dengan nya .
Ada diantara ilmu tentang pandangan hidup yang akan membuatkan kita
merasa gembira . Rangkap pertama lirik lagu ini mengambarkan M Nasir
menghargai suatu , pandangan , pendapat yang membuat kan dia menghargainya
. Pada rangkap kedua nampaknya pandangan dia yang melihat kesatuan
dalam segala sesuatu , iaitu mendapati bahawa segala yang terpecah itu
bersumberkan satu adalah pandangan yang betul . Kesatuan , tauhid dan ahad
adalah perkataan yang mempunyai maksud yang hampir sama .Sesuatu yang
baik harus di kongsi bersama . Di hujung karangan ini terdapat sajak
yang mengambarkan pandangan saya tentang hidup didunia ini bertajuk " kita
seumpama gelas yang kosong" . Tidak kah terdapat beberapa kebenaran
tentang pandangan saya itu ? Lagu ini tentu istimewa hingga ia dijadikan
tajuk album ini .
  Lagu : Tujuh nafas lagi .
Melihat tajuknya kita tahu lagu ini ialah lagu tasauf , namun saya
akui tidak seperti album 'pheonix bangkit' irama lagu lagu dalam album ini
adalah modern , rancak tidak seperti lagu lagu dalam album pheonix
bangkit . M nasir lebih tahu tentang jenis jenis musik . Saya dapati lagu
lagu dalam album ini semakin sedap di dengar apabila kita berulangkali
mendengarnya . lirik lagu yang ini memang susah untuk difaham . Saya
sendiri susah nak paham . Tapi pada pendapat saya rahsia lagu ini terletak
pada senikata pada intronya yang menarik iaitu Firdaus iaitu salah satu
nama syurga . Cara ia di sebut juga menarik .
  Lagu : Tangisan di hujung galaksi
Loloq bukanlah penulis lirik lagu nasyid yang senikatanya terang dan
mudah , orang biasa seperti dia dan saya walaupun menulis lirik dakwah
tdaklah terus terang . Lagu ini memuji bumi sedangkan pada hakikat ia
memuji Tuhan - Tuhan kita . Ada sebuah lirik yang bagus dalam lagu
nyanyian Mawi . Lagu yang bernama "Kurnia Tuhan" , hayatilah lirik nya .

Lagu : Vendeta
Loloq adalah salah seorang penulis lirik yang di hormati dimalaysia ,
banyak menulis lirik yang bermutu dalam banyak album tetapi dalam lagu
ini saya tak dapat komen . Mungkin mutu liriknya bergantung pada lagu
sama ada sedap atau tidak .
  Lagu : bahtera raudah .
Saya suka dengan nama lagu ini , seperti M nasir saya juga menganggap
hidup ini sebuah pelayaran . Intro lagu ini sedap tapi kemudian irama
menjadi tidak sedap , liriknya juga kurang nilai seni namun saya paham
maksud lirik lagu ini  .
  Lagu : Destinasi : Eterniti .
Lagu ini berentak perlahan namun masih moden . Eterniti bermaksud
tidak berkesudahan atau tidak berpenghujung dan itu adalah hakikat ciptaan
dan Tuhan . Sememangnya ini lagu tasauf . Hakikat bahawa masa
sebenarnya tidak akan berakhir terucap dalam rangkap : "masa hanya gagasan"
bermaksud pergerakan masa hanya persepsi manusia. Perkara ini ada di sebut
dalam karangan saya di website saya di www.kaptenhasan.com
  Lagu : Segala dambaan
Dambaan bermaksud keinginan , kemahuan iaitu hakikat diri manusia .
Segala keinginan manusia asalnya diberi oleh tuhan dengan segala sebab
dan rahsia nya . Sebab itulah didalam lirik lagu ini terdapat doa dengan
rangkap yang bermula dengan perkataan "kau perhatikan perjalanan ku" .
  Lagu : Apa lagi ?
Lagu "Apa lagi"  ialah lagu tentang pandangan Nasir tentang dunia
semasa , tentang perang dan bencana alam . Taraf lagu ini ialah sama dengan
lagu "bukalah hati mu" dalam album Canggung Mendonan . Kejadian
kejadian buruk yang berlaku didunia ada yang disebabkan  sikap kita sendiri
dan ada yang disebabkan sikap orang lain . Dalam lagu "bukalah hatimu" M
nasir meminta kita supaya jangan hanya menyalahkan orang lain sahaja
dan itu memang benar tapi dalam lagu ini M nasir juga perlu marah pada
orang lain juga kerana dalam drama hidup ada ramai pelakonnya .
  lagu : balada seorang teman .
Lirik lagu ini sungguh panjang dan lagu ini tentu sungguh bermakna .
Rangkap yang bermula dengan perkataan " hey hidup kau humbankan ku di
penjara ini." hingga rangkap " itulah yang kau mahu dari jiwa ini"
mempunyai nilai seni yang tinggi .
   Dunia ini tidak menjadi tempat yang lebih baik seperti yang anda
inginkan kerana anda hanya watak dalam sebuah cerita . Cerita yang anda
inginkan tidak akan menjadi kerana ada watak watak  lain dalam cerita
yang lebih besar . Oleh kerana hukum sebab-akibat didunia lebih kuat maka  
nama cerita didunia ialah   " hukum sebab akibat yang berpanjangan" .
Cerita ini bukan bermula dari datuk atau nenek anda tapi dari zaman nabi
Adam - sebab itu nama cerita hidup ini ialah  " hukum sebab akibat yang
berpanjangan" . Cerita hidup anda bergantung kapada tempat dimana anda
lahir . Anda lah yang akan bertindak setelah membaca karangan saya ini
. Sama ada mahu memberinya kapada orang lain atau tidak . Apapun
tindakan anda saya redha kerana saya tahu hukum sebab akibat itu di cipta
oleh tuhan jua . Namun terdapat perbezaan diantara 2 hukum sebab - akibat
- satu ialah hukum alam - hukum kejadian dan yang kedua ialah lumrah
alam - sikap manusia yang lazim . Sementara hukum alam mungkin
adil , lumrah alam pula selalu nya tidak adil .
                                 
Sajak "Kita seumpama gelas yang kosong"
Oleh www.kaptenhasan.com  1Ogos 2004

Wahai diri yang sentiasa meminjam
Meminjam tanah , air , angin dan cahaya
Sedarlah bahawa kita begitu rapuh untuk kekal abadi

Ingin sekali ku bahagiakan kau dikala kau kedukaan
Apa daya aku bukan pujangga
Tapi jika kau izinkan aku berbicara
Naluri kau itulah kuncinya

Semua kehendakmu mempunyai sebab
Fikirkanlah sebabnya
Pasrah dan redha adalah hujung pencarianku
Apabila aku sedar aku diberi sesuatu keinginan
Dan diletakkan halangan dihadapanku
Kita semua mengalaminya

Didunia kita adalah ibarat gelas yang kosong
Kita diberikan keinginan dan keinginan itu diberikan
Atas sebab yang  diketahui oleh Tuhan

Diakhirat kelak kita juga ibarat gelas yang kosong
perlu diisikan semula
Untuk menikmati hidup disyurga
Diberikan keinginan bagi nikmat tanpa sebab
Demi Allah yang kekal abadi
Kau mungkin berhak untuk diberikan syurga  itu

Oleh itu dengan iman dan ilmu
Dunia juga seumpama syurga
Sebelum kau sampai ke syurga yang sebenarnya diakhirat
Oleh itu bergembiralah

Itu bagi orang yang sederhana seperti kita
Bagaimana pula bagi orang yang miskin
Ketika masa banyak dihabiskan untuk sesuap nasi ?

Katakanlah kita ibarat roh yang terperangkap didalam tubuh
Melakunkan watak bagi sebuah cerita -
Bertajuk "Hukum sebab akibat yang berpanjangan"
Apabila kita redha kapada takdir ilahi
Mudah- mudahan Tuhan redha kapada kita semasa kita hidup didunia .
Kesimpulannya
Kita bergantung dan berharap kapada Tuhan di dunia dan di akhirat
Reply

Use magic Report

kapten This user has been deleted
Post time 6-6-2006 04:27 PM | Show all posts

Post time 6-6-2006 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by kapten at 6-6-2006 04:27 PM
Oleh Hasan B Muslim di www.kaptenhasan.com
  Lagu : Juwita
  Lagu yang sedap di dengar dan merdu . Rentak Permulaan lagu ini
mengingatkan saya kapada lagu 'saat yang kuidamkan' nyanyian Amy se ...

Tuan Kapten Hassan..

Sejahtera Atas Kamu..
Panjang lebarnya ulasan.

Lebih kurang 8-9 tahun lepas, saya pergi rumah abang saya.. abang saya masa tu kerja dengan M Nasir. Sebab abang saya tau saya minat M Nasir, dia bagi kat saya satu buku, depan buku tu logo Mata bermatahari, logo yang M Nasir guna untuk album Solo tak silap saya... dan penulis buku tu ialah Kembara.

Buku tu masih ada lagi tersimpan dalam almari saya kat rumah.

Hehe.. dah lama gak nak cari penulis buku tu, baru hari ni nampak. Nanti saya PM Tuan Kapten.

Cool.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 08:29 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 6-6-2006 10:09 AM
M.Nasir ubah arah

Sebenarnya banyak soalan yang masih berlegar di benak saya terhadap album ini. Contohnya, mengapa kali ini Nasir banyak menghasilkan lirik sendiri dan bukannya dalam album terdahulu?
...

dalam phoenix bangkit pn kebanyakan lirik m.nasir yang tulis..hanya dua lagu saja loloq yang tulis kalo tk silap aku
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 6-6-2006 10:32 PM | Show all posts
PadaMu jua..tertuju segala jalan
padaMu jua cinta ku serahkan
Kerna hati seorg pencinta
pandangannya satu.................
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:50 PM | Show all posts
aku dah sejiwa dah ngan Sang Pencinta.......................................

bila nk buat konsert nih...ekekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 12:10 AM | Show all posts
up!!!

tinger nih dah asyik terdengar... "lajulah....bahtera raudah...."
Reply

Use magic Report

kapten This user has been deleted
Post time 8-6-2006 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by tegang_berbisa at 6-6-2006 04:59 PM

Tuan Kapten Hassan..

Sejahtera Atas Kamu..
Panjang lebarnya ulasan.

Lebih kurang 8-9 tahun lepas, saya pergi rumah abang saya.. abang saya masa tu kerja dengan M Nasir. Sebab abang saya  ...

Terima kasih tegang berbisa , memang sayalah yang tulis buku itu tapi bagi saya buku "prinsip ugama" yang saya tulis di website jauh lebih baik . Ada kemungkinan saya masuk kan buku saya itu ke website setelah dibaiki . terima kasih banyak , boleh tahu siapa abang awak yang kerja di luncai emas ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.324823 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list