CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: afja

zakat pendapatan

[Copy link]
Post time 2-11-2009 05:57 PM | Show all posts
nak tanya

niat kita keluarkan zakat sebab kita nak sempurnakan kewajipan

kita bayar pula pada lembaga zakat yang diiktirafkan...(assuming dorang beri pada 8 asnaf)

andai kata lembaga zakat ini menyalahgunakan wang zakat tersebut...

ADAKAH ZAKAT KITA TIDAK DITERIMA ALLAH?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2009 07:55 PM | Show all posts
140# tokwan_jantan

kalau saya kata saya tak taksub pada satu mazhab berdosa ke? mazhab yg ada semua nya betul tak ada yg salah..dan saya tidak tertakluk pd pemerintah yg tidak menjalankan pemerintahan secara islam..tak wajib dah patuh...kalau mcm tu kenapa bayar zakat pendapatan mazhab syafie tak wajibkan zakat pendapatan...ni pun dah dikira campur aduk mazhab gak..

pensyarah saya cerita, penah seorang mufti tegur seorang sultan yg minum arak dlm satu majlis..tapi dia tegur lepas habis majlis lah..sultan tu kata..eh minum sikit tak mabuk bukan tak apa ke??? sultan begini ke yg perlu kita pilih jadi pemimpin agama?

biarlah saya dgn pendirian saya..insyallah masing2 punya pendirian masing2 asalkan tidak bercanggah dgn islam sudahlah...dan yg penting asalkan zakat tu dibayar...bulan lepas seorang pelajar al azhar tak ada duit nak blk ke al azhar, dia terpaksa balik kerana ada kecemasan so beli ticket one way aja..nak balik semula tak ada duit..kalau dia pegi ke pusat zakat nak melalui protokol memohon semua tu agaknya sempat tak dia dpt bantuan sblm pengajian bermula? adanya org2 spt saya yg tak bayar zakat pada pusat zakat ni sekurang2nya dpt memudahkan/meringankan masalah pelajar tadi...ramai gak pakat bantu pelajar ni esok nak terbang ke mesir semula...alhamdulillah..kebanyakkan ustazah2 saya pun tak byr pada pusat zakat..baru ni saya tanya pensyarah kelas usuludin saya gak org kelantan..dia kata dia pun tak penah bayar zakat pendapatan dan zakat pada pusat zakat pun....sbb dia org kelantan ramai org miskin kat sana..kak ipar saya pun org kelantan dia pun minta duit zakat dari saya nak beri pd org2 miskin dikg nya tiap kali dia balik kelantan...kalau lah pusat zakat tu efficient dlm mengagihkan zakat tak ada org miskin...anyway ni pendirian saya yg lain ikut suka hati..ada yg sibuk elok lah buat potongan terus ke pusat zakat..tapi saya lebih suka lihat kemana wang zakat saya pergi..tangan2 siapa yg menerimanya..
wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 07:56 PM | Show all posts
141# hazel23

kata ust2 di pusat zakat, zakat anda tetap sah dan diterima walau pun ada penyelewengan..insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 08:36 AM | Show all posts
140# tokwan_jantan
tok wan....memula tok wan kata kita kena ikut pemerintah...pemerintah dh arahkan PUZ yg kutip zakat.....OK.

kalau PUZ sendiri kata kita kena keluarkan zakat EPF bila saja kita dpt duit tu.....s'rang tok wan kata kena pulak tgk syarat2 nak keluarkan zakat.....

abis tu org2 PUZ tuh takkan tatau pasal syarat2 nk keluarkan zakat?
kenapa derang kata keluarkan zakat EPF bila dh dpt duit tanpa ada syarat cukup haul?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:07 AM | Show all posts
zakat mesti di settlekan dlm tahun itu juga...means December lah...kan
mcm Nona ....untuk zakat pendapatan ni...dlm bulan 12 2009  ni pulak di dpt further study dan perlukan duit yg banyak jadi boleh ke kalau nak bayar zakat selepas bulan 12 tu....?
ada sesapa leh jawabkan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 10:37 AM | Show all posts
Assalamualaikum wrt

Salah satu golongan yang berhak menerima zakat ialah golongan fakir dan miskin.  Ok aku tahun fakir tu macammana.  Tapi siapa yg berhak masuk dalam golongan miskin?  Ada cut off pendapatan bulanan+tanggungan ke baru termasuk golongan miskin?

Bagaimana dengan janda dengan anak2 yang masih ada bapa, tetapi bapa culas atau ingkar perintah/tak pernah ambil tahu kebajikan mereka walaupun bergaji besar?  Bolehkah mereka dimasukkan dalam golongan ini kerana ibu terpaksa keluar bekerja (buruh @ kilang aje) untuk menyara anak-anaknya.    Aku tahu ikut hukum memang itu tanggungjawab bapa, tapi in reality berapa percent aje bapa yg bertanggungjawab tu.  Alasannya dia dah ada keluarga sendiri yg perlu ditanggung.  Kalau cakap banyak, dia mahu anak2 diserahkan pada dia.

Aku ada seorang sedara jauh, janda yg ditinggalkan suami seperti itu.  Bolehkah aku beri duit zakat terus pada keluarga ini (bank in tiap bulan) kerana aku tahu kesusahan mereka, instead of bagi kat pusat kutipan zakat?  Nak tunggu arahan mahkamah yg memang tak dipatuhi pun, anak2 tu dah mungkin kebulur tak makan.  

Ada orang sarankan bagi dalam bentuk sedekah, tapi aku sendiri tak mampu nak beri sedekah every month, sedangkan dalam masa yg sama kena bayar zakat jugak.  Sebab tu aku terfikir untuk berzakat pada mereka.  Cuma nak kepastian dari segi hukum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2010 12:53 AM | Show all posts
146# aurorae

kalau janda tu memang masuk katagori miskin dia tergolong dlm katagori asnaf lah juga...baru ni ust kata, anak yatim tak masuk dlm golongan asnaf tapi penguasaha rumah anak yatim boleh diberi zakat...zakat tu digunakan utk mengusahakan pusat anak yatim tersebut dibolehkan guna wang zakat...

tahun ni kerajaan dah tak berduit..dah nampak sgt...subsidi gula dikurangkan sbb tu gula naik harga...saya tak mkn gula mungkin tak terasa tp org lain tak ta ulah...
di sekolah saya baru bincang dlm mesy pibg nak kenakan yuran tambahan pd pelajar sbb kerajaan tidak lagi membayar duit letric dan air, mulai tahun ni sekolah kena bayar sendiri duit letric dan air
anak saya sek asrama biasa, bukan sbp pun..mulai tahun ni semua sek yang ada asrama, murid2 yg pendapatan ibu bapanya lebih 5 ribu akan dikenakan yuran makanan lebih mahal dari biasa..kalau biasa dlm 200++ setahun, mulai tahun ni rm640..saya tanya pengetua kan tu rate kat sbp aja utk parents gaji lebih 5000 ni bukan sek biasa...sekarang semua dah apply..kiranya kerajaan akan kutip byk lagi income or anohter word kurangkan subsidi utk makanan yg biasa diberi kepd pelajar yg tinggal asrama..
elaun cola juga akan ditarik balik ...

sbb ni juga saya takkan byr zakat pada kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:17 PM | Show all posts
ni opinion aku.

aku setuju dgn pendapat sunsuria3.

n aku selalu terpikir, coz ada sorang penah tanya aku, kat akhirat nanti ada ditanya ke, awak ni ikut mazhab mana? ada satu lagi, yg info pasal diakhirat nanti ada 73 golongan, tapi hanya satu aje yg betul. ni semua menguatkan perasaan aku supaya jgn terlalu terikat dgn mazhab.

the best pada aku, ko kena yakin dgn apa yg ko nak buat. supaya nanti bila Allah tanya, ko boleh jawap dgn yakin, bukan kata saya ikut si polan.

ttg zakat pendapatan pulak, aku tak berapa setuju cara pengiraan tu. jez like many have said, byk lagi expenses yg tidak diamek kira. mcm aku, kira gaji aku mmg ok kalau utk aku sorang, but bila terpaksa tolong adik beradik/family, aku kadang2 sampai tak cukup duit.

having said that, aku dah lama tak bayar direct income tax. duit yg patut ditolak ke PCB aku tolakkan ke zakat. aku lagi rela duit aku ke pusat zakat dr ke LHDN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2010 07:23 PM | Show all posts
Samalah kita. Lebih rela bayar zakat drp bayar kat LHDN.
Sebab tgk the way govt spend mcm duit datang dari langit.
Dan aku juga bayar zakat di negeri yang mengisytiharkan ke mana duit zakat itu pergi. Setiap tahun negeri tersebut bagi penyata di website menyatakan ke mana duit zakat diagihkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 09:56 AM | Show all posts
masalahnya sekarang duit yg di bayar di pusat zakat tu di gunakan oleh kerajaan utk tujuan lain...bukan semua negeri lah yang saya terbaca seorang forumer ada bg tau saudaranya keja di sebuah  negeri yg memang duit zakatnya penah digunakan utk election..

tak lama lagi kita akan dikenakan sales tax utk setiap pembelian...mcm makan di restoran barat or hotel ada tax...now beli apa sahaja di supermaket or kedai2 apa pun kena sales tax..sama macam di overc...sbb kerajaan tak mampu dah nak beri subsidi..korang perasan tak ni apa akan jadi lepas ni..berjimat lah dari sekarang...

buat masa ni saya tak bayar income tax sbb semua anak2 diletakkan bawa tanggungan saya..sbb husband kerja di overc tak bayar income tax kat sini..sana pun free tax so kami just keluarkan zakat pendapatan dan beri sendiri pd asnaf..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 12:21 PM | Show all posts
pusat zakat pun berani main duit ek.
still, drp PCB, baik ke pusat zakat la. the lesser of the 2 evils.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 08:47 PM | Show all posts
150# sunsuria3

Cannot agree more. Yg tak kena cukai tue bolehlah bagi terus pada asnaf.
Pusat zakat ni takdelah teruk sangat. Walaupun ada tuduhan yang mengatakan digunakan semasa pilihanraya biasa secara tidak langsung. Contohnya YB menyampaikan bantuan zakat kepada penduduk miskin. Nampak macam dia take care lah tapi bantuan tetap sampai ke penduduk miskin.

Sesetengah negeri membuat pusat latihan/kawasan perniagaan untuk orang miskin.

Tapi yg lebih afdhal bagi kat pusat zakat supaya dia boleh uruskan zakat supaya penerima zakat menjadi pemberi zakat pada tahun hadapan. Tapi pusat zakat hendaklah menjauhkan diri dari politik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 09:51 AM | Show all posts
kalau tuan/puan kerja makan gaji, tuan/puan kena jugak declare incometax... biar pun tuan/puan dah keluarkan zakat... kalau tak isi borang/online incometax, nanti tuan/puan jugak yg susah kemudian hari bila nak pencen nanti... kalau kerja dgn gomen, selagi incometax tak declare kita settle dgn dia, selagi tu lah pembayaran gratuiti dan pencen akan ditangguhkan... jadi utk kesenangan di kemudian hari, declare lah incometax biarpun keluarkan zakat... jangan ingat kita dah keluar zakat, kita terlepas dpd incometax... salah tu!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 02:44 PM | Show all posts
Sy tk layak byr income tax lg tiap tahun declare sbb ank2 bwah saya
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 10:33 PM | Show all posts
oooo...ic..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 09:47 AM | Show all posts
zakat dah potong tapi income tax pun kena lagikkkk!!!!! at least zakat ok lah lagik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 11:02 AM | Show all posts
maaf nk tnya..zakat pendapatan ni..
kalau gaji kita dah cukup bayar hutang dan segala perbelanjaan e.g minyak kete, parking kt opis, tol etc..dan perbelanjaan/keperluan lain..semua cukup2 mcm mana ya tu? perlu tk kena byr zakat jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 01:59 PM | Show all posts
zakat macam bayar incometax jugak... ada rebet2 tertentu utk perlepasan diri... contoh, utk diri sendiri - RM8000, isteri - RM3000 (seorang), anak RM1000 (seorang), belanja pendidikan, belanja perubatan/rawatan, sumbangan kpd ibu bapa (ni ikut kita sendiri nak declare berapa)... balance dpd tolak jumlah rebet tu kenalah bayar zakat pada kadar 1/40 atau 2.5%...

contoh, gaji RM2500/bulan x 12 bulan = RM30000
rebet - )diri RM8000 + isteri RM3000 + anak (2 orang) RM2000 + belanja sekolah RM100/bulan x 2 org. x 10 bulan = RM2000 + belanja perubatan RM1000 + mak ayah RM200/bulan x 12 bulan = RM2400) = semua RM18400
zakat pendapatan : RM30000 - RM18400 = RM11600 (jumlah kena zakat)
zakat yg kena keluar : RM11600 x 0.025 = RM290 (tak sampai RM300)
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 12:49 PM | Show all posts
mcm mana pulak bagi seorang isteri ...perbelanjaannya lebih dari suami..(kira byk tanggung hal rumah dr suami)

adakah penolakan utk isteri itu diganti kepada suami?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 04:21 PM | Show all posts
Negara Islam mana lg lam dunia nie yg mewajibkan zakat pendapatan........?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.071833 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list