CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syeikhbelalang

PENGHARAMAN DARUL ARQAM DAN BERMULANYA PENUBUHAN RUFAQA

 Close [Copy link]
Post time 29-5-2006 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 29-5-2006 03:26 PM

ana pasti betul ke video tu tidak diubahsuai ?....

kami ada yg original, boleh dapat kalau mahu.

suka hati awak ler nak cakap apapun, kami tak der masa nak layan sebab awak sendiri akan faham tujuan website itu dibina oleh orang yg ada maksud tertentu itu.

jemputlah datang ke cawangan rufaqa kat mana2 untuk dapat kepastian, itupun kalau mahu dapatkan sumber yg tepat.

sekian, terima kasih.


cik tatie pasti ker versi yg kat cik tatie tu  x diubahsuai? ;)

cik tatie pasti ker lmn tu dibina oleh org tertentu dgn maksud tertentu? ;)

kalau dah malas nak layan kenapa reply lagi message2 dlm topik ni? ;)

ana minta yg senang saja, buktikan apa yg mejar tu dakwa sbg firman Allah mmg terdapat dlm AQ.. berikan ayat apa, surah apa.. kalau tak wujud, jelaslah dia seorang yg pendusta dan amat tak layak utk diikuti  dan diambil ilmu agama drpnya.

p/s: ana = saya.. it's not a name
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2006 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 29-5-2006 05:04 PM
tatie...dah terang lagi bersuluh. Dalam arqam dulu lagi hebat gemanya kalau nak dibandingkan dgn rufaqa hari ini. Kasihan tatie..anda baru setahun jagung. Wbg pun saya tetap mendoakan agar Allah ak ...


terimakasih ler sebab mendoakan tatie...kita sama2 tengok lah nanti apa yg terang apa yg bersuluh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 29-5-2006 05:33 PM


cik tatie pasti ker versi yg kat cik tatie tu  x diubahsuai? ;)

cik tatie pasti ker lmn tu dibina oleh org tertentu dgn maksud tertentu? ;)

kalau dah malas nak layan kenapa reply lagi mes ...


itu ler org suruh dtg dapatkan info dari sumber direct, macam2 alasan diberi..

sukahati hang ler...tak der masa ndak jwb soalan hang tu kat sini...pergi ler jumpa mejar dzar tu sendiri..tanya directly..

kalau ndak contact number dier, PM tatie...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 30-5-2006 02:45 PM


terimakasih ler sebab mendoakan tatie...kita sama2 tengok lah nanti apa yg terang apa yg bersuluh...


:setuju::setuju::setuju:

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 01:00 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 29-5-2006 03:26 PM


ana pasti betul ke video tu tidak diubahsuai ?....

kami ada yg original, boleh dapat kalau mahu.

suka hati awak ler nak cakap apapun, kami tak der masa nak layan sebab awak sendiri akan f ...


tatie, saya rasa nak tanya tatie soalan terakhir utk dpt kepastian sblm saya tak boleh access thread mesyuarat moderator. soalan saya, apa yg mejar tu ckp dlm petikan video tu betul ke tak betul? maksud saya apa yg dia nisbahkan kpd Abuya tu betul ke salah? ke dia tu berbohong atas nama Abuya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:43 AM | Show all posts
rasanya sebelum tuan nahzaluz bertanya soalan tu, kena tanya dulu soalan ini:
1. bolehkan berlaku perkara2 tersebut
2. pernahkah berlaku sebelum ini
3. sudahkah dirujuk kepada ulamak tarekat muktabar yang lain
4. pernahkah berlaku kepada ulamak tarekat muktabar yang lain

selepas itu baru boleh tanya betulkah apa yang dinisbahkan kepada abuya itu atau dia berbohong sahaja. sekiranya tuan sudah mengatakan perkara itu tidak mungkin berlaku, maka jawapan nya adalah negative iaitu samada abu dzar berbohong atau abuya berbohong. itu sahaja yang tuan dapat rumuskan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2006 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 6-6-2006 10:43 AM
rasanya sebelum tuan nahzaluz bertanya soalan tu, kena tanya dulu soalan ini:
1. bolehkan berlaku perkara2 tersebut
2. pernahkah berlaku sebelum ini
3. sudahkah dirujuk kepada ulamak tarekat muk ...


betul kelat..itu yg sebaik-baiknya nahzaluz lakukan jika tidak rumusannya hanya dua, abu dzar yg berbohong atau abuya yg berbohong.

tatie hari ni cuma sempat jengah kejap ajer, sebab start esok nak bercuti ni...

di bawah ini adalah petikan dari rufaqadaily...untuk sama2 kita fikirkan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 03:52 PM | Show all posts
PEMBONGKARAN RAHSIA AKHIR ZAMAN
06/06/2006


Utusan Malaysia 5 Jun 2006 Muka Hadapan
Surat layang dakwa rasuah , penyelewengan sesetengah hakim - PM arah BPR siasat

Kepala Batas 4 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dakwaan berlakunya rasuah dan penyelewengan membabitkan sesetengah hakim ........


----------------------

Saban hari terpampang di dada-dada akhbar perihal salah-laku atau penyelewengan yang dilakukan oleh sesetengah agensi Kerajaan di mana telah mengakibatkan kejadian-kejadian yang tidak diingini sehingga ada yang meragut nyawa. Antaranya yang telah diberitahu kepada kita oleh pihak media baru-baru ini, projek pembinaan bangunan Martrade yang telah terbengkalai sehingga bertahun-tahun , berlakunya tanah runtuh di kawasan Hulu Kelang yang telah meragut beberapa nyawa di mana peristiwa yang sama telah berlaku dipersekitaran kawasan tersebut, jambatan runtuh di Sabah hingga menyebabkan kematian meskipun telah dilapurkan kepada pihak berkuasa tempatan akan struktur jembatan yang semakin membahayakan penggunanya dan yang terkini isu pembabitan sesetengah hakim di Malaysia dengan rasuah.

Melihatkan kepada pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat, di mana perkara ini jarang sangat berlaku di masa-masa yang terdahulu, kita pun merasa pelik juga kerana yang mendedahkan isu tersebut kepada khalayak ramai bukanlah daripada mana-mana parti lawan, tetapi daripada media yang dikawal oleh Kerajaan sendiri. Memang kita tak boleh juga menolak taqdir atas segala malapetaka yang menimpa, namun faktor penyebab kepada berlakunya malapetaka tersebut perlu juga diambil kira adakah berpunca daripada kecuaian, salah laku sesetengah pihak atau perkara tersebut merupakan semata-mata bencana alam yang di luar kawalan manusia. Apa yang hendak diketengahkan di sini, bukanlah soal penyelewengan yang telah berlaku kerana umum sudah mengetahui ada beberapa pihak di dalam agensi-agensi Kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab atas sesuatu perkara, telah mengabaikan tanggungjawab tersebut samada berlakunya atas faktor kecuaian mahupun kepentingan-kepentingan individu-individu tertentu sehingga timbulnya rasa tak puas hati di kalangan rakyat, kualiti kerja yang kurang baik, pilih kasih dan sebagainya. Ini tidaklah menghairankan sangat kerana sistem yang dibina atas dasar bikinan otak manusia yang dinamakan ideologi atau isme hanya akan membawa kepada malapetaka yang akan merosakkan manusia lantas menjadikan kehidupan di atas mukabumi bumi Tuhan ini tidak selamat dan tidak aman. Ianya memang tidak boleh dinafikan lagi kerana buktinya telah ada di hadapan mata kita samada kita sedar ataupun tidak. Sistem yang dibina yang tidak disandarkan kepada Tuhan Pencipta alam ini akan menyebabkan manusia hanya takut di kala tertentu sahaja iaitu di kala berhadapan dengan penguatkuasa, tetapi di belakangnya, manusia bermaharajalela tanpa ada rasa takut melakukan kejahatan.

Manusia yang diciptakan oleh Tuhan atas 3 unsur di mana masing-masing punya peranan masing-masing dalam pembentukan sesuatu masyarakat telah tidak diambil kira oleh pencipta ideologi ini sehingga mencacatkan salah satu daripada 3 unsur tadi lalu menjadilah manusia tersebut perosak kepada masyarakat. Unsur yang ada di dalam diri manusia itu adalah :-

1) Fizikal

2) Mental

3) Spiritual

Di dalam ketiga-tiga unsur tadi, hanya yang difokuskan oleh ideologi bikinan manusia adalah dua yang pertama sahaja , manakala yang ketiga pula iaitu unsur spiritual tidak menjadi tumpuan mereka lantaran mereka sendiri pun tidak tahu akan unsur spiritual itu sendiri lalu hanya mengakal-akal dan mengandaikannya sahaja tanpa panduan. Ada yang mengandaikan soal-soal ibadah khusus ataupun perkara-perkara yang menjurus kepada keTuhanan itu sahajalah yang bersifat spiritual, andaian lain pula mengatakan, spiritual itu adalah roh yang menyebabkan hidup atau matinya manusia dan sebagainya. Kekeliruan ini amat jelas malahan orang-orang agama yang hidup di atas sistem ini pun tidak mampu
menghuraikannya secara jelas dan terperinci. ( Sila rujuk buku Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia tulisan Ustaz Haji Ashaari Muhammad sebagai panduan ).

Jadi setelah kita telah mengetahui sedikit sebanyak kenapa dan mengapa manusia tidak boleh mengambil ideologi sebagai cara hidup, maka kita lihat pula maksud tertentu Tuhan daripada segala peristiwa-peristiwa yang berlaku di depan mata kita yang menjadi bahan  bualan orang ramai di kala ini. Panas juga isu yang diperkatakan oleh media kepada kita sehingga ada kalanya timbul rasa marah dan benci pada sesetengah pihak.


Namun semuanya ada hikmah yang perlu sangat-sangat kita belajar daripadanya. Kita perlu melihat daripada kacamata orang Tuhan agar dengan itu kita akan terpimpin. Kita ambil contoh kisah yang berlaku pada Al-Halaj yang telah dikenakan hukuman pancung kerana terkeluar daripada lidahnya kata-kata seperti "Allah di dalam saku ku" dan sebagainya akibat mabuk atau sakar dengan Tuhan hingga hilang kawalan pada diri. Kata-kata seperti ini pada orang awam pastilah pelik kerana zat Tuhan tidak "bertempat". Maka atas dasar maslahah ummah, Khalifah telah menjatuhkan hukuman pancung ke atas Al-Halaj. Dan salah seorang yang menandatangani surat hukuman tersebut adalah Junaid Al-Baghdadi
seorang wali besar bertaraf Mursyid. Soal di sini bukanlah dilihat daripada perspektif salah laku, tetapi demi keselamatan aqidah orang ramai. Bukan kerana akibat kata-kata Al-Halaj tersebut, tetapi akibat kata-kata orang yang menuduhnya sesat sedangkan dia tidak sesat. Maka di dalam syariat Islam sesat itu akan kembali pada penuduhnya. Ini bahayanya. Bukankah pada perspektif orang Tuhan hal ini sangat berbeda dengan jangkauan akal orang awam yang menyangka bahawa benarlah Al-Halaj yang bersalah? Apabila dipancung, maka menyemburlah darah daripada tubuh Al-Halaj dan jatuh ke tanah lalu membentuk kalimah Allah, Allah. Jadi tindakan Junaid adalah amat bertepatan dengan hukuman yang dijalankan dapat membersihkan tohmahan orang-ramai terhadap kekasih Allah tersebut dan Al-Halaj telah selamat berjumpa dengan cinta sejatinya iaitu Tuhan yang telah menciptakannya.

Baiklah setelah kita boleh menilai serba sedikit tentang cara dan kaedah orang Tuhan lakukan atas sesuatu perkara, kita lihat pula dalam hal dan isu masa kini yang melibatkan pembongkaran demi pembongkaran ke atas salah laku di masa kini. Berikut adalah bait-bait sajak yang ditulis oleh Yang Berbahagia Mulia Ustaz Haji Ashaari Muhammad tentang peristiwa akhir yang berlaku di akhir zaman di mana sajak ini ditulis lebih daripada 15 tahun dahulu. Sajak yang ditulisnya adalah seperti berikutdan bertajuk :-

Pemimpin 3 Darjat

Seorang pembela, punya karomah yang akan datang dikurun ini
Padanya jua diberikan Barokah ,
3 darjat yang ia miliki
Khalifah , Mujaddid dan Mujtahid
Ia akan pasti tiba

Kerana Rasul pun telah bersabda
Berita gembira untuk kita
Kedatangannya merubah dunia
Dari kegelapan kepada cahaya
Dari penindasan kepada pembelaan
Dari kejahatan kepada kebaikan
Dari pecah-belah kepada ukhuwah
Di waktu itu kezalimankan musnah

Ahli agama berjawatan resmi
Perosak agama di atas nama agama
Mereka akan sedar diri
Atau menerima hukuman Ilahi
Kerana kesalahan mereka

Di waktu itu dunia ini
Segalanya akan berubah
Segala rahsia akan terbongkar
Tak dapatlah lagi berpura-pura
Kerana ia akan terjadi
Ia akan pasti tiba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2006 04:19 PM | Show all posts
Jelas sekali daripada bait-bait sajak yang ditulis oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad ( sewaktu dahulu seorang pemimpin sebuah jemaah yang telah dibubarkan dan dikenakan tindakan ISA ke atasnya dan kini telah membuka sebuah syarikat perniagaan yang telah berdaftar secara resminya mengikut undang-undang di mana syarikat tersebut dinamakan Rufaqa' Corporation Sdn Bhd dan beliau sendiri adalah merupakan Pengerusi Eksekutif syarikat tersebut ) telahpun berlaku samada di dalam mahupun di luar negara kerana Tuhan hendak melahirkan seorang pemimpin yang bertaraf pemimpin ummah yang akan mentadbir dunia ini mengikut kehendak Tuhan sebagaimana peranannya yang diceritakan pada suku kata kedua sajak tersebut di atas. Maka pemimpin yang luarbiasa yang akan muncul ini telah diberikan tanda-tanda dan isyarat akan kedatangannya seperti, ahli agama yang berjawatan resmi tetapi menjadi perosak kepada agama dan segala rahsia akan terbongkar dan tidak dapat lagi berpura-pura.

Semuanya ini adalah kerja Tuhan yang hendak menaikkan seorang pemimpin manusia yang berperanan sebagaimana Rasul berperanan meskipun tidak bertaraf Rasul . Kerana isyarat kedatangannya sudah jelas di mana pembongkaran demi pembongkaran telah berlaku dengan "campurtangan" Tuhan bagi menyedarkan manusia siapakah selama hari ini yang telah berpura-pura dan berlakun di hadapan manusia sebagai pembela sedangkan mereka adalah pengkhianat. Hal ini bukan jadi rahsia lagi dan ianya bukan boleh disorok-sorok kerana masyarakat telah mula celik akan perbuatan mereka. Tidak ada tekanan pada mana-mana pihak, ia terjadi seolah-olah ada suatu kuasa yang berkehendakkannya begitu. Pemimpin Ummah akhir zaman ini belum lagi menzahirkan dirinya, tetapi bilamana tanda-tandanya sudah hampir tiba rasanya moleklah manusia beringat serta bersiap. Yang suka menindas, memecah-belah, yang jahat, yang zalim semuanya akan terhapus dengan kedatangan pemimpin ini. Dan dia akan meratakan keadilan kepada semua sebagaimana yang telah ditulis di dalamkitab "Babad Jawa" namanya sebagai "Ratu Adil". Iaitu Raja yang membawa keadilan.

Kita semua sudah sedia maklum, dunia hari ini semakin hari semakin tidak selamat untuk manusia hasil perbuatan manusia yang berkepentingan, zalim, penindas dan lain-lain kejahatan lagi. Semakin mereka berbuat untuk menutup kejahatan mereka, semakin Allah dedahkan. Seperti contoh Amerika yang kononnya ingin menghapuskan paksi kejahatan di Iraq, rupanya telah didedahkan tujuan dan niat jahat mereka itu untuk menawan hasil minyak bumi Iraq disamping dendam yang tidak berkesudahan terhadap Saddam. Ahli agama yang bertaraf menteri telah dipenjara kerana skandal pecah amanah wang rakyat yang digunakan bagi menunaikan haji. Manusia meletupkan diri dan membunuh orang lain dengan sewenang-wenangnya atas nama agama kononnya. Percanggahan pendapat golongan agama terhadap sesuatu isu sehingga ada pihak ketiga pula boleh memberikan pendapatnya atas satu-satu hukum dalam agama meskipun hujjah yang diberikan tanpa ada sandaran mengikut disiplin Islam. Pertelingkahan di kalangan ahli-ahli politik yang menampakkan sikap "berkepentingan" mereka dan bukan kerana membela rakyat. Pembunuhan beramai-ramai seolah-olah nyawa manusia macam binatang yang tak berharga.  

Contoh-contoh yang diberikan cukuplah sebagai petanda bahawa dunia bertambah kronik dan semakin mereka cuba hendak menyelesaikannya, semakin tenat jadinya dunia ini. Jadi jalan penyelesaiannya pastilah perlu kembali kepada Tuhan. Maka berita baik buat semua manusia kerana Ratu Adil akan muncul untuk menyelesaikan masalah manusia sekaligus menghapuskan kejahatan. Sepatutnya kita bersedia dengan kedatangan pemimpin ini dengan persiapan-persiapan yang rapi dan kemas agar dengan itu kita akan dapat bersama-samanya nanti.

Mungkin isu yang dibawa pada kali ini bisa menimbulkan kontroversi,tetapi kalau dilihat daripada beberapa faktor, rasanya kontroversi akan lenyap dengan sendirinya bilamana manusia sudah menemui jalan buntu dalam semua hal lalu mencari satu jalan yang tidak mengikut kaedah biasa untuk menyelesaikannya. Kena ikut cara Tuhan dan melalui orang Tuhan juga sebagai guru yang menunjukkan kepada kita jalan. Sekiranya kita boleh membuka lagi kotak fikiran kita daripada kepompong ini, kita pastilah akan menganalisa bagaimana  seorang yang hanya pendidikan formalnya sekadar darjah 6 sekolah atap boleh membuat satu statement, meskipun berbentuk sajak, akan peristiwa-peristiwa yang kini sudah berlaku di hadapan mata. Pastilah ada "sesuatu" yang ada pada diri orangini yang mampu melihat sesuatu yang berada di hari hadapan. Mampu memberikan satu gambaran tentang peristiwa yang bakal berlaku sebelum kedatangan Imamul Ummah di akhir zaman. Pastilah dia juga ada hubungkait dengan kebangkitan ini. Menurut sabda Rasul yang menyebut tentang penyerahan panji-panji hitam oleh seorang pemuda yang bernama Pemuda Bani Tamim kepada Imamul Ummah iaitu Imamul Mahdi. Maka Rasul berpesan kepada kita supaya bersama pemuda ini meskipun terpaksa merangkak di atas salji. Rasanya wajar untuk kita renungi, apakah pemuda ini sudah ada di hadapan mata kita tetapi kita masih lagi tidak nampak? Terpulang pada semua membuat penilaian dan yang paling penting minta pada Tuhan agar memberikan kita petunjuk supaya dengan itu mudah-mudah kita selamat dunia dan akhirat.

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 6-6-2006 10:43 AM
rasanya sebelum tuan nahzaluz bertanya soalan tu, kena tanya dulu soalan ini:
1. bolehkan berlaku perkara2 tersebut
2. pernahkah berlaku sebelum ini
3. sudahkah dirujuk kepada ulamak tarekat muk ...


kalau kelat nak tolong jwb soalan saya mudah aje. tak payah susah2 nak check 4 perkara diatas sbb soalan saya tu utk confirm video tu jer, betul ke apa yg mejar Abu Zar sebut tu tak diubah suai, memang sebiji2 dia cakap tu betul2 keluar dari mulut dia, dan betul ke apa yg dia ckp tu adalah pegangan Abuya. itu jer saya nak confirm.

adapun 4 perkara yg kelat sebut di atas adalah peringkat seterusnya selepas kita confirm video tu memang betul, apa yg mejar sebut adalah akidah Abuya dan ahli Rufaqa'.

so, kelat (dan sekali lg tatie) saya nak confirm, betul ke tak betul video tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 05:04 PM | Show all posts
kalau suara diedit, mesti jadi macam cerita jepun/korea/mexico yg dialihbahasa. mulut gerak lain, cakap keluar lain...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 05:27 PM | Show all posts
minta maaf tak dapat nak jawab sebab ke2 2 sumber belum dengar lagi. yang kat forum ni belum download, yang ada kat tatie pun belum dengar. jadi tak boleh komen.

walaupun begitu rasanya perlu sedikit peringatan buat pegangan kita

1. Sabda Rasul: Kamu berbicara kepada manusia yang belum sampai tingkat kecerdasannya, apakah kamu dalam hal itu ingin agar mereka mendustakan Allah dan RasulNya

2. Berkata Abu Hurairah r.a. tentang hadis Rasul, Aku meghafal dua macam ilmu dari Rasulullah. Adapun satu diantaranya kuterangkan, tetapi yang satu macam lagi kalau ku terangkan akan dipotong orang leherku

3. Saidina Ali bin Abi Thalib berkata: Ya Tuhanku, andai kata kutunjukkan permata ilmuku, dikatakan orang aku termasuk orang -orang penyembah berhala. Laki-laki muslim menghalalkan darahku, mereka menyangka apa yang kutunjukkan itu adalah yang paling jelek, dan apa yang mereka perbuat adalah yang paling baik

wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 11:45 AM | Show all posts
asalamualaikum... apa yang susah sangat nak jawab soalan nahzaluz tu... jika soalan yang sebegitu mudah susah sangat nak di jawab..... betul dan jelaslah bahawa kamu berada didalam kegelapan yang terang... aku rasa next time kalau nak tanya org. rufaqa nih soalan ler secara bathin i.e secara senyap....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 12:39 PM | Show all posts
tuan xcentric tujukan pada siapa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 6-6-2006 04:25 PM


kalau kelat nak tolong jwb soalan saya mudah aje. tak payah susah2 nak check 4 perkara diatas sbb soalan saya tu utk confirm video tu jer, betul ke apa yg mejar Abu Zar sebut tu tak diubah suai ...



Saya rasa itu lah perkara yang tatie payah sekali nak buat ustaz nahzaluz..... bab confirm-menconfirm ni.:geram:

Nak confirm takut.......tak confirm rasa bersalah.    Kalau tatie iyakan...maka terserlahlah penyelewengan mereka. Kalau tak confirm maka dia telah menafikan ajaran dan minda tok guru murshitnya tu.

Saya percaya...tatie akan pilih utk abaikan saja kes ini........kerana lebih selamat bagi mereka spt yg mereka lakukan sebelum ini.Hehehe.:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 9-6-2006 12:22 PM



Saya rasa itu lah perkara yang tatie payah sekali nak buat ustaz nahzaluz..... bab confirm-menconfirm ni.:geram:

Nak confirm takut.......tak confirm rasa bersalah.    Kalau tatie iyakan... ...


MasyaAllah..Jangan cepat sangat melatah. Kak tatie akan jawab segera sb dia dh pun nabis bercuti.
:geram::geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2006 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 6-6-2006 05:27 PM
minta maaf tak dapat nak jawab sebab ke2 2 sumber belum dengar lagi. yang kat forum ni belum download, yang ada kat tatie pun belum dengar. jadi tak boleh komen.

walaupun begitu rasanya perlu se ...


bagi orang yang alhamdulillah Allah bukakan bukan setakat AKAL tetapi juga HATI untuk berfikir maka jawapan yg diberi oleh saudara KELAT itu sudah cukup cantik. Cukup CANTIK hingga menyentuh rasa kehambaan dan rasa bertuhan dalam diri seseorang itu.

Bagaimanapun, telinga yang sama mendengar, akal yg sama berfikir dan hati yg sama berfikir, Allah berikan kefahaman mengikut ILMU, AKAL, PENGHAYATAN, PENGAMALAN diri masing2, jadi ;

mengenai rakaman tersebut, tatie masih menunggu feedback dari org tertentu, untuk memastikan kesahihannya, maaf ia mengambil masa yg lama kerana kami ada byk hal yg lebih penting yg perlu diletakkan sebg prioriti dan isu yg lebih besar.

harap bersabar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 10:32 AM | Show all posts
salam

apa SOKONGAN dan PENDAPAT orang ramai dgn BOLASEPAK
dgn kemajuan dan kemodenan???
ramai yg sokongkan, tapi manusia masih TAK SEDAR
yg MEREKA HANYALAH MEROSAKKAN MUKA BUMI INI
YANG TELAH DIJADIKAN SEIMBANG DAN KUKUH

sedangkan ISLAM PADA MULANYA ASING
DAN AKAN KEMBALI ASING
DAN BERBAHAGIALAH MEREKA YANG ASING ITU...............
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 05:46 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 14-6-2006 10:32 AM
salam

apa SOKONGAN dan PENDAPAT orang ramai dgn BOLASEPAK
dgn kemajuan dan kemodenan???
ramai yg sokongkan, tapi manusia masih TAK SEDAR
yg MEREKA HANYALAH MEROSAKKAN MUKA BUMI INI
YANG TELA ...


yup..bola adalah satu strategi yahudi untuk melekakan manusia....dan sangat BERJAYA kaedah DAKWAH mereka itu...sehingga seluruh umat dunia berQIAMULAIL dengan siaran BOLA...

Islam akan kembali TERASING di akhir zaman ini, sehingga umat Islam begitu senang diperdaya tanpa sedar tentang agama mereka sendiri bukan sahaja golongan yg tidak berilmu tetapi yg paling merbahaya bila ada satu golongan yg berilmu dan beriktiraf dengan pelbagai SIJIL juga termasuk dalam golongan yg tidak pandai untuk MENILAI dan MEMBAWA KEFAHAMAN yg cetek tersebut ke dalam masyarakat...

Itulah KEJAYAAN YAHUDI yg paling sukses,  menyelinap di sebalik pendidikan umat ISlam secara tidak disedari...

Tetapi jgn salahkan YAHUDI di atas kelemahan dan kejahilan kita semua tetapi diri sendirilah yg perlu diperbaiki...

[ Last edited by  serihartatie at 14-6-2006 05:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2006 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 12-6-2006 06:13 PM


mengenai rakaman tersebut, tatie masih menunggu feedback dari org tertentu, untuk memastikan kesahihannya, maaf ia mengambil masa yg lama kerana kami ada byk hal yg lebih penting yg perlu diletakkan sebg prioriti dan isu yg lebih besar.

harap bersabar...


cantik sgtlah kalau tatie dpt tolong confirmkan. saya nak tahu dari org rufaqa' sendiri di forum ini betul ke tak betul. adapun point selepas tu, ada dalil ke tak ada dalil dsbnya saya tak nak bincang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.185503 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list