CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matakucing

ALL ABOUT ANITA SARAWAK....

[Copy link]
Post time 6-8-2006 09:11 PM | Show all posts
clear cut la.. sah2 la guna botox.. tak pun operate sket2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2006 10:09 PM | Show all posts
errrmmm....dia guna botox ker??

huhuhu.........
Reply

Use magic Report

speedle This user has been deleted
Post time 6-8-2006 10:16 PM | Show all posts
dia byk duit, apa nak heran
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 10:16 PM | Show all posts
[align=justify]






Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 02:51 AM | Show all posts
kak nita ni aku pernah tengok talk show dia ...dia ada kata...dia selalu makan sayur sayuran dan kurang makan makanan berkanji dan berlemak....masakan dia selalu rebus atau kukus...sesekali dia makan grill...lagi satu dia tak makan nasi dengan mee....aku respect habis dengan dia....

muka kak nita aku kekadang takut nak tengok sebab macam patung....tapi aku rasa dia ni selalu exercise and makan vitamin pills....tu sebab dia nampak anggun especially body dia....aku mungkin musykil dengan boobs dia aje...pesat semacam aje kekadang...ori ke tu.....takkan dah nak masuk pertengahan musim pencen pun tegang macam tu..jeles mak kiah kat pokok sena
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 08:53 PM | Show all posts

Kagum... Persembahan Anita Sarwak yang lincah serta bertenaga ketika
menyanyikan lagu popularnya 'Seksis' .Tidak pernah pudar gelarannya
sebagai seorang Diva negara



-- pipi dia macam tegang aje
macam orang muda -- kak nita ni
kalau nyanyi mulut dia boleh terbukak
besar sangat -- tapi tak ada lak
terjerit jerit -- pandai dia kawal tone..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2006 09:03 PM | Show all posts
Kak Nita yang romantik
Oleh Zieman  

Diam tak diam, sudah empat dekad diva popular Anita Sarawak menghambakan diri dalam dunia seni. Dalam tempoh itu juga, Anita yang lebih mesra dipanggil Kak Nita tidak jemu-jemu memberikan yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburinya, baik nyanyian, lakonan atau pengacara.

Kalau ada yang kata Kak Nita tidak tahu erti penat meskipun usianya sudah mencecah 53 tahun, memang ada kebenarannya.

"Jangan asyik fikir kita tua. Perasaan tua ni adalah hati kita. Kalau kita rasa tua, tualah jadinya. Kita kena senantiasa rasa diri kita muda, jadi kita akan selalu bergaya muda. Tapi tak bermakna, kita lupa diri pulak, adat-adatlah...," ujar penghibur hebat ketika ditemui baru-baru ini.




53 tahun dan masih hebat bertenaga... Anita Sarawak bersama
suaminya tersayang, Mahathir Abdullah
(The Star)


Kak Nita, yang mula berjinak dalam bidang nyanyian ketika berusia 17 tahun, telahpun merakamkan sebuah album sentimental bahasa Inggeris yang berjudul "Anita Sarawak Another Dimension."

Walaupun lagu-lagu tersebut pernah dirakamkan oleh penyanyi terkenal seperti Billie Holiday dan Frank Sinatra dan menjangkau era 20an, 30an, 40an hingga 60an, Kak Nita telah menyuntik nafas baru kedalam semua lagu-lagu tersebut.

"Kak Nita ni romantik orangnya sebab tu pilih semua lagu-lagu yang sentimental dalam album ini. Abang Mahathir pun turut sama memberikan ideanya. Memang seronok betul buat album ni, terkenang masa kita muda-muda dulu," ujar Kak Nita yang setia ditemani suami tersayang, Mahathir Abdullah sepanjang wawancara.

Antara lagu-lagu yang telah dirakamkan termasuk Cry Me A River, Bewitched, I Got You Under My Skin, Lover Man, Misty, I Can't Stand The Rain, That Old Devil Called Love dan The Man I Love.

"Setiap lagu membawa erti tersendiri bagi Kak Nita. Suara Kak Nita seolah-olah seperti berbisik dalam setiap lagu. Kak Nita percaya peminat-peminat semua akan rasa terhibur dengan album ini sebab ianya lain dari album Kak Nita yang dulu-dulu," ujar penyanyi yang masih seksi dan bergaya ini.

Bagi Kak Nita, kepuasan merakam album pada usia emas ini agak berbeza sekali.
"Kak Nita tak fikirpun pasal keuntungan tapi lebih pada kepuasan. Memang susah untuk menyenangkan semua pihak tapi rasanya  semua orang akan rasa terhibur dengan album ini," ujarnya lagi.

Kak Nita yang juga anak kepada seniman S.Roomai Nor dan seniwati Siput Sarawak ini, sedang dalam perancangan untuk menyiapkan sebuah video clip untuk lagu That Old Devil Called Love.

"Dam banyak lagu-lagu, lagu That Old Devil Called Love ni istimewa sikit. Melodinya begitu mengasyikkan dan liriknya memang indah. Lagu-lagu cinta ni semua orang suka dengar tak kira peringkat umur. Tambahan pula lagu-lagu lama.

Bila kita dengar balik, memang mendayu-dayu bunyinya. Itu yang buat Kak Nita rasa begitu bersemangat sekali buat album ini. Semua ni, buah tangan Kak Nita untuk generasi muda."

"Pokok pangkal hati kita. Kalau kita ada kemahuan, walau datang seribu rintangan sekalipun kita akan tetap mengharunginya. Kak Nita dah terlalu lama dalam bidang nyanyian ini, pahit manis telah banyak Kak Nita harungi. Inilah album Kak Nita yang paling sentimental sekali. Bila Kak Nita dengar balik, Kak Nita sendiri tak sangka kompilasi lagu-lagu kali ini begitu romantik sekali," ujar Kak Nita lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 04:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 06:06 PM | Show all posts
makcik ni suker main suntik2
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 06:42 PM | Show all posts
yang penting kesian kat abang Mahathir die tuh...

sebab dah sah2 dosa (nenek) Nita tuh die tanggung.. nampak cam jahil lagik tuh...

ape kes lah...

:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 07:24 AM | Show all posts

ANITA SARAWAK

Rahsia harmoni
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


Anita Sarawak berkongsi petua kekal bahagia bersama Mahathir Abdullah





PASANGAN ini seperti belangkas yang sukar dipisahkan. Sesiapa yang mengenali Anita Sarawak (kiri) dan suaminya Mahathir Abdullah (kanan), sudah masak benar dengan kerenah pasangan romantik ini.


Mereka bagaikan baru semalam bercinta, terlalu asyik dalam dunia percintaan sendiri. Setiap masa berpegangan tangan. Hanya yang mampu dikatakan ialah penulis kagum melihat ketulusan cinta yang dipamerkan Kak Nita dan Abang Mahathir.

Diam tak diam, Ogos ini Kak Nita dan Mahathir akan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam. Rasanya, bagai baru semalam Anita Sarawak memperkenalkan suaminya kepada teman dan peminat hiburan tanah air.

Meraikan ulang tahun perkahwinannya nanti, Kak Nita merancang kenduri doa selamat saja agar rumah tangga yang dibina diberkati sehingga ke hujung nyawa.

Anita berkata, suami isteri harus beralah itulah rahsia keharmonian rumah tangga yang sentiasa dipegang teguh.

Dia terlalu menyayangi Mahathir dan tidak sanggup rasanya untuk melukakan hati suami tercinta. Justeru, kemaafan sentiasa dipinta.

"Suami isteri kalau ada perselisihan faham, kena cepat-cepat minta maaf. Lebih-lebih lagi sebelum tidur, kita mesti nak berbaik. Tidak elok kalau kita tidur dalam keadaan marah, lagipun kita tidak tahu apa yang akan berlaku.

"Kadang kala dalam tidur boleh jadi sesuatu, kita tak tahu bila ajal tiba. Silap hari bulan tidak sempat minta maaf, nanti kita yang menyesal. Sebab itu, sebelum tidur Kak Nita selalu kata padanya, mama sayang papa,? katanya.

Bagi membuktikan kesucian cintanya, Kak Nita sering memegang erat tangan suaminya walau ke mana saja. Mahathir adalah bayinya dan dia tidak banyak songeh, tetapi seorang yang berjiwa sensitif.

Justeru, hebatnya cinta yang memanah jiwa mereka, Kak Nita tidak dapat membayangkan bagaimana seandainya suatu hari nanti Mahathir meninggalkannya buat selama-lamanya.



BUAL BICARA: Anita menemu bual Pensyarah Jabatan Obstetrik,
Fakulti Perubatan, UKM, Prof Madya Dr Seri Suniza
Sufian dalam program Dekorasa.


"Kak Nita selalu fikir kalau Mahathir tak ada macam manalah agaknya hidup Kak Nita nanti. Mahathir pun begitu, dia juga risau sekiranya Kak Nita tak ada. Sebab itu kami selalu berpegangan tangan.

"Boleh dikatakan 24 jam kami berdua. Kalau berpisah pun jika Mahathir ke gimnasium atau ke bilik air, itu saja. Jadi Kak Nita tak boleh bayangkan jika satu hari nanti harus bersendirian,? katanya bimbang.

Kak Nita baru saja pulang dari London dan Paris bagi meraikan hari jadi suaminya pada 9 Jun lalu bersama keluarga Mahathir. Kesempatan itu juga digunakan pasangan berkenaan untuk melawat anak Mahathir, Matthew Edward Cox, 21, yang menuntut di kolej.

Selepas meraikan majlis hari jadi bersama keluarga Mahathir, pasangan itu terus bercuti ke Paris. Tidak lupa mereka singgah di tempat yang menyingkap detik bersejarah di mana Mahathir melamar Kak Nita dulu iaitu di Menara Eiffel mercu tanda kebanggaan rakyat Perancis.

Another Dimension masuk carta Smooth Jazz di Florida

DIVA popular yang sering merendah diri ini memang terkenal sebagai seorang yang cukup komited terhadap kerjanya. Tidak hairan, dia menjadi pilihan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk mempromosikan nama negara di Kanada.

Anita akan berangkat ke sana pada 10 September nanti.

Katanya, dia bangga kerana dapat mempromosikan nama negara. Ketika di sana Kak Nita akan mendendangkan lagu tradisional dan lagu joget bersama rombongan Istana Budaya di hadapan lebih 1,000 tetamu yang akan menghadiri majlis itu.

Selepas pulang dari Kanada, Kak Nita akan terbang ke Los Angeles pula untuk mempromosikan album jazz Inggerisnya, Another Dimension yang khabarnya sudah memasuki carta lagu Smooth Jazz di Florida dan berada pada tangga ketujuh.

Selain itu pemergian Kak Nita ke sana juga bertujuan memasarkan albumnya kerana sebuah label ? Blue Note di New York berminat untuk bekerjasama dengan Kak Nita.

Harapan untuk melebarkan sayap ke negara luar sememangnya menjadi impian dan harapan setiap penyanyi.

Anita berkata, dia bangga dan gembira kerana album barunya itu diterima di sana.

Pulang saja dari Kanada dan Los Angeles, Kak Nita sibuk pula membuat persediaan untuk siri pertunjukan hebat, The Asia Divas Concert yang akan berlangsung di Kanada, Australia, Hong Kong, China (Macau) selain Malaysia.

Konsert buat pertama kali itu akan menggabungkan nama besar Hong Kong ? Frances Yip, Maria Codero dan Elisa Chan anjuran Genting Highlands pada 30 September.

[ Last edited by  jac_diehard_fan at 16-9-2006 01:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by freekey at 24-7-2006 08:31 PM

Hahaha..

Ala2 muka Michael Jackson ke??




Jaclyn  Velvet  

http://plane ...

awas... mencair... !!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 07:29 PM | Show all posts
aku pun pelik.sebab kulit dia tegang gila.even madonna yg terang2 cucuk  botox dll tu pun nampak jugak kedut dan kertu.tapi nenek ni tah la...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 05:35 PM | Show all posts

Reply #53 penglipur's post

ada interview kak nita dengan reporter di TV
reporter tanya ada guna botox tak --
dia jawab -- tak dan as well cakap
astagrafirullah -- macam tu ka apa ka --
dia cakap jaga kulit dengan makan banyak sayur2an
exercise - cuci muka... ---  so thats what she said..
memang kulit dia halus licin -- pandai jaga badan dan
kesihatan ---

oh - dan dia juga cakap - sedihnya kak nita awak
cakap kak nita cam tu ---  sort of dia betul2
nak beritahu dia memang tak guna botox ni --
tambah2 lagi dia cakap ini haram --

[ Last edited by  dexa at 13-8-2006 05:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:51 PM | Show all posts
aku rasa dia tak guna botox...
kulit dia memang licin...
tapi bila pakai make up tebal mcm hantu plak...
coz bila saya tengok leher dan tangan dia cantik jer...
sbb aku dengar, kalau nak tengok dia buat surgery ke tidak, kita tengok tangan dan leher dia...coz bhgn tue yg menentukkan kulit sebenar dia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 06:17 AM | Show all posts
Anita Raya buat rumah baru Mak Cik Kiah
Oleh ABD. AZIZ ITAR




ANITA SARAWAK bersama Mak Cik Kiah yang tinggal
sebatang kara di pondoknya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


PENYANYI Anita Sarawak berasa puas kerana dapat meringankan beban seorang wanita warga emas yang hidup sebatang kara menerusi program bual bicaranya, Anita Raya.

Sejak kematian suami kira-kira 15 tahun lalu, Rokiah Pian atau Mak Cik Kiah, 79, hanya mendiami sebuah pondok buruk serba daif di Kampung Padang Lebar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Program Anita Raya itu yang akan disiarkan melalui Astro RIA pada Hari Raya Aidilfitri kedua pukul 11.30 pagi akan memaparkan realisasi impian Rokiah atau Mak Cik Kiah untuk memiliki rumah baru sendiri.

Sebagai pengacara program itu, Anita telah meninjau sendiri projek pembinaan rumah baru Mak Cik Kiah itu yang menelan kos RM15,000.

Anita juga sanggup menyingsing seluar meredah becak dan mengetepikan pakaiannya yang glamor semata-mata kerana mahu menjenguk dan berkongsi perasaannya dengan Mak Cik Kiah.

揂pabila Kak Nita tengok senyuman Mak Cik Kiah rasanya itu lebih bermakna daripada wang ringgit,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2006 08:38 AM | Show all posts
Krew Anita Raya bantu Mak Cik Kiah
Oleh Rozdan Mazalan


MUSIM perayaan yang menjelang tiba tidak lama lagi menjadi suatu saat yang ditunggu-tunggu oleh semua masyarakat terutama kanak-kanak yang tidak mengenal apa-apa erti keperitan atau kesunyian hidup.

Di sebalik keriangan itu, terdapat seorang insan yang hidupnya sebatang kara menantikan dirinya diberi perhatian untuk meneruskan kehidupan yang lebih sempurna seperti mana insan yang lebih bernasib baik dari dirinya.

Di kesempatan itu, kunjungan krew program bual bicara popular, Anita untuk episod khas berjudul iaitu Anita Raya yang akan disiarkan sempena Syawal kelak akan mendedahkan kisah hidup warga emas yang seharusnya diberi perhatian masyarakat untuk membiarkan sisa hidupnya diakhiri dengan lebih sempurna.

Anita Raya yang dihoskan sendiri Anita menceritakan suka duka pengalaman dirinya ketika menjalani penggambaran ke pondok buruk Rokiah Pain, 79, atau lebih mesra dipanggil Mak Cik Kiah yang dilakukan di Kampung Padang Lebar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Apabila kunjungan kami sampai saja ke pondok buruk yang menyamai taraf seperti reban ayam, hati ini mula tersentuh apabila melihat keadaan persekitaran yang terlalu daif sehingga berlinangan air mata Kak Anita, Abang Mahathir dan krew yang hadir.

Ketika arwah suaminya masih hidup, Mak Cik Kiah tinggal bersama-sama suaminya di rumah milik mereka yang terletak di Batu Kikir, tetapi lokasi rumah mereka agak kurang sesuai untuk pasangan emas seperti mereka.

Kawasan tersebut juga sering didatangi sekumpulan beruk yang sering mengganggu kehidupan mereka sehinggakan dia pernah digigit haiwan itu. Setelah suami tercinta kembali ke rahmatullah, Mak Cik Kiah yang keseorangan tidak lagi berani tinggal bersendirian di atas bukit itu dan mengambil keputusan membawa diri turun dari rumahnya dan menumpang berteduh di sebuah pondok kecil yang dibinanya sendiri tanpa sebatang paku dan dibantu orang kampung.

Dari riak air muka Mak Cik Kiah terpancar satu cahaya kegembiraan apabila kunjungan rombongan kami mampu memberi sinar baru dalam kehidupannya untuk menyambut Aidilfitri tahun ini dengan penuh bermakna selepas 15 tahun berkeadaan sebegini daif,? katanya ketika dihubungi Hip.

Anita Raya akan disiarkan menerusi Astro Ria pada hari raya kedua ini selama satu jam bermula 11.30 pagi. Penerbitnya, Noor Haina Itam berkata, RM15,000 untuk bantuan itu adalah sumbangan Astro bagi membeli peralatan elektrik dan kelengkapan asas untuk rumah Makcik Kiah.

Selain itu, sumbangan juga diterima Adabi sebanyak RM7,000 dan kepakaran percuma oleh Rashid Kader Arkitek bersama 60 tenaga kerja sukarelawan Akademi Angkatan Tentera Malaysia. Ia turut mendapat sokongan Majlis Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Kerja Raya Kuala Pilah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 10:23 PM | Show all posts
Anita memukau di Calgary
15-09-2006 05:25:08 PM  

CALGARY: Penghibur dari Malaysia Anita Sarawak, yang pernah menjadi penyanyi di Las Vegas, memikat para penonton dengan gimik dan nyanyiannya ketika mengadakan persembahan di hadapan 800 tetamu Malam Malaysia yang diadakan sempena Forum Kargo Udara 2006 (ACF) di Calgary malam tadi.

Anita Sarawak, yang disifatkan oleh seorang tetamu sebagai "suara rakyat Malaysia", sebenarnya adalah artis terakhir yang mengadakan persembahan pada malam itu, dan beliau memulakan persembahannya ketika para tetamu sudah kelihatan letih dan gelisah.

Anita menaiki pentas dengan riuh-rendah menyebabkan para tetamu seperti dikejutkan daripada tidur mereka.

Suara dan mimik gayanya menyanyikan lagu-lagu kenangan dari zaman 1960an dan 1970an  yang sekali-sekala disulami sorakan dan siulan nakal para penonton  amat menghiburkan para penonton dan menyerikan lagi majlis itu sehinggakan dalam kalangan penonton ada yang ikut bernyanyi dengan diva tersebut.

Seorang lelaki warga emas rakyat Kanada, yang mungkin berusia lewat 80an, yang duduk di sebelah isteri dan saudara-maranya, bangun untuk bertepuk tangan, menyebabkan penonton lain turut terhibur dengan gelagatnya itu.

Dora Kay, seorang eksekutif kanan Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong dan seorang pemegang amanah Persatuan Kargo Udara Antarabangsa (TIACA), yang biasanya pemalu, turut menyertai Anita bernyanyi dan, kemudiannya, menyertai para penari tarian tradisional Malaysia menari di pentas.

"Saya hampir tidak percaya Dora Kay, yang kelihatannya seorang yang amat pemalu, benar-benar menyanyi dan menari di atas pentas," kata George Anderson, seorang ejen kargo udara Kanada yang selalu berurusan di Asia.

Namun, persembahan Anita bukanlah hiburan semata-mata. Beliau turut menyampaikan mesej tertentu kepada para penonton. Selain menyanyi beliau turut menggayakan bunyi percakapan dalam loghat Kantonis dan bahasa Jepun, yang menggelikan hati penonton menyebabkan pada akhir persembahannya para penonton berdiri sambil memberikan tepukan sanjungan kepada penghibur dari Malaysia itu.

Beliau juga sering mengingatkan penonton bahawa Malaysia adalah tempat bercampur pelbagai kebudayaan, masakan dan kumpulan etnik.

"Apa yang dapat anda saksikan di sini (katanya yang merujuk kepada pelbagai jenis masakan Malaysia yang dihidangkan di situ dan pelbagai tarian tradisional yang berwarna-warni persembahan para penari dari Malaysia pada majlis itu) hanya sebahagian daripadanya.

"Datanglah dan saksikan sendiri semuanya itu di Malaysia, sebuah negara yang mempunyai pemandangan yang indah dan penduduknya yang ramah mesra lagi berbudi bahasa. Kita akan mengadakan Tahun Melawat Malaysia pada 2007 dan ACF pada 2008. Acara-acara ini akan mendorong anda untuk melawat Malaysia," katanya.

Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan ACF yang akan datang pada 2008.

MASKargo, bahagian kargo Penerbangan Malaysia, menjadi tuan rumah majlis makan malam yang diadakan secara gilang-gemilang itu, di mana pada majlis itu TIACA, yang menjadi penganjur ACF setiap dua tahun sekali, menyerahkan baton kepada Malaysia selaku tuan rumah forum yang akan datang.

Pengerusi TIACA, Gary Bartek mengucapkan tahniah kepada J.J.Ong dan pasukannya kerana "mengadakan permulaan yang baik menerusi acara sambutan Malam Malaysia itu".

Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah selepas mengalahkan Osaka, Singapura, Melbourne dan Abu Dhabi yang turut menawarkan diri menjadi tuan rumah ACF 2008.

BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 10:34 PM | Show all posts

Reply #54 dexa's post

dlm melodi ni..mcm biasa..dia ckp dia mkn akar2 kayu.. tk larat aku nk dgr tips2 kecantikan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2006 12:36 AM | Show all posts
Kak Nita masih laris
Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Tak sunyi tanpa zuriat

DALAM usia awal 50-an, Anita Sarawak sememangnya insan yang cukup bertuah kerana punya suami yang menyayangi dan sentiasa berada di sisi serta kerjaya seni yang cukup mantap sejak lebih 30 tahun.

Anita, 54, dan suami, Mahathir Abdullah, 53, bagai belangkas yang sukar dipisahkan, seolah-olah baru semalam bertemu dan bercinta. Hakikatnya, Anita dan Mahathir menyambut ulang tahun keenam perkahwinan mereka, bulan lalu.

Apa yang menarik dengan pasangan ini ialah bekerja, bercuti dan menghabiskan masa bersama menjadi rutin hidup mereka. Malah, dalam kesibukan tugas seharian, anak kelahiran Singapura pada 25 Mac 1952 ini tidak pernah lupa meraikan media yang dianggap turut membantu kerjaya seninya selama ini.

Anita akan mencari masa sesuai untuk beramah mesra dengan wartawan. Sempena menyambut Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, Anita meraikan wartawan hiburan tanah air di Restoran Rebung, Bangsar, Sabtu lalu. Sebelum ini, Anita meraikan media di tempat sama kira-kira tiga bulan lalu.

Majlis yang diadakan Sabtu lalu diadakan sehari sebelum Anita terbang ke Kanada bersama rombongan penari kebudayaan dari Istana Budaya untuk mempromosikan nama negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

Ia dihadiri wartawan dari Harian Metro, Berita Harian, New Strait Times (NST), Utusan Malaysia, Kosmo, The Star serta rakan-rakan dari Rafflesia The Pearl Centre dan pereka fesyen, Calvin Thoo. Turut kelihatan, produser Raja Azmi Raja Sulaiman.

Walaupun mungkin hidupnya kurang sempurna kerana belum punya zuriat sendiri, namun Anita berkata, dia bersyukur dan reda dengan ketetapan Yang Maha Esa.

Tanpa zuriat sendiri, hidup saya tidak pernah sunyi kerana ada ramai anak saudara. Anak tunggal Abang Mahathir, Matthew Edward Cox, 21, juga saya anggap seperti anak kandung,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.070007 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list