CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2441|Reply: 0

Luahan Hati

 Close [Copy link]
8149 This user has been deleted
Post time 16-8-2006 09:26 PM | Show all posts |Read mode
Hmm.. hari nih aku nak cerita pasal hati orang nih...
:love:
kadang2 kita x boleh nak teka hati orang nih.. tah macammana perception orang towards kita.. tapi kita boleh tau hati kita towards orang... kata pepatah rambut sama hitam hati lain lain nih mmg terbukti ketepatannya.. tuh la..rambut mmg la boleh nampak.. tapi hati walaupun ade bentuk fizikalnya.. tapi bende yg tersirat mmg byk sekali terdapat dalam hati..:tq:

melalui percakapan.. melalui perbuatan..melalui pemandangan... hati boleh berubah2 perasaannya.. boleh berubah2 gerak nalurinya... boleh berubah sekali sikapnyaa..:gado:

Ikut rentak satu nasyid yg selalu terngiang2..sekarang nih dipopularkan oleh saujana.."Sekeping hati dibawa berlari..jauh melalui jalanan sepi.. jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang.." dari situ dah boleh tau hati ini amat penting.. dan cuma ada sekeping je.. bukan laa bermaksud hati ini leper dan ringan.. tapi membawa maksud hanya ada 1 hati dan tidak boleh ditukarmilik dan tidak boleh salah memilih..:lebai:

terus kepada rangkap kedua... "akan kuatkah kaki yang melangkah..bila disapa duri yang menanti? akan kaburkah mata yang memandang, pada debu yang pastikan hinggap".. bagi aku , rangkap ini penuh dengan maksud tersirat mengenai hati..sejauh mana keteguhan hati itu sendiri.. itulah orang kata gerak hati nih jauh lebih hebat berbanding fikiran di otak.. sejauh mana manusia boleh berpegang teguh kepada prinsip apabila menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran kehidupan..:geram:

tapi mostly apabila kita berbicara soal hati nih.. pasal cinta mmg x boleh miss laa..tgk mostly byk lagu yg berkait pasl hati nih banyaknye mesti relate tang cinta.. jarang plak dgr lagu kekeluargaan or lagu negara yg berkisar soal hati nih.. tah ade ke idak ek?:hmm:

Lagu pandangan hati nyanyian hijjaz pun lagila banyak kebenarannya.. sebenarnya orang yg hatinya bersih boleh dilihat dari seri wajahnye.. sudah tentu berseri2.. senantiasa mudah tersenyum dan mudah memberikan nasihat ..dan seorang yg berperwatakan sederhana dan bernana sopan apabila berbicara.. ramai yang senang dengan kehadirannya..banyak orang yg ingin berdampingan dengannya.. akan tetapi bila hati yg bersih ini bertemu dengan pelbagai jenis hati yg datang dari pelbagai situasi dan latarbelakang.. sedikit sebanyak kesan hati itu terasa.. orang kata penyakit hati.. uishh.. merbahay sungguh.. infected disease.. silent killer orang cakap..

apabila hati itu tidak bersih.. segala amalan turut sama terjangkit.. soal ikhlas x payah diperkatakan lagi...hmm.. apalah nasib orang kita zaman sekarang ini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.058918 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list