CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: biezie_slalu

Tiada lagi cerita mawi di akhbar? [merged] DTEC - lagi cerita mawi di akhbar-

[Copy link]
Post time 11-10-2006 06:48 AM | Show all posts
adeh, x reti la berlakon jadi wartawan, x pandai guna nota kaki :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 06:55 AM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 11-10-2006 06:48 AM
adeh, x reti la berlakon jadi wartawan, x pandai guna nota kaki :lol




ff:

ari ada berlakon tak??? ade dapat mana2 fesyen show ke??
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 07:21 AM | Show all posts

misi kondem mawi tak berjaya ahad lepas
kalo mawi je mesti tulis peminat as 'peminat fanatik'
wahahah macam panasss jer hati tu time buat liputan zoom in
terasa agaknya sindiran straight to ampang point mawi  
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 07:32 AM | Show all posts
Nampak sangat reporter M'sia ni tak pro lansung...emotional terlebih. Dia ingat paper tu tempat dia orang melepas perasaan kut. Orang beli paper nak dapat info bukan nak dengar rintihan hati reporter....memalukan kan aje:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 07:41 AM | Show all posts

Pelik betul.... wartawan ni memalukan diri sendiri jer
Kena gelak balik dengan orang lain
Mesti bengang M. Nasir taknak komen pasal Mawi tu

:lol

houdini : Takut nak jadi wartawan sebab boleh sakit jiwa :lol
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 07:43 AM | Show all posts
reputz ni bukan sahaja bengang ngan mawi... peminat mawi pun diorang bengang gak...!!
aduhh saliha....!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2006 07:50 AM | Show all posts
PETIKAN UTUSAN MALAYSIA
11 Oktober 2006
Terkilan komen artis terhadap kenyataan Mawi


KENYATAAN dikeluarkan oleh Mawi lantaran meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon mendapat respons dan komen beberapa artis terkemuka tanah air kita.

揂pa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 08:24 AM | Show all posts

Reply #16 houdini's post

asal tak sokong org yg berlainan pendapat dgn  mawi tu kira fanatik mawilah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 08:25 AM | Show all posts

Reply #2 DTECCONAN's post

satu lagi misi yg kecundang! kuciwanya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 08:30 AM | Show all posts

Reply #16 houdini's post

Agreed with this article...jangan lah kita menghalalkan benda yg memang haram...kenyataan artis tu boleh buat org terpesong aqidah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 08:31 AM | Show all posts
kat mawifc ade satu lagi surat dari pembaca...
sorry ye tak tau nak paste....
agak2nya lepas ni timbul tak kesedaran di hati RN & M.R..tu?...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:03 AM | Show all posts
Salahkah Mawi menjadi baik    

Tue | Oct 10, 06 | 01:02:54 PM
Oleh Muhammad Safwan bin Hussin

Saudara pengarang
Petang tadi saya terlihat satu tulisan di akhbar Harian Metro (7 Oktober 2006) dengan tajuknya ' Zon Abie: Industri hiburan lain macam sikit'. Saya pada mulanya tak berapa kisahkan tulisan itu kerana saya bukanlah suka sagat mengambil tahu tentang dunia hiburan. Bagaimanapun saya merasa terpanggil untuk membaca dan meneliti tulisan tersebut kerana terpampang gambar dua pelakon lelaki yang tersohor di Malaysia, M. Rajoli dan Rosyam Nor.

Isunya adalah berkaitan dengan kenyataan Mawi kepada media yang meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon. Walaupun kita sedia maklum selama ini Mawi tidak menjaga bab bersentuh ini, namun sedikit sebanyak kita berasa lega kerana tindakan Mawi ini dirasakan untuk membetulkan kesilapannya yang lalu dan untuk membuktikan, berlakon tidak salah selagi diletakkan dalam ruang lingkup syariat.

Namun saya berasa sangat kecewa dengan respon 2 pelakon lelaki tadi dengan kenyataan Mawi tersebut. Kata penulis tersebut :

"Syarat juara Akademi Fantasia 3 itu semacam memandang rendah pekerjaan yang menjadi sumber rezeki pelakon lelaki."

Sepatutnya setiap orang yang mengaku dirinya Islam berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sebegini. Ini kerana syarat yang diletakkan Mawi itu bukan perkara baru. Malah itulah syarat yang diletakkan Allah SWT. Tidak timbul soal memandang rendah atau tidak pada pekerjaan golongan terbabit.

"Bersentuhan lelaki dan wanita bukan muhrim memang hukumnya haram. Itu sudah termaktub tetapi Rosyam kata, kalau Mawi boleh bersalaman dengan peminat atau orang media (wanita), kenapa di dalam filem tidak boleh?"

Ya, Mawi telah melakukan kesilapan dengan bersalaman dengan peminat wanita. Tapi dalam hal ini, kita sepatutnya bersama dengan Mawi untuk membetulkan kesilapannya dan menegakkan prinsip yang dipegangnya.

Tambah memeranjatkan saya ialah kenyataan dari seorang pelakon lelaki veteran yang dinyatakan penulis sebagai bekas bilal, M. Rajoli. Walaupun saya tidak menyenangi beberapa aksi di dalam lakonannya, namun pada saya setakat ini dialah antara pelakon lelaki yang 'warak'.

"Hukum berdosa atau tidak bersentuhan ini sudah ditentukan Allah. Tetapi ini kerja saya, kalau saya tidak memberi nafkah kepada anak bini, tentu lebih berdosa. Entah-entah anak boleh jadi perompak untuk hidup."

Kenyataannya ini sangat berbahaya kepada orang awam. Lebih-lebih lagi yang tidak memahami Islam. Dari kenyatannya ini dia sendiri mengakui yang dia Ttahu bersentuhan itu haram. Namun kaedah yang diguna pakainya itu amat-amat tidak kena dan bercanggah dengan prinsip syariat. Adakah pekerjaan di Malaysia ini hanya berlakon?

Saya kira kalau hujah beliau ini diguna pakai, maka para pelacur juga boleh menggunakan hujah sedemikian rupa. Mengambil satu mudarat untuk mengelak mudarat yang lebih besar kononnya, maka mereka melacur untuk mengelak anak-anak merompak. Tidak sepatutnya seorang 'bekas bilal' mengeluarkan komen yang menampakkan kedangkalan beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa Allah SWT memberi kita peluang untuk mencuci dosa bahkan turut memberi perumpamaan yang tidak relevan. Dia mengambil contoh kita membuang air besar, kalau tidak dicuci, ia akan bertambah busuk. Tetapi kalau dicuci selepas setiap kali membuang, ia akan sentiasa bersih.

Bolehkah taubat diumpamakan dengan mencuci najis selepas membuang air besar? Kalau inilah perumpamannya, maka pada dia segala dosa yang kita lakukan itu hanyalah seperti membuang air besar sahaja.

Tidak tahukah dia bahawa syarat taubat itu ialah menyesali dosa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, meninggalkan terus perlakuan maksiat itu, dan berazam untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi. Seolah-olahnya pada dia pada malam hari kita bertahajud, solat taubat sambil mata menangisi dosa-dosa yang dilakukan, dan siang hari pula kembali mengulangi dosa tersebut. Dia juga menyatakan :

"Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atib jalankan tugasnya"

Bukankah banyak dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis nabi SAW yang menerangkan kewajipan untuk melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Pekerjaan kita bukanlah untuk mengira amalan orang lain. Tetapi setiap yang salah harus diperbetulkan.

Maksud sabda Nabi SAW "Barangsiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegahnya dengan tangan. Kalau tidak mampu, hendaklah ia mencegah dengan lidah. Dan kalau tidak mampu juga, hendaklah ia menecegahnya dengan hati. Dan itulah selemah-lemah iman".

Saya bukanlah peminat Mawi. Tapi pada saya respon yang diberikan oleh dua pelakon terbabit terhadap syarat Mawi ini agak keterlaluan. Keterlaluan terhadap Mawi dan keterlaluan terhadap aqidah kita sebagai seorang muslim. Saya tidak nampak sebarang niat tidak baik daripada Mawi semasa mengeluarkan kenyataan ini, jauh sekali memandang rendah terhadap pekerjaan orang lain.

Saya sendiri secara peribadi tidak menghina pekerjaan mereka sebagai pelakon. Tapi bila dibiarkan kenyataan-kenyataan jahil keluar di media, maka orang yang tidak faham Islam akan menjadi lebih keliru. Sedangkan jarang-jarang sekali dipaparkan kenyataan-kenyataan alim ulama', melainkan kenyataan-kenyataan yang kontroversi untuk diputarbelitkan.

Cukuplah Islam dihina di luar negara, oleh musuh-musuh Islam. Janganlah pula ada umat Islam yang jahil dan menambahkan kejahilan orang lain.

~ Harakah Daily
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:04 AM | Show all posts
CREDIT TO PURPLE_LILIES  MFC

Pandangan ikhlas

Sejak kebelakangan ni, ada saja cerita yang melibatkan Mawi disampaikan dengan cara atau niat untuk menjatuhkan atau membuatkan peminat2 Mawi bertengkar sesama sendiri. Adakah ini yang dibanggakan oleh wartawan Malaysia?? Adakah ini yang mereka cari.. Kejatuhan Mawi!! Sedih, seorang anak melayu dari Felda yang semakin meningkat kerjaya sering dikaitkan dengan kontroversi walaupun bukan itu yang dipinta. Setiap gerak geri, tingkah laku ada saja yang tak kena
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:17 AM | Show all posts
Analisis: RTM, Mawi cetus 'fenomena tak bertarawih?   

Oleh Azamin Amin  


KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Saluran Dua Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Sabtu lalu, menyiarkan siaran secara langsung 'Zoom In Bersama Mawi' kira-kira jam 8.30 malam, didakwa sebagai pencetus 'fenomena tidak bertarawih' di kalangan umat Islam pada Ramadan ini.

Ramai berpendapat, RTM dan Mawi, tidak sensitif dalam suasana Ramadan ini, kerana sanggup mengalihkan perhatian peminat dan orang ramai khususnya umat Islam daripada melaksanakan ibadah yang dituntut oleh Islam.

Apakah suatu yang boleh 'dibanggakan' kerana Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi telah berjaya menghimpun ratusan hadirin di studio Angkasapuri malah ribuan umat Islam seluruh Malaysia untuk 'khusyuk' dan 'tawaduk' melihat persembahannya?

Sedangkan ramai berpendapat waktu sebegitu, sebaik-baiknya umat Islam menumpukan kepada ibadah solat tarawih secara berjemaah yang dituntut oleh agama.

Sewajarnya dengan kematangan serta pengetahuan agama yang ada, Mawi menghormati bulan Ramadan Al-Mubarak ini dengan menolak tawaran atau undangan untuk menyanyi di RTM, malah lebih menarik dan murni sekiranya Mawi turut melibatkan diri dengan kegiatan agama seperti bertadarus al-Quran dan paling baik turut bersolat tarawih bersama peminat.

Begitu juga RTM di bawah Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin, sewajarnya lebih menumpukan usaha untuk memperbanyakkan program-program berbentuk agama dan 'membeku' program hiburan yang melalaikan seperti rancangan 'Zoom In' tersebut.

RTM seoalah-olah tidak peka dengan suasana Ramadan ini, demi kegilaan terhadap persaingan mendapat 'rating' yang tinggi, sanggup mengadakan program hiburan pada bulan mulia ini, dan ramai kecewa dengan sikap Mawi juga dilihat sebagai seorang yang berkepentingan, demi keuntungan dan tuntutan komersial, Mawi sanggup mengenepi hal sedemikian.

Fenomena tak bertarawih ini tidak dimonopoli oleh RTM, malah beberapa hotel terkemuka juga turut menjemput Mawi untuk mempersembahkan nyanyiannya di kala sebahagian besar umat Islam berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk berbuka secara berjemaah seterusnya bersolat tarawih.

Tidak salah kiranya, pada bulan yang mulia ini, Mawi bercuti sepenuh masa, atau melibatkan diri dengan program agama di samping dapat mengajak masyarakat menumpukan kepada suruhan dan larangan Tuhan seperti yang dianjurkan oleh al-Quran yang dibacanya untuk rakaman TV setiap kali masuk waktu berbuka.

Sepanjang tahun Mawi telah menunaikan kewajipan dan memenuhi tuntutan peminat termasuk tuntuntan keuntangan, dan sepatutnya limpahan rezeki yang diperolehi yang menururtnya sebagai anugerah Allah,dibalas dengan melaksanakan ibadah dengan berlipat kali ganda dan bukannya bersikap tamak seterusnya mengheret ramai kalangan umat Islam meninggalkan tuntutan agama.

Dengan bakat dan 'aura' yang ada, sebaik-baiknya Mawi mengambil kesempatan mendidik, mengajak para peminatnya melakukan ibadah yang mulia di samping menghayati bulan Ramadan ini dengan pelbagai amal ibadat seperti mengaji al-Quran , bertazkirah, dan menunaikan solat sunat Tarawih.

Namun sewaktu rancangan tersebut, lain pula jadinya apabila Mawi melafazkan kata, "Di bulan yang baik dan di bulan yang mulia ini, marilah bersama-sama kita menghayati lagu ini..." di hadapan ratusan hadirin termasuk sejumlah ramai penonton TV pada malam tersebut dan antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh mantan qari al-Quran ini ialah 'Al-Jannah', 'Kau Kekasih Awal dan Akhir', 'Intifada', 'Yang Tercinta' dan 'Beautiful Maria'.

Sesetengah pemerhati mendakwa, nilai-nilai agama yang dimiliki Mawi disifatkan sebagai lakonan semata-mata untuk mengaburi masyarakat untuk terus meminati dan menyokong beliau sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Seperti contoh, Mawi mengajak dan menarik perhatian umum apabila membaca ayat suci al-Quran yang membariskan kalimah-kalimah Allah, perintah serta larangan-Nya sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila dalam masa yang sama beliau mengadakan persembahan yang secara tidak langsung mengalihkan perhatian ramai para penonton dan peminatnya daripada melaksanakan perintah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Begitu juga dan sikap 'lakonan' Mawi dalam prinsipnya, beliau dilaporkan menolak sekeras-kerasnya jika diminta berlakon untuk watak romantik, adegan panas ataupun berpegangan tangan dengan wanita dan kali terakhir Mawi memegang tangan dan ditonton oleh orang ramai semasa dia dipertemukan oleh RTM dan Astro dengan bekas tunangnya Ina. Ketika itu Ina bersalaman dan mencium tangan Mawi.

Selain itu, beliau dilaporkan juga bimbang perbuatannya itu akan mengguris hati peminat setianya.

Namun yang mengecewakan, menari dan menyanyi bersama penari latar yang berpakaian seksi dan dengan gaya yang menghairahkan, tidak pula menjadi halangan bagi Mawi dan tidak termasuk perilakunya yang sering mengundang fitnah dan gosip oleh media massa yang jelas merendahkan imej seorang yang disifatkan ada nilai agama.

Ada kalangan yang menyimpulkan Mawi ikon yang dilihat punya nilai-nilai atau 'simbol' agama melakukan sikap dan tindakan yang mengelirukan ramai pihak apabila persoalan haram dan halal serta membabitkan hukum-hakam 'diadun' secara bersama baik dari sudut tindakan mahupun perkataan yang dilafazkan.

Fenomena yang dicetus oleh Mawi seharusnya diperhalusi supaya natijahnya tidak merosakkan fikrah dan akhlak para remaja khususnya yang beragama Islam malah pengiktirafan terhadap beliau sebagai ikon dan (lebih tersasar lagi) memiliki salasilah para wali,harus dipertimbangkan semula dan difikirkan dengan hati yang tenang dan waras. - lanh



~ wartawan nak cari kesalahan mawi je, walhal hijjaz pun zoom-in gak - double standard btul !!

[ Last edited by  mrsbay at 11-10-2006 09:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by apikwaeh at 11-10-2006 09:04 AM
CREDIT TO PURPLE_LILIES  MFC

Pandangan ikhlas

Sejak kebelakangan ni, ada saja cerita yang melibatkan Mawi disampaikan dengan cara atau niat untuk menjatuhkan atau membuatkan peminat2 Mawi b ...


suka ler ngan pnulis ni..bernas idea dia..:love:
:setuju: ngan penulis ni...
apa yg mawi buat smua dperbsrkan mcm x dek artis lain kt m'sia ni..:geram:

[ Last edited by  atie77 at 11-10-2006 09:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:56 AM | Show all posts
Tapi alasan-alasan yang diberikan oleh penulis ni macam dia pengunjung tetap Forum Cari je......:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 10:19 AM | Show all posts
Tak pe la Wi, makin orang kutuk, makin murah rezeki Wi. Dapat perabut rumah sponsor. Dapat perabut opis sponsor jugak. Mak dok kat umah ni tak dok orang nak sponsor hah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 11-10-2006 07:21 AM

misi kondem mawi tak berjaya ahad lepas
kalo mawi je mesti tulis peminat as 'peminat fanatik'
wahahah macam panasss jer hati tu time b ...


seper reputz brasap telinga n biji mata
baca posting kita minggu lepas
padan muka reputz.. derang ingat derang tu
hebat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by apikwaeh at 11-10-2006 09:04 AM
CREDIT TO PURPLE_LILIES  MFC

Pandangan ikhlas

Sejak kebelakangan ni, ada saja cerita yang melibatkan Mawi disampaikan dengan cara atau niat untuk menjatuhkan atau membuatkan peminat2 Mawi b ...



best giler artikel ni.......dah hantar kat paper ke belum ha?????ni lah yang paling best yang pernah aku bacer....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by apikwaeh at 11-10-2006 05:04
CREDIT TO PURPLE_LILIES  MFC

Pandangan ikhlas

Sejak kebelakangan ni, ada saja cerita yang melibatkan Mawi disampaikan dengan cara atau niat untuk menjatuhkan atau membuatkan peminat2 Mawi b ...

:nerd:cayalah....hehehhee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075969 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list