CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4584|Reply: 6

ZEHRA ZAMBRI - MARI BERSAMA

[Copy link]
Post time 21-12-2006 09:01 AM | Show all posts |Read mode
ALBUM: Mari Bersama
ARTIS: Zehra Zambri
GENRE: Pop


DUA tahun lalu, Zehra muncul dengan album sulung yang dihasilkan menggunakan duit poket sendiri. Sayang album itu tidak banyak membantu untuk memperkenalkan nama Zehra meskipun menggunakan khidmat komposer terkenal dan hebat.

Situasi itu tidak mematahkan semangat penyanyi ini. Hampir setahun melalui proses menyesuaikan diri, Zehra melancarkan album keduanya, Mari Bersama.

Memilih pop sebagai teras penerbitan, album ini ditangani lima komposer handal tanah air iaitu Ajai, Aidit Alfian, Cat Farish, Neves dan Sharon Paul.

Kepelbagaian idea daripada penerbit tersohor itu memberi variasi kepada Mari Bersama yang dihiasi lagu bermacam rentak iaitu balada, funky, pop R&B dan pop kontemporari.

Memuatkan lapan lagu, enam daripadanya adalah rakaman terbaru manakala dua lagi dipetik daripada album sulung Zehra.

Zehra bagaimanapun memberi nafas baru untuk lagu Tak Berubah dan Malam Yang Ganjil bagi disesuaikan dengan keseluruhan mood album ini.

Lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Mari Bersama, Aku Cintamu, Puitis Sekeping Hati, Cinta Seluruh Dunia, Jalan Pintas dan Gelisah Berbisik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2006 03:18 PM | Show all posts
Best gak vokal Zehra Zambri.....tak pernah dgr beb......
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 01:34 PM | Show all posts
Originally posted by eaey at 21-12-2006 03:18 PM
Best gak vokal Zehra Zambri.....tak pernah dgr beb......

Suara dia memang best. Dia bekas anak murid im.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 02:41 PM | Show all posts

Reply #3 intan_mahsuri's post

die ni yang belajar kat johor tu ke???
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 03:23 PM | Show all posts
Originally posted by sayang_mulut at 22-12-2006 02:41 PM
die ni yang belajar kat johor tu ke???

Tak ahhh...dia blajar kat cheras.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 03:25 PM | Show all posts
muda lagik die ni ek...
baru 19 tp dah mcm mak org aku tgk mase die kat MHI...:lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2020 12:03 AM | Show all posts
tup2 terkejut iols tgk dia dah jadi pembaca berita rtm....dgn imej bertudung terkini...ingat lagi sekitar tahun 2003 mcm tu dia nyanyi irama melayu di tv rtm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.173433 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list