CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

About vc 'VK Lingam': Latest -6 Individu Takkan Disiasat -

[Copy link]
Post time 19-5-2008 12:44 PM | Show all posts
kutty dh ingat balikk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2008 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by cloroc at 19-5-2008 12:43 PM
Siasatan Tidak Bererti Akan Berlaku Pendakwaan, Kata Najib
SHARM EL SHEIKH (Mesir), 18 Mei (Bernama) -- Siasatan yang diarah dilakukan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya ...


betol tu ..  atas kapasiti apa atau atas kuasa yang

najib buleh bercakapp menidakkan keadilan  ??

sepatutnya bidang perundangan tidak pernah mengenal siapa .
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 07:31 AM | Show all posts

Buku Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai video klip VK Linggam mula dijual, semalam. Orang ramai boleh membeli dan mendapatkan buku itu di Bahagian Hal Ehwal dan Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, semalam. Sebanyak 50 naskhah pertama laporan Suruhanjaya Diraja mengenai hasil siasatan klip video Lingam yang mula dijual semalam, habis dibeli dalam tempoh kurang setengah jam. Laporan berharga RM541.30 satu set itu diedarkan mulai jam 3 petang dan dibeli firma guaman, syarikat swasta serta individu yang menempahnya sejak Jumaat lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 07:33 AM | Show all posts
Perbualan Lingam, Ahmad Fairuz tulen
UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 20 Mei - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video yang dijual kepada umum mulai hari ini mengesahkan bahawa ia adalah rakaman perbualan antara peguam terkenal, Datuk V. K. Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Selain rakaman video yang dihasilkan oleh saksi ke-12, Loh Gwo Burne disahkan tulen, laporan yang mengandungi empat jilid buku berasingan itu turut mendapati isi kandungan perbualan antara Lingam dan Fairuz adalah benar.

Mengikut laporan, identiti Lingam disahkan berdasarkan hasil analisis suara, latar belakang rumah yang disahkan padan dengan rakaman klip video selain keterangan ahli perniagaan, Loh Mui Fah dan anaknya Gwo Burne yang berada di tempat kejadian.

Di samping berdasarkan keterangan saksi seperti bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, identiti Ahmad Fairuz pula dikenal pasti berikutan isi kandungan perbualan antara kedua-duanya yang merujuk pada situasi semasa dan benar-benar berlaku kemudiannya.

Antaranya, petisyen pilihan raya membabitkan peguam Wee Choo Keong, cadangan untuk anugerah gelaran Tan Sri kepada Ahmad Fairuz disegerakan, kenyataan kepada akhbar The Star dan lain-lain lagi.

Sementara identiti lelaki Cina yang menyaksikan perbualan tersebut serta berbual-bual dengan Lingam sebaik perbualan telefon antara keduanya tamat dengan mudah dikenal pasti sebagai Mui Fah.

Selain identiti, kesahihan video dan kebenaran isi kandungan perbualan, suruhanjaya itu juga mendapati wujudnya bukti-bukti kukuh menunjukkan terdapat salah laku di kalangan individu tertentu serta personaliti yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video itu.

Berikutan itu, laporan suruhanjaya itu mencadangkan Akta Hasutan 1948, Akta Profesion Guaman 1976, Akta Rahsia Rasmi 1972, Kanun Keseksaan dan lain-lain diguna pakai terhadap individu-individu terbabit.

Bagaimanapun suruhanjaya yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor menyerahkan semua itu kepada budi bicara Peguam Negara dan Majlis Peguam Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu berkenaan.

Suruhanjaya itu dibentuk pada 12 Disember 2007 bagi menyiasat dan menentukan ketulenan serta kesahihan klip video memaparkan Lingam berbual melalui telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim-hakim.

Ia turut dianggotai oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim.

Walau pada awalnya suruhanjaya dijangka bersidang selama dua minggu bermula 14 Januari dengan 15 saksi, ia hanya berakhir selepas 17 hari yang memakan masa sebulan dengan 21 saksi.

Dalam prosiding tersebut, sebanyak 116 bahan bukti dan 17 Akuan Berkanun dikemukakan dengan 38 peguam tampil mewakili pelbagai pihak terbabit.

Laporan suruhanjaya yang berharga RM541 itu terbahagi kepada Laporan, Nota Keterangan, Akuan Berkanun serta Bahan Bukti dan boleh diperolehi di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:12 AM | Show all posts
Oooo.. hasil laporan inlah yg membuatkan TDM tak keruan agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by an2toncit at 19-5-2008 12:21 PM
tetiba je mahathir bole ingat semula....ubat nyanyuk ape dia makan tu ?


kismis minda....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2008 09:29 AM | Show all posts
BPR dijangka buka fail kes cuti Lingam
BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dijangka mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuka semula siasatan kes membabitkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin dan peguam, Datuk VK Lingam, hari ini.

Sumber memberitahu Berita Harian, arahan itu yang dibuat sejajar cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video yang didakwa mengandungi perbualan antara seorang peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim, Jumaat lalu.

Difahamkan, Peguam Negara akan mengarahkan BPR membuka semula fail siasatan berkenaan, khususnya mengenai butiran percutian Mohd Eusoff dan Lingam serta keluarga mereka ke New Zealand pada 1998.

“ Peguam Negara dijangka mengarahkan BPR membuka semula kes ini dengan memberi tumpuan kepada isu dibangkitkan suruhanjaya berkenaan khususnya mengenai percutian mereka berdua ke New Zealand pada 1994,” katanya ketika dihubungi.

Suruhanjaya itu dalam laporannya diumumkan Jumaat lalu, antara lain secara khusus mahu BPR menyiasat mengenai percutian bersama Mohd Eusoff dan Lingam.

Suruhanjaya turut mencadangkan BPR menyiasat beberapa hakim dikatakan pernah menerima hadiah daripada Lingam termasuk hubungan baik dengan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah.

Sebelum ini, BPR dilaporkan pernah menyiasat kes berkenaan selepas menerima maklumat daripada orang ramai pada 1998, namun diarahkan ditutup ketika itu kerana tiada bukti.

Selain isu berkenaan, suruhanjaya terbabit turut mencadangkan siasatan dibuat terhadap Lingam; Mohd Eusoff; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

---

part yg last tu yg best.. tak sabar nak tunggu result!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:34 AM | Show all posts
teruskan siasatan..
mahalnya buku tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by Jiman at 21-5-2008 09:29 AM
BPR dijangka buka fail kes cuti Lingam
BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dijangka mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuka semula siasatan kes memba ...



....juga siasatan harus di buat keatas BPR yang telah menyiasat kes ini dahulu dan telah mendapati tiada 'kesalahan' telah di lakukan....

siapakah pegawai penyiasat? siapakah Ketua Pengarah BPR ketika itu??
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 11:04 AM | Show all posts
kat mana nak dpt buku Laporan Siasatan tu yer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 03:18 AM | Show all posts
Originally posted by TulipX at 21-5-2008 11:04 AM
kat mana nak dpt buku Laporan Siasatan tu yer..

kat Bahagian Hal Ehwal dan Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
satu buku tu rege RM541.30
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 03:20 AM | Show all posts
Tengku Adnan sedia hadapi keputusan suruhanjaya
UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 21 Mei - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersedia berhadapan dengan apa juga hasil daripada siasatan laporan Suruhanjaya Diraja 'Klip Video V. K. lingam'.

Menurut Ahli Parlimen Putrajaya itu, beliau telah melihat hasil laporan tersebut dan dalam hal ini dirinya tahu bagaimana untuk menangani situasi berkenaan.

''Saya tahu macam mana nak buat. Saya akan uruskannya sendiri. Tapi tak perlulah saya beritahu mengenainya kepada awak (pemberita).

''Ya, saya tenang (untuk menghadapinya)," katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Tengku Adnan diminta mengulas mengenai nama beliau bersama lima individu lain yang disebut disebut dalam laporan suruhanjaya berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan berlaku kesalahan di sisi undang-undang membabitkan individu yang disebut dalam laporan berkenaan.

Berikutan itu, Jabatan Peguam Negara telah memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu-individu yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya itu.

Individu itu ialah peguam, Datuk V. K. Lingam, ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Tengku Adnan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 03:52 AM | Show all posts

Reply #492 Jiman's post

bodohnye org putrajaya pangkah tok nan ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 02:19 AM | Show all posts
BPR tidak siasat enam individu laporan klip video Lingam
UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 22 Mei - Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak akan menyoal siasat enam individu berprofil tinggi yang disebut dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V. K. Lingam.

Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, mereka tidak disoal siasat kerana siasatan pihaknya kini lebih tertumpu kepada usaha untuk mencari maklumat tambahan.

Menurut beliau, tumpuan BPR adalah untuk menyelesaikan siasatan kes Lingam yang tertangguh sewaktu Suruhanjaya Siasatan Diraja menjalankan siasatan ke atas kes tersebut.

'' Enam individu tersebut tidak terbabit dalam siasatan BPR melainkan beberapa orang tertentu yang sudah dikenal pasti dalam kes Lingam dan Eusoff untuk memberi keterangan tambahan,'' katanya di sini hari ini.

Enam individu yang disebut-sebut dalam laporan tersebut ialah ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Eusoff Chin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Lingam.

Abu Kassim berkata, BPR telah mengenal pasti beberapa orang lagi yang dikaitkan dalam klip video V. K. lingam dan akan dipanggil untuk mendapatkan maklumat tambahan.

''Siapa yang akan dipanggil sudah dikenal pasti dan mereka akan dipanggil dalam masa terdekat ini,'' katanya.

Mengenai Eusoff pula katanya, BPR akan membuka semula kes tersebut untuk melihat keterangan-keterangan sedia ada.

''Walaupun siasatan ini sudah selesai tetapi BPR tidak mahu ada maklumat-maklumat lain yang tertinggal dalam siasatan kita,'' katanya.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan BPR membuka semula siasatan terhadap Eusoff dan Lingam selepas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video Lingam dikeluarkan.

Siasatan tertumpu kepada dakwaan mereka 'bercuti bersama' pada tahun 1994 berdasarkan gambar percutian bekas Ketua Hakim Negara itu dengan keluarga Lingam.

Abu Kassim menambah, siasatan juga dijangka memberi tumpuan terhadap beberapa isu lain yang dibangkitkan dalam laporan suruhanjaya tersebut.

Katanya, kes itu dibuka semula kerana BPR menyedari ada perkara-perkara penting yang tidak dilihat sewaktu siasatan awal.

Beliau tidak menolak BPR dijangka mengambil masa yang agak lama untuk melengkapkan siasatan kes tersebut.

---

POOOOOOOOODDDDDDAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!
BPR *****!!!!! SSD *****!!!!!!!

BERPROFIL TINGGI KONON.. JAWAB LA KAT AKHIRAT NANTI!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 07:13 AM | Show all posts
Laporan video Lingam bukan hukuman
BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Diraja yang menyiasat klip video peguam Datuk V K Lingam berkata laporannya bukan hukuman terhadap badan kehakiman sebaliknya perlu dilihat secara positif untuk membersihkan institusi itu.

Laporan itu menyebut, masih ada ruang untuk membaiki keadaan terutama dengan pelaksanaan beberapa cadangan pembaharuan termasuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim.

“Bagi kami yang pernah menganggotai badan kehakiman, kami lebih mengetahui bahawa majoriti hakim benar-benar mengotakan sumpah mereka untuk menegakkan keadilan mengikut undang-undang tanpa berat sebelah atau takut.

“Hakim ini melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuh integriti dan wajar diberi penghormatan dan pengiktirafan orang awam dan pihak berkuasa.

“Malangnya, peranan badan kehakiman sebagai pelindung Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dalam kerajaan berperlembagaan, selain harapan tinggi rakyat yang mengharapkan integriti di kalangan hakim.

“Ia mengakibatkan sebarang tindakan salah laku dalam badan itu seperti barah yang mampu merosakkan institusi ini secara keseluruhannya. Walaupun perit, itu adalah hakikat,” kata laporan itu.

Laporan suruhanjaya yang dipengerusikan Tan Sri Haidar Mohamad Noor, turut mempertikaikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak dipengaruhi sesiapa dalam pemilihan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim sebagai Hakim Besar Malaya pada masa itu berdasarkan persahabatannya dengan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan, yang selanjutnya mengenali Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Lingam secara peribadi.

Ia berikutan keterangan Dr Mahathir sendiri yang mengakui mungkin meminta pandangan Tan dalam isu itu walaupun perkara berkenaan dinafikan Tan dalam keterangannya kepada suruhanjaya.

Dalam perbualan telefon yang dirakamkan, Lingam juga merujuk kepada surat Dr Mahathir kepada Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Mohd Dzaiddin Abdullah, berhubung pelantikan beberapa Hakim Mahkamah Tinggi.

“Keterangan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman jelas menyatakan perkara itu adalah sulit dan hanya diketahui penulis surat dan penerimanya, malah menteri dan timbalan menteri lain juga tidak dimaklumkan mengenainya.

“Walaupun Lingam dalam keterangannya mengatakan perkara itu menjadi bahan gosip di kalangan peguam, beliau gagal menamakan peguam lain bagi menyokong dakwaannya itu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, keterangan yang dibaca bersama fakta secara keseluruhannya menunjukkan hubung kait dalam dakwaan bahawa berlaku campur tangan dalam menolak pelantikan Allahyarham Tan Sri Abdul Malek Ahmad sebagai Hakim Besar Malaya kerana dianggap ‘anti-Perdana Menteri’, seterusnya Ahmad Fairuz dilantik untuk jawatan itu sebelum dijadikan Presiden Mahkamah Rayuan dan selanjutnya Ketua Hakim Negara
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 08:36 AM | Show all posts
telus..telus......
lagi laa buat perbicaraan terpilih.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2008 08:04 PM | Show all posts
BPR mula siasat kes klip video Lingam
BERITA HARIAN - 19:53 PM

PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah memulakan siasatannya terhadap kes klip video Lingam dan berjanji akan menemu bual semua individu yang disebut dalam rakaman itu.

Ia termasuk enam tokoh yang dikenal pasti dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung Klip Video V K Lingam, kata Timbalan Ketua Pengarah (1) BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed hari ini.


"Kami telah memulakan siasatan terhadap kes ini, tapi saya tak boleh dedahkan apa-apa. Apa yang boleh dinyatakan ialah siasatan ini dibuat mengikut Akta Rasuah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang BPR di sini.

Beliau berkata siasatan yang dibuat dengan kerjasama polis itu dimulakan sejurus selepas laporan suruhanjaya berkenaan diumumkan kepada orang ramai kira-kira dua minggu lalu.

" Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) mahu siasatan disiapkan menjelang akhir tahun ini. Kami membuat siasatan secara menyeluruh, melihat semua aspek berhubung kes itu, tapi belum memanggil enam tokoh terbabit,” katanya.

Suruhanjaya itu ditubuhkan akhir tahun lalu berikutan tersiarnya klip video berkenaan yang kononnya memaparkan peguam terkenal Datuk V K Lingam berbual melalui telefon dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bagi mengatur pelantikan hakim.

Suruhanjaya itu menyiapkan laporannya awal tahun ini.

Pada 16 Mei lalu, Kabinet mengarahkan Peguam Negara segera meminta agensi berkaitan menyiasat tuduhan yang dilemparkan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dua bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Vincent Tan dan peguam V K Lingam.

Dalam laporannya, suruhanjaya itu berkata terdapat alasan kukuh untuk menyiasat beberapa individu terbabit mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Profesion Guaman 1976 dan Akta Rahsia Rasmi 1972.

---

sekejap kata nak siasat 6 orang tu, sekejap kata taknak sbb 'individu berprofil tinggi'
skarang kata nak siasat balik pulak dah.. ntahpape.. takde pendirian ke BPR ni? 'janji' KONON..

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by cloroc at 19-5-2008 12:43 PM
Siasatan Tidak Bererti Akan Berlaku Pendakwaan, Kata Najib
SHARM EL SHEIKH (Mesir), 18 Mei (Bernama) -- Siasatan yang diarah dilakukan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya ...

najib ni selalu sabo boss dia, always at loggerhead with pak lah's actions
org ke2 yg tak bole harap
take for granted pak lah bukan mahathir
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 07:12 AM | Show all posts
kasik up......!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 01:47 PM | Show all posts
kes lingam ni dah senyap la sekarang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.355321 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list