CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Poptu

Kipas Susah Mati SPIDER

[Copy link]
Post time 5-11-2009 01:46 PM | Show all posts
sape tgk metro hari ni ada citer pasai tam nak kawin...
lain je tgk muka...muka dh nak jadi suami orang...ekikikikiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2009 08:41 AM | Show all posts
1287# yellowtulip

lama nye tak jumpe cik tulip oooiii..
heheh

ni  unkel pun nak kawin dah
moh le kita ke Pontian
Dewan Tun Ibrahim Ismail, Pekan Nanas, Pontian, Johor
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 08:42 AM | Show all posts
Debar hari bahagiaOleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap
BERITA vokalis kumpulan Spider, Rustam Mustafahatau lebih mesra dipanggil Tam yang dijangka melangsungkan perkahwinanpada Ahad ini pastinya memberi khabar gembira bukan hanya pada peminatkumpulan itu, tetapi dikongsi sama bakal isteri, Aida Mustafa.
Menariknya, acara persandingan mereka yang diadakan di Dewan TunIbrahim Ismail, Pekan Nanas, Pontian, Johor turut menjadi saksi padamajlis pernikahan mereka yang berlangsung pada sebelah pagi, jam 9bertempat Masjid Jamek Pekan Nanas.

Pasangan ini mengambilkeputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas bertunang pada 15 Ogoslalu. Aida ketika dihubungi menyatakan perasaan berdebar bercampurgembira makin kuat dirasai menjelang hari bahagia mereka nanti.

Mengenaimajlis perkahwinan, Aida menyatakan segala persiapan rancak dijalankansama ada khemah, pelamin, pakaian pengantin dan jamuan.

Katanya,persiapan makanan yang menyediakan menu seperti nasi beriani bersamalauk ayam dan daging kambing dimasak secara gotong-royong oleh pendudukkampung.

"Majlis akan bermula jam 11 pagi hingga 5 petang danseramai 1,500 jemputan dijangka hadir. Bagi pengantin, kami akanbersanding dalam jam 2 petang.

"Sebolehnya, saya mahu acaraini diadakan secara sederhana seperti acara makan, bersanding danmenepung tawar. Saya bersama Tam merancang untuk mengenakan pakaianpengantin berkonsep tradisional dan moden dengan warna putih untukkeseluruhan konsep termasuk pelamin yang disediakan Adli Bridal dariBandar Baru Uda, Johor Bahru.

"Kami hanya mengenakan sepasang baju pengantin dan majlis ini juga dihadiri sama 500 anggota keluarga saya dan mentua," katanya.

Menyingkapkisah percintaan mereka, Aida, 27, menyatakan perhubungan cinta merekamenjadi serius sejak setahun lalu selepas berkenalan hampir lima tahun.

Aida yang bekerja sebagai pengarah urusan untuk satu syarikatpengurusan acara menganggap perkahwinan mereka menjadi kenyataan keranajodoh dan persefahaman antara mereka berdua untuk menjalani kehidupansebagai suami isteri.

Katanya, dia lebih senang hidup sebagai isteri berbanding dianggap selebriti seperti bakal suaminya.


Aida turut berkata dia tidak mahu menyekat minat Tam untuk terus menyanyi sebaliknya terus beri sokongan.

"Untukmajlis kali ini, kami juga menjemput peminat untuk hadir. Apapun, sayaterlebih dulu memohon maaf pada tetamu jika ada kekurangan sepertijamuan pada majlis persandingan ini nanti.

"Selepas ini, majlissambut menantu diadakan pada 15 November di Melaka. Majlis sebelahlelaki ini hanya diadakan secara kecil-kecilan untuk anggota keluargadan saudara terdekat.

"Saya berharap pihak media tidak salahfaham kerana tidak dijemput ke sana. Cuma majlis di rumah saya, ramaitetamu dijemput," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 08:45 AM | Show all posts
jemput pun tidak g apenyer.....
kalu jemput pun pun mmg aku tak leh p...aku tgh mabuk lagi....huhuhuhu
arenis Post at 4-11-2009 17:19


kak
tu gamba anak eh kat avatar..

lamaaa tull tak jumpe akak..
heheh

penangan lagu 'mabuk' ke sampai mabuk2 ni ;)
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 08:49 AM | Show all posts
ooo yeah ooo yeah...

lama x singgah cni
nak nyanyi...

kain pelikat la la la la
kain pelikat la la la la


yellowtulip Post at 2-11-2009 11:00


salah lagu tu..

patut lagu ni

Selamat pengantin baru.
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera.


Semoga berpanjangan.
Semoga berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.


Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh.

layannnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 12:31 PM | Show all posts
snow white...

lagu ni bikin teringat...menyingkap memori silam tu....
dulu nyanyi untuk 'kawan sayer' skang leh nyanyi untuk 'isteri sayer'

mana ada  dan xkan ada lagi kot sapa2 nyanyi lagu samat pangantin baru kat planet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2009 05:09 PM | Show all posts
snow white...

lagu ni bikin teringat...menyingkap memori silam tu....
dulu nyanyi untuk 'kawan sayer' skang leh nyanyi untuk 'isteri sayer'

mana ada  dan xkan ada lagi kot sapa2 nyanyi la ...
yellowtulip Post at 6-11-2009 12:31


pantasnya masa berlalu
masa planet tu
saya tak kenal awak lagi

la ni nyanyi tuk diri sndiri laa
heheh

p/s leh cari kat u tube versi spider ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 02:12 PM | Show all posts
walau tak se clear kat paper tp yg ni xlusive dari lensa seseorang.....hihihihihi....



ni pic c Tony sedang menepung tawar pengantin


ni plak c Nafie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2009 02:25 PM | Show all posts
thanks kak!

sy pun dpt gak dr 'seseorang' tu
eheheh
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 02:29 PM | Show all posts
kak
tu gamba anak eh kat avatar..

lamaaa tull tak jumpe akak..
heheh

penangan lagu 'mabuk' ke sampai mabuk2 ni ;)
cmf_summer_snow Post at 6-11-2009 08:45



ye arr gambar anak....hdsome tak anak teruna ku....hihih

tu arr ni bukan mabuk sembarangan ni mabuk berisi...ekikikiikii
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 08:58 PM | Show all posts
HAPPY NEW YEAR EVERYBODY !!!....MAY ALLAH BLESS U ALL...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 04:39 PM | Show all posts
Akhirnya semalam....
AJAIB singgah juga di cuping telinga ku
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 11:39 AM | Show all posts
Khamis Oktober 28, 2010
Spider Rindukan Loloq

Oleh KEMALIA OTHMAN

Album baru kumpulan Spider berjudul KauSatu tanpa sentuhan komposer Loloq

PETALING JAYA: Setelah dua tahun menyepi, kumpulan Spider bakal muncul dengan album kelima berjudul KitaSatu yang bakal berada di pasaran pada 9 November ini.

Album kelima ini memuatkan lima buah lagu baru dan dua lagu bunus ini masih mengekalkan genre muzik Ska Rock, namun kali ini tanpa sentuhan daripada komposer terkenal Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq.

Menurut Vokalis Spider, Rustam Mustafah atau Tam berkata, pemergian Loloq merupakan kehilangan besar bagi mereka, bagaimanapun semangat Loloq masih lagi kuat dalam karya Spider.

"Kami sangat rindukan Loloq, ketika proses pembikinan lagu kami sentiasa ingatkan dia. Segala idea yang diberi dan karya-karya dia banyak menjadikan Spider sebuah kumpulan muzik yang tersendiri.

"Album kali ini tiada sentuhan dia, tapi kenangan bersama dengannya menguatkan lagi semangat kami untuk berjuang dalam industri ini," ujarnya ketika ditemui di Majlis Pra Dengar Album KitaSatu, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Tam juga mengakui tidak mendapat kepuasan sepenuhnya dalam album kelima ini kerana sebelum ini Spider mengeluarkan 10 buah lagu dalam setiap album mereka.

"Jika nak bercakap tentang kepuasan memang saya tidak puas. Bagi saya sebuah album adalah sebuah perjalanan, namun saya memahami peredaran sistem sekarang.

"Kalau dulu kita perlu membeli sebuah album untuk mendengar lagu tersebut, tapi kini boleh membeli melalui muat turun sahaja," katanya.

Album ini memuatkan lagu berjudul Ajaib, KitaSatu, Rasakan Resapkan, Bukan Salah Aku, Tapi Bagaimana, KitaSatu (Akustika) dan Tapi Bagaimana (Akustika).

Selain itu, selepas single pertama Spider berjudul Ajaib mendapat sambutan pendengar, single kedua berjudul KitaSatu ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Keon bakal dimainkan dalam masa terdekat ini.

"Lagu berentak perlahan ini merupakan kesinambungan daripada lagu Rela Ku Pujuk. Kita masih mengekalkan unsur Ska dalam lagu ini.

"Menurut Keon lagu ini juga sebagai hadiah kepada perkahwinan saya tahun lalu," ujar Tam.

Keseluruhan lagu dalam album ini adalah ciptaan Tam Spider dan Spider sendiri serta mendapat sentuhan M.Nasir menerusi lirik Bukan Salah Aku dan Rasakan Resapkan, selain Keon dalam lagu KitaSatu dan Buddhi hikayat menerusi lagu Ajaib.

Spider masih lagi mengekalkan ahli terdahulu yang terdiri daripada Tam (Vokalis & Gitar), Tony (Bass), Hanafie (gitar) dan Ayie (Dram).

Album KitaSatu ini juga diterbitkan sepenuhnya oleh Spider dibawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd, manakala Universal Music Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar dan wakil pemasarannya.


http://mstar.com.my/hiburan/ceri ... p;sec=mstar_hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 07:00 PM | Show all posts
thanks Poptu

sempat dengar full song kitasatu kat hotfm

sangat suka
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 04:15 PM | Show all posts
menge'up'kan tread

album kitasatu lum kuar lagi ker..??
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:37 PM | Show all posts
Reply 1315# yellowtulip


    awak dah dapatkan punnn

saya je tak jumpa2 lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 01:44 PM | Show all posts
haah, saya da dapat.
senyap2 album itu sudah berada dipasaran.
sudah lama betul sy x mengepaste gambo disini.
nk bukak photobucket pun ntah le ingat ke x...

nanti sy usahakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 10:43 PM | Show all posts
sape2 yg nak booking ticket utk ke konsert "untukmu Loloq" kat istana budaya 22,23,24hb april ni, sila lawati laman web www.ticket2u.biz yerrrr.. spider akan mempersembahkan 5 lagu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:27 AM | Show all posts
Reply 1318# Poptu

ko g ke poptu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2011 05:57 PM | Show all posts
insyallah aku g...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.098148 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list