CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: avrilizana

Sweet Scha Alyahya - Kata Kau - Astro RIA ch 104 setiap Jumaat

[Copy link]
 Author| Post time 24-12-2009 12:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 24-12-2009 11:41

Scha al-Yahya Marah Penulis Blog Gossip Melalui Facebook
December 24, 2009 by RotiKaya Staff  

http://i965.photobucket.com/albums/ae131/rotikaya ...
srisaujana Post at 24-12-2009 11:40


rotikaya? media dari mana ni? setarap paper perdana or watsoever yg mcm sampah tu ke? pffttttttttt. entry emotional mengalahkan official media jer :kant:

ni la dia bila golongan yg mengaku cerdik pandai dlm bidang teknologi bagai tp tak pandai nak menggunapakai kebijaksanaan mereka tu ke jalan yg bijak! terlebih pandai la kaedahnya ni. LOL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 03:26 PM | Show all posts
and the thing is, dalam artikel KOSMO tu, diorang buat conclusion yg kononnya Scha menjawab artikel diorang yg sebelum tu. Padahal, notes tu dia dah tulis sehari dari artikel statement fahrin. terang2 ...
avrilizana Post at 24-12-2009 11:09


sengaja nak melagakan org agar citer ni b'pnjgan dan diorang ada bahan utk dibuat citer... :@ :@

dah paham sgt la....:kant: :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 11:18 PM | Show all posts
ntah hape2 diorg ni..:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 02:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 26-12-2009 14:13

26-Dec-2009 | Oleh: Murai Batu
Kes Awal, Scha Tak Ganggu Final SB3






KL, 26 DISEMBER 2009:  Dunia hiburan kecoh seketika pada saat-saat sambutan Krismas semalam apabila beberapa selebriti popular telah ditahan dalam satu serbuan terhadap sebuah kelab hiburan terkemuka di ibu negara pada awal lagi.


Murai Batu sendiri terkejut apabila mereka yang terbabit dalam serbuan itu adalah Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang kita ketahui sebagai pasangan  hos program realiti tarian Sehati Berdansa 3 (SB3), selain pelakon jelita Juliana Evans serta beberapa lagi artis.


Yang tidak sedapnya, sumber yang turut berada di tempat serbuan itu memberitahu, Awal pada awalnya, telah lari menyorok diri ketika serbuan dibuat tetapi kemudiannya dibebaskan bersama Scha dan yang lain apabila ujian air kencing mereka terhadap bahan-bahan asing telah menunjukkan keputusan negatif.
Semalam juga Murai Batu mendengar pengurus Awal iaitu Azlina Merican, telah menafikan artisnya itu telah ditahan oleh polis dalam serbuan di kelab berkenaan. Namun sumber tadi itu berkata, Awal memang berada di tempat kejadian bersama nama-nama yang disebutkan tadi. Tapi syukurlah, semuanya bebas.




Manakala mereka yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus, berkata pusat hiburan itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih 6 bulan lalu. Hai, pelik pula Murai Batu sebab kalau tidak silap Murai Batu, dalam tempoh itu, memang ada acara hiburan rasmi dianjurkan di kelab itu.



Bercakap pula tentang SB3, Penerbit Eksekutif rancangan itu memberitahu pihak Murai Batu bahawa kejadian yang menimpa Awal dan Scha itu tidak mengganggu persiapan akhir untuk kemuncak SB3 yang akan berlangsung malam ini, Sabtu (26 Disember) di PICC, Putrajaya. Tak tahulah pula Murai Batu, kalau-kalau kunjungan Awal dan Scha di kelab itu adalah untuk mendapatkan mood bagi membuat hosting pada pertandingan tarian itu.


"Setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang kita rancangkan. Awal dan Scha telah hadir pada sesi raptai penuh dan memberikan komitmen terbaik mereka," katanya.


Murai Batu berharap sangatlah apa yang berlaku kepada Awal, Scha dan Juliana itu memberikan pengajaran kepada artis kita kerana pihak berkuasa di negara ini hanya menjalankan tugas rutin mereka. Dalam hal ini, kita sedia maklum, seandainya serbuan dibuat secara mengejut ke atas mana-mana pusat hiburan, golongan selebriti yang kebetulan berada sama di situ  tidak terkecuali akan disaring.


Samada ujian air kencing ke atas mereka positif atau negatif, golongan artis itu akan tetap lebih mendapat perhatian. Kata orang putih, that's the price they have to pay. Jadi beringat-ingatlah selalu kalau terasa nak berparty pun.


MURAI BATU:  Nak korek lagi cerita tentang sejauh mana benarnya hubungan Awal dan Scha selepas Scha tidak lagi mendampingi Fahrin Ahmad. Fahrin pun nampaknya dah mula bersuara apabila SB3 makin habis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 11:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 27-12-2009 22:41

Jehan & Scha tak patah semangat
Credit: Bintang Popular Berita Minggu
Ahad 27 Disember 2009



Berkongsi perasaan: Scha, Jehan cekal hadapi cabaran dunia artis

BANYAK khabar kurang enak sedang bertebaran di ruang udara dunia hiburan mengenai aktres muda yang hangat mencipta nama, Scha Al-Yahya.

Khabar bernada cemburu, seolah-olah ingin menjatuhkan karier seni Scha yang semakin memuncak kebelakangan ini. Ia membangkitkan kebingungan kepada gadis berusia 26 tahun itu.

Scha yang hadir ke sesi fotografi khas bersama B*Pop ditemani gandingannya dalam siri Awan Dania 2 siaran Astro Ria, Jehan Miskin, cuma mampu mengeluh.

Desah hati pemilik nama lengkap, Sharifah Norazean Syed Mahadzir Al Yahya ini, dia sendiri aneh bagaimana semua khabar itu timbul.

Hakikatnya, dia masih lagi Scha yang dulu. Scha yang kental menjunjung prinsip profesional, tanpa sedikit pun gelap mata dengan limpahan tawaran yang datang.

“Scha masih di lokasi Awan Dania untuk menyudahkan blok kedua penggambaran, jadi agak pelik bagaimana timbul cerita Scha digugurkan daripada siri itu?,” soal Scha bingung.

Saat diasak bertubi-tubi dengan satu demi satu kontroversi, kesabaran Scha terus diuji apabila perpisahannya dengan Fahrin Ahmad kembali dibangkitkan media.




Apa daya Scha untuk menolak semua itu? Sekadar termampu, dia hanya menutup mulut daripada terus mengulas dan akhirnya menyumbang kemusnahan kepada kariernya.

Kata Scha, cukup sudah dia menerima tekanan gara-gara perpisahan mereka dulu. Dia tidak mampu lagi menanggung lara apabila masyarakat pantas menuding jari, meletak seluruh kesalahan pada bahunya.

“Orang mungkin nampak Scha kuat tetapi Scha juga pernah rapuh menongkah dugaan. Scha tidak kesal melalui pengalaman itu. Lumrah kehidupan pasti akan ada pasang surut serta kecacatan.

“Orang tidak menilai kekuatan itu daripada mana kita jatuh. Scha perlu bangun untuk terus mengejar impian dan mencari kepuasan kerana kerjaya seni itu masih terlalu luas untuk Scha terokai,” katanya memohon pengertian.

Simpati dengan apa yang dilalui Scha, Jehan, 29, yang sudah enam tahun berpengalaman menjadi anak seni mengakui, ada kalanya sukar untuk menelan kepahitan sebuah perpisahan.

Apatah lagi, apabila memilih hidup sebagai artis, mereka sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan. Sama ada terima atau tidak, isu peribadi akan terus menjadi rencah yang membantu memperkenalkan lagi nama seseorang artis itu.

Itu hakikat yang tidak mampu ditepis Jehan. Namun kata anak kelahiran Pulau Pinang itu, seseorang artis perlu bijak mengimbangi permainan publisiti supaya diri dihormati dan kerjaya mereka dipandang tinggi masyarakat.

“Saya pernah merasai apa yang Scha lalui. Biarkan saja apa orang cakap kerana akhirnya kita yang sebenarnya lebih mengenali diri sendiri.

“Insya-Allah, lama kelamaan ia akan pergi sendiri. Ia berlaku kepada saya apabila kini fokus publisiti lebih terarah kepada karier, bukan lagi cerita peribadi,” kata pelakon utama Merong Mahawangsa itu menitipkan pesanan.

Belum selesa

DUA tahun bertapak dalam industri hiburan, perjalanan karier Scha dilihat meluncur laju. Selain berlakon, Scha turut diberi peluang meneroka cabang seni lain iaitu pengacaraan.

Semua peluang itu meletakkan Scha dalam ruang selesa. Betapa tidak kerana nama Scha sentiasa tersenarai dalam barisan finalis anugerah berprestij.

Bagaimanapun, gadis ini tidak mahu segera mendabik dada. Scha sebaliknya melihat 2009 sebagai tahun permulaan untuk memperkenalkan dirinya kepada khalayak pencinta hiburan.

“Memang apa yang dicapai ini di luar jangkaan. Tetapi semua itu tidak datang sekelip mata. Pada permulaan Scha juga berhempas pulas untuk mendapat kepercayaan. Alhamdulillah, kerja keras Scha diberi perhatian. Jangan cepat andaikan Scha berada dalam zon selesa kerana hakikatnya perjalanan Scha baru bermula.

“Jujurnya Scha masih lagi mencari momentum untuk terus menapak dalam bidang ini. Scha perlu pantas mencari momentum itu supaya tidak tenggelam. Scha belum selesa lagi,” katanya merendah diri.

Sampuk Jehan yang mula mencipta nama menerusi filem Qaisy & Laila, dalam perjalanan menuju ke sesuatu destinasi setiap manusia pasti akan melalui ujian yang memperlahankan langkah.

Baginya, tiada yang lebih penting selain membulatkan tekad dan berusaha menuju destinasi tanpa perlu berputus asa.

Kata Jehan, dia sentiasa ingat pesanan pelakon berkarektor, Shaharuddin Thamby supaya mengutamakan kualiti kerja kerana dari situ duit dan populariti akan hadir.

“Rezeki juga memainkan peranan tetapi saya tidak sesekali duduk berpeluk tubuh dan menanti saja peluang yang datang.

“Berlakon adalah karier profesional saya. Tetapi pada masa sama, saya turut menilai beberapa sudut lain termasuk kekuatan skrip, kreativiti pengarah dan prestasi produksi.

“Saya tidak terlalu memilih. Saya terima watak kecil jika ia mampu memberi impak kepada jalan cerita. Untuk apa saya duduk menanti watak utama tetapi peranan yang diberikan tidak mampu mengangkat jalan cerita.

“Itu kerja sia-sia,” kata Jehan yang mengharapkan industri hiburan diwarnai lebih ramai penggiat muda kreatif yang akan membanggakan produksi tempatan.

Teruja menanti 2010

TATKALA diajak mengimbas perjalanan sepanjang 2009, Jehan menyimpulkan, dia meniti tahun yang cukup menggembirakan terutama untuk kariernya.

Pembawa watak Benjy dalam siri Awan Dania 2 itu berkata, 2009 membuka ruang besar kepadanya untuk meneroka pelbagai karektor yang menguji kemantapan persembahannya sebagai pelakon.

Bagaimanapun, Jehan yang mengukir laluan sebagai pelakon menerusi drama arahan Osman Ali, Dengan Nama Cinta masih tercari karya yang mampu mengulangi pencapaian yang diraih Qaisy & Laila.

Karya bermutu sebegitu kata Jehan, hanya sesekali hadir tetapi dia percaya apabila tiba waktunya kesempatan itu akan terarah kepadanya.

“Saya percaya kepada rezeki,” katanya yang kembali bersatu dengan Osman Ali menerusi filem Cun yang membariskan pelakon seperti Maya Karin, Remy Ishak dan Scha sendiri.

Scha pula melihat 2009 sebagai tahun percubaan yang menguji, namun berharap 2010 akan membentangkan warna lebih ceria untuk kehidupan dan kerjayanya.

Pinta Scha kepada Ilahi, 2010 akan membawa ketenangan dalam dirinya serta kelancaran untuk terus menyusuri hidup dalam kerjaya yang dicintainya.



INFO: Jehan Miskin

Nama Penuh : Mohd Jehan Bin Miskin
Tempat Lahir : Pulau Pinang
Kerjaya : Pelakon, Model
Filem: Qaisy & Laila (2005); Gong (2006); Nana Tanjung (2006); Nana Tanjung 2 (2007); Anak Halal (20070; Skrip 7707 (2007) dan Merong Mahawangsa (2009)
Antara Drama: 5 Jingga; Manjalara; Incredible Tales (Singapura); Senja Di Ufuk Timur; Ejen 016; Kasih Di Bawah Bayu; Frontpage; Inspirion; Life Line (Singapura); Di Pinggiran Hati; Seiras; Dan Jendela Pun Terbuka; Gila-Gila Pengantin; Bunga Senja; Traffic Light dan Miftahul Jamilah.


INFO: Scha


Nama Penuh: Sharifah Norazean Syed Mahadzir
Tarikh Lahir: 30 Mei 1983
Asal: Sungai Petani, Kedah
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pendidikan: Diploma Teknologi Maklumat dari Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL), Shah Alam
Pencapaian: Dewi Remaja 2006/2007
Filem: Antoo Fighter: Amukan Drakulat, Histeria, Papadom, Evolusi KL Drift 2, Dimensi Cinta, Libas dan Adik Manja Returns
Drama: Bella, Honeyz, Awan Dania, Naik Hantu dan Awan Dania 2
Pengacaraan: Sehati Sejiwa dan Astro On Demand
Komersial: Rexona, Hotlink, Watson, Oral-B, Nokia, Celcom, My EG dan Bio Essence
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 12:22 AM | Show all posts
Credit: klubbkidd.com



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2009 12:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 12:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2009 12:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 10:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 28-12-2009 10:18

Scha sebak, Awal kesal
Berita Harian Online         Isnin, 28 Disember 2009  


SCHA beri penjelasan mengenai insiden malam menjelang Krismas.

SELEPAS mendiamkan diri dan membiarkan masyarakat berteka-teki serta membuat spekulasi berhubung 'tragedi' yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di ibu negara pada malam menjelang Krismas lalu, akhirnya pengacara program realiti popular, Sehati Berdansa yang juga pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya tampil memberi penjelasan terhadap kejadian malang yang menimpa mereka itu.

Bagaikan seorang pesalah yang menanti untuk dijatuhi hukuman, Scha dan juga Awal duduk di hadapan wartawan sejurus selepas sidang media pemenang Sehati Berdansa musim ketiga selesai dilakukan.

Mengerti apa yang bermain di minda wartawan, Scha menerangkan apakah sebenarnya yang berlaku pada malam itu.

Sambil mengakui berada di lokasi kejadian ketika polis membuat serbuan ke atas pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen itu, pelakon ini menafikan dia mabuk serta di bawah pengaruh dadah ketika serbuan dijalankan.

"Saya sebenarnya mendapat panggilan telefon dari teman baik saya, Stephanie yang mengundang saya meraikan majlis ulang tahunnya di sebuah kelab bersebelahan dengan pusat hiburan terbabit. Dia tinggal di Melbourne dan kebetulan berada di sini bersama keluarganya.

"Tidak mahu menghampakan permintaannya, saya pergi juga sebaik saja selesai penggambaran Awan Dania yang tamat sekitar jam 1 hingga 1.30 pagi. Disebabkan tiba di sana agak lewat dan tempat yang dijanjikan itu sudah tutup, saya ke pusat hiburan berhampiran. Di situlah serbuan itu berlaku selepas setengah jam berada di sana," kata Scha sambil menyifatkan dia berada di tempat dan waktu yang salah.

Begitupun, jelas pelakon ini, dia tetap menjalani pemeriksaan air kencing dan hasilnya negatif.

"Saya tidak ambil dadah atau mabuk. Tak mungkin saya ambil itu semua sedangkan pada masa sama, saya kurang sihat kerana demam viral dan perlu mengambil antibiotik. Lagipun, sejak akhir-akhir ini saya akui, berada di dalam keadaan tertekan kerana terlalu banyak perkara yang berlaku ke atas saya yang membuatkan kesihatan terganggu,' kata Scha dalam nada sebak dan hampir menitiskan air mata.

Jelasnya lagi, dia tidak menyangka niat untuk meraikan majlis hari jadi teman bertukar menjadi mimpi ngeri buatnya apabila dituduh sebagai seorang yang gemar bersosial sehingga mendatangkan musibah pada diri sendiri.

"Saya sedar saya seorang selebriti dan semua tindak tanduk serta kehidupan peribadi saya menjadi perhatian masyarakat. Namun apabila mengatakan saya gemar bersosial, itu sudah keterlaluan. Saya di sana kerana mahu memenuhi undangan seorang teman baik,” katanya.

Walaupun apa yang berlaku boleh diibaratkan sebagai nasi sudah menjadi bubur, bagi Scha dia harus kuat menghadapi segala dugaan ini kerana menyedari statusnya sebagai seorang selebriti.

"Saya harap, dengan penjelasan ini, peminat dapat gambaran sebenar apa yang berlaku pada malam itu. Dan saya juga berharap semua pihak dapat memaafkan saya dan saya kesal atas apa yang terjadi," tutur gadis ini.

Bagi Awal pula, ketika berita kejadian malam itu heboh diperkatakan ramai serta identiti siapakah selebriti yang terbabit dalam serbuan di pusat hiburan itu didedahkan, tiba-tiba tersebar berita di internet yang mengatakan pengurusnya, Azlina Merican menafikan dia adalah selebriti yang ditahan dalam serbuan itu.

Justeru, pada sidang media itu, Awal didakwa menipu wartawan apabila menafikan kesahihan cerita itu.

"Sebenarnya ada berlaku kesilapan fakta dalam laporan yang disiarkan di sebuah portal itu. Sebenarnya, pengurus saya menafikan dakwaan saya positif dadah dalam serbuan itu.

“Kebetulan, ada pengacara TV lain turut berada di tempat kejadian serta di didapati positif dadah. Jadi, ramai menyangka pengacara itu adalah saya. Saya benci dadah dan tidak pernah terbabit dengan dadah. Saya bebas daripada pengaruh alkohol pada masa itu," tegas Awal.

Menurutnya, dari hari kejadian hinggalah sekarang, dia tidak memberi sebarang kenyataan kepada mana-mana wartawan dan juga blogger.

Mengenai dakwaan enggan bekerjasama kepada polis apabila tidak mahu menyerahkan sampel air kencing ketika disuruh berbuat demikian, Awal mempunyai penjelasan tersendiri berhubung perkara itu.

"Sebelum serbuan, saya sudah buang air terlebih dulu. Apabila disuruh berbuat demikian oleh polis, saya gagal memberikan sampel air kencing. Keadaan di situ cukup hiruk pikuk. Ini menyukarkan saya memenuhi arahan polis yang mahukan sampel air kencing saya.

'Disebabkan itu, polis mencadangkan mengikut mereka ke ibu pejabat polis bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih huru hara terutama selepas ada yang menyedari kehadiran saya di situ. Selepas meneguk tiga botol air mineral, barulah dapat menyerahkan sampel air kencing itu," cerita Awal yang datang ke pusat hiburan itu atas undangan Scha.

Jelasnya, jika ada pihak yang masih meragui kenyataan saya ini, bolehlah merujuk kepada Timbalan Ketua Jabatan Narkotin Kuala

Lumpur, Superintendan Sharifah Hawariah Syed Idrus yang menangani kes ini.

"Selepas segala-galanya selesai dan ujian ke atas air kencing saya negatif. Beliau mempelawa saya tidur di pejabatnya memandangkan wartawan dan jurugambar masih berkumpul di luar. Saya hanya meninggalkan pejabat itu pada jam 11.30 pagi,' kata Awal yang mengaku kesal dengan kejadian yang disifatkan sebagai mencalar imej dan reputasi, bukan saja pada dirinya tetapi juga pada ahli keluarganya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 10:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 28-12-2009 10:31

Air mata Scha, air kencing Awal
Credit: Kosmo! Online             28 Disember 2009



MUNGKIN hanya kebetulan atau juga sudah ditakdirkan, penglibatan pertama Scha Al-Yahya dalam program realiti terbitan Astro, Sehati Berdansa musim ketiga bagaikan satu badai kepadanya. Sebelum pertandingan bermula Oktober lalu, Scha dikatakan telah putus cinta dengan Fahrin Ahmad kerana wujudnya pihak ketiga kononnya Awal Ashaari yang turut mengacarakan program tersebut.

Namun, tanpa memberikan sebarang penerangan lanjut mengenai 'cinta tiga segi' itu, mereka bertiga secara profesional telah melaksanakan tugas masing-masing sehingga ke penghujung program berkenaan. Malangnya, ketika hidup Scha, 26, sedang beransur pulih daripada gosip negatif, dia dilanda satu lagi kontroversi yang juga melibatkan Awal, 28.

Barangkali mereka berada di tempat dan masa yang salah. Berkunjung ke pusat hiburan Rootz Club, Lot 10, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada tengah malam Khamis minggu lalu, mereka menjadi mangsa serbuan polis dan Awal ditahan kerana gagal memberikan sampel air kencing ketika itu.

Pagi Hari Natal itu, berita penahanan Awal segera tersebar di kalangan media. Kegagalan Awal bekerjasama dengan polis menyebabkan ada khabar angin mendakwa Awal positif ujian dadah, malah ada pula yang mengatakan Awal terlalu trauma sehingga tidak dapat membuang air kecil.

Bagaimanapun, sekitar pukul 11.30 pagi hari yang sama Awal dibebaskan polis selepas ujian sampel air kencing menunjukkan selebriti itu negatif dadah. Kosmo! yang menjejak Awal dan Scha sehingga ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ketika mereka menjalani latihan Sehati Berdansa sekitar pukul 5 petang bagaimanapun diminta bersabar untuk mendapatkan kenyataan kedua-dua selebriti itu.

Memandangkan acara gah final program itu pada keesokannya, penerbit memohon media memahami yang kedua-dua selebriti perlu menyelesaikan tugas terlebih dahulu tanpa sebarang gangguan. Pada hari itu, Kosmo! hanya mendapat komen pengurus Awal, Azlina Merican yang berjanji Awal dan Scha akan bersemuka selepas selesai tugas Sehati Berdansa.

Pergi parti hari jadi

Ternyata Awal dan Scha mengambil langkah bijak dengan tidak menyembunyikan diri daripada media dan realiti. Walaupun bertemu mata dengan media bukan satu tindakan yang mudah, mereka berdua memberanikan diri untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan selepas selesai sahaja pertandingan itu.

Scha yang kelihatan penat serta tertekan memulakan butir pengakuannya. Kata bintang utama drama bersiri Awan Dania itu, dia mengaku bahawa Awal turut berada di kelab itu atas undangannya. Cuma, perancangan pada asalnya bukan untuk melawat kelab itu tetapi restoran Teeq di tepi kelab itu.

"Dua hari lepas, semasa sedang sibuk dengan penggambaran drama Awan Dania, kawan saya dari Melbourne, Stefanie telah mengajak saya untuk menyambut hari jadinya di Teeq. Jadi saya mengundang Awal. Penggambaran saya habis lewat dan setibanya saya di Teeq, restoran itu sudah pun tutup.

"Kawan-kawan saya pula ingin berjumpa dengan saya. Maka, mereka menunggu saya di Rootz Club. Tidak sampai setengah di dalam kelab itu, pihak polis membuat serbuan. Saya tidak tahu langsung apa yang berlaku dan ramai orang yang menarik saya.

"Apabila disuruh untuk memberikan ujian air kencing, saya ikut sahaja kerana saya tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Saya ikut prosedur sahaja. Selepas disahkan negatif, saya dibebaskan," ujar Scha mempertahankan diri.


SCHA, bintang Awan Dania, menafikan dia ke kelab hiburan tersebut untuk bersosial dengan mengambil dadah dan alkohol.


Tiada urin untuk diberikan

Meminta maaf kepada pihak media kerana tidak menjawab sebarang panggilan, Awal pula menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa dirinya tidak berada di tempat kejadian. Cuma disebabkan tekanan daripada kejadian itu, Awal belum bersedia untuk menjawab sebarang soalan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa memang saya berada di kelab itu atas undangan Scha. Sebenarnya, saya sampai lebih awal berbanding Scha. Disebabkan saya tidak mengenali kawan Scha, saya telah pergi ke Rootz kerana terserempak dengan kawan saya di sana.

"Jadi saya mengambil keputusan untuk menunggu Scha di Rootz. Tidak lama selepas Scha sampai, lampu kelab diterangkan dan muzik dihentikan. Kami ketika difahamkan operasi dilakukan kerana terdapat pergaduhan sebelum itu."

Menyangkal dirinya ditahan polis kerana disyaki menggunakan dadah, Awal memberitahu dia cuma mengikut polis ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis, Kuala Lumpur kerana tidak dapat memberikan ujian air kencing dalam keadaan tertekan serta kecoh.



"Secara kebetulan sebelum serbuan dilakukan, saya sudah pergi ke bilik air. Jadi apabila pihak polis meminta untuk ujian air kencing, saya tidak dapat memberikannya. Bukan sahaja kerana saya baru pergi ke tandas tetapi juga disebabkan keadaan sekeliling.

"Selama lima tahun saya dalam industri hiburan, ini adalah situasi paling tertekan yang pernah saya hadapi. Bayangkan saya diasak oleh orang ramai dan mereka menjerit nama saya serta jurugambar tidak henti-henti merakamkan gambar saya. Semua orang mahu menjadi hero dan menyelamatkan saya.

"Bukannya saya tidak cuba untuk kencing, tetapi tidak berjaya. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi ke balai polis. Di sana, saya minum dua tiga botol air dan menjadi orang pertama mengambil ujian. Keputusan membuktikan saya negatif ujian dadah."


AWAL dan Scha tenang saat menceritakan mengenai peristiwa serbuah polis di sebuah kelab malam haram di Bukit Bintang malam Khamis lalu.


Selain menafikan dia bermalam di balai polis kerana bersalah, Awal menyatakan dia tidur di sana atas pelawaan polis kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan di luar balai yang masih penuh dengan kelibat jurugambar dan wartawan.

Pulang sekitar 11.30 pagi (25 Disember), Awal juga memberitahu dia bukannya mahu bersuka ria tetapi situasi itu berlaku kerana Scha tiba lambat. Malah, dia berharap orang ramai memahami situasinya kerana apa yang berlaku memberikan impak negatif bukan sahaja kepadanya tetapi juga keluarga serta kariernya.

"Saya harap orang tidak salah anggap kerana saya tidak terlibat dengan dadah. Saya tidak pernah sentuh dadah dan bukan di bawah pengaruh dadah ataupun alkohol. Memang ada seorang pengacara yang positif dadah tetapi bukan saya. Jangan hebohkan bahawa saya merupakan pengacara itu kerana saya berasa amat tertekan," pinta Awal.

Scha juga menyesal dan mengaku bahawa satu kesilapan untuk dia mengunjungi kelab itu. Namun, dia cuma memenuhi undangan kawannya yang datang dari jauh dan bukannya seorang yang suka bersosial. Tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir, Scha juga menegaskan bahawa dia tidak mengambil minuman keras.


SCHA, Awal dan Fahrin. Tiga hos program Sehati Berdansa yang punya kisah tersendiri sepanjang minggu lalu sehingga mengejutkan industri hiburan tanah air.


Malah untuk beberapa minggu lalu, aktres dan hos itu sebenarnya sakit. "Saya sedar bukan senang untuk menjadi seorang selebriti. Saya sedang melalui masa-masa yang sukar dan pada masa yang sama jatuh sakit.

"Disebabkan itu, saya sedang mengambil antibiotik. Maka, adalah mustahil jika anda menyatakan saya mengambil alkohol. Itu adalah satu tuduhan. Saya ada surat doktor yang membuktikan saya sakit sehingga tidak boleh melibatkan dalam penggambaran Awan Dania untuk seketika.

"Selain demam virus, saya juga kurang semangat. Terlalu banyak benda dan tuduhan dijatuhkan ke atas saya baru-baru ini. Semua itu membuatkan saya lemah semangat. Semua benda-benda yang kurang enak membuatkan saya sedih. Itu juga menjadi salah satu faktor saya berjumpa dengan doktor," luahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 08:30 PM | Show all posts
panjangnya...sedih lah juga
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 09:49 AM | Show all posts
Dengarnya...: Pengajaran kepada Scha
Credit: Berita Online         Selasa, 29 Disember 2009





PADA Sabtu lalu heboh kisah tiga selebriti muda iaitu Awal Ashaari, Scha Al Yahya dengan Juliana Evans ditahan di sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur. Heboh jugalah dunia hiburan apabila kisah penahanan mereka terpampang di surat khabar. Maklumlah sebelum ini ketiga-tiga selebriti ini mempunyai rekod yang bersih, jadi apabila tiba-tiba mereka ditahan kecoh jugalah dibuatnya.

Cik Normah sempatlah menjenguk ke beberapa laman sembang, habis teruk ketiga-tiga mereka dikutuk terutamanya Scha AlYahya. Selama ini Scha disangka gadis baik dan bersih, tetapi apabila berlakunya kes itu, macam-macam orang mengata.

Dalam Hip semalam, Cik Normah tengok muka Scha sugul habis. Kata Scha dia pergi ke sana kerana nak raikan ulang tahun sahabatnya dari Australia. Kenapa tak ajak raikan kat restoran mamak saja! Senang, selamat dan murah.



Kalau Cik Normah jadi Scha tentulah Cik Normah takut, ialah sedang kerjaya berada di kemuncak tup-tup nama dipalit dengan kisah hitam. Kalau dilihat pergi ke masjid tak apalah, ini ditangkap ketika berada dalam kelab. Apatah lagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bakal berlangsung tak lama saja lagi, Cik Normah takut nanti perkara itu memberi kesan kepada undian Scha pula.

Berbalik kepada kisah Scha pergi ke kelab, dalam Hip semalam, Scha menyebut dia baru saja habis penggambaran Awan Dania. Tapi dari apa yang Cik Normah dengar sebenarnya malam itu Scha tidak terbabit dengan sebarang penggambaran. Betul atau tidak ada penggambaran Cik Normah tak pasti sebab itu apa yang orang sampaikan. Tapi apa motif dia berkata demikian? Adakah Scha nak beritahu yang dia langsung tidak merancang ke kelab kerana dia ada penggambaran tetapi dia terperangkap sebab undangan kawan?

Tak mengapalah Scha, hanya Scha saja yang tahu apa yang berlaku. Apa yang berlaku jadi pengajaran. Cuma, Cik Normah takut populariti Scha merudum hanya disebabkan sedikit masalah sosial. Maklumlah peminat kita ini selalunya sukakan artis yang baik-baik contohnya macam Datuk Siti Nurhaliza, jadi pandai-pandailah Scha jaga nama kalau mahu bertahan lama dalam industri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 09:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 29-12-2009 09:56

Scha, Awal jawab kontroversi
Credit: Utusan Malaysia Online                29 Disember 2009


AWAL bersama Scha tampil memperbetulkan keadaan berhubung pelbagai dakwaan negatif yang menghujani mereka.

AWAL pagi menjelang sambutan Krismas, Jumaat lalu, dua selebriti ini antara yang diarah menjalani ujian saringan dadah dalam satu operasi pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ramai yang telah mengetahui selebriti berkenaan ialah Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

Dalam operasi itu, Scha bagaimanapun dibebaskan sebaik disahkan negatif dadah. Manakala Awal pula terpaksa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur gara-gara gagal memberikan sampel air kencing sewaktu diminta berbuat demikian.

Awal akhirnya dibenarkan pulang sekitar pukul 11.30 pagi selepas turut didapati negatif daripada sebarang unsur dadah.

Semuanya berlaku dalam tempoh sehari sebelum kedua-dua mereka terpaksa bekerja keras untuk malam kemuncak Sehati Berdansa yang berlangsung pada tanggal 26 Disember lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Namun, sepanjang tempoh berita mengenai apa yang terjadi terhadap Scha dan Awal tersebar, pelbagai dakwaan negatif mula terpalit terhadap kedua-dua selebriti ternama ini.

Terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta mabuk ketika berada di pusat hiburan berkenaan, itu merupakan dakwaan yang diperkata ramai pihak mengenai mereka.

Justeru, atas tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan, Scha dan Awal tampil 'menceritakan' perkara sebenar tatkala ditemui pada satu sidang media khas yang diadakan sejurus selepas berakhirnya kemuncak Sehati Berdansa di PICC.

Scha yang memulakan bicara mengaku berada di pusat hiburan terbabit atas undangan seorang rakannya bernama Stefanie yang tiba di Kuala Lumpur dari Melbourne.

"Awalnya, dia (Stefanie) menghubungi saya dan mengajak untuk bertemu di sebuah restoran yang terletak bersebelahan pusat hiburan itu bagi meraikan ulang tahun kelahirannya.

"Ketika itu saya masih di lokasi penggambaran Awan Dania. Hendak dijadikan cerita, saya terlewat sampai dan restoran berkenaan sudah tutup. Stefanie serta rakan-rakan lain telah berpindah ke pusat hiburan bersebelahan.

"Tetapi, sebaik melangkah masuk, tiba-tiba ada operasi. Ada orang tarik saya dan menyuruh saya menjalani ujian air kencing. Saya ikut dan tidak membantah, akhirnya saya dibebaskan selepas didapati negatif dadah,'' katanya penuh sebak.

Tidak mabuk

Dalam operasi di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail itu, seramai 361 pengunjung pusat hiburan termasuk 113 wanita telah diuji air kencing mereka.

Serbuan dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur.

Mengikut kenyataan pihak polis, selain Scha dan Awal, turut menjalani ujian air kencing sempena operasi malam perayaan Hari Krismas kira-kira pukul 3.15 pagi itu ialah seorang pelakon lelaki berusia lewat 40-an dan seorang lagi pengacara televisyen wanita.

Kata Scha, selain tidak mengambil dadah, dia tidak mabuk ketika berada di pusat hiburan berkenaan.

"Saya tidak minum (mabuk). Saya ke sana pun bukan atas dasar hendak bersosial tetapi sekadar memenuhi jemputan rakan yang datang dari jauh.

"Semuanya terjadi tanpa disangka apabila rakan saya berpindah ke pusat hiburan itu sebaik restoran bersebelahan ditutup. Ini adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi sedemikian,'' jelasnya.

Mengenai dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah pula, pelakon yang popular menerusi filem Histeria dan Papadom ini berkata, pada masa kejadian, dia agak kurang sihat kerana demam.

"Saya ambil pil antibiotik. Saya ada surat doktor. Lagipun, badan saya sangat lemah.

"Sebelum ini, banyak ujian dan dugaan melanda hidup saya termasuk tuduhan-tuduhan yang tidak elok,'' katanya dalam nada sedih.

Penjelasan Awal

Sementara itu, bagi Awal pula, dia berada di pusat hiburan itu kerana menemani Scha yang mahu bertemu dengan Stefanie.

"Mula-mula saya ke restoran bersebelahan. Saya memang tidak kenal Stefanie. Tiba-tiba, saya terserempak dengan rakan-rakan saya yang mahu ke pusat hiburan terbabit.

"Saya pun mengikuti mereka. Tiba-tiba, lampu di pusat hiburan itu dinyalakan dan muzik dihentikan. Mereka (polis) meminta saya menjalani ujian saringan dadah.

"Kebetulan sebelum itu saya telah ke bilik air dan tidak dapat memberikan sampel air kencing kepada mereka. Disebabkan itu, saya diarah berbuat demikian di IPK KL. Alhamdulillah akhirnya saya dibenarkan pulang selepas didapati negatif dadah,'' katanya.

Ujar Awal, apa yang berlaku sedikit sebanyak memberikan impak yang cukup besar dalam hidup, karier dan keluarganya.

"Ini pengalaman pertama saya berhadapan dengan hal sebegini selepas lima tahun bergelar artis.

"Saya memang tidak pernah sentuh atau terlibat dengan dadah,'' jelasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 03:45 PM | Show all posts
Awal, Scha Akui Kesilapan Mereka
Credit: Murai.com       28-Dec-2010




KUALA LUMPUR, 28 DISEMBER 2009: Semuanya telah terjadi. Lalu apa yang boleh pelakon serta pengacara, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya katakan adalah mereka memang menyesal mengunjungi pusat hiburan, Rootz Dance Club, di Lot 10, Jalan Bukit Bintang, pada malam Krismas lalu apabila ia berakhir dengan babak serbuan oleh pihak polis.

Namun yang jelas, kedua-dua mereka menafikan dengan tegas bahawa mereka mengambil sebarang dadah mahupun meneguk minuman keras.

Kekesalan Awal dan Scha itu diluahkan dalam sidang media selepas selesai pertandingan akhir Sehati Berdansa 3 (SB3) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lalu.

"Saya tahu saya telah silap apabila mengunjungi pusat hiburan terbabit. Sebenarnya, saya mendapat panggilan telefon dari kawan baik saya, dari Melbourne, Stephanie yang mengundang saya meraikan majlis ulang tahunnya di sebuah bar, bagaimanpun bar itu telah tutup dan saya pun bertukar arah kepada pusat hiburan itu (Rootz Dance Club)) yang terletak bersebelahan.

"Saya ke sana sebaik selesai penggambaran Awan Dania tamat. Tidak sampai setengah jam berada di dalam kelab itu, polis membuat serbuan  Saya tidak membantah, malah mengikut arahan polis yang menyuruh saya menyerahkan sampel air kencing dan keputusannya negatif.

"Saya tidak ambil dadah atau mabuk. Tak mungkin saya ambil itu semua apatah lagi pada masa sama, saya kurang sihat kerana demam viral dan perlu mengambil antibiotik. Lagipun, sejak akhir-akhir ini saya akui, berada di dalam keadaan tertekan kerana terlalu banyak perkara yang berlaku ke atas saya yang membuatkan kesihatan terganggu," jelas Scha.

Awal pula berkata, telah berlaku salah laporan dalam internet mengatakan dia enggan bekerjasama kepada pihak polis apabila tidak mahu menyerahkan sampel air kencingnya.

"Sebenarnya ada berlaku kesilapan fakta dalam laporan yang disiarkan itu. Apa yang sebenarnya berlaku, selepas diminta oleh pihak polis, saya cuba berkali-kali untuk mengeluarkan air kencing, tetapi tidak berjaya. Mungkin masa itu saya dalam keadaan kelam kabut dan kebetulan sudah kencing beberapa kali sebelumnya.

"Polis memberi pilihan jika saya tidak boleh kencing, saya mesti dibawa ke IPK. Saya bersetuju untuk mengikut mereka ke IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kuala Lumpur.  Selepas minum 3 botol air mineral, barulah saya boleh kencing semula.

"Apa yang saya dapati pihak polis telah memberi layanan yang baik kepada saya. Malah, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superitendan Sharifah Hawariah Syed Idrus, juga meminta maaf kepada saya kerana terpaksa membawa saya ke IPK Kuala Lumpur.

"Selepas ujian air kencingnya didapati negatif kira-kira pukul 9 pagi, saya sudah boleh beredar dari situ (IPK) tapi saya  yang  minta untuk berada di situ buat sementara waktu kerana ramai pihak media sedang menunggu di luar. Kemudian, saya tertidur di situ sehinggalah pukul 11 pagi. Pada pukul 11.30 pagi baru pengurus saya datang mengambil saya.

"Yang jelas sekarang, saya tidak pernah terbabit dengan dadah. Saya juga tidak akan dan tidak pernah terfikir mengambil dadah seumur hidup saya," kata Awal bersungguh-sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:26 AM | Show all posts
apesal last week x de AD??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2009 01:00 AM | Show all posts
apesal last week x de AD??
Nadia90 Post at 31-12-2009 00:26


sbb dorang tayang in the making of AD 1 & 2

minggu dpn insyaAllah tayang eps 14 (season 3) sbb skang tgh shooting utk eps 14,15,16 n ongoing. smalam dorang shooting sblah opis aku je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 02:09 PM | Show all posts
1775# srisaujana

kesian..tp kenyataan derang nih mebuat kan lebey kantoi jeh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 01:34 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2010 02:47 AM | Show all posts



srisaujana Post at 1-1-2010 01:34


hepi nu year to u too kak sri!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.068728 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list