CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12045|Reply: 22

Fenomena Red Tide : Sabah Pulak

[Copy link]
Post time 24-1-2009 03:20 AM | Show all posts |Read mode
Air laut bertukar merah di Pulau Pangkor
+ kosmo



PULAU PANGKOR - Permandangan Pulau Pangkor yang cantik terganggu apabila air laut di sini bertukar warna kemerah-merahan.

Kejadian itu sudah berlaku sejak sebulan lalu dan ia menjadi semakin teruk minggu lepas.

Perubahan air laut daripada kebiru-biruan kepada warna merah itu mengejutkan kira-kira 2,000 nelayan di sekitar Pulau Pangkor, Kampung Baharu dan Segari di sini.

Pulau Pangkor yang mempunyai 25,000 orang penduduk menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Dianggarkan seramai 10,000 orang mengunjungi pulau itu setiap bulan.


Zon pelancongan Lumut-Pangkor turut dilanda air laut merah. Bulatan dalam peta menunjukkan kawasan terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Pinang Besar di sini, Roslan Ahmad berkata, senario aneh itu telah menjejaskan hasil tangkapan ikan khususnya nelayan pesisir pantai.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa punca menyebabkan air laut di sini menjadi merah tetapi yang pasti ramai nelayan mendakwa pendapatan mereka mulai merosot," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu tinjauan Kosmo! di sekitar muara Sungai Dinding termasuk kawasan Terminal Jeti Penumpang di Lumut, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jeti Lumut Yacht Club Lumut di sini turut mendapati keseluruhan air laut di situ bertukar menjadi merah.

Bagaimanapun, warna kemerah-kemerahan itu beransur-ansur hilang terutama di muara Sungai Dinding berhadapan Pulau Pangkor.

[ Last edited by  naen at 15-2-2009 05:59 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2009 03:21 AM | Show all posts
Jangan makan ikan Pangkor
+ kosmo



KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan Pulau Pangkor dinasihatkan tidak memakan hidupan laut di kawasan berlakunya perubahan warna air laut jika pencemaran tersebut berpunca daripada fenomena Red Tide atau alga merah.

Menurut Pengarah Institut Oseanografi dan Maritim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr. Kamaruzaman Yunus, kehadiran alga merah yang terlalu banyak itu boleh memberi kesan terhadap habitat laut kerana akan menyebabkan oksigen terlarut menjadi rendah.

"Apabila ia semakin banyak, lama kelamaan alga-alga ini akan mati dan mendap di dasar laut. Kemudian bakteria akan mereputkan alga ini yang akan menghasilkan toksin.

"Kehadiran toksin ini akan menyebabkan ikan di laut mati. Kalau ikan yang masih hidup makan alga ini dan kemudian ditangkap oleh manusia untuk dimakan, ia boleh membahayakan manusia termasuk menyebabkan kematian,'' jelasnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan mengenai perubahan air laut daripada kebiru-biruan kepada warna merah yang mengejutkan kira-kira 2,000 nelayan di sekitar Pulau Pangkor, Kampung Baharu dan Segari di Perak.

Keadaan itu menyebabkan pendapatan nelayan mulai merosot ekoran hasil tangkapan ikan yang terjejas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2009 03:22 AM | Show all posts
Batu pula jadi merah
+ kosmo



LUMUT - Selepas fenomena air laut bertukar warna di perairan Pulau Pangkor, batu-batu di pesisir pantai Sungai Dinding dekat sini pula dikesan bertukar warna kemerah-merahan semalam.

Penyelia Lumut International Yacht Club, Aziz Syawal, 49, berkata, kejadian seumpama itu sebelum ini tidak pernah berlaku.

"Dulu, kebanyakan batu di sepanjang benteng mencegah hakisan di sini hanya berlumut dan berwarna krim. Bagaimanapun saya terperanjat selepas mendapati banyak batu di sini mula bertukar warna kemerah-merahan pula.

"Mungkin ia ada kaitan dengan kejadian 'laut merah' yang berlaku di perairan Sungai Dinding sekarang ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2009 03:22 AM | Show all posts
Bakteria boleh atasi alga merah
+ kosmo



IPOH - Sebuah syarikat bioteknologi dari Jepun membuat tawaran untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah perubahan warna air laut yang dipercayai kerana pertumbuhan alga merah sejak seminggu lalu di perairan Sungai Dinding, Pulau Pangkor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar dan Sumber Manusia Perak, A. Sivanesan berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu menawarkan sejenis bakteria berbentuk pepejal bagi mengatasi masalah tersebut.

"Menurut penerangan awal pakar syarikat tersebut, bakteria terbabit boleh menghasilkan oksigen mencukupi kepada kehidupan laut seperti ikan dan udang yang terancam akibat pertumbuhan alga merah terbabit.

"Sehubungan itu, saya akan membawa pakar syarikat berkenaan ke lokasi kejadian itu selepas sambutan Tahun Baru Cina ini," katanya mengulas fenomena perubahan warna air laut di sekitar perairan Lumut dan Pulau Pangkor baru-baru ini yang dilaporkan Kosmo! sejak kelmarin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2009 03:31 AM | Show all posts
pestaim dengar/nampak pasal kejadian red tide kat malaysia neh

tapi tak aa berapa merah sangat kalau ndak dibandingkan ngan kes2 yg slalu jadik kat luar negara sana

contoh cam kat california nun :



atopon kat brackish lake :



atopon kat cape rodney :

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 08:42 AM | Show all posts

Balas #5 naen\ catat

lawa pulak laut kaler merah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2009 11:07 AM | Show all posts
takutnyee tengok laut kaler merah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2009 03:42 PM | Show all posts
Pulau Pangkor bebas kejadian 'laut merah'
+ utusan malaysia


ORANG ramai berenang dan menjalani aktiviti menyelam seperti biasa di perairan Pulau Giam, Pulau Pangkor, semalam.

PULAU PANGKOR 23 Jan. - Pelancong dan orang ramai yang merancang untuk bercuti di pulau peranginan di sini tidak perlu bimbang dengan kejadian air laut yang didakwa bertukar warna kemerah-merahan kerana ia langsung tidak berlaku di sini.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Chalet Pulau Pangkor (PPCPP), Mohamad Pisol Yahya berkata, perairan Pulau Pangkor tidak terjejas dengan kejadian berkenaan dan masih lagi kekal seperti sedia kala.

''Kejadian air laut bertukar kemerah-merahan hanya berlaku di Sungai Dinding sahaja dan tidak melibatkan kawasan pulau.

''Perairan di seluruh Pulau Pangkor bebas dari kejadian berkenaan dan pengunjung boleh mandi manda seperti biasa sambil menikmati kebiruan air laut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Pulau Pangkor mendapati aktiviti pelancongan di situ berjalan seperti biasa.

Pantai peranginan seperti Pasir Bogak dan Teluk Nipah terus dipenuhi pelancong dalam dan luar negara yang melakukan aktiviti menyelam bagi menyaksikan keindahan dasar lautnya.

Peserta kursus Institut Perangkaan Negara, Mior Hashim ketika ditemui berkata, keadaan air laut di Pulau Pangkor masih cantik dan kekal jernih.

''Air yang jernih membolehkan ikan pelbagai warna serta batu karang jelas kelihatan," katanya.

Pengendali laman web www.gopangkor.com yang mahu dikenali sebagai OG berkata, kawasan tumpuan pelancong di sini tidak terjejas langsung dengan kejadian berkenaan.

Beliau yang banyak mempromosikan Pulau Pangkor kepada pelancong dalam dan luar negara berkata, mereka boleh terus datang ke sini seperti biasa dan boleh melayari laman web kelolaannya bagi mendapatkan maklumat terkini pulau pelancongan itu.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Pusat Penyelidikan Ekosistem Akuatik (PPEA), Kampung Acheh, Samsudin Basir berkata, siasatan awal Jabatan Perikanan mendapati perairan di Pulau Pangkor bebas daripada kejadian itu.

Katanya, bagaimanapun, contoh air laut dan plankton di sembilan lokasi di utara dan selatan Pulau Pangkor telah diambil hari ini untuk diuji di makmal.

''Hanya kawasan dalam Sungai Dinding sahaja yang didapati mengalami perubahan air laut yang sebelum ini kebiru-biruan bertukar menjadi warna coklat atau brown tide," katanya.

Kelmarin kira-kira 2,000 orang nelayan di sekitar Pulau Pangkor, Kampung Baharu dan Segari di sini terkejut apabila mendapati warna air laut bertukar warna kemerahan-merahan ketika menangkap ikan.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku sejak sebulan lalu namun ianya menjadi semakin teruk sepanjang minggu lalu.

Kawasan yang terlibat, di sekitar perairan Sungai Dinding termasuk kawasan Terminal Jeti Penumpang di Lumut, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jeti Lumut International Yacht Club.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2009 03:42 PM | Show all posts
Ikan Pangkor selamat dimakan
+ utusan malaysia

IPOH 23 Jan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2009 06:47 AM | Show all posts
Originally posted by aizverus at 26-1-2009 11:08 PM

sebab apa red tide ni terjadi..

adakah sebab serangan kulat rumapi laut merah...kalau tak salah ada dalam filem org putih yang berlakon kat sahara...dah lupa tajuknya


sbb algae .. nama lagik algae bloom

tapi pencetus ke-bloom-an tuh mungkin sbb pencemaran

Originally posted by aizverus at 26-1-2009 11:08 PM

orang akan ingat kes kat pualu pangkor ni mungkin ada kaitan dgn tsunami?


takdek kaitan ngan tsunami

tapi kalau orang yg tak taw apape mungkin aa akan kaitkan .. atopon akan pikir banyak lagik benda yg bebukan

apepon, tiap kejadian tuh ada hikmah & pengajaran ntok meke yg mahu menghalusi
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 12:17 PM | Show all posts
Biasanya kat Measia ni kalau berlaku red tide, kat Sabah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 06:38 PM | Show all posts

Reply #12 alphawolf's post

wOo yer .. a`ah kat sabah .. terlupa plak

me'acey alpha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 06:41 PM | Show all posts

Reply #13 aizverus's post

lain

yg kat laut merah tuh memang penuh ngan algae warna merah

yg neh plak .. algae tuh react ngan pencemaran/oksigen dalam air

pastuh algae tuh akan bertukar warna aa (either hijau, brown or merah)

tapi setaw aku, yg bertukar jadik merah neh yg bahaya sbb dia bebaskan toksin

bleh 'meracun' haiwan2 akuatik yg lain cam ikan ker, udang ker, sesipot ker ..


kalau salah harap btolkan sbb aku pon masey blajor jugek
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 11:04 PM | Show all posts
ooo.. sebab alga merah la yek?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 02:10 AM | Show all posts

Reply #12 alphawolf's post

yer betul, dulu masa duk mesia Sabah dan juga terkandung Labuan berlakunya red tide
sampai kitorang takut nak makan ikan serta makanan laut lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2009 03:44 AM | Show all posts
Originally posted by sweet_charcoals at 31-1-2009 11:04 PM

ooo.. sebab alga merah la yek?


ada algae yg memang warna merah .. contoh cam kat laut merah tuh

ada algae yg asalnya warna lain, tapi bleh bertukar ke warna merah sbb ada pencetus tertentu

ada algae neh yg merbahaya, ada yg tidak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2009 06:00 AM | Show all posts
Elak makan kerang, siput
+ utusan malaysia

KOTA KINABALU 13 Feb. - Orang ramai di negeri ini dinasihatkan supaya tidak memakan kerang dan siput laut pada waktu ini, selepas kejadian air merah (red tide) dikesan di kawasan perairan Pantai Barat negeri baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, orang ramai juga perlu berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar.

'''Kajian yang dijalankan mendapati kandungan toksin pada kerang seperti kupang, tiram dan lain-lain makanan siput laut meningkat.

"Kandungan toksin ini boleh menyebabkan keracunan makanan laut itu akan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang membahayakan kepada kesihatan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kesan awal akibat memakan makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa loya, kebas, pening dan sakit kepala.

Sehubungan itu katanya, sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin di pusat kesihatan berhampiran.

Marzukhi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri akan memaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa tentang perkembangan terkini dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati.

'''Jika terdapat sebarang masalah terutama selepas memakan makanan laut itu hubungi Pejabat Kesihatan Daerah dengan segera,'' katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2009 06:05 AM | Show all posts

baca ni .. memang berguna :)

Fenomena air merah ancam nyawa
+ arkib utusan malaysia

BAYANGKAN anda dan keluarga sedang asyik menjamu selera dengan kepah rebus yang ditangkap segar dari laut.

Aromanya saja sudah pasti menusuk ke sanubari. Apatah lagi jika berulam sambal belacan, makin luas pintu selera terbuka.

Dalam keseronokan menikmati hidangan, tiba-tiba anak anda yang duduk di sebelah mengadu berasa kebas pada bibir.

Isteri anda juga mengalami masalah yang sama. Anda yang asyik menjamah hidangan sejak tadi mula berasa hairan.

Anak anda jatuh dari kerusi lalu pengsan. Seorang demi seorang anggota keluarga anda turut pengsan dan terhenti pernafasan. Apakah yang telah terjadi?

Bagaimanakah makanan laut yang segar tadi boleh membawa penyakit seteruk ini?

Apa yang mungkin berlaku ke atas keluarga anda adalah disebabkan oleh paralytic shellfish poisoning atau keracunan kerang-kerangan yang menyebabkan lumpuh (PSP).

Sejak tahun 1976, lebih daripada 300 kes PSP dilaporkan di negara kita di mana pada tahun yang sama, fenomena air merah terbentuk di perairan Malaysia.

Kejadian terbaru berlaku kira-kira dua minggu lalu mengakibatkan kematian seorang nelayan dari Kampung Unggun Jaya, Sepanggar, Sabah.

Rosli Miri, 31, disahkan meninggal dunia akibat memakan hidangan sejenis kerang-kerangan yang mengandungi racun jenis saxitoxin.

Ketua Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik, Hospital Angkatan Tentera Lumut, Lt. Kol. (Dr.) Abd. Halim Mohamed berkata, fenomena air merah atau lebih dikenali sebagai red tide yang berlaku di pantai barat Sabah baru-baru ini berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton dinoflagellate di dalam air laut.

Phytoplankton dinoflagellate jenis pyrodinium bahamense var. compressum adalah spesies yang menghasilkan racun PSP jenis saxitoxin yang dijumpai dalam tisu kerang-kerangan yang ditangkap di perairan itu.

Kerang-kerangan atau ikan yang memakan organisma tersebut secara menyaring akan menyebabkan berlaku pengumpulan dalam sistem pemakanan mereka.

Walaupun makanan laut itu tidak beracun tetapi toksin yang dihasilkan oleh phytoplankton dinoflagellate boleh menyebabkan keracunan.

``Hidangan kerang-kerangan seperti kerang, kepah, kupang, siput, kima, tiram, lokan dan lala yang beracun boleh menyebabkan kita lumpuh dan mati akibat PSP.

``Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak memakan hasil laut seperti kerang-kerangan dan ikan-ikan kecil di persisiran pantai ketika fenomena air merah berlaku,'' katanya.

Phytoplankton atau alga ialah sejenis tumbuhan laut satu sel yang sangat halus.

Ia menjadi makanan kepada pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.

Walaupun terdapat beribu-ribu spesies phytoplankton, hanya lebih kurang 100 spesies boleh mendatangkan keracunan.

Perubahan cuaca, pertukaran arus, peningkatan aliran sungai ke laut, penggunaan baja berlebihan dan peningkatan aliran kumbahan boleh menyebabkan harmful algal bloom (HAB) atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang mengandungi toksin berlaku.

Faktor-faktor ini akan menyebabkan peningkatan nutrien dalam air. Pertukaran suhu juga dikesan dapat menggalakkan pertumbuhan phytoplankton.

HAB berlaku apabila jumlah phytoplankton meningkat melebihi 10,000 sel setiap liter air laut.

Kadangkala fenomena HAB menyebabkan air laut bertukar warna menjadi merah-coklat.

Fenomena inilah yang dipanggil air merah, nama sama digunakan oleh Laut Merah yang sering mengalami fenomena ini.

Namun begitu, tidak semua aktiviti HAB menjadikan laut kelihatan merah.

Kebanyakan aktiviti HAB tidak menghasilkan sebarang warna tetapi ada juga yang menghasilkan warna lain.

Berdasarkan laporan, fenomena air merah berlaku di merata dunia dan bukanlah fenomena baru di Malaysia kerana ia pernah direkodkan sejak tahun 1976.

Ketika HAB berlaku, kerang-kerangan dan beberapa jenis ikan memakan phytoplankton dan menyimpan toksin PSP dalam tisu penghadamannya.

Walaupun hidupan laut tersebut bukan dari jenis yang beracun, toksin PSP yang diperoleh daripada phytoplankton boleh membuatkannya mencapai kepekatan yang tinggi. Namun begitu, toksin PSP tidak akan membunuh hidupan laut itu.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah apabila isinya dimakan oleh manusia, toksin PSP akan diserap ke dalam tubuh manusia melalui perut dan usus.

Saxitoxin bertindak pada sel saraf manusia dengan menghalang kemasukan ion sodium (Na+) pada saraf tersebut.

Keadaan ini menyebabkan sel saraf gagal mengalirkan impuls dan maklumat sehingga mengakibatkan mangsa menjadi lumpuh.

Dalam masa 10 hingga 30 minit selepas memakan isi cengkerang atau siput yang mengandungi toksin PSP, mangsa biasanya berasa kebas pada bibir dan lidah.

Rasa kebas ini akan merebak ke muka, leher, tangan dan kaki.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan mangsa hilang kekuatan pada lengan, kaki dan seluruh otot badan lalu lumpuh.

Kadangkala mangsa juga boleh mengalami loya, muntah dan sakit perut.

Bagi kes-kes yang teruk, lumpuh terjadi pada otot-otot yang menggerakkan pernafasan (otot diaphragm dan dada).

Apabila pernafasan terhenti, otak dan jantung mengalami kekurangan oksigen sehingga menyebabkan kematian.

Tahap keseriusan PSP bergantung kepada jumlah toksin yang dimakan.

Jika jumlah toksin pada cengkerang amat tinggi, mangsa boleh mati dengan memakan hanya satu isi kerang-kerangan sahaja.

Sungguhpun tiada penawar bagi toksin PSP, rawatan segera boleh menyelamatkan nyawa yang terancam.

Bagi mangsa yang terhenti pernafasan, CPR (cardiopulmonary resuscitation) adalah rawatan yang paling penting.

CPR perlu dilakukan dengan segera di tempat kejadian, jika tidak mangsa boleh mati dalam masa sesingkat lima minit.

Semua pesakit yang menghidap PSP perlu dibawa ke hospital dengan segera.

Pesakit yang menghidap PSP selalunya berada dalam keadaan sedar walaupun tidak dapat menggerakkan anggota badan.

Walaupun kelihatan seperti pengsan, mangsa biasanya dapat mendengar dan mengetahui apa yang terjadi di sekelilingnya.

Justeru, dalam waktu kecemasan, mangsa perlu sentiasa diberi kata-kata perangsang ketika dihantar ke hospital.

Di hospital, mangsa yang teruk perlu dirawat di unit rawatan rapi dengan memberikan sokongan pernafasan menerusi mesin ventilator.

Pemantauan gas-gas dalam darah dan pemantauan kestabilan sistem kardiovaskular pula akan dijalankan secara berterusan.

Ubat activated charcoal boleh menyerap toksin yang masih terdapat di dalam perut mangsa. Walau bagaimanapun ia tidak dapat memberi kesan pada toksin yang telah diserap ke dalam tubuh.

Tubuh biasanya dapat menghapuskan sendiri toksin PSP selepas 24 hingga 48 jam.

Kes yang dirawat dengan cepat biasanya akan pulih sepenuhnya tanpa mendatangkan sebarang kecacatan kekal.

Namun begitu, kadar kematian disebabkan PSP tetap tinggi kerana ramai pesakit gagal mendapatkan rawatan segera ketika terhenti pernafasan.

Kadar kematian kanak-kanak adalah setinggi 50 peratus sewaktu kejadian wabak PSP melanda Guatemala pada tahun 1987.

Sebaliknya, tindakan pantas negara-negara maju pula dapat mengurangkan kadar kematian di bawah paras satu peratus sahaja.

Elakkan memakan kerang-kerangan (kerang, kepah, kupang, kima, tiram, lokan, lala dan sebagainya) ketika kejadian fenomena air merah dilaporkan berlaku.

Ikuti laporan berita daripada media massa yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan dan Kementerian Kesihatan sebaik sahaja analisis paras toksin dalam isi kerang-kerangan didapati menunjukkan paras yang tinggi.

Jabatan Perikanan sentiasa menjalankan pemantauan berterusan dengan mengukur tahap toksin pada kerang-kerangan yang ditangkap di sekitar perairan.

Ketika ini, Jabatan Perikanan Sabah mengesahkan bahaya PSP masih tinggi di perairan Sabah dan orang ramai dinasihatkan mengelak daripada memakan kerang-kerangan yang ditangkap dari perairan itu.

Walaupun fenomena air merah berlalu setelah beberapa hari, kandungan toksin PSP dalam kerang-kerangan tetap tinggi beberapa minggu selepas kejadian.

Ikan tamban juga boleh mengandungi toksin yang tinggi. Namun begitu, ikan-ikan lain seperti tenggiri, alu-alu, pari, udang dan ketam tidak mengandungi toksin PSP.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2009 06:06 AM | Show all posts

sambungan ..

Soalan berkaitan PSP

Adakah memasak kerang-kerangan dapat menghapuskan toksin PSP?

Jawapan: Tidak. Memasak kerang-kerangan, walaupun dalam tempoh yang lama tidak akan menghapuskan toksin PSP.

Toksin PSP merupakan protein yang stabil dengan haba. Toksin juga tidak dapat dihapuskan dengan cara membekukan kerang-kerangan.

Adakah kerang-kerangan yang mengandungi toksin berlainan rupa daripada kerang-kerangan biasa?

Jawapan: Tidak. Kerang-kerangan yang mengandungi toksin tidak dapat dibezakan dari segi rupa, bau atau rasa. Cara untuk mengetahui hanya dengan mengukur tahap toksin pada tisu kerang-kerangan di makmal.

Adakah membersihkan isi perut kerang-kerangan boleh membuatkannya selamat untuk dimakan?

Jawapan: Kadangkala sahaja. Sistem penghadaman kerang-kerangan adalah tempat pertama di mana proses pengumpulan toksin berlaku pada awal HAB.

Pada waktu ini, membersihkan isi perut boleh mengurangkan tahap toksin dalam isi kerang-kerangan. Walau bagaimanapun, kita tidak mengetahui selama mana kerang-kerangan tersebut telah memakan phytoplankton dinoflagellate yang mengandungi toksin PSP tadi.

Bolehkah kehadiran toksin PSP diuji dengan merasai sedikit isi kerang-kerangan sebelum memakan kesemuanya?

Jawapan: Tidak. Cubaan merasa sedikit daripada isi kerang-kerangan yang mengandungi toksin boleh menyebabkan kematian ataupun tidak mendatangkan kesan langsung.

Tahap toksin dalam isi kerang-kerangan berbeza.

Bolehkah kita menguji kehadiran toksin PSP dengan memberi makan isi kerang pada kucing atau haiwan lain?

Jawapan: Walaupun boleh, kita tidak perlu kejam pada haiwan ataupun ahli-ahli keluarga yang tidak digemari.

Adalah lebih selamat jika kita menurut saranan Jabatan Perikanan dan Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 12:58 AM | Show all posts
maksudnya, kena kurangkan/berhenti makan kerang lah ni..

[ Last edited by  thessailly at 16-5-2009 17:55 ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.166431 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list