CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 9-7-2009 01:06 PM | Show all posts
harian Metro
Khamis, 09 Julai 2009

Guano demo: Pemimpin pilihan tukang gunting
Oleh Noor Azam Abd Aziz
azam@hmetro.com.my

USIANYA sudah mencecah 74 tahun, namun Yusof Abu Seman masih lagi bertenaga, matanya belum rabun dan pendengarannya jelas.

Orang lama Kampung Manek Urai Lama ini sememangnya dikenali dan disegani penduduk tempatan kerana jasanya selama 40 tahun sebagai tukang gunting.

Tanyalah kepada siapa saja di sini, semuanya kenal ‘Abe Soh’ tukang gunting kerana keramahan dan kehebatannya menarah rambut mengikut fesyen dikehendaki pelanggannya.

Malah, kedai gunting miliknya yang terletak di hujung jambatan Kampung Manek Urai Lama cukup strategik sebagai pusat sehenti orang ramai bergunting.

Penulis yang secara kebetulan bertemu ‘Abe Soh’ ketika melakukan tinjauan bersama rakan setugas kagum dengan semangatnya untuk terus berkhidmat walaupun sudah dimamah usia.

Katanya, sejak beberapa hari lalu, rezekinya semakin bertambah. Jika sebelum ini, pelanggannya purata lima orang sehari, kini dia tak menang tangan sehingga terpaksa menutup kedai awal kerana kepenatan.

Bapa kepada 10 anak itu menganggap perubahan demi perubahan yang berlaku di kawasan berkenaan sebagai rahmat Tuhan walaupun pemimpinnya bersilih ganti.

“Dulu kampung ni tak dok (tiada) kemudahe (kemudahan)...kito (kita) naik perahu nak ke sebere (seberang). Loni (sekarang) sudoh (sudah) beruboh (berubah) gertok (jambatan) pun doh ado sini, mudoh (mudah) sikit,” katanya dalam loghat Kelantan pekat.

Dia yang berhijrah dari Pasir Mas ke kampung berkenaan pada tahun 70-an berkata, suatu ketika dulu kampungnya itu pernah dijadikan pusat perlindungan untuk orang Melayu daripada ancaman komunis dan sejarah itu sudah semakin dilupakan.

Warga emas yang peramah itu berkata, ciri pemimpin dikehendaki orang tempatan adalah mereka yang memahami budaya serta keperluan masyarakat setempat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2009 02:54 PM | Show all posts
Barita Harian
Khamis, 09 Julai 2009  |  16 Rejab 1430

Ketiadaan Nasharuddin tanda Pas berpecah
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik menyifatkan tindakan Pas Kelantan yang menghalang Timbalan Presid ...
catstitch Post at 9-7-2009 12:37


Dia kena bedah usus kecik kat Hospital Serdang.. katanya.. hari Sabtu dia pegi ler berkempen..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 03:00 PM | Show all posts
Muhyiddin nafi perkecil peraih, penjual ikan

Jimadie Shah Othman
Jul 9, 09
11:49am

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau memperkecilkan profesyen peraih dan penjual ikan tetapi sebaliknya menghormati dan menjaga kebajikan golongan tersebut.

[img]http://media1.malaysiakini.com/195/1116bea6167dbd0f4475557dac9bc233.jpg/img]

"Bila saya perkecilkan penjual ikan? Dulu sebagai menteri pertanian (dan industri asas tani), saya memang jaga orang yang menjual ikan ini.

"Baik penangkap ikan, nelayan dan peraih ikan, mereka ada peranan.

"Saya cuma sebut, calon kita ini bukan penjual ikan, betul tak? Itu saja, kita bukan perkecilkan, kita hormat beliau (calon PAS Mohd Fauzi Abdullah),"
katanya.

Muhyiddin menegaskan demikian dalam ceramah BN di Manek Urai Lama malam tadi di hadapan kira-kira 200 penyokong BN.

Semalam, penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Raim Wan Abdullah berkata, pemimpin Umno dalam ceramahnya telah memperlekehkan profesyen peraih ikan. Calon PAS Fauzi merupakan peraih ikan di sekitar Kuala Krai.

Ekoran itu, Wan Abdul Rahim dilaporkan berkata, peraih dan peniaga ikan sekitar Kelantan akan mengadakan perhimpunan di pasar Laloh bagi membantah kenyataan itu petang esok.

Ulas pemansuhan PPSMI

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, walaupun boleh memilih pemimpin yang tiada ilmu, tetapi lebih baik diutamakan pemimpin yang mempunyai lebih ilmu pengetahuan.



Beliau yang juga menteri pelajaran turut mengulas pelaksaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan dimansuhkan mulai 2012.

Menurutnya, kerajaan membuat keputusan "balik semula" memartabatkan bahasa Melayu setelah berbincang dan mendengar pelbagai pandangan.

Bagaimanapun, katanya, terdapat juga pihak yang tidak suka dengan keputusan itu kerana berpendapat penguasaan bahasa Inggeris amat penting.

Selain itu, ceramah BN malam tadi dilihat cuba menitikberatkan soal agama apabila bacaan al-Quran dipasang sebelum ceramah bermula pada jam 10 malam tadi.

Muhyiddin juga dalam ceramahnya, membaca beberapa petikan al-Quran bagi menyokong hujahnya.

Selepas membaca sebuah ayat mengenai kepentingan ilmu pengetahuan, Muhyiddin semalam sempat berseloroh:"Ambo (saya) tahu juga baca ayat al-Quran, tidaklah pandai macam Tok Guru (Nik Aziz), tetapi tidak kurang tahu."

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 03:10 PM | Show all posts
'Nasib malang BN berakhir di Manek Urai'

Hafiz Yatim
Jul 7, 09
12:38pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini menandakan berakhirnya "nasib malang" BN dalam pilihanraya kecil selama ini.



Inilah mesej yang disampaikan beliau yang juga timbalan presiden Umno, dalam satu mesyuarat tertutup semalam, demikian menurut pemimpin parti yang menghadirinya.

"Rakyat berkata Umno dan BN sudah mati selepas kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Semuanya berakhir di sini. Kita mahu menang pilihanraya kecil kali ini," kata Muhyiddin dalam mesyuarat tersebut.

Daripada tujuh pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, BN hanya menang di Batang Ai, Sarawak.

BN tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Dan Mei lalu, BN memutuskan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.



'Gandakan usaha'

Menurut pemimpin parti tersebut, Muhyiddin turut menegur pekerja parti itu yang lambat tiba sebelum BN berarak ke pusat penamaan calon semalam.

Muhyiddin mengetuai perarakan mengiringi calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat semalam. Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob.

Muhyiddin juga mahu pemimpin semua sayap Umno supaya menggandakan usaha mereka bagi memastikan peningkatan sokongan kepada calon BN.

"Kita tidak seharusnya bertumpu berkempen di kubu kuat Umno sahaja, tetapi juga di kubu kuat PAS bagi memenangi hati rakyat," katanya.

Muhyiddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan slogan 'Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan' untuk menarik sokongan pengundi.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 03:15 PM | Show all posts
Nasha, Nik Aziz kongsi pentas di MU

Jimadie Shah Othman
Jul 9, 09
1:51pm

Nasharuddin Mat Isa akan berceramah satu pentas dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lama lagi selepas ketidakhadiran timbalan presiden PAS itu menjadi tanda tanya dan isu politik di Manek Urai.

Penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan Nasharuddin akan datang seawal-awalnya esok jika tiada aral melintang.



"Dia akan berceramah dengan Tok Guru Nik Aziz," katanya kepada Malaysiakini hari ini apabila diminta mengulas kemungkinan Nasharuddin turun berkempen setelah tidak muncul sejak hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN itu, Isnin lalu.

Ditanya sama ada benar Nasharuddin, juga ahli parlimen Bachok, sedang dirawat di Hospital Serdang seperti dilaporkan di sebuah akhbar web, Wan Abdul Rahim berkata:

"Saya tak tahu, saya tak tanya dia."

Ketidakhadiran Nasharuddin menjadi isu apabila beliau pernah dikecam keras oleh Nik Aziz, juga mursyidul am PAS, susulan persetujuannya untuk meneruskan rundingan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menteri besar Kelantan juga mendesak Nasharuddin melepaskan jawatan dalam parti dan ahli parlimen jika masih mendukung idea tersebut.

Kedua-duanya bagaimanapun telah berdamai pada 22 Jun lalu, tidak lama selepas mengeluarkan kecaman paling kerasnya terhadap pemimpin kanan PAS yang pro-kerajaan perpaduan.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 03:25 PM | Show all posts


Husam: KJ cuba elak isu royalti

Jimadie Shah Othman
Jul 9, 09
1:02pm

Ketua Pemuda Umno cuba mengalihkan isu royalti minyak Kelantan dengan menuduh seorang exco negeri Datuk Husam Musa cuba menghalang timbalan presiden PAS berkempen di Manek Urai.

Menafikan tuduhan Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam, Husam juga berkata beliau sekadar ahli jawatankuasa (AJK) pusat PAS dan tiada kuasa menghalang Nasharuddin Mat Isa berceramah pada pilihanraya kecil DUN tersebut yang sedang berlangsung hingga Selasa depan.

"Saya ingat dia (Khairy) nak larikan perhatian daripada isu royalti minyak. Royalti minyak yang dia kena jawab. Ini Umno yang buat.



"Kita tak ada sekat sesiapa. Mungkin dia (Nasharuddin) ada kerja lain, (jadi) dia tak datang lagi. Di Parlimen pun dia tak pergi," katanya apabila diminta mengulas isu ketidakhadiran pemimpin kanan PAS itu yang dijadikan modal kempen Umno di Manek Urai.

"Takkan di Parlimen pun saya yang larang. Mungkin sehari dua lagi (dia datang)," kata Husam lagi, yang kalah di tangan Nasharuddin sewaktu bertanding merebut jawatan nombor dua itu pada muktamar PAS, awal bulan lepas.

Susulan perebutan itu, Khairy mendakwa Husam "berdendam akibat kalah" di tangan penyandang jawatan tersebut dan dilaporkan mengarahkan Nasharuddin dilarang.

Diminta mengulas dakwaan tersebut, Husam berkata: "Saya mana ada kuasa nak larang timbalan presiden PAS.

"Saya ini AJK PAS pusat sahaja."

Ditanya sama kemunculan Nasharuddin beberapa hari lagi boleh memarakkan semula isu kerajaan perpaduan seperti kempen Umno di kerusi DUN itu, exco ekonomi Kelantan itu berkata:

"Modal ini tidak tahan lama. Kita akan tumpu pada isu royalti minyak."

Petronas akan memberi penjelasan kepada kerajaan PAS Kelantan berhubung tuntutan royalti minyak bernilai RM1.7 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kabinet yang bermesyuarat semalam membuat keputusan itu dilaporkan untuk menjamin kredibiliti kerajaan agar "tidak ada rakyat yang terpengaruh dengan tuntutan tidak berasas" beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

''Untuk lebih kredibiliti, kabinet membuat keputusan biarlah Petronas dalam sehari dua lagi menjelaskan kedudukan sebenar dari sudut perlembagaan dan perundangan supaya tidak ada rakyat Kelantan terpengaruh," beliau dipetik berkata selepas berceramah di Kampung Peria dalam kawasan Manek Urai semalam.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2009 03:27 PM | Show all posts
kesian Petronas
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 03:34 PM | Show all posts
Umno hanya ada tiga cara untuk menang di Manek Urai - Wan Rahim

Intan Abdullah
Thu | Jul 09, 09 | 2:38:26 pm MYT

MANEK URAI, 9 Julai (Hrkh) - Terdapat tiga cara Umno-BN boleh memenangi pilihan raya Kecil Dun Manek Urai.

Demikian ditegaskan Penasihat Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

"Saya mencadangkan agar Umno menggunakan tiga cara ini iaitu tipu, pitis dan ugut yang kebiasaannya kita akui pernah digunakan dalam pilihan raya kecil yang sebelum ini," katanya kepada pemberita semalam.

Ini kerana mereka tiada cara lain untuk menawan kawasan ini melainkan dengan cara tersebut, dan PAS tiada cara untuk menanganinya,"

Tegasnya, strategi lain yang dijalankan tidak akan memberikan kesan dan tidak mampu menyaingi jentera serta strategi PAS yang lebih bersedia daripada awal selain masyarakat di Manek Urai berakar umbi.

Tambahnya, Umno mungin perlu membelanjakan sebanyak RM25 juta untuk mengupah 5,000 orang pengundi dengan bayaran sebanyak RM5,000 seorang.

"Mungkin itu sahaja cara yang Umno boleh buat untuk memenangi pilihan raya kali ini," tambahnya lagi.

Beliau yang juga ahli parlimen Kota Bharu tidak menafikan tindakan yang bakal diambil oleh Umno dengan menggunakan jentera kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Seperti biasa, Umno memperalatkan SPR dengan menetapkan tarikh penamaan dan pengundian jatuh pada hari bekerja iaitu hari Selasa sekali gus tidak mewajibkan kepada semua majikan yang kakitangan mereka adalah merupakan pengundi agar melepaskan mereka pulang untuk membuang undi pada hari terbabit," katanya lagi.

Wan Abdul Rahim yakin bahawa terdapat majikan yang enggan membenarkan kakitangan mereka cuti bergaji pada hari berkenaan.

"Walaupun ianya menyalahi peraturan pilihan raya, tetapi kita lihat tiada ketegasan dan SPR seolah-olah tidak serius dalam melaksanakan peraturan ini," ujarnya.

Strategi ini ujarnya, merupakan cara untuk menghalang daripada pengundi luar balik mengundi bagi membantu mempertahankan kemenangan PAS.

"Dia tahu bahawa pengundi ini akan balik mengundi PAS dan ini merupakan salah satu cara untuk menghalang mereka, kerana tarikh berkenaan jatuh pada hari bekerja," ujarnya lagi.

Dalam pada itu Wan Abdul Rahim berpendapat, tindakan Umno yang bertindak menyerang peribadi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah ternyata lebih memberi kesan yang negatif kepada diri mereka sendiri.

"Strategi tersebut merupakan tindakan yang bersifat makan diri apabila mereka bertindak kurang bijak menghina latar belakang calon kita dengan membandingkan dengan calon mereka selain pertembungan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang keras terhadap Umno," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau percaya bahawa PRK Manek Urai akan menjadi tempat Umno berkubur.

"Saya percaya bahawa Manek Urai akan menjadi pukulan maut dan pusara kepada Umno," katanya merujuk kenyataan-kenyataan Tuan Guru yang akhir-akhir ini mengecam Umno dengan begitu hebat.

Mengulas tindakan PAS yang dianggap agresif pada kali ini, Wan Abdul Rahim menjelaskan rasional tindakan tersebut adalah disebabkan oleh Manek Urai sebagai kubu kuat PAS yang perlu dipertahankan.

"Ini kubu kita, rumah kita, kita bertarung di padang sendiri," katanya lagi.

Oleh yang demikian, dengan kekuatan jentera dan sokongan yang ada, beliau berkeyakinan bahawa PAS boleh menang dengan majoriti yang bertambah. - mns_

-HarakahDaily-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2009 03:39 PM | Show all posts
‘Untung orang berilmu’

Oleh Noor Azam Abd Aziz, Mohd Zabran Md Sani, Amir Abd Hamid dan Ismail Muhamad
am@hmetro.com.my


KUALA KRAI: Barisan Nasional (BN) yakin latar belakang calonnya, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang berpendidikan tinggi dan berkebolehan mampu membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang kini jauh ketinggalan.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata BN tidak berniat memperkecilkan calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50, sebagai peraih ikan tetapi yakin Tuan Aziz lebih layak memikul tanggungjawab itu.

“Bila saya berucap beberapa hari lalu, saya beritahu bahawa calon kita ini bukan penjual ikan. Saya nak sebutkan di sini, bukan saya merendahkan penjual ikan, cuma saya ikut apa difirmankan Allah dalam al-Quran.

“Siapa yang ada ilmu, matlamatnya lebih tinggi. Dia ada ilmu, dia boleh bangunkan, majukan kawasan kita. Dia boleh bagi nasihat. Nasihat orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang kurang ilmu,” katanya ketika berucap ketika mengadakan lawatan di Peti Undi Sungai Peria, di sini, semalam.

Menurutnya, BN bukan menafikan peranan setiap individu dalam masyarakat tetapi dalam memilih pemimpin masyarakat perlulah dari kalangan berilmu.

“Kalau saya tidak ada ilmu mungkin saya tidak terpilih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kita dengar pihak sana (Pas) kata dia nak membangunkan Kelantan bersama Islam. Saya nak tanya, apa yang mereka sudah buat di Manek Urai?

“Mereka perlu sedar banyak wang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) belanjakan membina masjid dan jalan,” katanya.

Muhyiddin berkata, pilihan raya kecil ini soal maruah dan BN yakin mampu mencapai kemenangan sekiranya semua pihak memberi sokongan padu.

Sementara itu, beliau berkata, tuduhan pembangkang bahawa Kerajaan Pusat zalim kerana tidak memberi royalti minyak kepada rakyat Kelantan tidak benar dan isu itu diperjelaskan Petronas dua hari lagi.

“Petronas bagi kepada Kerajaan Pusat tiap-tiap tahun hingga RM30 bilion dan dalam sehari dua ini kita minta syarikat berkenaan memberi penjelasan berhubung isu ini,” katanya.

-HarianMetro-
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 03:49 PM | Show all posts
memang untung orang yang berilmu.. apa tah lagi jika digunakan untuk jalan kebajikan..

antara ilmu dunia dan akhirat.. ilmu akhirat itu lebih penting untuk menjadi panduan hidup agar tidak melakukan kemungkaran dimuka bumi..

tetapi jika ada kedua-dua ilmu dunia dan akhirat.. adalah lebih baik kerana akan melahirkan individu yang berjaya dan bertakwa didalam melaksanakan  kewajipan mereka terhadap bangsa, agama dan negara serta keluarga tercinta..

Islam adalah agama yang menitik beratkan kekuatan rohani dan jasmani umatnya ..tanpa kedua-duanya seiring.. akan pincang lah kehidupan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 04:27 PM | Show all posts
“Kalau saya tidak ada ilmu mungkin saya tidak terpilih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kita dengar pihak sana (Pas) kata dia nak membangunkan Kelantan bersama Islam. Saya nak tanya, apa yang mereka sudah buat di Manek Urai?

Ilmu kau (Muhyidin) pun belum setanding dengan Profesor di Universiti... makanya, ada orang yang lebih layak jadi TPM dari kau.. PIRAHHHH... masuk bakul angkat sendiri...

“Mereka perlu sedar banyak wang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) belanjakan membina masjid dan jalan

Berapa kali setahun masjid dibina di Manek Urai? Berapa banyak jalan baru dibuka di Manek Urai? mentaliti Pemimpin UMNO yang mengaku ada ILMU!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 11:01 AM | Show all posts
Harian Metro
Sabtu, 11 Julai 2009

Pas cadang tiga pihak forum

KUALA KRAI: Pas mencadangkan satu majlis forum diadakan bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung isu royalti petroleum yang kini dituntut kerajaan negeri Kelantan.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata forum itu perlu disertai ahli panel yang mewakili Pas, Umno dan Petronas kerana ia penting untuk menghuraikan secara jelas berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya hanya penjelasan daripada Petronas saja, ia hanya membabitkan satu pihak sedangkan rakyat Kelantan perlu mendapat butiran sebenar mengenai royalti petroleum yang dituntut kerajaan Kelantan.

Menurutnya, Pas sedia menganjurkan forum berkenaan dan menghantar surat kepada Umno dan Petronas berhubung cadangan itu.
“Saya fikir forum lebih baik bagi mendapatkan butiran jelas mengenai isu royalti petroleum yang kini dituntut kerajaan negeri Kelantan yang diperintah Pas.

“Rakyat Kelantan perlu tahu dan saya cadangkan forum diadakan dalam tempoh terdekat dengan disertai panel mewakili Pas, Umno dan Petronas,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatannya ke Manek Urai, menjelaskan Kabinet sudah mengarahkan Petronas memberikan penjelasan terperinci berhubung isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Pas Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 06:03 PM | Show all posts
BERITA HARIAN - 12/07/09

Nik Aziz tidak tahu Nasharuddin jalani pembedahan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak tahu yang timbalan presiden parti, Nasharuddin Mat Isa sakit dan menjalani pembedahan yang menyebabkannya tidak dapat hadir pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Isnin lalu.

"Saya tak tahu langsung. Tak adapun orang beritahu...rupanya dia sakit, kena operate (bedah), saya tahu sangatlah (sakitnya) orang kena operate, sebab saya sendiri pernah kena operate.

"Kalu (kalau) saya tahu awal-awal lagi saya tak minta dia datang," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita di sini, hari ini.

Kenyataan Nik Abdul Aziz sebelum ini yang kesal kerana Nasharuddin tidak hadir pada hari penamaan calon itu menyebabkan pelbagai spekulasi timbul lebih-lebih lagi selepas beliau dicabar meletakkan jawatan parti dan ahli Parlimen Bachok, berikutan mempertahankan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nasharuddin hanya muncul semalam pada majlis solat dhuha bersama Nik Abdul Aziz di Manek Urai walaupun tidak sempat menyampaikan ceramah kerana keuzurannya.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Nasharuddin kerana kehadirannya itu dapat meredakan keadaan dan anggapan sesetengah pihak terhadap isu "kehilangannya" dalam kempen Pas di Manek Urai.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai Selasa ini, menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob dari Pas pada 22 Mei lalu. - Bernama

**boleh percaya ke nie....yang Nik Ajis tak tau pasa Nasharuddin kena bedah?? aku langsung tak percaya...::geram::kant:
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 06:05 PM | Show all posts
BERITA HARIAN - 12/07/09

Manek Urai bakal jadi kawasan pembangunan baru: Muhyiddin

KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Manek Urai akan menjadi kawasan pembangunan baru di Kelantan jika Barisan Nasional (BN) diberikan peluang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu Selasa ini.

Tawaran kerajaan BN itu dijangka mampu mengubah bukan saja pembangunan di kawasan itu malah ekonomi dan sosial penduduk, yang majoritinya bekerja sebagai penoreh getah yang sememangnya dahagakan pembangunan.

"Jika itu (pembangunan) yang mereka mahukan, kita (BN) sedia bantu tetapi mereka harus bantu kita dengan menilai apa yang mereka sumbangkan," katanya selepas melancarkan Hari Guru peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Manik Urai Baru di sini, hari ini.

Katanya, dakyah pembangkang yang mengatakan rakyat di kawasan itu tidak mementingkan pembangunan adalah tidak benar kerana rata-rata rakyat yang ditemui beliau dalam tempoh kempen pilihan raya kecil itu mengemukakan pelbagai permohonan projek pembangunan.

"Saya sudah datang sini untuk kali kelima, saya tinjau hampir semua kawasan di Manek Urai, bukan saja peti undi tetapi juga kampung-kampung yang saya lihat masih perlu dan dahagakan pembangunan.

"Dalam pertemuan dengan semua pemimpin tempatan, mereka menyuarakan hasrat supaya kerajaan pusat bantu melengkapkan apa yang tidak cukup, baik dari segi sekolah, kemudahan infrastruktur, jambatan, masjid, surau, di samping pembangunan ekonomi penduduk," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata keadaan itu jelas menunjukkan rakyat amat memerlukan pembangunan, namun dalam masa yang sama kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas tidak mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

Oleh itu, katanya, ceramah pemimpin Pas langsung tidak menyebut soal pembangunan seolah-olah ia adalah perkara tidak penting dan cuba menutup kelemahan kerajaan negeri yang tidak mampu menyediakan pembangunan.

"Apabila saya turun ke bawah semua orang hendakkan pembangunan nilainya berjuta-juta ringgit. Jadi saya beri dua cara untuk selesaikan masalah mereka.

"Satu mohon pada tok guru (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), yang kedua minta bantuan kepada saya serta kerajaan pusat dan kalau betul-betul (memerlukan), kita sedia bantu. Tetapi mereka harus bantu kita dulu," katanya.

Beliau juga mengulangi cabaran supaya Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan supaya menyenaraikan projek pembangunan yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir negeri itu.

"Sampai hari ini saya nak cabar balik beliau buktikan apa projek pembangunan yang telah dijalankan sepanjang menjadi Menteri Besar. Adakah masjid yang bina lebih banyak daripada kerajaan BN buat semasa memerintah, kita minta dia senaraikan.

"Kalau dia kata nak membangun bersama Islam, dalam tempoh 20 tahun, cuba dia senaraikan apa yang telah dia buat dari segi undang-undang Islam, hukum, pembangunan keluarga Islam, kemudahan sekolah agama, masjid ke, surau ke?

"Saya cabar itu bukan saya main-main sebab saya nak bagi tahu kepada rakyat di Manek Urai bahawa segala mereka nyatakan tak penting itu adalah satu kenyataan yang tidak benar," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak terlalu emosional dan terlalu mengagung-agungkan Nik Abdul Aziz kerana dia gagal menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin negeri.

Tempoh selama 20 tahun, sudah cukup membuktikan ketidakupayaan Pas membangunkan negeri ini dan jika ada tanda pembangunan sekalipun ia adalah disebabkan sumbangan besar yang diberikan oleh kerajaan pusat di bawah pentadbiran BN.

Sementara itu, mengulas mengenai kehadiran Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa di Masjid Kampung Perial semalam ,Muhyiddin menyifatkan ia sebagai tindakan terdesak dan satu sandiwara untuk menutup keretakan yang berlaku dalam parti itu. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 12:43 PM | Show all posts
Kelantan bercuti esok
13/07/2009 11:37am

KOTA BAHARU 13 Julai - Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung esok.

Beliau berkata, pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

“Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab ’Cuti Peristiwa’. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian,” katanya.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 01:59 PM | Show all posts
Nasha akui dihalang ke Manek Urai

Jimadie Shah Othman
Jul 11, 09
3:48pm

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengakui terdapat halangan daripada badan perhubungan PAS Kelantan terhadapnya daripada berkempen di Manek Urai sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bachok itu berkata, andaian yang dibuat terhadapnya tidak tepat dan beliau diminta pimpinan tertinggi PAS supaya turun padang.

"Memang ada keputusan daripada perhubungan negeri demikian. Dan saya akur kepada keputusan tersebut.



"Tetapi selepas kita melihat kepada keadaan dan suasana, sebagaimana disebut Tok Guru (Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan juga presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri - setelah berada di lapangan - mengatakan bahawa andaian itu banyak yang tidak tepat.

"Jadi, saya diminta presiden dan Tok Guru supaya turun ke Manek Urai," katanya ketika ditemui pemberita selepas solat Dhuha bersama Nik Aziz di Kampung Perial pagi tadi.

Hadir sama dalam program itu, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah atau Abe Uji.

Ia merupakan program pertama Nasharuddin setelah ketidakhadirannya di Manek Urai, termasuk pada hari penamaan calon Ahad minggu lalu.

"Kehilangannya" itu telah menimbulkan pelbagai andaiaan, terutama sekali apabila beliau sebelum ini ditegur Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan.

Mengulas lanjut, Nasharuddin mengesahkan bahawa beliau sakit dan mendapatkan rawatan di hospital sebelum ini, seperti dilaporkan media.

Ditanya sama ada beliau merupakan "mangsa persepsi", Nasharudin berkata beliau akan menjelaskan perkara itu, bersama isu-isu lain selepas pilihanraya kecil Manek Urai 14 Julai ini.

Katanya, beliau mengambil sikap tidak memberikan respons kepada media sebelum ini kerana mendakwa "media Malaysia tidak bebas untuk melaporkan".

Ditanya tentang jangkaan isu yang akan dimainkan BN, beliau berkata: "Saya lihat mereka (BN) tidak ada isu."

Beliau juga enggan menjawab soalan mengenai pendiriannya sekarang berhubung isu kerajaan perpaduan.

Lain pula petang tadi

Selepas mengaku pagi tadi yang beliau dilarang berkempen, dalam sidang akhbar di markas induk PAS Manek Urai petang tadi, Nasharudin dilihat berdolak-dalik mengenai perkara itu.



Ahli parlimen Bachok itu kelihatan mengelak mengulas langsung mengenai larangan badan perhubungan PAS Kelantan itu.

"Ketidakhadiran saya atas masalah kesihatan," katanya ringkas selepas menghadiri taklimat berhubung pilihanraya kecil DUN itu.

Beliau ditemani Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Petang ini, ketika diminta mengulas kenyataan awalnya, Nasharuddin berkata:

"Pada peringkat awal itu mungkin pandangan yang seperti mana saya sebutkan tadi. Tok Guru (Nik Aziz) tadi telah sebut. Tok Guru ada keluarkan kenyataan. Tetapi itu tidak menjadi sebab untuk saya tidak
turun,"
katanya.

Mengulas perkara yang sama, Abdul Hadi berkata, beliau "tidak percaya" terdapat larangan itu dibuat, sebaliknya menyalahkan laporan media.



"Saya tak percaya kepada kenyataan PAS negeri. Saya tak percaya ada kenyataan PAS negeri. Cuma saya bimbang media-media, bukan saudara-saudara, ini ibu pejabat yang mengendalikan hal-hal seperti ini," katanya.

Menjawab soalan, beliau juga tidak percaya terdapat kenyataan mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berkata Nasharuddin tidak dibenarkan hadir bagi mengelakkan dicemuh (diboo).

Ditanya sama ada beliau disisihkan, Abdul Hadi menyampuk: "Itu macam soalam mahkamah... Sepatutnya tanya pasal pilihanraya ini."

Diminta mengesahkan terdapat larangan terhadap Nasharudin di peringkat awal, Mustafa pula menyampuk dalam nada berseleroh: "Hak itu dia nak tu."

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 02:04 PM | Show all posts
Hisham: Keluh resah rakyat Manek Urai

Jul 12, 09 4:21pm
       
Jentera kempen Umno di Manek Urai sendiri menerima pelbagai cerita keluh resah rakyat di situ, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



"Mereka insaf dengan nasib diri yang semakin tertinggal. Mereka tidak melihat sebarang peningkatan hidup sejak diperintah oleh kepimpinan PAS.

"Mereka kini mahu melihat perjalanan kehidupan yang lebih teratur, adil dan terjamin. Kerana itulah ada di kalangan penduduk di Manek Urai, tanpa berselindung, telah mula mendekati kepimpinan Umno," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkembangan tersebut, katanya, disokong dengan kehadiran calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat yang mudah mesra dan memahami segenap peringkat masyarakat.

"Ini adalah langkah penting ke arah pembaharuan masa depan rakyat Kelantan. Ini adalah masa yang tepat untuk membuat perubahan kerana di tangan penduduk Manek Urai kesemua pembaharuan ini akan bermula," katanya.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini, Tuan Aziz akan berdepan dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah. Pilihanraya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob.

"Saban hari mereka melihat kekayaan hasil bumi dari negeri Kelantan, khususnya kayu balak dibawa keluar di depan mata masyarakat di Manek Urai dan kawasan sekitarnya," kata Hishammuddin.

Manakala hasil bumi yang bernilai jutaan ringgit, tambahnya, adalah milik negeri dan rakyat negeri Kelantan berhak menikmati pulangan daripadanya.

Bertemu pengundi



"Sehubungan itu mereka tertanya apakah tidak mungkin kerajaan negeri dapat membuat perubahan dan berkongsi kekayaan dengan rakyat secara lebih telus.

"Jauh di sudut hati mereka tertanya apakah kerajaan Kelantan sedar bahawa ramai rakyat di pedalaman masih hidup dalam keadaan yang jauh tertinggal dan semakin hari peluang kepada mereka semakin tertutup," katanya.

Dengan sokongan dan kesedaran seluruh pengundi di Manek Urai nanti, Hishammuddin yakin nasib rakyat Kelantan akan mula terbela.

"BN dan Umno sendiri akan bersama-sama dengan seluruh rakyat untuk memulakan langkah pembaharuan ini," katanya.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengingatkan semua pihak bahawa segala pencapaian tidak datang dengan sendirinya.

"Kita perlu sentiasa sedar dan perlu berterima kasih kepada semua petugas keselamatan khususnya pasukan polis yang bertungkus lumus berkorban dalam menjaga keamanan dan ketenteraman sepanjang berlangsungnya pilihanraya kali ini," katanya.

Menurut Hishammuddin, beliau juga sempat untuk meninjau keadaan di sekitar Manek Urai dan bertemu sendiri dengan pengundi.

"Jelas sekali mereka amat bersemangat dan mahu menyaksikan kebangkitan semangat baru di negeri Kelantan.

"Manek Urai boleh menjadi tempat bermulanya perubahan ini kerana rata-rata mereka sudah sedar dengan politik sempit pihak kepimpinan PAS yang tidak mungkin dapat membawa mereka ke mana-mana," katanya.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 02:05 PM | Show all posts
"Saban hari mereka melihat kekayaan hasil bumi dari negeri Kelantan, khususnya kayu balak dibawa keluar di depan mata masyarakat di Manek Urai dan kawasan sekitarnya," kata Hishammuddin.

menarik betul fakta nih.. kalau benar..siapakah yang membawa keluar dan siapakah yang mendapat hasil.. ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 02:10 PM | Show all posts
Fatah: PAS hampir capai sasaran menang

Jimadie Shah Othman
Jul 12, 09
3:15pm       

Dua hari menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini, PAS yakin telah hampir mencapai sasarannya bagi mempertahankan kerusi tersebut, kata Pengarah Pilihanraya PAS negeri, Fatah Harun.

"Setakat ini, pada pusingan pertama, sasaran kita sudah sampai. Tetapi kita tidak boleh berdiam diri... kita kena terus juga (berusaha) supaya berada di tahap yang dikehendaki," katanya dalam sidang media harian PAS.

"Hendak kata seratus peratus tidak bolehlah, tetapi hampir sampai ke matlamat dan sasaran kita," tambahnya.

Mengulas lanjut peluang PAS, Fatah berkata, culaan mendapati pengundi Manek Urai yang berada di luar DUN itu, akan menyokong parti itu seperti dalam pilihanraya umum lalu, walaupun tidak diberikan sebarang subsidi untuk pulang mengundi.

"Kita tidak ada apa-apa subsidi. Barangkali yang tuntut tambang itu bolehlah kita ikhtiar bayar," katanya sambil berkata kumpulan itu telah dihubungi melalui pelbagai kaedah, termasuklah mengadakan
pertemuan, panggilan telefon dan SMS.

Malaysiakini difahamkan, terdapat 1,300 pengundi parti itu di luar Kelantan. Manakala 400 lagi berada dalam negeri, tetapi di luar Manek Urai.

Difahamkan juga, penyokong Umno di luar Kelantan pula seramai 500 orang.

Mengenai kemungkintan berlakunya penipuan melalui pengundi hantu, Fatah berkata perkara itu "bukanlah isu sangat" di Manek Urai kerana penduduk kampung di sini saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

'Kejutan PAS'

"Penduduk kampung berbeza dengan penduduk bandar. Kadang-kadang (kediaman sejauh) sebatu, dua batu mereka sudah kenal. Kalau di bandar, kadang-kadang jiran pun tidak kenal.

"Sebab itu, kalau ada pengundi tak betul, (mereka) akan dikenalpasti oleh ejen pengundian kita," katanya yang juga anggota biro politik PAS negeri.

Sementara itu, disoal tentang "kejutan" PAS yang dijanjikan sebelum ini apabila memasuki tahap akhir kempen, Fatah masih mahu berteka-teki mengenainya.

"Itu rahsia," katanya, sambil memberitahu esok merupakan masa yang paling sesuai bagi mengumumkannya.

Beliau bagaimanapun menyifatkan kejutan itu tidak seperti "pengumuman besar" Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang dijadualkan diumum jam 3 petang ini di Manek Urai Lama.

"Kita ada cara lain. Bukan bermakna hendak seimbangkan dengan (pengumuman) BN. Kalau tidak ada timbalan perdana menteri pun (buat pengumuman pun), kita akan buat juga sesuatu."

Diminta mengulas ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setakat ini, Fatah berkata:

"Saya tidak boleh hendak jangka (kehadirannya). Perdana menteri tidak hadir, kemungkinan dia sudah tahu melalui risikannya, isu Altantuya yang berlaku sebelum ini, memang kita simpan.

"Kalau dia mari, kita akan gunakan isu ini. Setakat ini kita akan bekukan dulu isu ini."

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 02:12 PM | Show all posts
errr..sebab tu ke Najib tak turun ke Manek Urai?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.106757 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list