CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4841|Reply: 3

taufan etau "awan petir" landa jepun!!

[Copy link]
Post time 10-8-2009 08:54 AM | Show all posts |Read mode
4 maut akibat taufan, banjir di timur Jepun   
TOKYO: Taufan kuat yang membawa hujan lebat melanda Pulau Honshu, di timur Jepun hari ini, menyebabkan empat maut manakala 11 lagi dilaporkan masih hilang.

Mereka yang terkorban adalah dua lelaki dan seorang wanita dari timur Hyogo, lapor seorang polis tempatan.

Seorang lagi yang maut ialah di daerah Okayama membabitkan wanita berusia 68 tahun yang terperangkap dalam tanah runtuh.


Ribut Etau yang bergerak ke Honshu dikesan pada kelajuan 15 kilometer sejam, lapor agensi kaji cuaca Jepun.


Taufan Etau yang bermaksud “awan petir” dijangka membawa jumlah hujan mencapai 25 sentimeter awal pagi esok. - AFP




kelmarin baru aje kena earthquake.... semalam kena topan ler pulak.... bagi ribu riban pun; aku mmg tanak duk jepun... ya lorrrrr mati kat mana2... tapi kalu sengaja ajer... nak duk tempat camtu... tak yah ler... given aku duk kat kawasan tu... mmg aku pindah....  natural disaster camni  mana ler nak prediks mate!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2009 08:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:53 AM | Show all posts
takutnya..
aritu kt china..ni kt jepun plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 08:06 AM | Show all posts
12 maut taufan di Jepun



LORI kecil terbalik selepas Taufan Etau melanda Sayo di barat Jepun, semalam.

10 lagi hilang akibat banjir dan tanah runtuh di pantai barat

TOKYO: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 10 lagi dilaporkan hilang selepas Taufan Etau melanda pantai barat Jepun semalam.

Taufan itu juga menyebabkan berlaku banjir dan tanah runtuh.


Taufan berkenaan mengorbankan 11 orang di wilayah Hyogo, kira-kira 500 kilometer di barat Tokyo, kata pegawai polis, Shigekazu Kamenobu.

"Sekurang-kurang seorang lelaki dibawa arus di sebuah sungai ketika berada dalam keretanya. Mayatnya dijumpai di dalam kereta itu," kata Kamenobu.

Polis berkata, kira-kira 2,200 penduduk dipindahkan dari rumah mereka di Hyogo dan kini tinggal di sekolah awam.

KENDERAAN hanyut akibat banjir mengejut di Sayo.

Kira-kira 500 rumah dinaiki air dan gambar televisyen menunjukkan penduduk membersihkan lumpur di pekarangan rumah.

Seorang wanita juga dijumpai mati di rumahnya yang dimusnahkan oleh tanah runtuh di wilayah Okayama, kata pegawai polis, Wataru Yamamoto.

Polis berkata, sekurang-kurangnya dua orang hilang di Tokushima, di pulau Shikoku. Seorang pegawai polis Tokushima berkata seorang lagi wanita diselamatkan selepas keretanya terkandas dalam banjir. Dia berada dalam keadaan kritikal, kata pegawai berkenaan.

Stesen penyiaran NHK berkata sekurang-kurangnya 10 orang juga hilang dalam taufan berkenaan, namun polis tidak dapat mengesahkan laporan itu.
Agensi Kaji Cuaca Jepun memberi amaran mengenai hujan lebat dan tanah runtuh di timur Jepun memandangkan Taufan Etau kini menuju ke utara.

Sementara itu, di China, hampir sejuta orang terpaksa melarikan diri ke tempat lebih selamat di pantai timur negara itu apabila Taufan Morakot melanda dan memusnahkan rumah dan menenggelamkan kawasan perkampungan semalam.

Taufan berkenaan yang sebelum ini melanda Taiwan dan mengakibatkan banjir paling buruk dalam tempoh 50 tahun, menyebabkan beratus-ratus orang hilang dan memusnahkan sebuah hotel enam tingkat. Sebelum itu, ia melanda Filipina dan mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang. � AP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061864 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list