CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3046|Reply: 9

~*~Menjelang Ramadhan 1430 Hijrah/2009~*~

[Copy link]
Post time 19-8-2009 06:42 PM | Show all posts |Read mode



SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA PD SUMER TEMAN2 DI SINI...~


Diterangkan dalam hadith :

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّالنَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَعَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُجُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُالْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُالنَّارَ. (رواه الترمذي

DariMu'az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabdakepadanya:"Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?""Mahu, yaRasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan,  sabdanya:"Puasa ituperisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosasebagaimanaair memadami api

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2009 06:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by nursha at 19-8-2009 18:58





MASYRU'IYAT DAN MATLAMAT PUASARAMADHAN.

1. "Wahai orang-orang yang berimandiwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang

sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 ).

2. "Bulan Ramadhan, bulan yangdidalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasanmengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ),

karenaitu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklahia puasa... "

( Al-Baqarah: 185).

3. " Telah bersabda Rasulullah saw. Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada Ilah selainAllah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan Solat, mengeluarkan Zakat, puasa di bulan Ramadhan menunaikan haji ke Ka'bah. ( HR.BukhariMuslim ).

4. "Diriwayatkan dari Thalhah bin 'Ubaidillah ra. : bahwa sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi saw. :

ia berkata : Wahai Rasulullah beritakan kepadaku puasa yang diwajibkan oleh Allah atas diriku.

Beliau bersabda : puasa Ramadhan.

Lalu orang itu bertanya lagi :Adakah puasa lain yang diwajibkan atas diriku ?.

Beliau bersabda : tidak ada,kecuali bila engkau puasa Sunnah. ".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2009 06:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2009 07:06 PM | Show all posts
PERKARA MEMBATALKAN PUASA..


1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak);
>>berdalilkan pemahamandari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dancarilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlahserta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang)dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudiansempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah;187)

2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulanRamadhan
>>walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkanpemahamana dari ayat di atas.

3. Muntah dengan sengaja
>>walaupunsedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkanhadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batalpuasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengajamuntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR ImamAbu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak(penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasadengan ijmak ulamak.

4. Kedatangan haid dan nifas (ijmakulamak);
>>wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallahpuasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanyapada hari-hari lain di luar Ramadhan.

5. Mengeluarkan air mani
>>dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluardengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), berciumatau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar manikerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –keranaia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namunbegitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluaradalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

6. Memasukkansesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka
>>yang menyampai ke ronggaperut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara inimembatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamakdengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

7. Memasukkanubat melalui lubang dubur;
>>membatalkan puasa mengikut jumhur ulamakkecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

8.Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing
>>membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubatmelalui hidung.[1]

9.Pengsan sepanjang hari
>>akan membatalkan puasa dengan disepakatisekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasadengan ijmak juga.

10. Gila;
>>jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

11. Berbekam (mengeluarkan darah);
>>batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

12.Berniat keluar dari puasa;
>>batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut AbuHanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhabSyafi’ie; tidak batal puasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2009 07:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2009 07:19 PM | Show all posts
RUKUN PUASA
Rukun puasa ada tiga (3) :
1.         Orang yang berpuasa.
2.         Niat.
3.         Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
         
Keterangan-keterangan mengenai niat berpuasa :
1.    Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardu seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya.
2.         Wajib dilakukan pada waktu malam bagi puasa wajib. Ada punpuasa sunat boleh diniatkan pada siang hari dengan dua syarat. Pertama,masanya sebelum tergelincir matahari. Kedua, belum melakukansesuatuyang membatalkan puasa.
3.         Menurut Imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam.Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasasekalian Ramadhan dengansekali niat pada awal Ramadhan(malam pertama). Dan berhubung denganpendapatImam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskanbertaklid dengannya.



kredit untuk  http://www.jais.gov.my/ramadhan/rukunpuasa.php
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2009 08:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2009 01:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2009 11:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by hananie at 21-8-2009 11:26

Khas buat semua warga bod pahang

~~SELAMAT BERPUASA ~~
moga ibadah ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya....insyaAllah....


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 03:15 PM | Show all posts
My doa to all, may you and your families  will have a blessed & peaceful Ramadhan.
May Allah swt. bless your Ramadhan and bestow upon us the month's forgiveness, mercy and salvation.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.067579 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list