CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saatchambizz

Adakah syiah mazhab sesat?ya atau tidak.

[Copy link]
Post time 24-3-2010 06:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 24-3-2010 18:16
kalau tak boleh jawab, maka bertanyalah kpd ahluzzikr yakni ahlulQuran.
sirrikhafi Post at 23-3-2010 17:34


Saya dah agak. Anda mahu semua orang tanya anda yang mengaku Ahlazzkri dan Ahlul Quran? Pendapat anda sajalah yang betul dari Al-Quran?

maafkanlah saya jika anda tidak suka saya "mendoakan" anda sebagai raja takwil aliran sunni......


Sambil mendoakan sambil itu meletakkan emoticon ketawa? Lucu. Kemudiannya anda mengulang lagi serang peribadi macam tu. Tak nampak macam betul-betul anda berdoa atau mohon maaf. Terpulanglah, itu hak anda untuk serang peribadi saya, malahan fitnah saya sekalipun.

Kefahaman anda tidak bisa menjadi dalil kekufuran bagi org yg mencerca sahabat.
bahkan tidak timbul pun isu"pernah@ menghalalkan".
kerana fahaman anda tentang "pernah" itu seolah-olah secara tak langsung cuba menghalalkan perbuatan sahabat mencela sahabat!!!!!!!


Tak sangka sirrikhafi tak dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan. Adakah bermakna jika ada para sahabat yang pernah melakukan celaan terhadap sahabat lain bermakna sahabat itu menghalalkan membuat kutukan?

Tak sangka sirrikhafi tidak dapat memahami 'pernah buat salah' dengan 'menghalalkan buat salah'

Apakah hukumnya orang Islam yang pernah tinggalkan solat? Hukumnya berdosa, bukan kafir
Apkakah hukumnya orang Islam yang menghalalkan meninggalkan solat? Hukumnya boleh jatuh kufur (engkar perintah solat). Tak perlu pun mengkafirkan orang itu, perbuatannya sendiri boleh menyebabkan dirinya kufur.

Maaf, saya tak gemar takwil.
saya lebih cenderung ke arah zahiri.


Dulul awak Sunni, lepas tu mengaku pengikut Imam 12, lepas tu cenderung Zaidiyah, kini cenderung mazhab Zahiri pulak?

Nampaknya pegangan anda ini bertukar-tukar, teruskanlah mencari kebenaran.

Oh, org yg berpegang dgn AlQuran itu khawarijlah?

AstaghfiruLLAHAL 'Aziiiem!!!

ajaran yg mana yg kamu bawak nih?
ajaran sunni ke?

benarlah sunni suka mentakfirkan muslim yg lain.
semoga aku di jauhkan dari golongan ini.


INILAH MASALAH PEGANGAN ZAHIRI ANDA. Bila salah faham, terus buat kesimpulan yang bukan-bukan.

Saya tak kata pun semua orang yang berpegang dengan Al-Quran tu Khawarij. Saya kata, Khawarij mengaku berpegang kepada Al-Quran sampai menolak kesepakatan Ali dan Muawwiyah.

Awak pun mengaku ahlul Quran, kan? Tapi bukannya saya maksudkan awak tu Khawarij, cuma ada persamaan dari segi pengakuan.

Oh! perbuatan tercela pulak ..............?????
sebelum nih kufur,
la nih jadi tercela pulak dah......?????


Saya boleh terima kedua-dua pendapat, tercela atau jatuh kufur. Kalau jatuh kufur sudah tentu tercela. Kalau tidak jatuh kufur masih tercela orang yang mencela para sahabat. Anda yang bermazhab Zahiri tak boleh terima perbezaan pendapat?

|WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2010 08:21 PM | Show all posts
88# sirrikhafi
Tak payah la nak kona baring pasal perawi , tasarruf waham dsbnya.
itu semua alasan org nak memutar balikkan fakta kemarahan fathimah SA walaupun jelas ianya memang fakta yg saheh.
Merinci dan mengubah @bercanggah adalah 2 perkara yg berbeza.
hadis kami tidak di warisi bukannya merinci keumuman warisan, sebaliknya mengubah 100% keumuman hukum warisan dlm AlQuran.
tak payah lah nak kona baring bagai.
Bahasa hadis tak boleh di jadikan hujjah sebab kebanyakkan hadis adalah mutawatir makna.
bukan mutawatir lafzi.
dan lafaz itu ialah amara.
bukan ammara.
inilah yg saheh.

Nampaknya awak bawak semua hadis-hadis tuduhun Syiah terhadap Sunni tu bukannya untuk berhujah, tapi hanya sekadar nak tunjukkan ego awak saja, nak tunjukkan pendirian awak sekarang ialah; apa yang Syiah kata, semua betul, apa yang Sunni kata, semua salah. Apa saja tafsiran Syiah untuk kitab Sunni, semua betul, apa saja tafsiran Sunni untuk kitab mereka, semua salah.

Bila awak dah sampai ke peringkat ini, tak perlulah lagi saya melayan hadis-hadis tuduhan Syiah terhadap Sunni yang awak bawa bersama-sama syarah awak sendiri untuknya, dan awak sememangnya sudah menjimatkan banyak masa saya yang mungkin dibazirkan untuk menjawab tuduhan awak dengan menunjukkan sikap awak yang saya telah sebutkan di atas. Terima kasih.

oh, kalau tolak kekhilafahan syaikhain & zun-nurain itu boleh jadi kafir (pdhal takde dalil &nas pun),
adakah kafir pula bagi org yg menolak kekhilafahan imam ali as seperti ahli jamal, ahli siffin dll yg telah memberontak terhadap imam ali as tu?
ha jawablah soalan aku pulak.

Ayat Quran yang aku mintak tak bagi lagi, tapi sibuk nak orang jawab dia saja.

jadi aku nak tanya ko pulak,
ko sunni ke khawarij?

Dengan gentlemannya, aku mengaku aku Sunni.

ajaran islam mana pulak yg menggalakkan kafir mengkafir antara satu sama lain?
ajaran islam wahabi cawangan nasibi ke?

Jadi awak nak kata Sunni ni, nasibilah?

So "kamu & mereka" tuh syaikhain, zun-nurain & muawiyah shj ke?
dan dlm ayat tu, ada ke sebut nama syaikhain, zun nurain, mu'awiyah ke?
kalau para sahabat, terlalu umum pula.
sebab kalau dlm hadis, org munafik pun nabi anggap sahabat juga.
Quran puji sahabat?
telah saya katakan, sahabat itu terlalu umum.
org munafik pun nabi anggap sahabat juga.
so ayat Quran mana pulak yg memuji sahabat secara umum termasuk org munafik sekali?
mana? ayat as-sabiqun al awwalun dan ayat org-org yg bersama nya itu adalah ayat khusus.
bukan ayat umum.
dan ayat ini tidak khusus kpd syaikhain &zun nurain mahupun mu'awiyah shj dsbnya.

Jadi apa masalahnya? Kan Abu Bakar dan Umar pun sahabat? Larangan mencaci sahabat tu secara umum la tu, bukan khusus untuk Abu Bakar & Umar saja.

Hadis haudh yang memeningkan awak tu, sudah didebatkan dengan billy dulu. Sila check balik.

AlQuran tidak menetapkan kekufuran &keimanan bagi org yg mencela sahabat.
lalu bagaimana kita boleh pandai-pandai nak menghukum kafir bagi org yg mencela sahabat pula?
namun nabi dah beritau, kekafiran akan kembali kpd org yg mengkafirkan.
so, bila kaum sunni menghukum syiah adalah kafir.  
maka tuduhan kekafiran itu akan kembali semula kpd kaum sunni.

Jadi sekarang awak nak buat pengisytiharan bahawasanya Sunni yang mengkafirkan Syiah itu kafir?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 08:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by Triple_8 at 24-3-2010 20:38

90# sirrikhafi
ko jawab soalan aku dulu.
tang mana dia dalil kekafiran tu?
mana?
tak payah lah nak kona baring bagai.
so, mana dalil kekafiran tu?
mana?
So, mana dia dalil kekafiran tuh?
mana?
pandai-pandai buat hukum kafir pulak!
mana?

ko tunjuk kat aku kat mana lafaz kekafiran tuh.
so,ada ke ayat mcm tu?
ada?
takde.

so mana dalil kekafiran tuh?
mana?
kantoi lagi.

Aku mula berasa sangsi dengan pengakuan 'Ahlul Quran' awak. Betulkah awak ni pakai Quran? Awak tak baca ke ayat yang aku bagi dulu? Kalau awak dah baca, pasal apa awak tak nampak? Awak buta atau buat-buat buta? Dengan bersangka baik awak ni buta, aku akan tunjukkan...

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآَزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا


Kalau tuhan sendiri dah kata kafir, kata-kata siapa lagi yang boleh memuaskan hati awak? Billy/oltromen pencen?

Sunni benci sahabat ke? Tidak.
Syiah benci sahabat ke? Ya bahkan ia menjadi syiar mereka.

Ke ayat tu pun awak taknak pakai jugak pasal tak sebut dengan lafaz "لقد كفر"?

Kalau dengan lafaz tu sebijik baru awak terima, awak akan menjimatkan lebih banyak lagi masa saya.

mam ali pun tidak mengkafirkan khawarij.
bahkan hanya mengatakan khawarij itu org yg berbuat zalim. so ajaran siapa yg ko ikut?
ajaran para sahabat ke?
takkan sahabat mengkafirkan sesama muslim pulakkan?
atau ajaran khawarij yg suka mengkafirkan org islam ke?

Nampak awak minat sangat dengan isu kafir-mengkafir ni, aku nak tanya awak, Abu Bakar & Umar ni, awak anggap Islam ke kafir? Tak perlu segan-segan macam billy, biarkan dia sorang saja sudah la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 01:52 PM | Show all posts

Bila awak dah sampai ke peringkat ini, tak perlulah lagi saya melayan hadis-hadis tuduhan Syiah terhadap Sunni yang awak bawa bersama-sama syarah awak sendiri untuknya, dan awak sememangnya sudah menjimatkan banyak masa saya yang mungkin dibazirkan untuk menjawab tuduhan awak dengan menunjukkan sikap awak yang saya telah sebutkan di atas. Terima kasih.


Hadis tuduhan syiah ke atas sunni?
ini shj jawapan anda?
so, apa yg awak belajar selama ni tentang hadis?
hanya belajar pasal "saheh, da'ief, maudhu'" ke?
inikah yg awak belajar selama ni?
bukan ke belajar hadis tu maksudnya "ittiba'us-sunnah?
kasehan, awak buang masa awak bertahun-tahun hanya utk mempelajari pasal "saheh, da'ief, maudhu'" dsbnya.
terima kaseh.


Dengan gentlemannya, aku mengaku aku Sunni.


Kalau sunni, kenapa akhlak mcm khawarij?
apa yg awak belajar pasal hadis nabi selama ni?
adakah awak hanya belajar cara-cara nak kafirkan sesama umat islam?
itu yg awak belajar dlm sunni ke?
sungguh malang mazhab sunni apabila mempunyai penganut  yg berakhlaqkan khawarij seperti anda.


Jadi apa masalahnya? Kan Abu Bakar dan Umar pun sahabat? Larangan mencaci sahabat tu secara umum la tu, bukan khusus untuk Abu Bakar &  Umar saja.


Kan saya dah kata, istilah "sahabat" terlalu umum.
"sahabat" yg manakah anda maksudkan?
sahabat yg adil ke sahabat yg zalim?
sahabat yg mukmin ke sahabat yg munafiq?



Hadis haudh yang memeningkan awak tu, sudah didebatkan dengan billy dulu. Sila check balik.


Itukan perdebatan awak dgn billy.
kalau awak berdebat dgn saya, mungkin lain pula ceritanya.


Jadi sekarang awak nak buat pengisytiharan bahawasanya Sunni yang mengkafirkan Syiah itu kafir?


Menurut hadis nabi, kekafiran akan kembali kpd yg org yg mengkafirkan.
mengapa awak tinggalkan sunnah nabi?
janganlah awak hanya mengaku sunni di kerongkongan shj.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 02:25 PM | Show all posts

Kalau tuhan sendiri dah kata kafir, kata-kata siapa lagi yang boleh memuaskan hati awak? Billy/oltromen pencen?


Tang mana yg ALLAH kata kafir tuh? ini ke: لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ?
kuffar tu merujuk kpd kafir musyrikin makkah.
ALLAH tak merujuk kpd org yg menolak khilafah syaikhain, zun-nurain mahupun mu'awiyah.
adakah ko nak mengada-adakan dusta ke atas ALLAH hanya semata-mata nak mengkafirkan syiah?
AstaghfiruLLAH!!!!!


Syiah benci sahabat ke? Ya bahkan ia menjadi syiar mereka.


Salah.
Syiah tak benci sahabat yg adil.
syiah hanya benci sahabat yg zalim &munafiq shj.


Ke ayat tu pun awak taknak pakai jugak pasal tak sebut dengan lafaz "لقد كفر"?


Mcmana nak pakai ayat tu kalau tidak QOT'IE TSUBUT.
لقد كفر jelas QOT'IE TSUBUT.



Kalau dengan lafaz tu sebijik baru awak terima, awak akan menjimatkan lebih banyak lagi masa saya.


Memang saya sedang menjimatkan masa awak supaya awak tidak lagi berhujjah dgn jawapan tipikal awak bila nak kona baring.


Nampak awak minat sangat dengan isu kafir-mengkafir ni, aku nak tanya awak, Abu Bakar & Umar ni, awak anggap Islam ke kafir? Tak perlu segan-segan macam billy, biarkan dia sorang saja sudah la.


sibuk dgn dia punya soalan.
soalan aku tak jawab-jawab lagi sampai skrg.
nak kona baring ye????

jawapannya: Islam.

so, bila awak nak jawab pasal kekufuran org yg menolak ijma' &kekufuran org yg menolak khilafah especialy syaikhain?
jawapan-jawapan awak kat atas tu semuanya nak kona baring dari isu yg awak timbulkan sebelum ni, dan skrg pun awak maseh nak kona baring.
awak pandai-pandai kopipes, maka pandai-pandailah settle kan.





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 02:52 PM | Show all posts

Saya dah agak. Anda mahu semua orang tanya anda yang mengaku Ahlazzkri dan Ahlul Quran? Pendapat anda sajalah yang betul dari Al-Quran?


saya kata: tanyalah kpd Ahluzzikr.
kenapa awak suka ta'wil yg bukan-bukan?


Terpulanglah, itu hak anda untuk serang peribadi saya,
malahan fitnah saya sekalipun.


Mcm tak ikhlas nak maafkan saya je?
saya taruk emoticon tu bertujuan nak bergurau tapi awak selalu salah sangka yg bukan-bukan.
mnm... mnm...


Apkakah hukumnya orang Islam yang menghalalkan meninggalkan solat?


Bukankah syara' menghalalkan wanita yg haid utk meninggalkan solat?


Tak perlu pun mengkafirkan orang itu, perbuatannya sendiri boleh menyebabkan dirinya kufur.


Takutlah kpd ALLAh wahai mnm....
jangan engkau qiaskan hukum agama dgn pemikiran feqah mu kerana yg mula mula melakukan qias adalah iblis.

telah berkata Syuraih:
Celaka, sesungguhnya sunnah melarang qias.
ikut saja.
jangan engkau membuat bid'ah!


Nampaknya pegangan anda ini bertukar-tukar, teruskanlah mencari kebenaran.


Nampaknya org-org sunni telah melupakan peranan zahiri di dlm membela sunnah.
seperti kacang lupakan kulit.


INILAH MASALAH PEGANGAN ZAHIRI ANDA.


Anda seolah-olah seperti anti dgn zahiri.
adakah ini yg di ajarkan sunnah nabi?
insaflah dari sifat keta'suban mazhab wahai mnm.


Saya boleh terima kedua-dua pendapat, tercela atau jatuh kufur.


Apakah dalilnya?


Anda yang bermazhab Zahiri tak boleh terima perbezaan pendapat?


Saya tak boleh terima kalau tiada bukti dari nas yg zahir.
yg zahir mesti di utamakan dulu dari yg batin @makna.


WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2010 03:57 PM | Show all posts

Kalau tuhan sendiri dah kata kafir, kata-kata siapa lagi yang boleh memuaskan hati awak? Billy/oltromen pencen?


Dahsyat,
skrg awak menuduh ALLAH mengkafirkan org-org yg menolak khilafah syaikhain dll.
juga awak menuduh ALLAH mengkafirkan org-org yg mencela sahabat.
juga menuduh ALLAH mengkafirkan org-org syiah.
walhal, imam ali as pun tidak pernah mengkufurkan golongan khawarij.
walaupun golongan khawarij terang-terang mengkafirkan sahabat.

ini menunjukkan bahawa,
imam ali as lebih faham maksud ayat لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ berbandeng kamu wahai triple_8.
inikah yg dikatakan ittiba'us-sunnah????????

dahulu,
kalau tak silap saya,
awak ada menuduh org-org yg bertahlil itu seperti org-org musyrik yg bertaklid buta dgn ajaran nenek moyang musyrik.
tapi saya dah lupa thread tuh kat mana.

sungguh malang bila mazhab sunni di anut oleh org-org seperti anda yg berakhlaq seperti akhlaq khawarij.

dan sungguh malang bila islam di penuhi penganut-penganut yg saling mengkafirkan antara sesama muslim.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 11:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 25-3-2010 23:40
saya kata: tanyalah kpd Ahluzzikr.
kenapa awak suka ta'wil yg bukan-bukan?


sirrikhafi Post at 25-3-2010 14:52


Kat forum CARI ni setahu saya hanya SIRRIKHAFI seorang yang MENGAKU AHLUL QURAN @ AHLAZZIKRI. Kalau bawa terjemahan Al-Quran yang lain tetapi tidak dipersetujui sirrikhafi tentunya sirrikhafi kata salah.

SIAPA LAGI AHLUL QURAN YANG PATUT SAYA TANYA? SAUDARA TAK CAKAP PUN. KALAU ADA RAMAI. SILALAH BERI SENARAI

SILALAH JAWAB!!!!

Mcm tak ikhlas nak maafkan saya je?
saya taruk emoticon tu bertujuan nak bergurau tapi awak selalu salah sangka yg bukan-bukan.
mnm... mnm...


Kata berdoa, tapi kini bergurau pula. Saudara mengamalkan berdoa gurau ka?

Takutlah kpd ALLAh wahai mnm....
jangan engkau qiaskan hukum agama dgn pemikiran feqah mu kerana yg mula mula melakukan qias adalah iblis.

Bukankah syara' menghalalkan wanita yg haid utk meninggalkan solat?


Adakah syara' membenarkan wanita haid untuk meninggalkan solat selama-lamanya?

Apakah hukumnya kalau ada wanita yang berterusan 'keluar darah', boleh dia berterusan tinggalkan solat berbulan-bulan?

Anda seolah-olah seperti anti dgn zahiri.
adakah ini yg di ajarkan sunnah nabi?
insaflah dari sifat keta'suban mazhab wahai mnm.


Saya bukan anti dengan zahiri, saya lihat saudara suka menyamakan sunni dengan khawarij dengan pemahahan zahiri anda, tetapi seolah-olah membela Syiah dalam isu caci/laknat para sahabat. Adakah itu Sunnah Nabi?

Syiah menyesatkan (kebanyakan) para sahabat. Kalau ikut hadith pegangan anda, tentulah jadi kafir orang yang menyesatkan orang Islam. Namun bila Sunni beramal dengan hadith tu, anda kata Sunni suka mengkafirkan pula. Anda sendiri beramal dengan hadith tu untuk menyamakan Sunni dengan Khawarij. Macamana ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 11:46 PM | Show all posts
Syiah tak benci sahabat yg adil.
syiah hanya benci sahabat yg zalim &munafiq shj.
sirrikhafi Post at 25-3-2010 14:25


Saudara menjawab bagi pihak Syiah?

Syiah tolak kekhalifahan selain dari Ali. Adakah Abu Bakr, Umar dan Uthman itu Zalim dan Munafiq (Na'uzubillah) ?

jawapannya: Islam.

Sebaliknya anda telah mengaku mereka (Abu Bakr dan Umar) adalah Islam. Kalau mereka Islam dan beriman, tentulah mereka dalam kategori Para Sahabat yang DIMULIAKAN dalam Al-Quran.

Al-Quran sebut Abu Bakr itu sahabat (Nabi) dalam gua. WAJIB kita muliakan Para Sahabat yang dimuliakan dalam Al-Quran.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 05:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 26-3-2010 17:55

Kalau bawa terjemahan Al-Quran yang lain tetapi tidak dipersetujui sirrikhafi tentunya sirrikhafi kata salah.


Saya hanya membetulkan kesalahan semata-mata.
salah ke?



Apakah hukumnya kalau ada wanita yang berterusan 'keluar darah',
boleh dia berterusan tinggalkan solat berbulan-bulan?


Bukankah sunnah pernah menyatakan bahawa meninggalkan solat itu kufur?
lalu skrg, bagai mana anda mahu menegakkan QIAS anda?

Takutlah kpd ALLAH wahai mnm....
jangan engkau qiaskan hukum agama dgn pemikiran feqah mu kerana yg mula mula melakukan qias adalah iblis.


saya lihat saudara suka menyamakan sunni dengan khawarij dengan pemahahan zahiri anda,


Khawarij mengkafirkan org islam yakni sahabat.
sunni pula mengkafirkan org islam yakni kaum syiah.



tetapi seolah-olah membela Syiah dalam isu caci/laknat para sahabat.


Saya tidak membela perbuatan mencela org islam apalagi perbuatan mencela sahabat yg adil.
dan saya juga tidak rela& tidak membela org-org islam yg sewenang-wenang mengkufurkan org-org islam lain seperti kaum sunni yg mengkufurkan kaum syiah dsbnya.



Syiah menyesatkan (kebanyakan) para sahabat


Bila masa semua syiah menyesatkan kebanyakkan para sahabat?
apakah buktinya?
bahkan di kalangan syiah sendiri tidak ada kesepakatan pun dlm hal ini sepertimana pendirian zaidiyah yg berbeda dgn pendirian istna 'asyariyah.
lalu, mengapa anda menuduh kesemua org syiah menyesatkan kebanyakkan para sahabat?

Dan janganlah kebencian ke atas satu kaum mendorong kamu utk tidak berlaku adil.
Al-Ma i dah: 8.



Anda sendiri beramal dengan hadith tu
untuk menyamakan Sunni dengan Khawarij.


Saya hanya samakan mereka kerana perbuatan mereka itu serupa.
tapi saya tidak bertindak seperti mereka yg saling mengkafirkan.



Saudara menjawab bagi pihak Syiah?


Salah ke jika saya membetulkan salah faham sunni ke atas saudara syiah?



Syiah tolak kekhalifahan selain dari Ali.


Adakah kesemua syiah bersepakat dlm hal ini?



Adakah Abu Bakr, Umar dan Uthman itu Zalim dan Munafiq (Na'uzubillah) ?


Abu bakr, umar &usman adalah muslim &mukmin.
zalim itu adalah meletakkan sesuatu tidak pd tempatnya.
dan mereka bertiga tidaklah maksum.
dlm hal ini,
ada masanya mereka bisa berlaku adil.
dan ada masanya mereka bisa berlaku zalim.

inilah reality& hakikat makhluk yg bernama manusia.
tiada siapa yg perfect mahupun sempurna.

Sesungguhnya (insan) itu zalim &jahil.
Al-Ahzab: 72.


tentulah mereka dalam kategori Para Sahabat yang DIMULIAKAN dalam Al-Quran.


Tetapi mereka tidaklah maksum.



Al-Quran sebut Abu Bakr itu sahabat (Nabi) dalam gua.


Namun sunnah ada menyatakan bahawa akhirnya ada sebahagian sahabat yg di tolak @di jauhkan di telaga kerana telah berbalik belakang dsbnya.



WAJIB kita muliakan Para Sahabat yang dimuliakan dalam Al-Quran.


Bolehkah anda sebutkan dalil-dalilnya?




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 09:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by Triple_8 at 26-3-2010 21:56

107# sirrikhafi
kasehan, awak buang masa awak bertahun-tahun hanya utk mempelajari pasal "saheh, da'ief, maudhu'" dsbnya.
terima kaseh.   

… dan lebih kasihan lagi orang-orang yang dah hidup setengah abad tapi tak reti-reti lagi sahih, dha’if dan maudhu’. Asal ada dalam Bukhari/Muslim terus dikatanya sahih.

Kalau sunni, kenapa akhlak mcm khawarij?
apa yg awak belajar pasal hadis nabi selama ni?
adakah awak hanya belajar cara-cara nak kafirkan sesama umat islam?
itu yg awak belajar dlm sunni ke?
sungguh malang mazhab sunni apabila mempunyai penganut  yg berakhlaqkan khawarij seperti anda.

Cuba awak sebutkan dengan jelas, akhlak saya yang mana satu yang awak kata macam khawarij tuh. Saya kafirkan orang Islam? Yang caci sahabat Nabi tuh? Tidak, saya kafirkan orang kafir, orang yang telah dikafirkan oleh ulama-ulama saya. Kalau awak nak kata saya berakhlak macam khawarij dan mengkafirkan orang Islam, katalah begitu terlebih dahulu kepada ulama-ulama saya. Tak berani bukan? Awak hanya berani dengan saya saja. Tapi nampaknya awak belum sedar lagi apa yang awak kata terhadap saya tu secara tak langsung kena jugak atas ulama-ulama saya. Cuba fikirkan baik-baik.

Kan saya dah kata, istilah "sahabat" terlalu umum.
"sahabat" yg manakah anda maksudkan?
sahabat yg adil ke sahabat yg zalim?
sahabat yg mukmin ke sahabat yg munafiq?

Adakah awak menganggap sahabat Nabi tu ada yang zalim dan munafik? Bila Sunni sebut ‘sahabat nabi’, maksud mereka hanya satu saja. Bukan macam Syiah, habis sekelian orang munafik, orang kafir dan orang murtad pun dicampur-adukkan dalam istilah ‘sahabat Nabi.’

Itukan perdebatan awak dgn billy.
kalau awak berdebat dgn saya, mungkin lain pula ceritanya.

Awak dah tengok macam mana billy kalah bukan? Awak nak betulkan kesilapan billy ke? Billy tidak tersilap, dia seorang yang terlalu berhati-hati, cuma dia degil tidak mahu terima jawapan Sunni saja. Macam awak degil tidak mahu terima saya kata penambahan Zuhri dalam hadis Fadak & Fatimah tuh tak sahih dengan alasan ‘ia ada dalam kitab yang dilabelkan sahih.’ Tidak apa yang perlu diperbetulkan lagi melainkan awak pun sekadar nak tunjukkan keras kepala awak tak boleh terima jawapan Sunni saja.

Salah.
Syiah tak benci sahabat yg adil.
syiah hanya benci sahabat yg zalim &munafiq shj.

Syiah cukup jelas sekali bencikan Abu Bakar & Umar bahkan kata munafik. Memandangkan awak dah kata mereka berdua Islam, saya nak tanya awak, apa hukumnya orang yang mengkafirkan mereka berdua? Jangan lupa kaedah awak nih, sekarang saya nak tengok, awak nak guna ke tidak, ke awak pun sekadar mengakui kaedah ni di kerongkongan shj.

Menurut hadis nabi, kekafiran akan kembali kpd yg org yg mengkafirkan.
mengapa awak tinggalkan sunnah nabi?
janganlah awak hanya mengaku sunni di kerongkongan shj.

kuffar tu merujuk kpd kafir musyrikin makkah.

Ulama tafsir mana kata macam tu? Ulama tafsir mana kata orang yang jadi kafir kerana bencikan sahabat ni, khusus untuk kafir Mekah saja, kalau tidak kafir mekah, benci sahabat pun tak jadi kafir? Kalau nak kata orang yang bencikan sahabat ni hanya kafir Mekah saja, itu bercanggah dengan realiti dan tak masuk akal. Billy benci Abu Bakar & Umar dan saya rasa awak pun tak anggap dia tu kafir Mekah. Ke ni tafsiran birra’yi awak sendiri?

Sebelum ni dalam ayat-ayat pujian terhadap sahabat, awak reti umum khusus, tapi bila kena lafaz ‘kuffar’ untuk untuk orang yang membenci sahabat tu, dengan ajaibnya awak sudah tak reti lagi pasal umum khusus? Kuffar tu merujuk kepada kepada kafir Mekah saja pulak ya?

ALLAH tak merujuk kpd org yg menolak khilafah syaikhain, zun-nurain mahupun mu'awiyah.
adakah ko nak mengada-adakan dusta ke atas ALLAH hanya semata-mata nak mengkafirkan syiah?
AstaghfiruLLAH!!!!!

Awak kena fikirkan juga pasal sifat yang diberikan oleh tuhan kepada sahabat bila dia berfirman (وألزمهم كلمة التقوى وكانوا أحق بها وأهلها ). Awak kena fikirkan juga pasal orang yang mendustakan ayat nih bila dia kata mereka-mereka yang dipuji di sini telah melantik orang yang zalim sebagai pemimpin secara tak sah. Muawiyah? Bila saya sebut nama dia? Beristighfarlah banyak-banyak!

so, bila awak nak jawab pasal kekufuran org yg menolak ijma' &kekufuran org yg menolak khilafah especialy syaikhain?
jawapan-jawapan awak kat atas tu semuanya nak kona baring dari isu yg awak timbulkan sebelum ni, dan skrg pun awak maseh nak kona baring.
awak pandai-pandai kopipes, maka pandai-pandailah settle kan.

Saya dah berikan jawapan daripada ulama-ulama saya. Awak tak puas hati dan kata saya nak kona baring itu dah jadi soal emosi. Tak layan pun tak apa.

saya kata: tanyalah kpd Ahluzzikr.
kenapa awak suka ta'wil yg bukan-bukan?   

Saya tidak takwilkan yang bukan-bukan. Ulama-ulama agung Sunni sebenarnya yang awak sedang kata buat takwilan yang bukan-bukan. Samada kita nak kata ulama-ulama agung itu buat takwilan yang bukan-bukan, atau sirri tak khafi sebenarnya yang suka pitenah orang sesuka hati.

Mari kita tengok apa yang disifatkan oleh awak sebagai ‘takwilan yang bukan-bukan’ tersebut daripada Imam berempat Sunni; Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad… mereka-mereka ini telah mengkafirkan orang yang membenci sahabat Nabi.

Imam Abu Hanifah:
Mengikut mazhab Abi Hanifah, orang yang menolak (tidak menerima) khilafah As-Siddiq r.a adalah kafir. Demikian juga orang yang menolak khilafah Umar r.a. Di antara mereka (ulamak) ada yang tidak menyebutkan langsung khilaf tentang perkara ini malah mereka mengatakan pendapat yang betul ialah orang seperti itu menjadi kafir. Masalah ini tersebut di dalam kitab-mereka (para ulamak Hanafi) seperti Al-Ghayah karangan As-Saruji, di dalam Fatawa Zahiriyyah dan Fatawa Badi`iyyah. Masalah ini juga tersebut di dalam Kitab Al-Asl karangan Muhammad Bin Hasan (murid utama Imam Abu Hanifah). Yang jelasnya ialah mereka telah mengambil hukum ini daripada Imam mereka Abu Hanifah r.a. Beliau r.a (Imam Abu Hanifah) paling tahu tentang golongan Rawafidh kerana Beliau sendiri orang Kufah. Kufah adalah pusat golongan Rawafidh (Syi`ah pelampau). Golongan ini ada beberapa pecahannya. Ada di antara mereka yang wajib dikafirkan dan ada juga yang tidak wajib. Kalau Abu Hanifah menghukum kafir orang yang menolak kepimpinan As-Siddiq r.a, maka mengkafirkan orang yang melaknatnya adalah lebih patut lagi. Alasan yang dipegang untuk hukum ini ialah orang yang menolak kepimpinan As-Siddiq r.a bererti menolak ijmak dan orang yang menolak ijmak adalah kafir. Itulah perndapat yang masyhur di kalangan ulamak usul. (Fatawa Subki, 5/53)

Imam Malik:
Daripada ayat ini (ليغيظ بهم الكفار ) Imam Malik telah telah mengkafirkan golongan Rawafidh yang membenci sahabat. Beliau berkata, kerana mereka membenci mereka (sahabat), sesiapa yang membenci sahabat, dia jadi kafir kerana ayat ini (ليغيظ بهم الكفار ). (Tafsir Ibnu Katsir, 7/362)

Imam Syafie:
Beliau berkata, aku percaya golongan Rafidhah itu sesungguhnya telah menyamai orang-orang kafir. Kerana allah berfirman: "ليغيظ بهم الكفار " (Zadul Masir, Ibnu Al-Jauzi, 5/395)

Imam Ahmad:
Anak Imam Ahmad bin Hambal telah bertanya bapanya tentang seorang yang mencaci salah seorang sahabat Nabi s.a.w., beliau menjawab, saya tidak menganggap dia Islam. (As-Sunnah, Al-Khallal, 2/558, Manaqib Imam Ahmad, Ibnu Al-Jauzi, 214)

Kalau Imam berempat Sunni dah mengkafirkan orang yang mencaci sahabat Nabi s.a.w., siapalah sirri tak cukup khafi nak kata para pencaci sahabat Nabi ni Islam? Bukankah dengan kita mengatakan pencaci sahabat ni Islam bermakna secara tak langsung kita mengkafirkan imam berempat tersebut berdasarkan hadis kekafiran akan kembali kpd yg org yg mengkafirkan yang selalu diwar-warkan oleh sirri tak khafi?

Nampaknya org-org sunni telah melupakan peranan zahiri di dlm membela sunnah.
seperti kacang lupakan kulit.   

Dan saya juga harap awak tidak melupakan Imam Ibnu Hazm Az-Zahiri yang telah mengkafirkan golongan Rawafidh. Ke awak ni zahiri spesis lain?

Beliau berkata, sesungguhnya golongan Rawafidh itu bukan Islam. (Al-Fashl, Ibnu Hazm, 2/213)
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 04:06 PM | Show all posts
Asal ada dalam Bukhari/Muslim terus dikatanya sahih.


Mestilah, kerana ia sumber yg paling saheh di kalangan sunni selepas AlQuran.


orang yang telah dikafirkan oleh ulama-ulama saya.


Atas dasar apa?


katalah begitu terlebih dahulu kepada ulama-ulama saya.  


Apakah Fadhilat nya?


Tapi nampaknya awak belum sedar lagi apa yang awak kata terhadap saya tu secara tak langsung kena jugak atas ulama-ulama saya.


Ini menunjukkan yg anda cuma seorg yg bertaqlid.


Bila Sunni sebut ‘sahabat nabi’, maksud mereka hanya satu saja.


Itukan sebutan sunni.
bukan sabda nabi.


Bukan macam Syiah, habis sekelian orang munafik, orang kafir dan orang murtad pun dicampur-adukkan dalam istilah ‘sahabat Nabi.’


Bila masa kesemua syiah menganggap org kafir &murtad termasuk dlm istilah sahabat?


Awak dah tengok macam mana billy kalah bukan?


Awak lah yg kalah sebenarnya.
bahkan billy berjaya menjawab kesemua soalan-soalan awak.

Syiah cukup jelas sekali bencikan Abu Bakar & Umar bahkan kata munafik.


Bila masa kesemua golongan syiah membenci mereka berdua?


apa hukumnya orang yang mengkafirkan mereka berdua?


Kita tidak berbicara tentang hukum kekafiran org yg mengkafirkan org islam kerana hadis saheh jelas mengatakan: Kekafiran akan kembali kpd org yg mengkafirkan muslim lain.

tetapi sebaliknya kita sedang berbicara tentang apakah dalil ketetapan kafir bagi org yg mencela org islam terutamanya mereka berdua.
dan apakah dalil kekafiran bagi org yg menolak khilafah terutamanya khilafah abu bakr dan juga apakah dalil &bukti kekafiran bagi org yg menolak ijma'.
so, di harap anda tidak menyimpang dari persoalan yg anda timbulkan dlm thread ni.

Ulama tafsir mana kata orang yang jadi kafir kerana bencikan sahabat ni, khusus untuk kafir Mekah saja,


Soalan awak tu salah.
soalan yg betul ialah:
Tafsiran mana yg mengatakan membenci sahabat itu kafir?

adakah itu Tafsiran nabi?
adakah itu tafsiran ahlulbait?
adakah itu tafsiran sahabat?
@ sebenarnya itu adalah tafsiran golongan sunni semata-mata?

Kalau kita melihat contoh dari ahlulbait umpamanya imam ali as,
beliau sendiri pun tidaklah mengkafirkan golongan khawarij yg terang-terang benci dgn sahabat.
ini menunjukkan bahawa tafsiran sunni adalah tafsiran yg keliru.
bahkan tidak ada bukti dokongan dari sunnah mahupun atsar.

itu bercanggah dengan realiti dan tak masuk akal.


Itukan pendapat akal sunni.


Billy benci Abu Bakar & Umar dan saya rasa
awak pun tak anggap dia tu kafir Mekah


Apakah buktinya billy benci kpd mereka berdua?


Ke ni tafsiran birra’yi awak sendiri?


Tafsiran sunni itulah yg dikatakan birra'yi.
sedangkan pendapat saya berdasarkan asbabunnuzul.
dan sudah tentu asbabunnuzul itu lebih dekat dgn sunnah nabi berbandeng tafsiran birra'yi golongan sunni.


Sebelum ni dalam ayat-ayat pujian terhadap sahabat, awak reti umum khusus, tapi bila kena lafaz ‘kuffar’ untuk untuk orang yang membenci sahabat tu, dengan ajaibnya awak sudah tak reti lagi pasal umum khusus? Kuffar tu merujuk kepada kepada kafir Mekah saja pulak ya?


Dgn memahami ilmu asbabunnuzul,
maka jelaslah kpd kita bahawa KUFFAR itu merujuk kpd kafir musyrikin makkah secara KHUSUS.
adapun tafsiran sunni itu hanyalah tafsiran birra'yi secara UMUM.
maknanya, ia tidak menjadi dalil QOTI'E TSUBUT lagi, bahkan sebaliknya hanya menjadi dalil ZHONNI semata-mata. sedangkan ZHAN itu pula tidak berguna sedikit pun bagi KEBENARAN.

Awak kena fikirkan juga pasal sifat yang diberikan oleh tuhan kepada sahabat bila dia berfirman
(وألزمهم كلمة التقوى وكانوا أحق بها وأهلها ).  


Inikan sifat-sifat bagi org yg beriman.
dhamir هم itu merujuk kpd al mu'minin.
bukan merujuk kesemua sahabat.
kerana istilah sahabat itu terlalu umum.
sebab, org munafik pun nabi menganggap sebagai sahabat juga.

Muawiyah? Bila saya sebut nama dia? Beristighfarlah banyak-banyak!


AstaghfiruLLAH!

eh mcm 'ayat" Mnm je?
multinik kot?

Imam Abu Hanifah:
Mengikut mazhab Abi Hanifah, orang yang menolak (tidak menerima) khilafah As-Siddiq r.a adalah kafir. Demikian juga orang yang menolak khilafah Umar r.a. Di antara mereka (ulamak) ada yang tidak menyebutkan langsung khilaf tentang perkara ini malah mereka mengatakan pendapat yang betul ialah orang seperti itu menjadi kafir. Masalah ini tersebut di dalam kitab-mereka (para ulamak Hanafi) seperti Al-Ghayah karangan As-Saruji, di dalam Fatawa Zahiriyyah dan Fatawa Badi`iyyah. Masalah ini juga tersebut di dalam Kitab Al-Asl karangan Muhammad Bin Hasan (murid utama Imam Abu Hanifah). Yang jelasnya ialah mereka telah mengambil hukum ini daripada Imam mereka Abu Hanifah r.a. Beliau r.a (Imam Abu Hanifah) paling tahu tentang golongan Rawafidh kerana Beliau sendiri orang Kufah. Kufah adalah pusat golongan Rawafidh (Syi`ah pelampau). Golongan ini ada beberapa pecahannya. Ada di antara mereka yang wajib dikafirkan dan ada juga yang tidak wajib. Kalau Abu Hanifah menghukum kafir orang yang menolak kepimpinan As-Siddiq r.a, maka mengkafirkan orang yang melaknatnya adalah lebih patut lagi. Alasan yang dipegang untuk hukum ini ialah orang yang menolak kepimpinan As-Siddiq r.a bererti menolak ijmak dan orang yang menolak ijmak adalah kafir. Itulah perndapat yang masyhur di kalangan ulamak usul. (Fatawa Subki, 5/53)


Yg ini, aku dah komen.
sampai skrg takde pun satu bukti& dalil dlm AlQuran &Sunnah tentang kekafiran org yg menolak khilafah khusus khilafah syaikhain juga kekafiran org yg menolak ijma'.

Imam Malik:
Daripada ayat ini (ليغيظ بهم الكفار ) Imam Malik telah telah mengkafirkan golongan Rawafidh yang membenci sahabat. Beliau berkata, kerana mereka membenci mereka (sahabat), sesiapa yang membenci sahabat, dia jadi kafir kerana ayat ini (ليغيظ بهم الكفار ). (Tafsir Ibnu Katsir, 7/362)

Imam Syafie:
Beliau berkata, aku percaya golongan Rafidhah itu sesungguhnya telah menyamai orang-orang kafir. Kerana allah berfirman: "ليغيظ بهم الكفار " (Zadul Masir, Ibnu Al-Jauzi, 5/395)

Imam Ahmad:
Anak Imam Ahmad bin Hambal telah bertanya bapanya tentang seorang yang mencaci salah seorang sahabat Nabi s.a.w., beliau menjawab, saya tidak menganggap dia Islam. (As-Sunnah, Al-Khallal, 2/558, Manaqib Imam Ahmad, Ibnu Al-Jauzi, 214)


Ini semua tafsiran birra'yi.
tidak ada dasar dari sunnah mahupun atsar.

bahkan imam ali as pun tidak menghukum kafir golongan khawarij yg terang-terang benci kpd ummul mu'minin, ahlulbait & juga sahabat.

Ini menunjukkan kpd kita bahawa imam ali as lebih memahami maksud ayat  ليغيظ بهم الكفار berbandeng imam malik, imam syafi'e &imam ahmad.

jelaslah bahawa ayat ليغيظ بهم الكفار ditujukan khas kpd musyrikin makkah semata-mata.
inilah pendapat yg lebih saheh.


Kalau Imam berempat Sunni dah mengkafirkan orang yang mencaci
sahabat Nabi s.a.w., siapalah sirri tak cukup khafi nak kata para pencaci sahabat Nabi ni Islam?


Imam ali as pun tak mengkafirkan golongan khawarij.
siapa pula mereka bertiga itu jika di bandengkan dgn imam ali as?


Bukankah dengan kita mengatakan pencaci sahabat ni Islam bermakna secara tak langsung kita mengkafirkan imam berempat tersebut berdasarkan hadis kekafiran akan kembali kpd yg org yg mengkafirkan yang selalu diwar-warkan oleh sirri tak khafi?


Itu bukan 'kita' yg kata, tapi sabda nabi yaitu: Kekafiran akan kembali kpd org yg mengkafirkan muslim lain!
habis, kata siapa lagi kita nak ikut kalau bukan kata nabi?
janganlah hanya pandai mengaku "sunni" tapi tak ikut sunnah nabi.

Dan saya juga harap awak tidak melupakan Imam Ibnu Hazm Az-Zahiri yang telah mengkafirkan golongan Rawafidh. Ke awak ni zahiri spesis lain?

Beliau berkata, sesungguhnya golongan Rawafidh itu bukan Islam.
(Al-Fashl, Ibnu Hazm, 2/213)


Walaupun saya cenderung zahiri tapi tak perlulah bertaklid buta kpd beliau.
bahkan saya juga seperti ulama' syafi'iyyah yg banyak berbeza pendapat dgn imam syafi'e dlm berbagai isu.

so, apakah dalil kekafiran yg dikemukakan oleh imam ibn hazm itu?
takkanlah setakat kopipes pendapat je?
tak cukup jadi bahan bukti tuh.
so, mana boleh jatuh hukum.
itupun maseh ada hati nak jadi peguambela konon.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 08:26 PM | Show all posts
dan saya menunggu perbincangan ini dengan penuh minat.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 01:35 AM | Show all posts
Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..”

(rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`).

kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.

(rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).


*di petik dari thread dr maza: say no to wahabi!!!





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 10:23 PM | Show all posts
skrg awak menuduh ALLAH mengkafirkan org-org yg menolak khilafah syaikhain dll.
juga awak menuduh ALLAH mengkafirkan org-org yg mencela sahabat.
sirrikhafi Post at 25-3-2010 15:57


Mengikut firman Allah swt nih maa dhalla shaahibukum wamaa ghawaa ertinya "kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru."(Surah An-Najm: 2) adakah untuk semua sahabat nabi atau sebahagian daripadanya....? ingin tahu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 11:57 PM | Show all posts
Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya ...
sirrikhafi Post at 30-3-2010 01:35


Yusuf Qardawi ni zaidiyah jugak ka? Saja nak tau..



Imam Abu Hanifah ni tentulah salah seorang dari Ahli Al-Quran..

Pendapat Imam Abu Hanifah Tentang Sahabat

Imam Abu Hanifah berkata: "Kita tidak boleh menyebutkan seorangpun dari sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam kecuali dengan sebutan yang baik". Kata beliau juga: "Kita juga tidak boleh berlepas diri dari salah satu sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, dan tidak boleh pula mencintai yang satu dan mengesampingkan yang lain". Beliau juga berkata: "Keberadaan salah seorang sahabat bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sesaat saja, hal itu lebih bagus dari pada amal kita sepanjang umur, meskipun umur itu panjang". Kata beliau lagi: "Kita menetapkan, bahwa di antara umat Islam ini, orang yang paling mulia seudah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah Abu Bakar ash-Shidiq, kemudian Umar, kemudian Utsman dan kemudian Ali Radhiallahu 'anhu".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2010 05:23 PM | Show all posts
Salam...




Yusuf Qardawi ni zaidiyah jugak ka? Saja nak tau..


Org-org yg mendengarkan perkataan lalu mereka mengikuti yg paling baik akannya.
Az-Zumar: 18.

Imam 'Ali as pernah berkata:
Jangan kamu mengukur kebenaran itu dgn melihat org nya,
tetapi kenali lah kebenaran,
kemudian kamu akan mengenali orgnya.



Kata beliau lagi: "Kita menetapkan, bahwa di antara umat Islam ini, orang yang paling mulia seudah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah Abu Bakar ash-Shidiq, kemudian Umar, kemudian Utsman dan kemudian Ali Radhiallahu 'anhu".


Imam Abd barr di dlm kitabnya yaitu Al-Isti'ab menjelaskan bahawa telah belaku perselisihan di kalangan salaf tentang siapakan sebaik-baik manusia secara keseluruhannya selepas Rasul ALLAH SAW.
pendapat yg masyhur di kalangan salaf &sunni ialah Abu Bakr.

namun ada riwayat lain yg menjelaskan bahawa Salman, Abu dzar, Al-Miqdad, Khabab, Jabir, Abu Sa'id Al-Khudri dan lain-lain mengatakan bahawa Imam 'Ali as adalah org yg mula-mula sekali memeluk islam dan inilah kelebihan Imam 'Ali as berbandeng para sahabat yg lain.

Imam ahmad dan Imam an-nasaie turut menyokong pendapat ini dgn mengesahkan bahawa tidak ada riwayat saheh yg menjelaskan kelebihan para sahabat kecuali tentang kelebihan Imam 'Ali as.

Imam al-muhaddis 'allamah abd aziz al-ghumari pula telah mengumpulkan nama-nama para sahabat yg mengesahkan kedudukan Imam 'Ali as dlm kitabnya Al-Bahis an ilal al-to'ni fil haris.
silalah rujuk kitab ini bagi mereka yg ingin mendalami &mengkajinya.

Di samping itu, ada pula sebahagian para sahabat& salaf berpendapat bahawa Sayyidah Fathimah SA adalah insan terbaik selepas Rasul ALLAH SAW.

ada juga yg berpendapat Sayyidah Khadijah SA lah insan yg terbaik selepas Rasul ALLAH SAW.

Tegasnya, perselisihan ini akan terus berterusan di kalangan salaf &khalaf,
bahkan juga di kalangan sunni sekalipun,
tanpa ada kesepakatan @ijma' utk menentukan "siapakah yg lebih baik" secara keseluruhannya.

namun begitu,
kelebihan memegang tampuk khilafah@ pemerintahan,
tidak bermakna ianya menafikan kelebihan individu secara keseluruhan.


P/S: rupa-rupanya, golongan sunni pun tiada kesepakatan dlm hal ini. ;)





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 05:30 PM | Show all posts

adakah untuk semua sahabat nabi atau sebahagian daripadanya....? ingin tahu


Rujuklah dahulu akan dalil-dalil sokongan dari AlQuran &Sunnah tentang perkara itu terlebih dahulu.







WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 06:12 PM | Show all posts

Mengikut firman Allah swt nih maa dhalla shaahibukum wamaa ghawaa ertinya "kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru."(Surah An-Najm: 2) adakah untuk semua sahabat nabi atau sebahagian daripadanya....? ingin tahu



Apakah yg kamu cuba buktikan& bahaskan akan ayat 2 Surah An-Najm itu?
boleh kamu jelaskan kpd saya?
sekadar ingin tahu...




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 07:02 PM | Show all posts
Rujuklah dahulu akan dalil-dalil sokongan dari AlQuran &Sunnah tentang perkara itu terlebih dahulu.

sirrikhafi Post at 31-3-2010 17:30


Firman Allah swt "maa dhalla shaahibukum wamaa ghawaa" ertinya "kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru."(Surah An-Najm: 2)

sabda Nabi Muhammad saw:

"Org pailit itu ialah org yang dtg pada hari kiamat dgn shalat dan puasa sebesar gunung, tapi ia pun dtg(dgn perbuatan yg telah) mencaci maki ini, memukul ini dan mengambil harta org ini. maka, org ini mengambil dari kebajikannya dan ini pun mengambil kebajikannya, lalu ia dilemparkan ke neraka"( HR Muslim dari hadis Abu Hurairah)

Saudara rasa ayat Quran tu dah ada sokongan ke idak? bagaimana pandangan saudara tentang khilafah syaikhain, zun-nurain mahupun mu'awiyah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.086363 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list