CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2622|Reply: 4

KD hilang suami, tinggal kekasih

 Close [Copy link]
Post time 29-4-2010 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Rasanya thread ni belum dibuka,coz aku dah search xdak lagik ...

KD hilang suami, tinggal kekasih



MEMPUNYAI kawan baik dan popular seperti Datuk Siti NurhalizaTarudin, 31, dan kakak yang sentiasa mempertahankan dirinya, YuniShara, 37, memberi kekuatan kepada Kris Dayanti atau KD, 35, untuktabah menghadapi dugaan hidup. KD berkata, dia sangat beruntung mempunyai kawanbaik seperti Siti kerana banyak memberi semangat dan kekuatankepadanya. Katanya, melihat wajah Siti yang lembut mampu membuatjiwanya tenang apa lagi mendengar kata-kata semangat daripadanya supayadia terus tabah.

"Siti selalu mengingatkan saya bahawa sudah suratan takdir saya beginidan harus reda menerimanya. Dia juga memberi semangat kepada sayasupaya meneruskan kehidupan dengan tabah. "Katanya, apa yang berlakupasti ada hikmahnya kerana Allah yang menentukan baik atau burukkehidupan kita. Siti juga mengatakan, soal jodoh dan ajal ditentukanAllah dan meminta saya sentiasa berdoa supaya dijauhkan daripada yangburuk dan didekatkan dengan kebaikan. "Selain kawan baik, saya jugapunya kakak yang sentiasa menyokong diri saya dan menganggap Yuni Sharasebagai pahlawan dalam hidup saya. Dia sentiasa berada di hadapanmempertahankan saya," katanya ketika ditemui selepas selesaipersembahannya bersama Siti di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), ShahAlam, kelmarin.

Penyanyi terkenal Indonesia ini tiba diKuala Lumpur pada 26 April dan dijangka pulang pada 3 Mei ini keranamenjayakan persembahan selama dua hari di SACC dan malam kemuncakAnugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Kuala Lumpur, Ahad ini.

Baru-baru ini, KDmengejutkan peminat apabila membuat pengakuan dalam satu sidang mediadi Indonesia mengatakan percintaannya dengan jutawan dari Timur Leste,Raul Ramos, sudah berakhir dan dirinya tiada lagi kaitan dengan lelakiberstatus suami orang itu. Penyanyi yang popular dengan lagu Aku WanitaBiasa itu mengatakan, dia memutuskan hubungan dengan Ramos kerana tidakmahu terbabit dengan suami orang. Katanya, sebelum ini dia kelirudengan status Raul.

Perkahwinannya dengan Anang Hermansyahpada 22 Ogos 1996 berakhir dengan perceraian pada Ogos 2009 keranadikatakan ada orang ketiga. Mereka mempunyai dua anak, Titania AureliaHermansyah dan Azriel Hermansyah.

Nasib juara Asia Bagus!pertama pada 1992 itu seperti pepatah 'yang dikejar tidak dapat yangdikendong berciciran'. KD akui perasaannya sangat kecewa, tetapi orangdi sekelilingnya banyak memberi sokongan dan semangat kepadanya.

"Bohong kalau saya tidak nangis sendirian tapi saya bukanlah orang yangsuka melayan kesedihan berpanjangan. Saya terima hakikat sudah lumrahkehidupan, pasti ada pasang surutnya dan saya banyak belajar daripadakesilapan ini. "Saya juga sentiasa berdoa kepada Tuhan supayamemberikan sesuatu yang lebih baik buat saya. Selepas melalui kegagalanperkahwinan dan kini percintaan, mungkin ada hadiah lain yangmembahagiakan menanti saya. Mungkin kebahagiaan itu belum menjadi miliksaya sekarang, tetapi saya yakin Tuhan akan memberikannya kepada sayasuatu hari nanti.

"Saya juga sudah tiada apa-apa hubunganlagi dengan Raul, tetapi sebagai teman, saya tidak mampu menghalangnya.Bagaimanapun, saya hormati wilayah yang tidak boleh saya campurisekarang. "Saya juga yakin persahabatan saya dan Siti terus kekal tanpadirosakkan dengan pergaduhan yang boleh menjejaskan hubungan baik ini.Saya cukup optimis dengan Siti kerana dia orangnya sangat baik dan sayatidak akan biarkan perkara yang mampu merosakkan hubungan ini," katanya.

Sementara itu, Siti mengakui sebagai kawan dia perlu memberisemangat dan sokongan pada KD untuk menghadapi dugaan dalam hidupnya."Semua orang ada masalah peribadi dan kini KD melaluinya. Saya berikansemangat kepadanya bahawa ini adalah perjalanan hidup yang perludilaluinya. Ternyata KD begitu profesional kerana mampu memberipersembahan hebat malam ini. Dia tidak pernah menunjukkan masalahnyaketika bekerja. "Kami juga hanya mampu melakukan latihan ringkas untukpersiapan. KD tiba di Kuala Lumpur jam 10 malam tadi dan kami terusmembuat latihan sehingga jam 12 tengah malam. Pagi tadi (Selasa) adamajlis pelancaran SACC dan kami membuat penampilan khas denganmenyampaikan dua lagu, kemudian berlatih lagi.

"Saya banggakerana malam ini kami muncul berkongsi pentas bersama selepasmenghasilkan album duet, CTKD: Cinta, Tangis, Ketawa, Duka) tahun lalu.Saya puas kerana mampu memberi kepuasan kepada penonton malam inidengan persembahan hampir dua jam," katanya.

Dalampersembahan sempena perasmian SACC itu, Siti dan Kris menghiburkanpenonton dengan lagu daripada album duet mereka, Jika Kau Tak Datang,Hanya Dia dan Sebagai Teman sebelum menyampaikan lagu solo. Bagimemberi keistimewaan kepada persembahan malam itu, Siti menyampaikanlagu popular Kris, Cobalah Untuk Setia dan Mahadaya Cinta manakala Krismemilih lagu Siti, Aku Cinta Padamu dan Bukan Seindah Biasa.

Siti juga mengejutkan peminat apabila menyampaikan lagu popular InulDaratista, Goyang Inul, tetapi mereka tidaklah goyang gerudi sepertiInul. Siti dan Kris juga mengundang penonton lelaki ke pentas menaribersama mereka.

Kata Siti, dia sendiri memilih lagu itu hingga Kris terkejut denganlagu pilihannya. Malah Siti sendiri mengakui tidak tahu mengapa diamemilih lagu itu. Siti juga menyampaikan lagu lama yang dipopularkanBob Tutupoly dan Broery Marantika, Widuri serta turun pentas bertemupenonton sambil meminta mereka menyanyikan lagu itu bersama.

Lagu lain, secara solo oleh Siti ialah Destinasi Cinta, Biarlah Rahsia,Ku Mahu dan Ku Milikmu. Kris menyanyi solo lagu Rembulan, MenghitungHari, Penasaran dan Mencintaimu. Kata Kris, lagu Menghitung Hari cukupbermakna kepadanya kerana diterima dengan baik masyarakat di sinimelalui lagu itu pada 1998. Sejak itu saban tahun Kris berkunjung kesini mengadakan persembahan.

Persembahan hampir dua jam itudiakhiri dengan lagu duet mereka, Tanpamu dan Amarah. Siti dan Krisjuga akan membuatkan persembahan pada malam kemuncak Anugerah IndustriMuzik ke-17 (AIM17) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad inidengan lagu Hanya Dia. Siti dan Kris juga dicalonkan di AIM17 untukkategori Vokal Berkumpulan/Duo Terbaik (Dalam Lagu) melalui lagu Amarah.


kredit to metro...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 01:05 PM | Show all posts
baru dunia nie bai....hai...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 09:37 PM | Show all posts
Padan muka sape suruh curang n derhaka...nah ko dedua tak dapat wakakakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 02:53 PM | Show all posts
tu la sape suruh curang..kan dah kena talak 3
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 02:31 PM | Show all posts
KD ni masih hot & spicy lg....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.079184 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list