CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sunsuria3

Nabi pandai baca dan tulis

[Copy link]
Post time 29-6-2010 09:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by always_typo at 29-6-2010 11:37
Dlm ayat tu terdapat kalimah IKTATABA (menulis) &TUMLA (membaca).
sedangkan kedua kalimah di atas itu terkandung Dhomir (ganti nama) HUWA (Dia/Beliau),
yg menunjukkan Mufrad (singular).

Jelas sekali ayat ini membuktikan bahawa Nabi SAW itu seorg yg pandai menulis.

sirrikhafi Post at 28-6-2010 21:28


Tuan bukankah iktatabaha itu bermaksud "diminta tulis akannya" dan tumla itu "dibacakan kepadanya"?

Perlu diingat dalam quran mengatakan perbuatan "iktatabaha" dan "tumla" ini adalah berkaitan dengan asothiirul awaaliin  atau dongeng orang terdahulu. Perbuatan yang TIDAK dilakukan nabi, ianya hanya tuduhan orang kafir Mekah kepada Baginda. Malah ayat selepas ayat ini "Qul Anzalahullazi " menjelaskan bahawa dakwaan org kafir itu hanyalah telahan bohong semata-mata.

Jadi bagi saya tidak mungkin ayat ini boleh digunakan sebagai hujah yang kuat bahawa Nabi SAW boleh menulis, padahal Allah sendiri yang menyangkal perbuatan ini sebagai bohong.  Adakah Nabi belajar dongeng orang terdahulu dengan cara iktatabaha dan tumla itu? Takkan kita nak guna perkataan bohong sebagai hujah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 10:38 AM | Show all posts
bincang pasal Nabi S.A.W tak pandai baca & tulis nih,
blh dpt syafaat ke kt Akhirat nanti kalau tak disertakan dengan Selawat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 11:16 AM | Show all posts
bukan kah nabi saw itu seorang yg bijak sana. dlm sejarah mcm mana baginda blh susun strategi utk me ...
sunsuria3 Post at 28-6-2010 21:19



Adakah Rasulullah saw sendirik yg memilih/membuat keputusan ataupun ia di putuskan di dalam perbincangan dgn para sahabat r.a.??
Begitu juga dgn Peperangan Khandak.

Tapi sayang, komer bukannya nak percaya pada 'sejarah' kan.
Mana ada bukti n dalil dalil mengenai nya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 11:21 AM | Show all posts
Adakah Rasulullah saw sendirik yg memilih/membuat keputusan ataupun ia di putuskan di dalam pe ...
niceghost2005 Post at 29-6-2010 11:16


bang, kalau diorang tak percaya hadis dan sejarah, macam mana diorang boleh pastikan alQuran dibukukan dengan benar?Siapa boleh jamin alQuran yang dijadikan panduan tu betul semua isi2 yang dikumpulkan?Tak ada yang disembunyikan atau tak ada yang ditokok tambahkan seperti dakwaan Syiah. Sya nak tanya pada yang tak percaya pada hadith dan kitab2 sirah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 11:41 AM | Show all posts
bang, kalau diorang tak percaya hadis dan sejarah, macam mana diorang boleh pastikan alQuran dib ...
w4n_satoshi Post at 29-6-2010 11:21



Don't you worry, bro
They will come up with plenty of reasons to justify their cause.

Ini jenih putar alam.

Telah ada di dalam hadis mengenai species begini.
Umat akhir jaman.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 11:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by w4n_satoshi at 29-6-2010 11:59
Don't you worry, bro
They will come up with plenty of reasons to justify their cause.

I ...
niceghost2005 Post at 29-6-2010 11:41

sya pelik, dalam pada mereka kata takkan bertaklid pada sesetengah ulama hadith dan mempersoalkan kredibiliti ulama2, mereka boleh pulak keluarkan pendapat sendiri untuk tafsirkan ayat alQuraan tu.kita tak mahu terima pendapat yg lebih ahli dalam masa yg sama, kita paksa orang lain terima pendapat kita.macam lebih kepada syok sendiri je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2010 04:00 PM | Show all posts
sya pelik, dalam pada mereka kata takkan bertaklid pada sesetengah ulama hadith dan mempersoalkan  ...
w4n_satoshi Post at 29-6-2010 11:56



Oghang cam gini samer ler dgn Yahudi.
Deme ikut yg mana deme suka suki dan tinggalkan yg tak suka.
Then putar belit suruhan Allah swt.
Mengatakan ini itu adalah dari Allah.

Soklan yg sering di tanyai kpd merek ialah bab solat.
Adakah di dalam Al Quran menunjuk mereka cara/kaedah utk bersolat???
Apa yg hendak di baca di dalam nya.?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 04:06 PM | Show all posts

Tuan bukankah iktatabaha itu bermaksud "diminta tulis akannya" dan tumla itu "dibacakan kepadanya"?


Bukan.
Iktataba itu fe'el madhi mazkur, bukan majhul.
so, makna yg sebenar menurut ilmu grammar ialah : Telah di tulis.
bukan: di minta tulis.
dan saya tanya awak pulak,
dari mana datangnya kalimah "minta" tu?

terjemahan Tumla = di bacakan,
adalah terjemahan yg tepat,
kerana Tumla adalah fe'el mudhori' majhul.



Perlu diingat dalam quran mengatakan perbuatan "iktatabaha" dan "tumla" ini adalah berkaitan dengan asothiirul awaaliin atau dongeng orang terdahulu.


Asaathirul-awwalin adalah tuduhan org kafir ke atas AlQuran.
iktataba adalah perbuatan yg merujuk kpd baginda SAW.
dhomir ha adalah maf'ul bihi yaitu yg merujuk kpd asaathirul-awwalin.

so, kesimpulannya:
iktataba itu merujuk kpd baginda.
sedangkan dhomir ha itu merujuk kpd asaathirul awwalin.
dlm iktaataba terkandung dhomir huwa yaitu yg merujuk kpd si fa'iel dan sudah semestinya lah baginda SAW itu yg di rujuk sebagai fa'iel perbuatan iktataba &ha itu adalah semestinya asaathirul-awwalin a.k.a dongeng org-org yg terdahulu.



Perbuatan yang TIDAK dilakukan nabi,
ianya hanya tuduhan orang kafir Mekah kepada Baginda.
Malah ayat selepas ayat ini "Qul Anzalahullazi " menjelaskan bahawa dakwaan org kafir itu hanyalah telahan bohong
semata-mata.


Perbuatan menulis @ iktataba memang di lakukan oleh nabi SAW berdasarkan ayat di atas.
tetapi, tuduhan org kafir ke atas baginda bukan mengenai perbuatan iktataba tetapi AlQuran.
itulah yg mereka tuduh sebagai asaathirul-awwalin a.k.a dongeng org-org yg terdahulu.
sebab itu kalimah yg di gunakan ialah iktataba-ha sebagai menuduh apa yg nabi SAW tulis itu adalah asaathirul-awwalin a.k.a dongeng org-org yg terdahulu.

maka ayat Qul anzala hul-lazi adalah jawapan kpd org kafir bahawa apa yg nabi iktataba (tulis) bukanlah asaathirul-awwalin a.k.a dongeng org-org yg terdahulu,
tetapi Wahyu ALLAH yg di turunkan oleh Yg Mengetahui Sirr (rahsia) di langit dan bumi.

nampaknya,
hujjah, pendapat &fakta yg mengatakan nabi SAW tidak tahu membaca &menulis,
adalah semakin tidak relevan dan tak dapat di pertahankan lagi pd masakini.




Jadi bagi saya tidak mungkin ayat ini boleh digunakan sebagai hujah yang kuat bahawa Nabi SAW boleh menulis,
padahal Allah sendiri yang menyangkal perbuatan ini sebagai bohong.


Saya telah membuktikannya di atas bahawa ia adalah hujjah yg kuat.

iktataba: adalah Nabi SAW.
ha:adalah asaathirul-awwalin, tuduhan org kafir ke atas kandungan AlQuran.
Qul anzala hul-lazi:adalah AlQuran,
jawapan ALLAH ke atas tuduhan org kafir ke atas AlQuran,
yakni asaathirul-awwalin a.k.a dongeng org-org yg terdahulu.


kesimpulannya:
ALLAH hanya menyangkal tuduhan org kafir mengenai asaathirul-awwalin,
bukan menyangkal perbuatan iktataba yg merujuk kpd nabi SAW.
sudah semestinya kita org islam wajib meyakini apa yg nabi SAW iktataba (tulis) adalah Wahyu dari ALLAH.
bukan asaathirul-awwalin a.k.a dongeng org-org yg terdahulu.




Adakah Nabi belajar dongeng orang terdahulu dengan cara iktatabaha dan tumla itu?



Sudah tentu lah kita sebagai org islam wajib meyakini bahawa nabi SAW mempelajari iktataba &tumla dari ALLAH.

Yg telah mengajar dgn pena.
Al-'Alaq: 4



ALLAH berkuasa utk mengajar nabi SAW membaca &menulis.
tak perlulah kita ragu dgn kuasa ALLAH.




Takkan kita nak guna perkataan bohong sebagai hujah?


Katakanlah: "Maka bagi ALLAH Hujjah yg sampai,
maka jikalau Dia menghendaki nescaya Dia memberi petunjuk akan kamu semua.
Al-An'am: 149




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 04:20 PM | Show all posts

Tapi sayang,
komer bukannya nak percaya pada 'sejarah' kan.
Mana ada bukti n dalil dalil mengenai nya.


Masya ALLAH,
Mengapa pulak tidak ada dalil mengenai mesyuarat? :re:
bahkan dlm AlQuran ada satu Surah yg di panggil Asy-Syuuro (Mesyuarat).

Dan bermesyuaratlah dgn mereka di dlm urusan itu,
Ali-'Imran: 159

Dan urusan mereka itu adalah mesyuarat di antara mereka,
As-syuuro: 38


Nampaknya org tabligh kena lah banyakkan Taklim AlQuran.
tak cukup setakat Taklim Fadail, Muntakhab &Hayatus Sahabah shj.  ;)



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 04:25 PM | Show all posts
kalao betul nak meeting,call jer la...mintak no dh byk kali...tapi tak berani nak call
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 04:35 PM | Show all posts

bang, kalau diorang tak percaya hadis dan sejarah, macam mana diorang boleh pastikan alQuran dibukukan dengan benar?Siapa boleh jamin alQuran yang dijadikan panduan tu betul semua isi2 yang dikumpulkan?Tak ada yang disembunyikan atau tak ada yang ditokok tambahkan seperti dakwaan Syiah. Sya nak tanya pada yang tak percaya pada hadith dan kitab2 sirah.


Ini menunjukkan kamu maseh tak beriman dgn AlQuran.
kamu maseh ragu-ragu dgn AlQuran.
di dlm hati kamu,
terdapat keraguan mengenai ketulenan, kesahehan, penjagaan& kesucian AlQuran.
bila ada catatan sejarah, barulah kamu nak "beriman"?
gitu ?

walhal ALLAH jelas berfirman:

Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan peringatan ini dan sesungguhnya Kami lah yg benar-benar memelihara bagi nya.
al Hijr: 9.


itu bukanlah iman yg sempurna.
iman yg sempurna ialah wajib beriman dgn perkara yg ghaib walaupun tiada catatan sejarah sekalipun.

bagi saya,
tiada kewajipan ke atas Muslim utk mempercayai Sejarah.
Beriman kpd perkara yg ghaib wajib di ada kan.


Alif Lam Mim.
Demikianlah itu Kitab yg tiada keraguan di dlm nya,
petunjuk bagi org-org yg bertaqwa.
yaitu: org-org yg beriman dgn perkara yg ghaib,
Al-Baqarah: 1, 2, 3


Di dlm dunia ini,
kitab apakah yg tiada keraguan selain AlQuran?
TIADA!




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 04:56 PM | Show all posts
Ini menunjukkan kamu maseh tak beriman dgn AlQuran.
kamu maseh ragu-ragu dgn AlQuran.
di dlm h ...
sirrikhafi Post at 29-6-2010 16:35

bukan sya yang ragu2 tapi sya nak awak sendiri tunjukkan bukti daripada pendirian awak yang tak percayakan hadith dan sirah.macam mana awak yakin ayat yang awak tulis tu bukan ditokok tambah?kalau semua orang guna akal sendiri untuk tafsirkan Quraan, porak perandalah dunia ni dan tak ada kata sepakat.sekarang banyak mazhab pun dah berpecah, kalau setiap individu lagi berkali2ganda kita berpecah
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 05:02 PM | Show all posts

Oghang cam gini samer ler dgn Yahudi.
Deme ikut yg mana deme suka suki dan tinggalkan yg tak suka.
Then putar belit suruhan Allah swt.
Mengatakan ini itu adalah dari Allah.



ALLAH itu tiada Tuhan kecuali Dia,

sungguh Dia akan mengumpulkan kamu kpd hari kiamat yg tiada keraguan pada nya,
dan HADIS siapakah yg lebih benar dari ALLAH?
An-Nisa': 87


Sungguh adalah di dlm Kesah-kesah mereka itu Pelajaran bagi Yg Mempunyai Minda.
bukanlah HADIS yg di buat-buat,
dan tetapi adalah Pembenaran akan yg di antara sebelumnya,
dan Penjelasan setiap sesuatu,
dan Petunjuk,
dan Rahmat bagi kaum yg beriman.

Yusuf: 111


ALLAH telah menurunkan sebaik-baik HADIS yaitu Kitab yg Serupa lagi Berulang-ulang,
gementar daripada nya oleh kulit-kulit akan org-org yg takut akan Pemelihara mereka kemudian tenanglah oleh kulit-kulit mereka dan hati-hati mereka kpd mengingati ALLAH.
demikianlah itu petunjuk ALLAH yg menunjuki dgn nya akan org-org yg Dia kehendaki,
dan sesiapa yg di sesatkan oleh ALLAH maka tiadalah baginya dari Yg Memberi Petunjuk.
Az-Zumar: 23


Itulah Ayat-ayat ALLAH yg Kami bacakan nya ke atas engkau dgn Kebenaran,
maka dengan HADIS apakah sesudah ALLAH dan Ayat-ayat Nya mereka beriman?
Al-Jaasiyah: 6


Apakah dgn HADIS ini kamu meremehkan?
Al-Waaqi'ah: 81


Maka dgn HADIS apakah sesudahnya mereka beriman?
Al-Mursalat: 50


Dan berkata Rasul: "Wahai Pemelihara ku! Sesungguhnya kaum ku telah mengambil AlQuran ini sebagai sesuatu yg tak di pedulikan!"
Al-Furqan: 30




Soklan yg sering di tanyai kpd merek ialah bab solat.
Adakah di dalam Al Quran menunjuk mereka cara/kaedah utk bersolat???
Apa yg hendak di baca di dalam nya.?



Apakah benar AlQuran tidak pernah memberi petunjuk kpd manusia cara/kaedah utk bersolat? :re:
merepek!

Dan Kami telah menurunkan ke atas engkau Kitab yg menjelaskan bagi setiap sesuatu,
dan sebagai petunjuk,
dan rahmat,
dan berita gembira bagi org-org yg menyerah diri.

An-Nahl: 89




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 05:27 PM | Show all posts

bukan sya yang ragu2 tapi sya nak awak sendiri tunjukkan bukti daripada pendirian awak yang tak percayakan hadith dan sirah.macam mana awak yakin ayat yang awak tulis tu bukan ditokok tambah?kalau semua orang guna akal sendiri untuk tafsirkan Quraan, porak perandalah dunia ni dan tak ada kata sepakat.sekarang banyak mazhab pun dah berpecah, kalau setiap individu lagi berkali2ganda kita berpecah


Sesungguhnya org-org yg telah memecah belahkan akan agama mereka itu sedang adalah mereka itu Syiah-syiah,
bukanlah engkau dari mereka di dlm sesuatu apa pun.

sesungguhnya urusan mereka itu adalah kepada ALLAH,
kemudian Dia akan memberitahu kpd mereka tentang apa yg adalah mereka lakukan.

Al-An'am: 159

Daripada org-org yg telah memecah belahkan akan agama mereka itu sedang adalah mereka itu Syiah-syiah.
setiap golongan bergembira dengan apa yg di tangan mereka.
Ar-Ruum: 32



Shiyaa'an: Jamak kpd Syi'ah.
terjemahannya = penyokong-penyokong, golongan-golongan dsbnya.

contoh,

Syi'ah adalah syiah (penyokong) Imam Ali as.
Sunni adalah Syiah (penyokong) sahabat &syiah doktrin @ mazhab sunni.
so, kedua-dua golongan ini termasuklah dlm ayat :
"Sedang adalah mereka itu "Syi'ah-syi'ah".


sekiranya hadis &sejarah tidak wujud,
maka tidak ada lah mazhab-mazhab @ Syiah-syiah dsbnya.
lalu hilanglah permusuhan &kebanggaan yg tidak sah,
dan umat manusia pun hidup bersatu &damai di bawah payung sebuah Kitab yg bernama AlQuran.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 06:09 PM | Show all posts
Apa perlunya untuk Nabi Muhammad pandai baca & tulis pada bila2 masa punlah dalam hidup dia? Dia tak boleh laksanakan tugas kerasulannya kah kalau dia tak pandai baca & tulis ?

Dia di utuskan bukannya untuk ajar manusia macam mana nak baca atau nak tulis, itu cikgu sekolah tadika yang belajar sampai darjah 6 pun boleh ajar kat budak beringus !

Dia juga tak diutuskan untuk belajar dari manusia lain mengenai apa perkara pun, so tak dak kepentingan untuk dia baca penulisan manusia lain jadi tak tau baca tulis pun tak effect ilmu dia in anyway.

Dia di utuskan eksklusif untuk sampaikan wahyu , dan dia belajar mengenai apa perkara pun direct dari Allah tanpa perlu perantaraan manusia mana pun untuk ajar dia ..... wahyu yang Allah datangkan kat dia bukannya melalui buku yang memerlukan keupayaan baca tulis wujud pada dia........

tapi wahyu tu semua datang secara langsung dari malaikat jibril yang memerlukan dia memiliki keupayaan menghafal dan memahami aje untuk membolehkan dia ingat kandungan wahyu tu dan fahaminya sebelum dia sampaikan pada orang lain la la tu jugak ....

bukannya dia nak kena tunggu cari pen dulu kemudian tulis apa yg malaikat dok habaq kat dia lepas tu baru dia boleh baca kat orang lain....

manusia biasa macam kita memanglah Allah suruh kita belajar dengan cara alatulis sebab kita di ajar oleh manusia lain , itu proses pembelajaran manusia biasa ...

tapi Rasulullah , ilmu yg sampai padanya adalah direct dari Allah melalui perantaraan jibril , itu proses pembelajaran yang tak sama dengan manusia biasa , jadi dia tak memerlukan cara alatulis yang di guna manusia biasa untuk memperolehi ilmu direct dari Allah , oleh itu dia tak perlukan keupayaan baca tulis tu semua .
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 06:13 PM | Show all posts

W4n_satoshi
boleh ke kalau kita pandu pada hadis bila alQuran tak ada sebut tentang sesuatu pkr




Wahai org-org yg beriman!

jangan lah kamu tanya dari perkara-perkara yg jika di terangkan bagi kamu, akan menyusahkan kamu.
dan jika kamu bertanya dari nya ketika di turunkan AlQuran, akan di terangkan bagi kamu.
telah memaafkan oleh ALLAH dari nya dan ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyantun.
Sungguh telah bertanya oleh kaum dari sebelum kamu kemudian jadi lah mereka kafir dgn nya.
Al-Ma i dah: 101 &102



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 06:22 PM | Show all posts
Kan Allah tak ciptakan apa-apa pun untuk tujuan sia-sia , kalau tugas kerasulan Nabi Muhammad tak memerlukan dia untuk memiliki keupayaan baca & tulis maka Allah takkan beri pada dia keupayaan tulah sehingga ke akhir hayat dia .

Anugerah Allah pada para Rasul adalah based on keperluan . Kalau tak perlu maka tak bagi laa .

Nabi musa tak petah berkata2 , tapi dah ada disisinya Nabi Harun yang fasih, maka Allah suruh dia pi jumpa Firaun tanpa bagi dia keupayaan untuk petah berkata2 kerana Allah tahu dengan adanya Nabi Harun disisinya maka itu dah cukup memenuhi keperluan dia untuk melaksanakan tugas tu .....

Allah tak bagi anugerah apa pun tanpa sebab dan keperluan .
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 09:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-6-2010 09:14
Adalah hal yang mustahil apabila Rasulullah sampai akhir hayatnya tetap menjadi manusia yang tidak pandai baca tulis. Pernyataan bahwa beliau tidak pandai baca tulis adalah hal yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan ajaran yang beliau sampaikan, bertentangan dengan pola hidup yang beliau jalani, bertentangan pula dengan prinsip-prinsip dalam Islam....
sunsuria3 Post at 28-6-2010 10:45


Untuk membolehkan dia pandai baca tulis , maka siapa yang nak ajar dia macam mana nak bentuk huruf dan perkataan guna alatulis macam kita ? Jibril? Allah bagi pen kat jibril untuk jibril tulis huruf satu-satu agar nabi boleh baca alif ba ta , kemudian jibril ajar nabi bentuk perkataan pula macam kita belajar kat sekolah waktu tadika dulu  ?

Adalah tidak masuk akal untuk menyatakan jibril ajar nabi buat gitu yang nabi ketika itu berusia 40 tahun dan merupakan manusia dewasa , maknanya itu dah merendahkan taraf nabi hingga ke tahap budak tadika dan taraf jibril ketaraf cikgu tadika aje !

Untuk ingat beribu ayat Al quran sepantas kilat everytime ayat di turunkan seperti apa yang Nabi buat bermakna ingatan nabi sudah semestinya cukup tajam ya amat , his memory was very sharp and very precise to the t .... bukan setaraf ingatan bebudak tadika ! Sebab tu Allah pilih dia jadi rasul pada usia 40 , maknanya dia dah amat matang dari segi pemikiran dan perwatakan pada usia tu .

Kita selaku manusia biasa kena tulis apa yang orang lain sampaikan pada kita kerana ingatan kita mudah lupa , jadi kita tak mampu nak totally rely kat memory kita 100 % , lalu kita tulis untuk kita baca balik over and over again agar ilmu tu lekat di ingatan .

Tapi Nabi ketika wahyu di sampaikan pada dia, wahyu tu secara terus melekat kuat diingatannya , so dia tak perlu untuk tulis guna pen segala untuk baca balik diwaktu lapang dia untuk refresh memory dia sendiri.
   
Adalah hal yang mustahil apabila beliau menyuruh ummatnya untuk pandai, menyampaikan informasi yang bermanfaat untuk orang lain walaupun satu ayat, tetapi beliau sendiri membiarkan dirinya untuk tidak pandai (termasuk membaca dan menulis). Afalaa ta’qiluun (apakah engkau tidak berfikir)
sunsuria3 Post at 28-6-2010 10:45

Tujuan manusia belajar baca dan tulis bukan untuk nak tahu cara nak baca dan tulis semata-mata , tapi tujuan sebenarnya adalah untuk memiliki ilmu didada . Rasulullah telah memiliki ilmu yang lebih dari apa yang dimiliki oleh manusia biasa macam kita ni, so apa perlu dia nak belajar baca tulis lagi dah ?

Ada orang pernah gelarkan orang yang tahu baca tulis aje sebagai bijaksana? Kalau gitu semua budak sekolah rendah yang tahu baca tulis tu bijaksana laa ? Mana pula .....

Yang di gelar bijaksana tu adalah kerana ilmu di dada ! Orang yg boleh tulis dan baca tapi bila ditanya balik adakah dia ingat apa yang dia dah tulis dan baca , kalau dia kata dia tak ingat maka sudah semestinya dia tak layak bergelar bijaksana kan.

So bijaksana atau tidak seseorang tu bergantung pada kekuatan memory nya untuk ingat apa yang dia telah pelajari dan setinggi mana pemahamannya pada apa yang dia dah pelajari  ....

Tak perlu tahu tulis baca pun boleh menyebabkan manusia kuat ingatan dan tinggi pemahaman , kerana ia boleh dicapai melalui minda yang khusyuk yang tidak banyak dosa , dan kekhusyukan para rasul adalah tahap yg cukup tinggi sekali di kalangan manusia , dah tu mereka maksum pula !

Dalam sejarah Islam kita mendapatkan keterangan bahwa Rasulullah memanfaatkan para tawanan perang yang pandai membaca dan menulis, untuk mengajari ummat muslim membaca dan menulis. Setelah orang muslim yang diajari tawanan perang itu pandai membaca dan menulis tentu saja ia akan menebarkan kepandaiannya itu kepada orang lain. Adalah tidak masuk akal apabila ummat muslim sekeliling Rasulullah SAW sudah pandai membaca dan menulis kecuali Rasulullah sendiri? Mungkinkan Rasulullah malu untuk belajar?
sunsuria3 Post at 28-6-2010 10:45


Kalau rasululllah tahu macam mana nak baca dan tulis , maka kau ingat memana orang Islam nak sangat ke belajar dari tawanan perang ? Memasing akan berpusu-pusu nak belajar direct dari rasulullah laa jawabnya sebab berkat pe , maka semua pakat-pakat hantar anak-anak untuk belajar, pastinya rasulullah takkan ada masa lagi dah untuk tugas dakwah laa jawabnya .

Rasulullah tak di utuskan untuk jadi guru tadika yang ajar tulis baca , seluruh usianya perlu dia fokus pada tugas dakwah yang memerlukan dia spend masa-masanya dengan cara yang paling berhikmah dan bijaksana .

Dari usia 40 dia mula terima wahyu hingga ke usia 63 , makna hanya ada 23 tahun saja yang boleh diguna untuk sampaikan wahyu yang beribu2 ayat tu .... masanya singkat tu di dunia terlalu precious untuk dia bazirkan buat perkara yang dia tak perlu buat pun seperti baca tulis tu semua.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 09:12 AM | Show all posts
Bukan.
Saya telah membuktikannya di atas bahawa ia adalah hujjah yg kuat.

iktataba: adalah Nabi SAW.
ha:adalah asaathirul-awwalin, tuduhan org kafir ke atas kandungan AlQuran.
Qul anzala hul-lazi:adalah AlQuran,
jawapan ALLAH ke atas tuduhan org kafir ke atas AlQuran,
yakni asaathirul-awwalin a.k.a dongeng org-org yg terdahulu.
sirrikhafi Post at 29-6-2010 16:06


Apa yang tuan tulis tidak meyakinkan saya.

Berdasarkan pemerhatian saya, tidak ada satupun terjemahan al quran online/offline yang menterjemah "iktataba" sebagai menulis. Semuanya kata "minta tulis". Menulis tu "kataba". "Tumla" tu pula diterjemah sebagai "dibaca ke atas" atau dalam orang putih "dictate". Ini saya quote dari satu website.

kalimah 'iktataba' dalam surah furqan ayat 5 juga tidak boleh diterjemahkan sewenang-wenangnya kepada makna 'menulis', kerana perkataan yg lebih tepat membawa maksud menulis ialah 'kataba'. saya rujuk kamus arab-melayu, 'iktataba' boleh diterjemah kepada makna 'minta menulis'.. kerana dalam ayat tersebut juga disebutkan 'fahia tumla 'alaihi..' yang bermakna, orang kafir mendakwa, kisah dongeng itu, setelah diminta oleh Nabi supaya dituliskan, ianya dibacakan ke atas Nabi pada waktu pagi dan petang.. (menggunakan SIGHAH MAJHUL atau ayat pasif)..

jika benar Nabi yang menulisnya in the first place, buat apa Nabi meminta mereka untuk membacakannya kembali ke atas Nabi selepas itu?? terjemahan yang saya berikan ini selari dengan apa yang dinyatakan di dalam terjemahan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan Terjemahan Al-Quran cetakan Arab Saudi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 09:21 AM | Show all posts
اللهم صل على محمد و ال محمد
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.079265 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list