[Tempatan]
Akan dikaunseling #76 Ngaku ketemu Rasulullah, diiringi Raja Salman dan diburu CIA, KGB dan Mossad, Ku Rafidah dikecam gara-gara live seperti ‘ajaran sesat’ di Mekah
Post time 6-1-2022 03:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia ni Live dia yg bwh2 tu lagi teruk wo
Siap ckp bersembang dgn Nabi dkt makam Nabi. Nabi bersandar sambil tangan peluk perut mcm tu. Siap Nabi ludah2kat dia, then dia sapu ludah tu katmuka dia - wangi. Haiyooooo. Family dia mana oiiiii. Claim lah dia ni Gila teruk dah ni
Post time 6-1-2022 04:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ultra78 replied at 5-1-2022 07:40 AM
Org duk kata agama ni ubat kepada jiwa dan penyelesaian kepada semua masalah. Sebenarnya ini faham ...
Ada jah aku dok kenai org hat kena pstd pa nama segala ni depa pi cari agama. Elok ja hari ni depa sehat walafiat ja aku dok perati. Siap ada hat berjaya jadi tokey kedai lah berjaya dapat bini lah pa lah. Hang punya mental ni hat kena ejaih lagi kot. Eh bukan hang kija kat tm ka dulu2 ni? Hat pakai spek bulat ka pa ka.
Post time 6-1-2022 09:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
keane.somewhere replied at 6-1-2022 08:50 AM
Patut sedihhhh je bunyik
Tak pa la nak buat lagu mana... pemikiran hang dok kata loghat aku ni sedih aku nak buleh kata pa.... hat orang len kata lagu len pulak. Masin masin punya perspektif la kan. Aku nak buat lagu mana. Bukan buleh nak pi ejaih kontrol pala hotak hampa nak ikut serupa aku mau. Jenoh la lagu tu. Tadak pasai aihhh Hahaha
Menteri Agama tutup mulut isu kontroversi Live Facebook Ku Rafidah?
January 5, 2022 1:06 pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad sehingga kini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berikutan tularnya video seorang wanita dipercayai berasal dari Kedah yang telah membuat siaran “Live Facebook” di Mekah dengan menyebarkan fahaman yang boleh menyesatkan penonton yang mengikuti siaran langsung tersebut.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Ku Rafidah Ku Shafie semalam telah menggemparkan seluruh negara apabila “Live Facebook” beliau di Tanah Suci, Mekah mendapat kecaman dari para netizen apabila beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta boleh mengganggu ketenteraman awam.
Ku Rafidah juga mendakwa beliau mempunyai wasiat Nabi Muhammad SAW yang ingin disampaikan kepada Mufti Perlis, Dr MAZA dan berharap dapat berjumpa segera dengan mufti tersebut sejurus pulang ke Malaysia pada hujung minggu ini.
Beliau juga mendakwa bahawa dapat menunaikan solat di dalam Kaabah dengan diiringi oleh King Salman Abdul Aziz.
Para netizen juga mendesak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) untuk mengambil tindakan tegas dan menyiasat dakwaan yang jauh menyimpang dari ajaran agama Islam.
“Live Facebook” Ku Rafidah yang berlangsung lebih dari satu jam itu sarat dengan kecaman terhadap netizen yang menghentam beliau kerana mengeluarkan dakwaan yang dianggap merepek serta jauh menyimpang dari ajaran Islam.
Namun sehingga ke saat ini, tiada sebarang maklum balas yang ditunjukkan oleh Menteri Agama, Idris Ahmad berkaitan dengan isu tersebut. Hasil carian di media sosial milik Menteri Agama tersebut tiada sebarang komen atau makluman terkini berhubung kes berkenaan.