CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 809|Reply: 15

[Dunia] Restoran di Mexico hidang makanan dalam masa 13.5 saat

  [Copy link]
Post time 13-1-2022 10:15 AM | Show all posts |Read mode

Restoran Karne Garibaldi mengambil masa hanya selama 13.5 saat untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan. - El Souvenir

Restoran di Mexico hidang makanan dalam masa 13.5 saat

GUADALAJARA, MEXICO – Sebuah restoran di Mexico memegang rekod dunia Guinness World Records bagi perkhidmatan makanan paling pantas dengan mengambil masa hanya 13.5 saat untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Restoran Karne Garibaldi, memegang rekod tersebut sejak 1996 kerana setakat ini, percubaan beberapa buah restoran lain untuk memecahkan rekod itu gagal.

Bagi pelanggan yang pergi ke restoran tersebut, mereka akan dihidangkan menu yang dipesan sepantas 13.5 saat selepas pelayan mengambil pesanan tersebut.

Disebabkan kebanyakan menu makanan Mexico yang dihidangkan di restoran itu perlu mengambil masa yang lama untuk disiapkan, ia telah sedia dimasak ketika premis tersebut memulakan operasi.

Seterusnya, proses untuk menyediakan hidangan di dapur dan menghidangkannya pada meja pelanggan di bawah 15 saat memerlukan kepantasan dan penyelarasan.

“Semua itu bermula apabila beberapa pelayan kami berlumba untuk melihat siapa yang boleh menghidangkan makanan kepada pelanggan dalam masa terpantas.

“Pertandingan antara mereka itu telah membawa kepada percubaan kami untuk mencipta rekod dunia Guinness World Records,” kata Pengurus Restoran Karne Garibaldi, Daniel Flores. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... lam-masa-13-5-saat/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 10:48 AM | Show all posts

Restaurant Melayu kena belajar dari mereka .. rest Melayu order air pun boleh salah! belum bab tunggu makanan yang diorder.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 13-1-2022 10:48 AM
Restaurant Melayu kena belajar dari mereka .. rest Melayu order air pun boleh salah! belum bab tung ...

Yg heran klu pekerja melayu keje kat restoran melayu buat keje sambil lewa tapi bila keje kat fast food restoran blh pulak laju ke ada kaitan dgn gaji...yalah malay ni nak bg gaji byk kat pekerja kdg berkira
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 11:25 AM | Show all posts
kalau mereka boleh cipta rekod dunia untuk hidangan terpantas
kita cubalah cipta rekod dunia untuk hidangan terlambat
kalau dah itu kepakaran kita
buat apa nak pening pening
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan makanan freshly cook....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku masuk pelita jenis minuman aja ada lebih dari 30....menu makanan tak usah cakap.....kena peel serta perangai sekor sekor org kita bila nak bagi order....here goes....

Kopi teh peng c
Teh gula bakar susu bakar.
Milo gajah susu cair....
Mee goreng campur kway teow, meehoon...takmo taugeh...cili hijo...merah takmahu
Roti canai dua keping satu double egg...telor goyang atas lagi satu telor plaster....

Boleh tanya @pinksarah kita...


Kahkahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 13-1-2022 10:48 AM
Restaurant Melayu kena belajar dari mereka .. rest Melayu order air pun boleh salah! belum bab tung ...

restoren melayu ke atau mek siam?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 01:33 PM | Show all posts
Makanan dah pre sedia tinggal nak hidang je boleh ler sepantas tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 08:05 PM | Show all posts
stingerkitkat replied at 13-1-2022 03:37 AM
Aku masuk pelita jenis minuman aja ada lebih dari 30....menu makanan tak usah cakap.....kena peel se ...

tak tau la menu pelita these days..


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 08:08 PM | Show all posts
DARSITA replied at 13-1-2022 02:48 AM
Restaurant Melayu kena belajar dari mereka .. rest Melayu order air pun boleh salah! belum bab tung ...

frozen/ready made boleh la sis nak berlumba tangkas cepat dan lekas..

klu restoren jenis masakan panas ambil masa..

takkan boleh setangkas itu..

drpd sibuk nak kejar world record tak memasal nnt kena complain dgn customer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:02 PM | Show all posts
kalau gi kedai mamak/restoran pastu terus makan nasi lemak bungkus yg dh ada atas meja tu boleh masuk rekod ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 13-1-2022 08:05 PM
tak tau la menu pelita these days..

Ko ada mark up harga dekat eatery ko tak?

Yela harga barang mentah semua dah mula nak naik kheunz?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 13-1-2022 09:02 PM
kalau gi kedai mamak/restoran pastu terus makan nasi lemak bungkus yg dh ada atas meja tu boleh masu ...

Dah tak fresh.....sejak dari sebelum.subuh nasi lemsk bungkus iteww dah dibuat
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:45 PM | Show all posts
ada orang order mee goreng minta tukang masak ikut resepi mak dia lebih cili kurang bawang jangan berminyak zero kolesterol

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-1-2022 09:45 PM
ada orang order mee goreng minta tukang masak ikut resepi mak dia lebih cili kurang bawang jangan be ...


Pi mamak nak duk makan roti canai  bawak sekali minyak baik dan telor gred AA dari rumah....mintak digunakheun....walau harga tetap bayar harga canai telor besa....

Ko ghaser?

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 10:24 PM | Show all posts
AnBulisia replied at 13-1-2022 11:25 AM
kalau mereka boleh cipta rekod dunia untuk hidangan terpantas
kita cubalah cipta rekod dunia untuk h ...

benda boleh buat lambat, buat apa nak cepat2 katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.285571 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list