View: 329|Reply: 2
|
[Tempatan]
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
[Copy link]
|
|
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Keadaan banjir di Kampung Lanchang, beberapa hari lalu. - Foto fail BERNAMA
MELAKA: Keadaan banjir di Melaka pulih sepenuhnya dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Jasin, ditutup pada jam 7 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra, berkata PPS itu sebelum ini menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Lanchang.
"Semua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan itu surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing," katanya.
Sebanyak 23 PPS dibuka di negeri itu sejak 1 Januari lalu, yang menempatkan 2,744 mangsa banjir daripada 696 keluarga dari daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
sian nau dgn ore Melaka ni....portugis,belanda,inggeris,banjir,gaji pemain bola x byar...memacam betul la... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg la pulih, melaka tengah panas terik sekarang ni, xde hujan. Lagi dua minggu mcm ni, mmg melaka mula catu air. Sedia je la org melaka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|