CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1827|Reply: 26

[Politik] PRN Johor penentu tarikh PRU 15, tapi apa yang sebenarnya rakyat mahukan?

[Copy link]
Post time 27-2-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, manakala tarikh mengundi pula pada 12 Mac depan.

SPR menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi. Malah, SPR turut memohon kerjasama semua pihak untuk menggalakkan pengundi agar keluar mengundi.

PRN Johor dijangka lebih menarik berbanding Melaka dan Sarawak kerana buat pertama kali golongan muda berumur 18 tahun ke atas layak mengundi.

Perubahan besar itu akan menjadikan PRN Johor sebagai penanda aras bagi pilihan raya selepas ini termasuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

UMNO dilihat mempunyai momentum yang baik menuju pertembungan di Johor setelah menang besar di Melaka.

Jika Barisan Nasional (BN) berjaya mendapatkan satu lagi kemenangan, ia memberi keyakinan kepada UMNO khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen.

Bagi Pakatan Harapan (PH), ia adalah peluang untuk menebus maruah setelah kalah teruk di Melaka dan Sarawak.

Kali ini strategi PH amat berbeza berbanding PRN Melaka. Selain PKR menggunakan logo sendiri, gabungan itu juga bersedia bekerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi mengelak pertembungan kerusi.

Jika gabungan PH dan Muda dapat direalisasikan, ia pasti akan memberi kelainan yang boleh memberi saingan kepada BN.

Bagi Perikatan Nasional (PN), mereka masih yakin dengan formula pada PRN Melaka dan berpegang kepada kekuatan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan tokoh politik Johor disegani.

Lebih menarik, Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang sebelum ini ditangguhkan akibat banjir akan diadakan pada 16 hingga 19 Mac ini.

Sekiranya BN menang besar lagi, dijangka perwakilan UMNO akan mendesak Ismail Sabri membubarkan Parlimen. Mereka berasakan sekarang adalah masa terbaik untuk PRU15 diadakan bagi memastikan UMNO dapat kembali berkuasa semula.

https://www.sinarharian.com.my/article/187279/SUARA-SINAR/Lidah-Pengarang/PRN-Johor-penentu-tarikh-PRU15

Multiple Polls: ( Max 5 choices ), Total 30 Users voted

Poll is finished

23.96% (23)
11.46% (11)
17.71% (17)
9.38% (9)
4.17% (4)
5.21% (5)
3.12% (3)
14.58% (14)
9.38% (9)
0.00% (0)
1.04% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat mahu hapuskan politik..jadikan jabatan netizen sbg kerajaan..sekian
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 11:21 AM | Show all posts
apa manifesto PH kali ni, ptptn? gaji maximum? peluang pekerjaan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pasti, rakyat TAK MAHU kejap2 PRN sbb katak monyet ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 11:35 AM | Show all posts
yang pasti pi mai pi mai tang tu jugak selagi calun recycle tidak ditukar
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 12:04 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 27-2-2022 04:58 PM

rakyat mahu kehidupan yg lebih baik daripada sebelum pru-14 sebab itu kerajaan ditukar tetapi apa yg rakyat dapat kehidupan yg lebih teruk selepas pru-14.
Jadi pada Pru-15, Rakyat mahu kehidupan yang lebih baik daripada yg lalu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2022 12:22 PM | Show all posts
Hapuskan katak lompat. Mahukan kerajaan yang tau buat kerja. Dan PRN kali ni aku tak dapat mengundi. Kalau ada online aku join.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 12:47 PM | Show all posts
rashiman replied at 27-2-2022 12:04 PM
rakyat mahu kehidupan yg lebih baik daripada sebelum pru-14 sebab itu kerajaan ditukar tetapi apa yg ...

Cuba cerita sikit , agak2 camno kehidupan yang lebih baik?

Sekarang ni zaman PM dari party assobiyyah

Harga barang melambung naik dibandingkan dengan zaman PH

Indeks persepsi rasuah semakin teruk

Pelaburan kat negara2 lain dah kalahkan kat Malaysia

Kes covid 19 mencanak

Hmmmm ....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 27-2-2022 12:04 PM
rakyat mahu kehidupan yg lebih baik daripada sebelum pru-14 sebab itu kerajaan ditukar tetapi apa yg ...

Maksud ko, najibun jd piem semula kdn akn lbh baik? GST 10% utk cover imdb losses baik bg ko kot?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau dh mna yg layak..putus asa dibuat yer dgn perangai2 org2 politik nie..pusing kot tu jgk lah..nk prn nie masing2 tunjuk lah buat kerja..prihatin..lps ngundi nti..hmmm..hampa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 01:53 PM | Show all posts
Kali nie ape lak manifesto utk yakinkan rakyat?mcm tk biasa je janji selalu dicapati.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols harap Pejuang boleh buat kejutan n prove something.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
penting sgt ke apa yg rakyat mahu?
patutnya apa yg gol politik mahu, baru betul duduk di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 05:14 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 27-2-2022 05:18 PM
sam1528 replied at 27-2-2022 12:47 PM
Cuba cerita sikit , agak2 camno kehidupan yang lebih baik?

Sekarang ni zaman PM dari party assobiy ...


lebih baik maksudnya, jika sebelum pru-14, rakyat B40 dapat BR1M yg tinggi, siswazah yg belum dapat kerja diberi elaun SL1M yg tinggi utk bekerja menimba pgalaman di sykt GLC, bantuan persekolahan, baucer buku, kedai rakyat, haji percuma utk Imam2,Bilal2,Ketua Kg2, dividen Amanah Saham, Tabung Haji, KWSP pun rakyat dpt tinggi.
jadi rakyat nak lebih baik dari itu selepas pru-14 seperti tol percuma, ptptn percuma, barang murah..seperti yg dijanjikan....tapi apa yg rakyat dapat, bukan semakin bertambah baik tapi semakin teruk dan ada yg dihapuskan bantuan...dapatlah rm30ringgek memujuk rakyat yg telah berjaya diperbodohkan dan sebagai tanda terimaksih kerana mengundi PH jadi kerajaan....
Skrg pun susah, sebab masih ada saki-baki PH dlm kerajaan....kerajaan yg ada skrg hanya mentadbir sementara menunggu pru-15.



Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat tak mahu covid krn pilihanraya
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 05:38 PM | Show all posts
Firenzza replied at 27-2-2022 01:12 PM
Maksud ko, najibun jd piem semula kdn akn lbh baik? GST 10% utk cover imdb losses baik bg ko kot?



majority negara2 maju, macam Singapore, Korea dll semua sudah beralih kpd sistem pencukaian baru GST,
kita pulak yg mengambil langkah kebelakang, dah elok ada GST tukar balik ke sistem lama SST... rakyat tetap menghadap harga barang yg tinggi jugak dan tak dapat nak menikmati pendapatan hasil dari GST. banyak bantuan kpd rakyat terpaksa dikurangkan dan ada yg dihapuskan.

hutang 1mdb, biarlah duit 1mdb yg cover....aset 1mdb pun melebihi dari hutang yg ditanggung...


Aset dana 1MDB RM20.5 bilion dipulangkan kepada kerajaan Malaysia
ADRIANA NABILLA MOHD ANUAR | | 19 November 2021
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-kerajaan-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2022 06:18 PM | Show all posts
rashiman replied at 27-2-2022 05:14 PM
lebih baik maksudnya, jika sebelum pru-14, rakyat B40 dapat BR1M yg tinggi, siswazah yg belum dapa ...

Tak ada beza pon zaman PH semua tersebut ada

Kecuali TH , hibah rendah pasal Pok Jib(yg kalah rayuan tu) dah tipu kewangan TH zaman dia

Tol percuma janji dalam 5 tahun , hapuskan PTPTN adalah janji dari PAS

Silap party asobiyyah lah jatuhkan PH , tak dapat lah tol percuma. Korang buat silap pasal apa salahkan orang lain?

Paling kurang ada jugak RM35 untuk ewallet , kerajaan party assobiyyah kenakan charge RM35 untuk pasang RFID (PH bagi RM35 , party asobiyyah sapu RM35)

Bila orang bersungut , cepat2 korang berhenti

Sekarang zaman party asobiyyah jadik PM ... harga barang melambung naik

Camno?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya BN jer as government. Yang lain boleh main jauh2. Dah bagi peluang sebok bergaduh...jual asset negara...ekonomi jatuh...banjir pun tak mampu nak tolong...Kelantan tu cukup2 lah undi Pas...takde satu guna apa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 07:27 PM | Show all posts
sam1528 replied at 27-2-2022 06:18 PM
Tak ada beza pon zaman PH semua tersebut ada

Kecuali TH , hibah rendah pasal Pok Jib(yg kalah rayu ...



kalau tipu kewangan TH, kenapa tak dakwa org yg menipu....
faktanya, selepas Pru-14, pelabur byk lari, saham jatuh jadi pelaburan TH pun terjejas...itu yg dikatakan oleh Penganalisi ekonomi...
takkan PH nak bagi alasan tu..., terpaksalah kata kewangan TH kena tipu....




Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 09:44 PM | Show all posts
rashiman replied at 27-2-2022 07:27 PM
kalau tipu kewangan TH, kenapa tak dakwa org yg menipu....
faktanya, selepas Pru-14, pelabur byk ...

Bukan Tabung Haji dah buat report polis tentang tersebut?

Setelah party assobiyyah jadik kerajaan pelabur lebih ramai lari , saham jatuh etc & harga barang melambung naik

Tau pasal apa? Terserlah persepsi kat negara ni sekarang adalah lubuk rasuah & pemimpin yang jarah harta rakyat

TQ aje lah kat Pok Jib(yg kalah rayuan tu) & geng dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.070191 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list