CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1623|Reply: 0

Gulai Siam Perut

[Copy link]
Post time 1-3-2022 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hai lama rasanya tak berbagi resepi kat sini. Since dah tak lama dah nak menyambut bulan Ramadan kan, maka Nekcun share lagi satu resepi ala kampung untuk semua mana tau boleh cuba untuk jadikan juadah berbuka nanti.


Gulai Siam Perut

Bahan Utama:
Perut Lembu (hiris dan rebus sampai empuk)
Rebung Madu (rebus dulu) atau Terung Pipit (tak mau pun takpa)

Bahan Kisar:
Bawang Putih
Bawang Merah
Cili Padi (ikut suka nak pedas tahap mana)
Cili Kering Kisar (cukup untuk bagi warna merah2 sikit)
Kunyit Hidup / Serbuk
Halia
Lengkuas

Serai (ketuk)
Daun Limau Purut
Asam Keping
Santan Pekat
Air
Garam dan perasa tambahan (jika perlu)

Cara2:
Rebus perut sampai empuk dulu. Kalau suka tambah rebung, boleh rebus juga. Jangan pi rebus sekali pulak. Kalau tak suka, tak payah tambah rebung. Ikut selera, ada pilihan boleh tambah terung pipit atau batang keladi.

Sambil2 rebus, boleh kisar bahan2 lain dulu. Dah ready semua, panaskan minyak sikit dalam kuali kemudian tumis bahan2 kisar dan serai sampai pecah minyak.

Masukkan perut dan rebung, gaul sikit tambah air sikit dalam secawan. Masuk asam keping, daun limau purut, biar mendidih sat then masuk garam dan perasa tambahan. Balancekan ikut selera masing2.

Kemudian, boleh masukkan santan dan gaul rata. Agak kuah dah elok pekat dia, rasa pun dah ngam. Bolehlah tutup api. Tak payah lama2 sangat pasal perut dan rebung tu dah rebus pun tadi kan. Siap.

Bolehlah gandingkan dengan ikan selar kuning goreng garing2 dan sambal belacan.
Selamat Mencuba!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053576 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list