View: 900|Reply: 17
|
[Politik]
Rafizi: Saya dan Anwar ada perbezaan, tetapi kami setuju 'tolak Zahid'
[Copy link]
|
|
Rafizi: Saya dan Anwar ada perbezaan, tetapi kami setuju 'tolak Zahid'
https://www.malaysiakini.com/news/643042
RK Anand
Diterbitkan: Nov 8, 2022 10:56 AM⋅
Dikemaskini: 10:56 AM
PRU15 l Rafizi Ramli mengakui bahawa dirinya dan Anwar Ibrahim tidak sehaluan dalam banyak perkara, termasuk yang terbaru ialah pilihan calon untuk kerusi Parlimen Sungai Buloh.
Bagaimanapun, apabila bercakap mengenai Ahmad Zahid Hamidi, kedua-dua pemimpin PKR itu bersependapat.
Bercakap kepada Malaysiakini, Rafizi menegaskan jika ada satu perkara yang dipersetujui mereka bersama adalah bahawa tiada ruang untuk berkompromi, Pakatan Harapan tidak sepatutnya mengadakan pakatan dengan presiden Umno itu.
“Ya, saya dan Anwar ada perbezaan. Tetapi ini adalah sesuatu yang kita bersetuju. Isu bekerjasama dengan Zahid seharusnya langsung tidak timbul, sama sekali,” katanya.
Timbalan presiden PKR itu yakin PH mampu memenangi mandat rakyat pada pilihan raya umum 19 Nov ini dan kembali semula ke Putrajaya selepas ditumbangkan setelah hanya berkuasa 22 bulan selepas pilihan raya 2018.
“Dinamik politik telah berubah,” kata Rafizi, merujuk kepada peningkatan sokongan kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil, serta pilihan raya negeri Melaka dan Johor lalu, yang menyebabkan Zahid mendesak Ismail Sabri Yaakob supaya segera membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum dapat diadakan tahun ini.
Pada pilihan raya Johor Mac lalu, BN berjaya menawan 40 daripada 56 kerusi DUN untuk merampas semula negeri kelahiran Umno itu, yang jatuh kepada PH pada PRU14 lalu.
Malah awan gelap musim tengkujuh tidak dapat menghalang Zahid daripada mendesak supaya PRU15 segera diadakan dengan tujuan, menurut pesaingnya, untuk cuba campur tangan kes rasuahnya di mahkamah semata-mata untuk mengelakkannya daripada dihumban ke penjara seperti nasib bekas perdana menteri Najib Razak.
Bagaimanapun, menurut Rafizi tindakan Ismail Sabri sudah terlambat dan taktik "serangan Zahid” ketika mereka adalah lemah mungkin tidak membuahkan hasil.
Dia mendakwa sokongan kepada Umno-BN sejak itu kian terhakis, dan ini seterusnya meningkatkan prospek PH dalam pilihan raya umum kali ini.
"Kita sekarang boleh dapat mandat sendiri tanpa perlu bekerjasama dengan pihak lain," tambahnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Benda yang dibuat terbalik dari yang disembang sebelum pru15
Songsang la katakan |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 19-9-2023 01:41 AM
Benda yang dibuat terbalik dari yang disembang sebelum pru15
Songsang la katakan
Najib Razak sekarang kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Payah nak jumpa orang PH yg tak munafik. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 19-9-2023 06:27 AM
Najib Razak sekarang kat mana?
Rohingya |
|
|
|
|
|
|
|
Terserlah kemunafikan dorang nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ujung2, persamaannya adalah self-claim terpaling educated yg gebang level babi terbang |
|
|
|
|
|
|
|
demi sesuap jawatan menteri dalam kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
nampak mcm naratif sekarang nak berubah ke arah
- anwar bela dan pertahan zahid
- semua salah mahathir |
|
|
|
|
|
|
|
Zahid dah suci oleh dorang berdua skg ni |
|
|
|
|
|
|
|
YA..betul tuan2,puan2....BEGITULA FORMULANYA.Apa yg tuan2,puan2 perlu@patut buat semudah...angguk jer...sambil sujud syukur.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kata porumer,piji ada dalam cari forum??
Minta la sepatah dua auta piji oiiii..jangan nak malu2..kami rela mendengar .. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 19-9-2023 10:17 PM
Kata porumer,piji ada dalam cari forum??
Minta la sepatah dua auta piji oiiii..jangan nak malu2..kam ...
Kuindengkike pun pernah aktif berforum
|
|
|
|
|
|
|
|
Sembang kote lapuji sotong |
|
|
|
|
|
|
| |
|