CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2383|Reply: 10

'Member' Liat Bayar Hutang? Ini Cara 'Ajar' Individu Tersebut

  [Copy link]
Post time 9-12-2022 07:47 AM | Show all posts |Read mode
Sumber Pinterest


Sehingga kini, masih ramai individu yang kita lihat bertindak menularkan isu 'kawan boleh bayar hutang' di media sosial. Tindakan mereka itu didorong oleh rasa tidak puas hati apabila tuntutan berkenaan tidak diendahkan oleh penghutang.



Lebih mengecewakan apabila individu yang meminjam wang tersebut adalah dalam kalangan baik atau saudara-mara memberikan pelbagai alasan tanpa sebarang usaha untuk membayar semula jumlah wang yang dipinjam.



Sejak kebelakangan ini, pemiutang yang menuntut hutang dibayar semula seolah-olah mengemis wang sendiri sedangkan segelintir penghutang tanpa segan mempamerkan kehidupan gembira dengan berjalan ke tempat-tempat yang menarik dan sakan membeli-belah.





Sekecil apa pun jumlah yang dipinjamkan dan belum dibayar, individu yang sudah 'fed up' untuk mengejar penghutang boleh membuat tuntutan hutang di Mahkamah Tuntutan Kecil.



Mungkin masih ramai tidak tahu bahawa Mahkamah Tuntutan Kecil mengendalikan kes berkaitan mendapatkan kembali hutang, tuntutan barangan, upah sesuatu perkhidmatan yang tidak dibayar, sewa menyewa, tuntutan atas barangan rosak dan tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan.



Menariknya, khidmat ini tidak memerlukan seseorang itu mengupah peguam. Bagaimanapun, tuntutan kecil ini hanya membabitkan nilai wang di bawah RM5,000.





Individu yang ingin membuat tuntutan hanya perlu pergi ke Mahkamah Sivil untuk membuka kegagalan tuntutan kecil dengan bayaran RM20 dan maklumkan tuntutan tersebut serta fakta pinjaman yang diberi.



Mahkamah akan menghantar surat pendengaran di hadapan hakim dan sekiranya tertuduh mengaku bersalah mahkamah akan memberi arahan untuk membuat bayarn segera dalam tempoh 30 hari.



Jika masih tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, plaintif boleh membuat tindakan mahkamah semula dan kali ini hukuman lebih berat iaitu defendan kena bayar segera atau harta disita atau waran tangkap dikeluarkan untuk ditahan.





Mungkin ada antara individu yang rasa seolah-olah membuang masa untuk membuka fail tuntutan di mahkamah tetapi mungkin dengan menggunakan undang-undang individu yang berhutang akan membuat bayaran segera.



Rasanya, sesiapa sahaja boleh rasa 'gerun' mendengar harta mereka disita atau waran tangkap dikeluarkan gara-gara tidak membayar semula hutang mereka walaupun dalam nilai yang dianggap kecil. -CARI











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 09:29 AM | Show all posts
Menetapkan tujuan kewangan dan melakukan perencanaan yang baik adalah hal yang penting untuk memastikan keberlangsungan hidup finansial.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:33 AM | Show all posts
paling benci dgn org yg liat byr hutang
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:36 AM | Show all posts
Saya berharap orang yang berhutang akan mencari bantuan profesional untuk mengatasi masalah mereka dan membangun keuangan yang stabil.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 12:43 PM | Show all posts
Jangan bagi saja...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 01:10 PM | Show all posts
iols so far sekali saja pernah kena kawan pinjam duit x bayar. since then iols x kawan dah dgan dia padahal dlu bestfren. dia pinjam rm500 pd tahun 2014... 2x iols mintak dia bg alasan mcm2... nk dekat 10 tahun iols masih lg x pasti nak halalkan atau tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2023 03:33 PM | Show all posts
bagi pinam membe lagi susah nak mintak balik
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2023 03:33 PM | Show all posts
kawna kawan lagi tak malu dari orang luar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 04:52 PM | Show all posts
kawan tak kawan.. awal awal lagi patut reject..jgn bagi pinjam
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 06:47 PM | Show all posts
tahun 2010 iols pernah pinjamkan kawan iols rm430 pd kawan iols... smpai skrg dia x bayar2 dan smpi skrg juga lah iols x pernah approve friend request dia dekat fb... nak kata halalkan x jugak, nak kata haramkan pun tak jugak... bru je terserempak dia dekat kampung few months ago, dia tegur dan say hi, iols senyum plastik jah kt dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 14-5-2023 06:47 PM
tahun 2010 iols pernah pinjamkan kawan iols rm430 pd kawan iols... smpai skrg dia x bayar2 dan smpi  ...

SG pernah beberapa kali kasi kawan pinjam. Style SG, SG akan tanya berapa yg dia boleh bayar sebulan. Kalau SG rasa amoun pembayaran tu ok, SG akan set kan date kena bayar tiap2 bulan n amoun…so far mmg dpt balik semua pinjaman. Adalah ter delay sebulan ke, tp yg penting bgtau n jgn diam je

Pastu SG akan hantar reminder kalau date dah lepas…lagi satu bila tang hutang, SG akan act as antara penghutang dan pemberi hutang, utk time tu la…time lain2, SG akan act as kawan mcm biasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059953 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list