CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17876|Reply: 112

[Tempatan] MOGOK LAGI. DOKTOR TAK PUAS HATI

  [Copy link]
Post time 2-4-2023 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Mogok doktor kontrak akan diteruskan esok
Oleh Zanariah Abd Mutalib - April 2, 2023 @ 5:25pm
zanariah_mutalib@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kumpulan doktor kontrak yang merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula esok, tidak berganjak daripada keputusan mereka untuk meneruskan tindakan itu.

Bercakap kepada BH, jurucakap kumpulan itu yang dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram, mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan.

Jurucakap kumpulan itu yang dikenali sebagai Dr Jamal, berkata mereka tidak akan hadir bertugas selama tiga hari, dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan.

Mereka tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan beramai-ramai atau berdemonstrasi kerana ia dikatakan akan digunakan oleh ahli politik sebagai dakwaan untuk menghukum mereka.

"Kami sudah hilang kepercayaan terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) dan ahli politik yang menabur janji palsu. Doktor kontrak ialah pekerjaan mulia, bukan kuli," katanya.

Ditanya sama ada mereka tidak bimbang jika berdepan tindakan akibat mogok berkenaan, Dr Jamal berkata, tiada tindakan akan diambil jika doktor kontrak mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan.

Mengenai perkhidmatan kepada pesakit yang mungkin terjejas jika mereka tidak hadir bertugas, Dr Jamal berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis awal supaya orang awam tidak datang ke fasiliti kerajaan, sebaliknya disaran mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta.

"Kami berharap orang awam tidak pergi ke hospital kerajaan dan sebab itu, kami sudah mengeluarkan notis awal kepada semua.

"Jika ada apa-apa kematian disebabkan rawatan yang lewat, kami tidak akan mengambil sebarang tanggungjawab kerana kami tidak bekerja pada tiga hari berkenaan.

"Pesakit mengambil risiko sendiri jika pergi ke hospital awam atau klinik kesihatan. Kami sudah memberi notis awal tapi kami berharap tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2023 08:29 PM | Show all posts
Move on la doktor2 kontrak. Setiap tahun nak main ugut. Quit je terus tak payah la nak main naratif
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 08:30 PM | Show all posts
JPA mohon jalan tugas, yg mana kemukakan mc tak tak sakit, mohon tindakan tatatertib
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Resign je la kalau x puas ati.. Xyah rasa entitled sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah x percaya dgn kkm..why still stay in kkm?...boleh je lerak jawatn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kads replied at 2-4-2023 08:35 PM
Kalau dah x percaya dgn kkm..why still stay in kkm?...boleh je lerak jawatn

Byk bnefit woah. Tp kita geng2 doktor kontrak kita habaq mai yang x best jela
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak jawatan...  dgn kkm
Gi tempat lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 2-4-2023 08:30 PM
JPA mohon jalan tugas, yg mana kemukakan mc tak tak sakit, mohon tindakan tatatertib

Ini kalau level atendan hospital mogok ko raasa doktor sokong x? Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesakit mengambil risiko sendiri jika pergi ke hospital awam atau klinik kesihatan. Kami sudah memberi notis awal tapi kami berharap tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.

Wah sombongnya. Potong ajelah gaji, biar melingkup. Kalau swasta dah lama kena fire.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Peel selfish macam ni ingat swasta nak ambil ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 2-4-2023 08:43 PM
Pesakit mengambil risiko sendiri jika pergi ke hospital awam atau klinik kesihatan. Kami sudah membe ...

Cuba kalau atendan hospital ckp mcm ni pula. Mesti geng2 doktor panas hati je. Buat 100 thread pasal atendan hospital dkt twitter
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
amboiiiii korang nak mogok habis sabit ke org lain plak. blh plak bagi notis jgn dtg ke hosp awam/kk. boleh plak gitu??? patut la selalu dikatakan pekerja gomen ni mengada-ngada.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Betui ka 10-12k yg tak mai keje 3 hari nnt?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ipanimanz1 at 2-4-2023 09:40 PM

baik uols sambung keje...xpuas hti,habis kontrak,p cri swasta atau klinik2 luar...satgi kena blacklist pulak yg mogok tu..naya
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan..doktor2 kontrak ni bila buat macam ni mcm x percaya rezeki je
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 2-4-2023 08:38 PM
Byk bnefit woah. Tp kita geng2 doktor kontrak kita habaq mai yang x best jela

Hehe itulah..benefits tak mau pungpang pulak ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2023 09:43 PM | Show all posts
doktor-doktor kontrak mohon masuk menghadap dan komen
nk tahu juga kisah sebenar yang marah sgt dgn kkm ni
pasal mogok ni macam dah bertahun dengar
tapi tak ada kesudahan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Korg buat perangai, nt gomen ambik rohingya bangla jd doktor
Jgn main², diorg makin ramai
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengadanya. Tak bersyukur. Tak bertanggungjawab dan selfish sengaja ambil mc semata² mogok. Kalau ada pesakit perlukan rawatan dan staff xckup dan menyusahkan orang lain korang2 dah kira menganiaya orang tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 10:22 PM | Show all posts
gekkou replied at 2-4-2023 09:43 PM
doktor-doktor kontrak mohon masuk menghadap dan komen
nk tahu juga kisah sebenar yang marah sgt dgn  ...

ya bener... mari hadir cerita hal lebih detail...

kalau boleh nak tau juga pecahan ikut kaum dan negeri, saja nak tau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.064006 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list