CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1255|Reply: 28

Persahabatan Lebih 10 Tahun Putus, Bakal Pengantin ‘Marah’ Sahabat Baru Kematian Nenek Batal Jadi Pengapit

  [Copy link]
Post time 20-5-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Siapa sangka persahabatan yang dijalin terputus gara-gara seorang gadis terpaksa membatalkan hasratnya untuk menjadi pengapit sahabatnya, pada saat akhir.


"I ada best friend, dululah... sekarang tak kawan. I sepatutnya jadi dia punya pengapit.






"Majlis kahwin dia hari Sabtu. Hari Rabu nenek I meninggal dunia. I kat Kuala Lumpur, jadi kena balik ke Johor Bahru (JB)," katanya menerusi satu video yang dimuat naiknya.


Menurut gadis berkenaan, dia telah memaklumkan kepada sahabatnya kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan untuk menjadi pengapit.


Maklum balas yang diterima di luar jangkaan, apabila sahabatnya yang merupakan bakal pengantin melepaskan kemarahan terhadapnya.


"Dia marah, dia kata 'Macam mana awak boleh buat saya macam ni'. I cuma cakap 'orang meninggal, mesti la I kena balik, takkan i pergi wedding you happy happy, nenek I meninggal, nanti saudara-mara tanya mana I. Sebab famili I semua tinggal di JB'.


"Apa yang dia balas 'Sampai hati you buat I macam ni. Tak sangka you buat I macam ni'. I terperanjat, ini orang meninggal, kenapa nak cakap macam tu kan?" ujarnya.


Gadis ini berkongsi kisah persahabatannya yang terjalin selama lebih 10 tahun.




Enggan mengeruhkan keadaan, dia memohon maaf kerana tidak dapat hadir menjadi pengapit di majlis perkahwinan.


Menurutnya lagi, majlis perkahwinan sahabatnya itu tetap berlangsung dan pengapit digantikan dengan rakan pengantin yang lain.


Namun apa yang tidak enak dilihat apabila si pengantin membuat perkongsian di Instagram Story selepas majlis selesai.


"Dia buat post 'penghargaan' untuk orang lain (pengapit), ucap terima kasih kerana 'selamatkan' hari besar dia sebab dia 'ditinggalkan'. Dia kata I ditched (buang) dia.


"I tak ditched dia, I ada pengebumian kan. Itulah kali terakhir I borak dengan dia... dia tak balas bila I cakap nak balik sebab orang meninggal. I minta maaf, dia tak balas,” katanya.


Menurutnya lagi, mereka merupakan rakan karib selama lebih 10 tahun dan tidak menyangka persahabatan mereka terputus gara-gara perkara tersebut.


Pada masa sama, dia turut menjelaskan alasan tidak menjadi pengapit kepada sahabatnya pada Sabtu memandang pengebumian neneknya berlaku Rabu.


"Ini kerana dia (pengantin) tak balas (mesej) dan cakap benda tak baik. Jadi, I fikir tak perlu perkara negatif," ujarnya menerusi ruangan komen.


Dalam pada itu, rata-rata netizen bersimpati dengan kisah yang dialami gadis tersebut bersama sahabatnya, dan antara mereka berkongsi reaksi dan pandangan.











Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama level je korang ni. Patutlah berkawan baik satu masa dulu. If you are a better person, takde pun bitter nak buat post tiktok londehkan perangai "kawan" tu. Chill jelah teruskan hidup anda....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
katanya kematian n wedding tu gap 2 hari..patutnya dia usaha jgk pergi..sbb dia bridesmaid..
mungkin dia anggap bridesmaid ni keje posing cantik2 n huha2 jer tepi pengantin..tu yg dia xpegi
mmg sepadan perangai dua2..patut lah bff
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
i think both of you can do better. rabu sabtu bknnya bertindih sgt boleh je dtg wedding skjp. mgkn korg lebih baik utk tidak bersahabat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 01:32 PM | Show all posts
kawan tu buat post tak tersebar pun..
kau buat tiktok sebar satu dunia..
elok la dah tak berkawan sebab kau pun sama je hauk..
kalau kerja pun compassionate leave dapat 3 hari je..
plus bukannya pengkebumian 3 hari 3 malam..
sempat je kot kalau kau nak balik jadi pengapit yang majlis berapa jam je pun..
dia dah pilih kau jadi pengapit means dia anggap kau kawan rapat la..
of course dia kalut nak cari pengganti dalam masa 2 hari..
nak kena baju pengapit dengan tema lagi..
nervous hari kawin dia lagi mesti la stress cepat terasa hati..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek kau dah meninggal bkn boleh bangun balik dekkkk
Last minit nak cari pengapit ko hengat senang ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by HujanBatuTiga at 20-5-2023 04:35 PM

Utamakan keluarga dulu. Kwn boleh dicari. Kalau dia kwn yg bagus patut boleh faham situasi org kehilangan keluarga terdekat. Nenek sendiri. Compassionate leave pun dpt 7 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
HujanBatuTiga:  Edited by HujanBatuTiga at 20 ...

Betul tu, utamakan keluarga dahulu. Kalau hati masih bersedih pun, macam mana nak buat2 muka happy masa wedding org lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dont get why ramai condemn dia. at first aku pikir jgk psl gap rabu-sabtu tu. tp mcm die ckp kwn die xreply msj, n ckp bnda xelok, tu yg die hangin kot lg la xnk dtg. pstu die lg mrh sbb kwn die post kena ditched, so sama jelah kwn die pn da sebar kt socmed. mcm korg la kn kalo msj bos ade kematian, pastu titibe bos trus msj ‘lg dua hr blh masuk kerja x?’ xkena waktu dan cara. aku assume cmni jelah hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
pmpn kalau berkawan super toxic yach..i xde bff @ kwn yg boleh keluar masuk rumah i sesuka hati.sbb cara pmpn sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
yondu: pmpn kalau berkawan super toxi ...


About perempuan berkawan Super toxic tu SG xpasti…rasanya laki pempuan ada je

Cuma SG prefer x rely to other people, x letak high expectation to other people, tappiiiiii jaga relationship antara manusia… that’s my belief la
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh bodohnya budak
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 12:50 PM | Show all posts
Hmm entahlah budak sekarang..apa2 mengadu kat media sosial. Hilang kawan tu biasalah. Kawan ai pinjam 10 ribu....esok call haram tak dapat....nombor semua tukar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 11:08 AM | Show all posts
maybe for some person... bila family member yg rapat meninggal dunia. cepat boleh move on... tapi jgn lupa xsemua org sama... ada org berbulan2 nk move on... semangat tu hilang dan utk pulih semua ambik masa... bg saya yg pernah kehilangan family terdekat... saya paham perasaan bridemaid ni...xde hati nk seronok2 n happy masa wedding kawan tu...rasa nk bersedirian atau nk berada dekat dgn keluarga sendiri....kematian ni bukan leh dirancang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 02:53 PM | Show all posts
Itu sbb meolss dah nasihat kat anak lelaki dan anak pompuan meolls kalau nak berkawan jgn sampai BFF, cukup sekadar kawan saja takde lebih2.. ekekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengapit je pon. Kenapa nak susahkan orang lain? Aku dulu chill je. Faham orang lain pun ada komitmen lain. Tak perlu nak paksa2.Tambah2 ini nenek kot meninggal. Bff konon, itu pun tak boleh tolenrasi. Tak payah la rapat2 sangat. Akhir2 mesti gaduh. Aku pon dengan bff tanya khabar beberapa bulan sekali. Masing2 dah ada kehidupan sendiri. Tak perlu nak sentap hal2 kecik ni. Bodohnya budak2 ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 09:34 AM | Show all posts
Ate, kalau deme tu udah xnak kawan ngan kome udah2 le... Mane ada manusia sempurna termasuk diri kome sendiri.  Jadi, daripada asyik salah menyalahi, move on aje lerr.. byk lagi koje lain boleh buat.  Nak mikior pasal kawan xde kesudahan.  Kecuali komee mmg ada rasa bersalah sgt2 dlm diri itu yg komee xleh nak move on lagi, dok mikior tindakan kawan kome and tindak balas kome.. gitulah!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 04:32 PM | Show all posts
Edited by iolss at 25-5-2023 04:33 PM

kwn toxic mmg ramai...dpn lain gelak2 blkg haktui mngumpat. fake je lebih.. i pon ada kwn cani. kuar msk rmh i.rmh mak pak i.siap tido bermalam lgi..nsb x dikebasnya laki i. alih2 fake.haktuii btl. trs i blacklist
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat johor buat tahlil kematian selalunya 3hari paling minimum....kekdg 7hari...

Ok, ada sbb dia tak blh dtg
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku faham je perasan org yg kehilangan ahli keluarga tersayang..Kita x tau hubungan mereka dlm keluarga rapat mcm mn..nak2 nenek..Kalo jenis nenek yg ms hidup dia dl ms cuti sekolah je semua cucu kn anto blk kg..ms cuti tu je la ms nenek bermanja gan cucu..mau x rapat nye..lgpun x manis nenek br meninggal dah sibuk jd pengapit..ni Kalo kat tempat Aku dl la..bg je ahli keluarga yg kehilangan tuk berkabung kalo deme nak... kata bff Kalo bff mesti terasa sedih gak kalo bff Kita tgh sedih nenek dia meninggal..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.066890 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list