CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

Toyota perkenal Innova Zenix varian HEV, ICE

[Copy link]
Post time 22-6-2023 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Toyota perkenal Innova Zenix varian HEV, ICE


Toyota Innova Zenix baharu yang dipamerkan untuk media di Ibu Pejabat Toyota, Shah Alam. - NSTP / FAIZ ANUAR FAIZ ANUAR


KUALA LUMPUR: UMW Toyota Motor memperkenalkan Toyota Innova Zenix kenderaan elektrik hibrid (HEV) dan varian enjin pembakaran dalaman (ICE) serba baharu, sekali gus menandakan satu kejayaan penting dalam komitmen syarikat terhadap neutral karbon.

Zenix HEV serba baharu yang menjadi tumpuan utama membuktikan lambang dedikasi Toyota yang tidak berbelah bahagi kepada aspek kelestarian.

Dengan pelancaran Zenix, syarikat itu telah mempamerkan komitmennya untuk mencapai sasaran neutraliti karbon selaras matlamat Malaysia menjelang 2050.

Dengan pendekatan holistik untuk menangani cabaran berkaitan dengan neutraliti karbon, Toyota berhasrat untuk menjadi pemimpin dalam membentuk semula ekosistem mobiliti.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, pihaknya berusaha untuk meluaskan sempadan teknologi dan merevolusikan ekosistem mobiliti.

"Pelancaran maya Zenix serba baharu ini adalah usaha berterusan kami terhadap inovasi era baharu, sambil memperkayakan gaya hidup orang ramai.

"Menampilkan reka bentuk premium yang memberikan keseronokan pemanduan Zenix mempamerkan ruang unggul dan berkualiti tinggi yang mengubah arah penggayaan reka bentuk daripada MPV tradisional kepada estetika crossover yang dinamik," katanya.

Ravindran berkata, dengan ruang dalaman yang luas dan direka dengan teliti, Zenix serba baharu mentakrifkan semula keselesaan dengan dimensi yang lebih besar, pembinaan monocoque dan lantai rata, memberikan pengalaman pemanduan yang dipertingkatkan serta melonjakkan keselesaan penumpang.

Dibina dengan platform termaju Toyota New Global Architecture (TNGA), Zenix serba baharu menetapkan standard baharu dalam aspek kemewahan dan keselesaan Crossover segmen-C.

Tambahnya, Zenix serba baharu di Malaysia tampil dengan Toyota Safety Sense 3.0 (TSS3.0), menetapkan penanda aras industri baharu untuk teknologi keselamatan termaju, terbaik dalam kelasnya.

Ia termasuk ciri dipertingkatkan seperti Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), Makluman Berlepas Lorong (LDA) dengan Bantuan Pemandu, Bantuan Pengesanan Lorong (LTA), Kawalan Pelayaran Radar Dinamik (DRCC), Rasuk Tinggi Automatik (AHB) dan banyak lagi.

Katanya, ia mempunyai inti pati premium dan keteguhan, Zenix serba baharu menampilkan aspek luaran yang diilhamkan untuk crossover menawan, seterusnya mempamerkan komitmen Toyota untuk menggabungkan aspek gaya dan fungsi.

"Crossover ini dilengkapi dengan ciri canggih dan praktikal, seperti 'Power Back Door', sekali gus meningkatkan lagi daya tarikan Zenix serba baharu.

"Ia juga menawarkan pilihan luar biasa antara model Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) dan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE), ciri yang memenuhi pilihan yang berbeza sebagai sebahagian daripada pendekatan Toyota terhadap neutraliti karbon," katanya.

Beliau berkata, UMW Toyota Motor percaya Toyota Innova Zenix serba baharu akan memuaskan hati malah melebihi jangkaan pelanggan dan ia direka untuk keluarga moden Malaysia yang mencari kenderaan yang akan menggabungkan kemewahan, gaya, prestasi dan teknologi elektrik hibrid.

Toyota Innoza Zenix menawarkan harga bermula RM202,000 bagi HEV dan RM 165,000 bagi enjin ICE.


Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... enix-varian-hev-ice

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046433 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list