CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 451|Reply: 4

Wanita Beragama Kristian Terkejut Anak Lelakinya Suka Dengar Azan

[Copy link]
Post time 12-7-2023 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang ibu yang juga penganut agama Kristian terkejut apabila melihat kelakuan anak lelakinya yang suka mendengar azan yang dibuka dalam telefon bimbit.


Malah, yang menghairankan ibu kanak-kanak itu ialah anaknya akan menangis setiap kali dia menutup laungan azan yang sedang didengarnya.


Anaknya hanya akan berhenti menangis apabila dia memasang semula azan berkenaan.






Menurut perkongsian di akaun Tik Tok milik ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan, @mamiyzio, dia dilihat bertanya kepada anak lelakinya kenapa dia suka mendengar azan.


"Kenapa adik suka mendengar Allahuakbar? Suka dengar azan?


"Kita Kristian dik, adakah aku perlu sedih atau bangga?," katanya menerusi kapsyen yang ditulis di video berkenaan.


Rakaman video yang tular dengan jumlah tontonan sebanyak 24.5 juta dan 1.2 juta tanda suka itu dipercayai berlaku di Indonesia.


Video berdurasi dua minit dan 29 saat yang dimuat naik itu berjaya mencuri tumpuan netizen yang tersentuh hati melihat kelakuan baik kanak-kanak itu.


Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan membanjiri ruangan komen dengan ucapan serta kata-kata yang baik.


Sementara itu, video berasingan di akaun yang sama memaparkan rakaman video wanita itu menyuap makanan kepada anak lelakinya sambil membuka laungan azan.


Menerusi kapsyen yang ditulis, katanya dia tidak kisah membuka laungan azan, yang penting anaknya mempunyai selera untuk makan.





Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 09:18 AM | Show all posts
moga terbuka hati keluarga itu utk menganut agama Islam .. AAmin..
mu nak isley ke nak air bersih?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 09:41 AM | Show all posts
sanggup ke diorang murtad dr agama kristian?

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Takajut ka?

Akak lagik takajut bila dengar budak2 Muslim ngaku suka dengar lagu Kristian dalam BM.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang dulu tu, anak dia siap solat lagi, ambik selimut/tuala buat sejarah. Solat depan TV sewaktu orang Azan. Mereka pun family Kristian jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061579 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list