CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 606|Reply: 0

[DUNIA] Kisah Perjuangan Hidup & Kematian ‘Malcolm X’ Atau El-Hajj Malik El-Shabazz!

  [Copy link]
Post time 14-7-2023 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Perjuangan Hidup & Kematian ‘Malcolm X’ Atau El-Hajj Malik El-Shabazz!


Malcolm x atau nama sebenarnya adalah Malcom Little, manakala nama islamnya pula adalah El-Hajj Malik El-Shabazz yang merupakan seorang aktivis hak asasi manusia Amerika Syarikat.

Perjuangan Untuk Menegakkan Keadilan
Malcolm Little dilahirkan di Omaha, Nebrasja USA pada 19 May 1925. Beliau adalah anak keempat daripada lapan orang adik beradik yang dilahirkan oleh Louise dan Earl Little, Earl Little merupakan seorang paderi yang aktif di dalam pertubuhan perpaduan Afro-Amerika.

Pertubuhan tersebut telah mendatangkan ancaman daripada pendukung ketuanan kulit putih seperti KV KLvx Kl@n sehingga keluarga mereka beberapa kali diganggu, disebabkan ayah Malcolm lantang menyuarakan kesdamarataan untuk golongan kulit hitam. Diganggu sejak Malcolm belum lahir sehinga dia berusia 4 tahun, mereka juga hidup berpindah randah dari Omaha ke Milwaukee kemudian ke Lansing Michigan.

Pada 1929, gangguan lebih teruk apabila rumah mereka yang berada di Lansing dibakar oleh sekumpulan perusuh kulit putih. Apabila Bomba dan Polis dipanggil, mereka hanya tercegat diam dan tidak berbuat apa kerana mereka juga berkulit putih serta menyokong perbuatan merusuh. 2 tahun kemudian, jasad ayah Malcolm ditemui dilandasan tren dan keluarga Malcolm percaya bahawa dia telah dibunuh berikutan mendapat pelbagai jenis ancaman sebelum ini.

Pihak polis menyangkal hal tersebut dan laporan ditulis kerana kemalangan. Ini kerana mereka ingin mengelakkan insuran yang dibeli keluarga Malcolm untuk membayar pampasan kepada mereka. Ibu Malcolm trauma atas kejadian yang menimpa suaminya itu sehingga terpaksa dimasukkan kedalam Hospital mental dan menghabiskan sisa hayatnya disitu selama 26 tahun. Malcolm dan adik-beradiknya yang lain dipisahkan kedalam rumah anak-anak yatim.

Pada usia 15 tahun, Malcolm memuilakan kehidupan baru sebagai pengilat kasut di sebuah kelab malam Lindy Hop seta tinggal bersama kakak tirinya. Beliau sibuk mencari duit sampingan dalam kegelapan, beliau juga sudah terbiasa berada dalam lembah pelacuran, sisi gelap kotaraya, dadah, judi dan sebagainya.

Pada 1946, Malcolm ditahan atas tuduhan mencuri dan dipenjarakan selama 10 tahun. Malcolm menghabiskan masanya didalam penjara dengan membaca buku untuk menggantikkan pelajarannya yang sudah terlepas. Pada 1948, keluarganya telah memeluk ajaran islam, saudara lelakinya telah menulis surat meminta beliau menyertai Nation of Islam (N.O.I)

Ajaran Islam Yang Sesat
N.O.I merupakan parti ajaran sesat Afrika-Amerika yang diasakan di Detroit, Amerika Syarikat oleh Wallace D. Ferd Muhammad pada 4 Julai, 1930 serta berselindung dengan nama islam.

Parti ajaran sesat itu secara terang telah menyalahi sisi agama islam yang sebenar. Pengikut N.O.I mempercayai dakyah oleh Muhammed Fard dan bukannya berdasarkan Al-Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Selepas Malcolm keluar penjara dan dia menjadi orang kuat N.O.I serta meraih jawatan menteri di Boston. Beliau memperluaskan lagi penyebaran kefahaman sesat N.O.I melalui akhbar dan terlalu taksub dengan N.O.I, sehinggakan Malcom mengatakan untuk menyelesaikan masalah perkauman mestilah menggunakan kekerasan, tiada penyelesaiasn aman. Kaedah yang ganas untuk kebebasan kulit hitam meraih jumlah pengikut yang ramai dari 400 ke 40,000 orang menjelang 1960.

Kembali Pada Jalan Yang Benar
Oleh kerana dasar ketidakpuasan hati serta perebutan jawatan dan beberapa faktor yang lain, Malcolm akhirnya keluar dari N.O.I pada 1964. Tahun yang sama juga Malcolm telah memeluk agama islam yang sebenar yang berpandukan pegangan sunnah wal jamaah. Beliau ke baitullah Makkah Al Mukarramah, menunaikan haji serta beliau menyedari kesesatan parti N.O.I. Selepas menyesali, beliau menukar namanya kepada El-Hajj Malik El-Shabazz.

Beliau mendapat Ilham dan sepulangnya ke USA, beliau terus menyuarakan masalah kaum di Amerika boleh diselesaikan tanpa kekerasan. Pada 1965, Malcolm baru sahaja ingin mula berucap, apabila kekecohan berlaku dalam himpunan seramia 400 oirang. Seorang lelaki kedengaran menjerit NEGRO! Keluarkan tanganmu dari sakuku!.

Semasa pengawal peribadi Malcolm berlari menuju orang menjerit itu, seorang lelaki berkulit hitam meluru kehadapan dan menembak Malcolm tepat pada dadanya serta dua orang lagi melepaskan tembakan ke arah orang ramai. Malcolm dikejarkan ke Hospital Columbia Presbyterian dan disahkan maut akibat tembakan itu.

Tiga ahli N.O.I dipenjarakan seumur hidup kerana membunuh Malcolm. Pada 1980, 2 lelaki itu, Muhammad Aziz dan Khalil Islam dibebaskan setelah berdekad penjara. Mereka mengaku tidak bersalah walau disabitkan bersalah pada Mac 1966.


Sumber:https://murai.my/2023/183707/kis ... j-malik-el-shabazz/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.260398 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list