CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15572|Reply: 109

[Politik] 'Comeback' Rina Harun berakhir dengan KECUNDANGAN

  [Copy link]
Post time 3-8-2023 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 13-8-2023 03:34 PM

Update:




KUALA LUMPUR – Sosok Datuk Seri Rina Harun sering menjadi kontroversi sejak menjadi menteri pada 2018.


Apa sahaja tindakan beliau menjadi perhatian ramai – daripada dijadikan bahan body shaming hinggalah gambarnya memancut air ketika membersihkan longkang ketika waktu banjir.


Imej dan persepsi negatif dibawa pihak lawan bagi menggambarkan ‘keburukan’ Rina.


Bagi lawannya, Rina menjadi ‘bola tanggung’ semasa menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 30 Ogos 2021 hingga 2022.


Sebelum itu beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dari Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.


Persoalannya, sekiranya Rina satu liabiliti, kenapa parti Bersatu masih memilih bekas Ahli Parlimen Titiwangsa itu ke gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini?


Rina mewakili Perikatan Nasional (PN) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dalam PRN 12 Ogos ini.


Rina berhadapan dengan Danial Al- Rashid dari Pakatan Harapan (PH) dan Cheda Razak dari MUDA.


Namun salah satu kelebihan Rina adalah tidak cepat melatah dan buat kerja tanpa perlu bising-bising.


Dalam kelembutan, Rina sebenar cekal dan tidak pernah mengganggap kritikan kepadanya satu perkara peribadi.


Tak pernah dengar beliau mahu menyaman mereka yang mengkritiknya.


Ternyata Rina berjaya melepasi fasa itu dan sentuhannya semasa menjadi menteri sebenarnya masih dikenang terutama dalam bab menjaga kebajikan wanita dan golongan orang kelainan upaya (OKU).


Menurut sumber, semasa penamaan calon baru-baru ini – ada seorang warga emas datang memberi sokongan kepadanya sehingga Rina melutut di hadapan wanita berkenaan kerana terharu.


Malah semasa melakukan walkabout, ada OKU beria-ria mahu bergambar dengannya sedangkan dia cacat penglihatan.


Momen sedemikian menjadi semangat kepada Rina di sebalik kecaman kepada peribadinya.


Rina tidak menafikan beliau ada kekurangan dan kelemahan, namun keadaan itu telah mematangkan dirinya dalam arena politik. Lebih daripada itu di sebalik kekurangan dan kelemahan, beliau juga membawa bersamanya begitu banyak kelebihan.


Beliau merupakan Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) merangkap Ketua Srikandi Bersatu.


Semasa menjadi menteri, Rina sebenarnya ahli Kabinet yang terbukti peranannya dan antara kejayaannya membawa Pelaksanaan Rang Undang- Undang Antigangguan Seksual (RUU AGS) sampai diluluskan di Parlimen.


Rina juga individu di sebalik usaha kerajaan dalam Pemberian Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang diberi secara one-off sebanyak RM300 kepada 150,000 ibu tunggal di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan kini beliau mahu ia dilaksanakan pada perigkat DUN.


Satu lagi kejayaan Program Keusahawanan MyKASIH KAPITAL yang telah memberi manfaat kepada lebih 15, 000 wanita dalam kalangan B40 juga mahu digerakkan semula.


Itu belum lagi Inisiatif Wanita Bangkit Berniaga (WBB) yang dipeloporinya dengan harapan agar golongan wanita boleh hidup berdikari.


Ternyata Rina ada kualiti kepimpinan dan paling penting ia sudah terbukti walaupun ketika itu negara dalam kekangan pandemik Covid-19.


Berkhidmat untuk rakyat dan memperjuangkan agenda wanita, OKU dapat dilakukannya dalam waktu singkat.


Kendati pun, Rina mengaku masih berdebar-debar ketika namanya diumum sebagai calon DUN Batu Tiga baru-baru ini.


https://malaysiagazette.com/2023/08/02/rina-bukti-kemampuan-di-sebalik-tohmahan/








Single Polls, Total 94 Users voted

Poll is finished

5.32% (5)
84.04% (79)
10.64% (10)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 09:46 AM | Show all posts
Menteri plg sampah Msia penah ada..




YB Yeo Bee Yin menggalas tugas 3 menteri lelaki iaitu -

1. Kem. Sains & Teknologi (Khairy Jamaluddin)

2. Kem. Tenaga Asli (Shamsul Anuar)

3.Kem. Alam Sekitar (Lebai Tuan Ibrahim)

Dia masih bertugas walaupun sarat mengandung. Berbanding dengan seorang Menteri PN selepas 'slim', mengandung tidak, bertugas pun tidak. Gaji RM34,004.48 sebulan. Cuma gila nak jadi model
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aset semestinya...hidup Rina
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 11:34 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:08 AM | Show all posts
alter gone wrong?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:27 AM | Show all posts
dia xboleh buat kerja. jgnlah naikkan dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2023 08:29 AM | Show all posts
sheols patut terkubur terus. xde apa yg membanggakan dtg dari dia sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:32 AM | Show all posts
Buta agaknya PN ni letak dia sebagai calon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 08:37 AM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 4-8-2023 08:32 AM
Buta agaknya PN ni letak dia sebagai calon

negeri 9 pn ada potential kalah. dah ada isu leak kt tele.. rakyat harap perubahan pemimpin buat benda lain. memang akan kena hentam lah .


bagi kaka dalam pn bukan semua yang fighter niat nak tlg rakyat or jadi pemimpin. ada yang pentingkan kuasa dan $.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:38 AM | Show all posts
nama paling pendek ... susah jumpa sekarang... 4 huruf jer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:38 AM | Show all posts
SedihPedih replied at 4-8-2023 08:29 AM
sheols patut terkubur terus. xde apa yg membanggakan dtg dari dia sebelum ni.



antara punca rakyat menolak
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:41 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-8-2023 08:37 AM
negeri 9 pn ada potential kalah. dah ada isu leak kt tele.. rakyat harap perubahan pemimpin  ...

Sapa yg ada potential kalah tu kaka?
PN atau PH?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:45 AM | Show all posts
SedihPedih replied at 4-8-2023 08:29 AM
sheols patut terkubur terus. xde apa yg membanggakan dtg dari dia sebelum ni.

Tapi biasanya yg diletak di Jabatan Pembangunan Wanita, Kebajikan segala ni memang tak ada apa yg nak dibanggakan sangat pun
Mantan2 Menteri dlm Kementerian yg sama tak ada kerja yg memorable sangat diorang dah buat
Even yg sekarang pun...siapa eh.. Nancy Shukri tak silapnya, pun tak ada buat apa utk Kementerian tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn aset atau liabiliti. More like bangkai. Plg xberguna . Nk jd menteri sekali lg ? Sbb nk duit operate lg?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Gmbar atas tu nk ke arah muka makcik2 balik tlg tepek sat gmbar gemok sheol
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat mengundi uolls yg terlibat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 09:11 AM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 4-8-2023 08:45 AM
Tapi biasanya yg diletak di Jabatan Pembangunan Wanita, Kebajikan segala ni memang tak ada apa yg  ...

Sebab tu kita patut tolak individu2 yang x boleh bg impak ni. Ada banyak isu berkaitan jabatan ni yg diorang ni boleh buat tp diorang pilih utk jadi mediocre. Jabatan tu bukan diwujudkan utk diorang just pegang jawatan dan rasa ada 'kerja' sahaja.

Utk acik Rina ni, letak dia kt portfolio besar pun dia x boleh carry jua. I tak pernah nampak dia 'kemas' buat kerja sebelum ni pun. Yg i ingat pasal dia selain doraemon dan  lakonan2 politik adalah dulu dia berisi pastu dia kurus, now ke arah pengembangan semula.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:12 AM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 4-8-2023 08:41 AM
Sapa yg ada potential kalah tu kaka?
PN atau PH?

pn dulu wak din jatuh sebab pija mi kari, negeri 9 tak dapat pun mngkn sebab dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Asset. Kalau menang boleh menambah keceriaan negara. Rakyat suka yg pandai beraksi lawak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 10:23 AM | Show all posts
Perang Dagang: Ketegangan perdagangan antara Amerika Serikat dan Tiongkok meningkat pada tahun 2019. Kebijakan tarif yang saling diberlakukan dapat mengganggu hubungan perdagangan global dan mengurangi pertumbuhan ekonomi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.398178 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list