CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3064|Reply: 1

Russia tembak jatuh 13 dron Ukraine

[Copy link]
Post time 10-8-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode

Bangunan yang terbakar selepas serangan peluru berpandu Russia di Zaporizhzhia, Ukraine. - Foto REUTERS


MOSCOW: Kementerian Pertahanan Russia hari ini mengatakan pihaknya menembak jatuh 11 dron Ukraine berhampiran Crimea, serta dua dron dalam penerbangan ke Moscow.

"Dua pesawat udara tanpa pemandu (UAV) yang terbang ke arah bandar Moscow musnah," kata kementerian itu dalam kenyataan di Telegram.

Tambah kenyataan itu lagi, dua lagi dron Ukraine ditembak jatuh berhampiran bandar Sevastopol di pantai Crimea manakala sembilan yang lain dipintas oleh senjata elektronik dan terhempas di Laut Hitam.

Kementerian itu berkata, tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa di mana-mana kawasan terjejas.

Serangan itu berlaku sehari selepas Russia mengatakan dua dron tempur Ukraine yang menuju ke Moscow ditembak jatuh dan sekurang-kurangnya empat serangan dilakukan berhampiran ibu negara dalam tempoh seminggu.



Sehingga beberapa siri serangan terbaru sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Moscow tidak menjadi sasaran semasa konflik di Ukraine yang bermula lebih setahun lalu.

Semenanjung Crimea yang diilhakkan oleh Russia, bagaimanapun terganggu oleh beberapa serangan sepanjang persengketaan dan menyaksikan serangan lebih kerap dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Sabtu lalu, Russia berkata pihaknya menjatuhkan dron di atas lautan berhampiran Sevastopol, pangkalan armada Laut Hitamnya.

Pada bulan lalu, serangan dron Ukraine ke atas Crimea meletupkan depoh peluru dan merosakkan jambatan merentasi Selat Kerch yang menghubungkan semenanjung ke tanah besar Russia.

Bulan lalu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memberi amaran 'perang' akan menggegarkan Russia dengan 'pusat simbolik dan pangkalan tentera' negara itu menjadi sasaran. - AFP

Ogos 10, 2023 @ 2:23pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 03:52 PM | Show all posts
perang everywhere
rakyat mereka merana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.098358 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list