CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2120|Reply: 3

[Politik] Anwar disaran utamakan ekonomi berbanding aspek imej berbaju Melayu, bercapal tetapi tetap gagal menarik sokongan Melayu dalam PRN

  [Copy link]
Post time 28-8-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 28-8-2023 02:00 PM


Khairy (kanan) dan Shahril Sufian dalam rakaman siri audio siar Keluar Sekejap.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran agar menitikberatkan pentadbiran ekonomi berbanding cuba menonjolkan aspek perfomatif menerusi imej Perdana Menteri sepanjang menerajui kerajaan Persekutuan.

Saranan itu diketengahkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menerusi rakaman siri audio siar Keluar Sekejap, malam ini.

Bercakap pada sesi berkenaan, Khairy yang merumuskan artikel dihasilkan Shahril Sufian berkata, Anwar dilihat cuba menonjolkan imej yang mungkin disengajakan bagi menarik perhatian dan sokongan pengundi Melayu serta Muslim.

Menyifatkan imej ditonjolkan Anwar sebagai agak natural, Khairy bagaimanapun menjelaskan ia tidak menghasilkan sesuatu lonjakan sokongan Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

"Saya mesti letak kaveat di sini. Saya rasa dia (Anwar) tak berpura-pura, memang itu imej dari dulu. Bersahaja pakai baju Melayu dengan capal, pergi solat Jumaat, makan dengan orang biasa (rakyat), berdiskusi dan berwacana dengan cendekiawan Islam tetapi nampak agak performatiflah.

"Shahril Hamdan juga menyarankan agar PMX (Anwar) mungkin harus lebih menitikberatkan soal pentadbiran ekonomi dan daripada itu mungkin akan mendapat pulangan lebih besar sekiranya urusan dan pengurusan ekonomi PMX menghasilkan kejayaan nanti," katanya.

Artikel bertajuk 'Performing "Prime Minister" in the Wake of Malaysia's State Elections' dihasilkan Shahril Sufian itu disiarkan S Rajaratnam School of International Studies, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Khamis lalu.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO juga menjelaskan, artikel Shahril Sufian itu turut mengetengahkan teguran mengenai pendekatan dan gaya kepemimpinan Anwar terhadap musuh politik kepada Ahli Parlimen Tambun itu.

"Intonasi beliau apabila bercakap mengenai musuh politik masih lagi agak antagonis, mungkin terlalu antagonistic sebagai seorang Perdana Menteri.

"Mungkin ini juga antara sebab ada 'push factor' untuk pengundilah, maknanya faktor yang tidak dapat meyakinkan mereka dan menjadi faktor yang menolaklah, menolak mereka daripada menyokong PMX," kata bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

Sementara itu, Shahril Hamdan mencadangkan, perihal berkaitan ekonomi boleh dijadikan aspek perfomatif bagi Anwar, sekali gus membolehkan beliau dilihat sebagai Perdana Menteri yang boleh menginspirasikan naratif ekonomi yang hebat.

Beliau antara lain menyarankan supaya teguran atau kritikan itu diambil sebagai sebahagian usaha atau cadangan bagi sebarang perubahan yang mungkin boleh dilaksanakan dalam pentadbiran Anwar yang juga Menteri Kewangan.

"Saya mengatakan aspek performatif iaitu menunjukkan sesuatu imej. Ia benda yang lazim dalam politik. Selain menggunakan aspek ekonomi untuk menunjukkan atau menonjolkan kehebatan, ia sendiri boleh menjadi performatif.

"Saya cadangkan kalau perlu tunjuk sesuatu imej baik, lebih elok menonjolkan imej sebagai seorang yang boleh menginspirasikan naratif ekonomi yang hebat dan itu pun adalah proses politik menunjukkan imej.

"Namun, biarlah imej itu datang dalam urusan ataupun dalam hal yang boleh menanglah, berbanding apa yang dia (Anwar) buat selama ini. Saya bukan mahu kata supaya fokus kepada ekonomi semata-mata, tetapi perlu lebih terarah kepada perihal ekonomi," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1145601/anwar-disaran-utamakan-ekonomi-berbanding-aspek-imej?utm_source=bh&utm_medium=recsys

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Anwar dilihat cuba menonjolkan imej yang mungkin disengajakan bagi menarik perhatian dan sokongan pengundi Melayu serta Muslim...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Paknon patut jadi presiden UMNO.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 02:14 PM | Show all posts
"...Saranan itu diketengahkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan..."


Pertemuan dua "bekas" ka... harap2 muat lah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052202 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list