CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2254|Reply: 2

Hwasa Sekali Lagi Dipanggil Polis, Gara-Gara Tarian Terkangkang Depan Pelajar Universiti

[Copy link]
Post time 11-9-2023 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Anggota kumpulan Mamamoo iaitu Hwasa dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan susulan persembahannya di Universiti Sungkyunkwan, Korea Selatan pada Mei lalu.


Kemunculan Hwasa pada persembahan itu didakwa memaparkan aksi keterlaluan sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa pelajar yang membuat laporan polis terhadapnya.






Difahamkan, Hwasa atau Ahn Hye Jin dipanggil memberi keterangan pada akhir Ogos lalu tentang persembahan berkenaan.


"Kami telah memanggil pengadu dan Hwasa untuk disoal siasat dan kini sedang mengumpul maklumat berkaitan daripada agensi pengurusannya.


"Selain itu kami turut menyemak sumber lain untuk mendapat gambaran lebih tepat mengenai kontroversi itu," kata wakil polis kepada media.


Sebelum ini, Hwasa mengakui dirinya dikecam teruk berikutan tariannya yang kerterlaluan.






Malah dia mengakui komen negatif itu memberikan kesan cukup mendalam namun menerima dengan hati terbuka.


Pada acara berkenaan, Hwasa yang menyanyi lagu Don't Give tampil dengan aksi terkangkang dan mencangkung di atas pentas.


Bukan itu sahaja dia secara spontan menjilat tangan sendiri sebelum menyapunya ke bahagian kelangkang.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali gelek2 cm baby shima je. Aiyokk.. Dah tau wat persembahan di U, behave la sekejap... Jgn depress dah la Hwasa, kang bnuh diri plak. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 06:04 PM | Show all posts
She should just stop dancing in this manner.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056707 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list