CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1469|Reply: 8

[Politik] Kenapa perlu referendum? Tak perlu referendum. Jawab Zahid terhadap cadangan Isham

  [Copy link]
Post time 13-9-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Zahid Hamidi berkata tiada keperluan untuk mengadakan referendum ahli Umno seperti dicadangkan Isham Jalil.

PETALING JAYA: Zahidi Hamidi berkata tiada keperluan untuk mengadakan referendum bagi mendapat pandangan tiga juta ahli Umno berhubung kewajaran parti itu bertanding solo dalam pilihan raya tanpa Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP.

Presiden Umno berkata beliau menghormati cadangan dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi Isham Jalil itu namun tidak semua orang perlu dipaksa menerimanya.


“Kenapa perlu referendum? Tak perlu referendum.


“Saya menghormati pendapat peribadi tapi jangan memaksa semua orang menghormati pendapat peribadi itu,” katanya menurut Berita Harian.


Semalam, Isham ketika mempertahankan pendiriannya berkaitan kewajaran Umno bertanding solo dalam pilihan raya tanpa PH khususnya DAP, menegaskan beliau mewakili suara akar umbi.

Susulan itu, beliau meminta mereka yang pro DAP dalam Umno untuk membuat referendum di kalangan 3 juta ahli parti berhubung kerjasama dengan DAP.

Beliau menjawab kenyataan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang menyifatkan cadangan supaya Umno “berpisah” dengan PH dan DAP dalam pilihan raya sekadar pandangan peribadi Isham.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2023 04:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 04:05 PM | Show all posts
TUNGGU MASA KENA CANTAS SI ICAM NI
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 04:08 PM | Show all posts
sibuk je la nak referendum bagai, semua akar umbi umno setuju berkawan dgn DAP, yg ko sibuk apasal
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 04:38 PM | Show all posts
Tak berani lah tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tokchik replied at 13-9-2023 04:05 PM
TUNGGU MASA KENA CANTAS SI ICAM NI

Isham adalah proksi najib. Berani ke dia cantas?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 13-9-2023 05:01 PM
Isham adalah proksi najib. Berani ke dia cantas?

Yup, icam ni bawak suara najib..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
YAB Dato’ Sri Zahid, Presiden UMNO,

Tengahari tadi saya dimaklumkan bahawa Dato’ Sri telah membuat suatu kenyataan terbuka berkenaan saya apabila ditanya wartawan. Oleh itu, saya terpanggil untuk respon kenyataan tersebut juga secara terbuka. Sebelum ini juga Dato’ Sri pernah mengkritik saya secara separa terbuka di hadapan tiga ribu perwakilan UMNO dalam Dewan Merdeka, walaupun saya tidak pernah pun mengkritik Dato’ Sri secara peribadi dan terbuka di mana-mana saluran. Adalah tidak adil jika pemimpin boleh mengkritik ahli secara terbuka tetapi ahli tidak boleh.

Orang-orang Dato’ Sri selalu mengingatkan saya untuk ikut saluran apabila memberikan pandangan. Namun mereka sendiri tidak ikut saluran apabila mengkritik sesama ahli dan pemimpin UMNO. Ini double standard lebih-lebih lagi apabila respon mereka itu bersifat cacian dan makian peribadi kepada pandangan yang bersifat fakta yang mereka lihat tidak menyokong kepimpinan.

Pada pandangan saya, apabila kita main api dalam kelambu dan akibatnya rumah kita terbakar, kita tidak boleh lagi terus berbincang dalam kelambu sambil melihat rumah kita jadi abu. Dalam Perlembagaan UMNO tidak ada peruntukan yang menyatakan tidak boleh menyatakan pandangan yang berbeza dengan kepimpinan secara terbuka. Jika kepimpinan boleh mengkritik ahli secara terbuka, tidak masuk akal jika ahli tidak boleh. UMNO bukanlah parti komunis. Tambahan lagi jika pandangan tersebut adalah bersifat kegusaran tentang halatuju parti, dan ia bukan rahsia parti dan bukan strategi sulit, dan apabila kita telah kalah teruk beberapa kali dalam pilihanraya.

Saya telah beberapa kali mengutarakan pandangan saya dalam whatsapp group Majlis Tertinggi dan juga terus kepada Dato’ Sri sendiri. Namun pandangan ini tidak diendah. Saya tidak paksa sesiapa terima pandangan saya, namun saya gusar jika kita kekal tidak berubah, parti kita akan rebah. Dan pada mesyuarat Majlis Tertinggi sebelum ini iaitu sebelum pilihanraya enam negeri, saya telah mengangkat tangan banyak kali untuk melontar pandangan tetapi tidak dibenar bercakap. Apabila orang lain semua telah habis memberikan pandangan dan tiba giliran saya untuk bersuara, Dato’ Sri telah menamatkan mesyuarat dan tidak memberi peluang untuk saya bercakap dengan alasan hari sudah lewat malam padahal waktu baru pukul 11PM. Beberapa hari ini orang-orang Dato’ Sri memberikan amaran kepada saya supaya meletak jawatan dan menyuruh saya diam. Apa guna saya datang mesyuarat jika tidak dibenar bercakap, disuruh diam dan hanya menadah muka dan telinga. Tadi apabila ditanya oleh wartawan sama ada Dato’ Sri akan memecat saya atau tidak, Dato’ Sri tidak memberikan jawapan. Oleh itu malam ini terpulang kepada Dato’ Sri dan Majlis Tertinggi untuk berbincang dan ambil apa-apa tindakan ke atas saya. Saya serah dan tunggu sahaja apa-apa keputusan.

……..

Dato’ Sri kata saya tidak boleh paksa orang lain untuk menerima pandangan saya. Sebenarnya saya lihat rata-rata akar umbi kita yang rasa dipaksa oleh kepimpinan parti dan Dato’ Sri untuk mengundi PH dan bekerjasama dengan DAP. Mereka menolak paksaan ini. Sebab itu, dalam pilihanraya baru-baru ini rata-rata akar umbi kita telah protes dengan tidak keluar mengundi atau mereka telah kalih dan mengundi PN. Dalam keadaan ini, PH dan DAP yang mendapat untung kerana mereka mendapat jentera kita dan telah berjaya menjinakkan kita. PN juga mendapat untung kerana mendapat undi orang-orang Melayu dan akar umbi kita yang tidak mahu dipaksa untuk mengundi atau bekerjasama dengan PH dan DAP. Oleh itu dalam situasi sekarang PH dan PN yang untung dan kita yang rugi.

Ramai akar umbi kita telah maklumkan kepada saya bahawa mereka sayangkan UMNO tetapi mereka tidak setuju dan tidak sanggup melihat parti keramat ini lari dari perjuangan asal. Bagi mereka, bekerjasama dan memaksa mereka mengundi PH dan DAP samalah seperti memaksa mereka menerima Malaysian Malaysia iaitu perjuangan DAP untuk “kesamarataan” yakni menghapuskan hak-hak orang Melayu. Ini bertentangan dengan perjuangan asas UMNO iaitu mempertahankan hak orang-orang Melayu. Resolusi DAP tidak bermakna sekiranya mereka masih secara terbuka mahu memperjuangkan Malaysian Malaysia dan menghapuskan hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebagai
pemimpin kita tidak boleh membawa orang yang kita pimpin ke arah kemudaratan.

Sebab itu saya mencadangkan agar kita membuat referendum terhadap isu ini. Sebab kini ada perbezaan yang luas atau ‘disconnect’ di antara keputusan kepimpinan parti yang dipaksa ke atas akar umbi dengan kepercayaan akar umbi itu sendiri. Dan ‘disconnect’ inilah yang telah membuat kita kehilangan rata-rata akar umbi kita dalam pilihanraya-pilihanraya baru-baru ini. Disconnect berkenaan isu asas ini tidak boleh diselesaikan dengan propaganda atau penerangan semata-mata. Memaksa akar umbi kita untuk menerima DAP dan Malaysian Malaysia samalah seolah seperti jika kita memaksa akar umbi kita menerima mubaligh Kristian menggunakan kalimah Allah. Ini bukanlah sesuatu yang remeh tetapi berkaitan isu asas perjuangan parti yang harus dibincang dan dipersetujui oleh semua akar umbi dan bukan hanya boleh diputuskan oleh beberapa orang di Majlis Tertinggi seperti urusan-urusan parti biasa yang lain.

Jika keadaan ini berterusan dan kita terus hilang saki baki akar umbi kita, kita akan kalah di semua kerusi-kerusi sedia ada kita pada pilihanraya-pilihanraya akan datang. Dan jika kita menang pun di beberapa kerat kerusi, kita akan menang bukan di kawasan-kawasan Melayu dan oleh undi orang Melayu dan akar umbi kita, tetapi di kawasan-kawasan ehsan PH kerana undi DAP. Dengan ini nanti wakil-wakil rakyat kita akan bergantung kepada DAP. Apabila ini berlaku kita tidak akan boleh memperjuangkan hak-hak orang Melayu lagi. Di saat ini menjadi kenyataan, perjuangan UMNO untuk orang-orang Melayu di Malaysia akan terkubur dan kita akan menjadi hanya parti tempelan dalam PH tanpa penyokong dan tanpa akar umbi.

YAB Dato’ Sri, kita tidak boleh benarkan perkara ini berlaku. Usah korbankan maruah UMNO, akar umbi dan orang-orang Melayu. Ingatlah perjuangan pejuang-pejuang UMNO dahulu semasa mereka menentang Malayan Union, menentang komunis, menentang Malaysian Malaysia dan semasa mereka gagah berani dan tegar mempertahankan hak-hak orang-orang Melayu di negara ini. Dalam hal ini kita tidak boleh menjadi lemah dan bertolak ansur. Jika kita bertolak ansur dalam hal, kita akan beransur-ansur ditolak di bumi Malaysia dan di Tanah Melayu ini. Dato’ Sri boleh pecat saya dan rakan-rakan saya dari jawatan dan keahlian jika itu keputusan dan kemahuan Dato’ Sri. Tetapi Dato’ Sri tidak boleh pecat semangat dan roh perjuangan saya dan akar umbi.

Salam.
ISHAM JALIL
12 September 2023
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dh x boleh nak diselamatkan dah...tunggu pru 16 nanti kita kebumikan terus jelah,tu je cara yg ada untuk selesaikan masalah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.060066 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list