CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 0

Pengorbanan Arif tambah emas, kutipan pingat Malaysia

[Copy link]
Post time 8-10-2023 12:23 PM | Show all posts |Read mode

Atlet karate negara, Muhammad Arif Afifuddin Malik (dua dari kiri) bersama pemenang pingat perak dan gangsa di podium selepas memenangi acara kumite lelaki bawah 84kg Sukan Asia Hangzhou 2022 semalam. – Foto NSTP/Asyraf Hamzah

HANGZHOU: Pengorbanan atlet karate kebangsaan, Muhammad Arif Afifuddin Malik, yang menahan kesakitan akibat kecederaan lama dan baharu berjaya menghadiahkan satu lagi pingat emas berharga buat kontinjen Malaysia pada hari ke-14 Sukan Asia Hangzhou 2022 semalam.

Atlet berusia 23 tahun itu, yang mengalami kecederaan belakang dan rusuk sejak sebulan lalu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4 pada final acara kumite lelaki bawah 84 kilogram.

Dia juga mengharungi cabaran getir sebelum mengesahkan pingat emas itu apabila lawannya menumbuk kuat mata kanannya ketika cuba membuat serangan balas dengan berbaki 15 saat sebelum pertarungan tamat.

Terdahulu, kuasa besar sepak takraw dunia, Thailand meranapkan impian skuad negara mempertahankan pingat emas acara antara regu lelaki selepas tewas 2-0 pada final di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua.



Atlet gimrama Ng Joe Ee turut berjaya memperagakan aksi yang baik walaupun terpaksa menahan sakit belakang dan buku lali kiri untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around wanita.



Gandingan badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menerima pingat gangsa mereka semalam selepas tewas pada separuh akhir beregu lelaki di tangan pemenang pingat emas Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India. – Foto AFP

Skuad hoki wanita pula mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Thailand untuk menduduki tempat kelima sekali gus mengesahkan slot ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024, yang akan berlangsung di Changzhou, China dan Valencia, Sepanyol, Januari depan.

Malaysia berpeluang untuk menambah pingat pada hari terakhir hari ini apabila atlet karate wanita negara, C Shahmalarani beraksi dalam acara kumite bawah 50kg yang juga merupakan satu-satunya atlet negara yang beraksi sebelum Sukan Asia melabuhkan tirai secara rasminya, malam ini.

Keputusan semalam menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan ke-14 dalam senarai kedudukan pingat selepas mengumpul enam emas, lapan perak dan 18 gangsa atau sejumlah 32 pingat, lebih lima pingat daripada sasaran awal 27.

Pada edisi lalu di Jakarta-Palembang, kontinjen negara menamatkan saingan di kedudukan ke-14 selepas catatan 7-13-16 atau secara keseluruhan 36 pingat manakala pencapaian terbaik apabila mengumpul 9-18-14 atau keseluruhan 41 pingat untuk menduduki tempat ke-10 pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Tuan rumah China meletakkan penanda aras baharu selepas berjaya menggondol 200 pingat emas, atau hampir 42 peratus daripada keseluruhan emas yang ditawarkan, selain turut meraih 111 perak dan 71 gangsa. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... pan-pingat-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.147840 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list