Hati dan Jiwa
aku sedar aku siapa yang sememangnya tidak sempurna aku tidak miliki pangkat darjat harta dan rupa aku juga tidak semulia dan setabah mereka namun aku jua punya hati dan jiwa
adakalanya ku juga ingin bermanja dan dimanja mata ku ingin jua dihidang dgn senyuman mesra telingaku mahu jua mendengar bicara yang mendamaikan perasaan bukanlah kata-kata nista mencalarkan jiwa
aku sedar aku siapa tidak ku minta layanan ibarat puteri raja diistana cukuplah sekadar insan biasa yang punya hati dan jiwa yang juga mendambakan bahagia....
aku sedar aku siapa
puterisu@040914
Last edited by puteri_malam on 4-9-2014 11:33 AM
|