CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4562|Reply: 22

Bapa Nangis Anak Suruh Datang Tapi Tak Muncul-Muncul, Nak Balik Tak Cukup Duit Isi Minyak Motor

  [Copy link]
Post time 25-10-2023 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dengan nama Ezat Kamisan membuat perkongsian mengenai warga emas dijumpainya di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka yang datang dari Air Keroh dengan menunggang motosikal dan ingin segera pulang ke tempatnya.


Memulakan cerita, ujar pelayar TikTok ini, dia bertindak menegur warga emas tersebut selepas melihatnya duduk termenung lama berhampiran motosikal.






“Dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur tadi, jumpa pakcik ni di Petron Simpang Ampat... duduk termenung sambil senyum dengan semua orang.


“Aku dah siap beli air, buang air... pakcik ni masih ada. Aku pun tegur tanya pakcik dari mana.


“Dia cakap dari Air Keroh, Melaka ‘jauh perjalanan pakcik datang ke sini nak’ sambil tersenyum,” katanya.


Menurut Ezat Kamisan lagi, pakcik berkenaan cuba untuk berjumpa dengan anaknya berhampiran kawasan Simpang Ampat di Alor Gajah.


Malah katanya, warga emas itu berada di situ selepas dia dihubungi oleh anaknya yang memintanya datang.


“Anak dia call minta datang, tapi anaknya tak ada pun di rumah. Paling sedih dia cakap, anak pakcik ada enam orang semuanya.


“Semua kerja kerajaan, tapi kenapa mereka mainkan pakcik. Pakcik dah umur 70 tahun, apa pakcik boleh buat.


“Lama aku sembang dengan pakcik ni, dia cakap minyak motor kurang... makan pun belum,” tambahnya.


Menyedari keadaan pakcik tersebut, dia kemudiannya menghulurkan sedikit wang belanja, namun ditolak.


Dia kemudian cuba memujuk supaya wang yang dihulurkan diambil untuk mengisi minyak motosikal dan belanja makan.


“Aku juga seorang bapa, aku tahu bertapa tergurisnya hati dia... semoga pakcik terus sihat ya,” luahnya lagi.


Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya bersimpati dengan nasib warga emas tersebut.


Tidak kurang juga yang beranggapan individu tersebut pernah melakukan perkara yang menyedihkan sehingga dibuang anak-anaknya.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 04:52 PM | Show all posts
semoga anak2 nya insof la tgk bapak nya di viralkan begini. taguna punya anak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 bapaknya jenis lupa2 gitu..ada gak kes mcm ni sblom ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 25-10-2023 08:50 PM
Ntah2 bapaknya jenis lupa2 gitu..ada gak kes mcm ni sblom ni..

I pon rasa pakcik ni nyanyok dementia. Mmg gitu la. Dan i agk yakin kalau bkn dementia , pakcik ni mesti bapa yg x rapat dgn ank2.

Dan mgkin cerita rekaan hasanah. Logik ke ank kol bapak soh dtg lps tu ank xde kat rumah??? Kan bangang? Kalau i nk buat gini dkt bapak, i x call terus. Buat apa nk call2 dgn bapak yg kita x suka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 04:21 AM | Show all posts
“Anak dia call minta datang, tapi anaknya tak ada pun di rumah. Paling sedih dia cakap, anak pakcik ada enam orang semuanya.
ada cerita kt kampung cik ciken dulu... bapak dia xblh terima (atau pelupa kot?) ank lelaki dia dh meninggal sakit jantung... kdg2 hujung minggu akn ulang alik 1 jam dri rmh dia ke tempat ank dia belajar...kdg2 nampk kat kat stesen minyak dok menung or cam org lost xde duit isi minyak motor...bila tnya pakcik nk gi mana.. ckp nak gi amik ank dia belajar anak dia call srh amik padahal org situ dah tahu ank dia dah xde...
pakcik tu pun dh arwah dh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 26-10-2023 03:12 AM
I pon rasa pakcik ni nyanyok dementia. Mmg gitu la. Dan i agk yakin kalau bkn dementia , pakcik ni ...

Yup, klu hubungan x baik mmg x kosa ku nak ambik tau..lantakkan aje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2023 09:46 AM | Show all posts
kawaiichicken replied at 26-10-2023 04:21 AM
ada cerita kt kampung cik ciken dulu... bapak dia xblh terima (atau pelupa kot?) ank lelaki dia dh m ...

kesian nyer...mesti dia syg giler kat anak yg meninggal tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak dikongsi dalam tiktok oleh umat yang sejenis suka viral ni. Kurang kurang jika betul pakcik ni menghidap simptom awal dementia, boleh ahli keluarga ambik tindakan lanjut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 03:33 PM | Show all posts
kawaiichicken replied at 26-10-2023 04:21 AM
ada cerita kt kampung cik ciken dulu... bapak dia xblh terima (atau pelupa kot?) ank lelaki dia dh m ...

Allahhhh.... Sedihnya... Mesti tu satu2 nya anak dia kan... Lost bila xde ahli keluarga yg rapat kecuali kesayangan dia yg dah pegi tu... sedih nyaa laa
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 08:40 AM | Show all posts
aku pernah balik KL naik bas.... lepas tu dekat tempat tunggu grab ada pakcik sorang..dia tegur aku, dia pun cerita dia dari kedah, nk jumpa anak..anak kerja askar....tapi bila sampai KL , anak dia kata dia g bercuti pula...so terkontang kanting la dia sorang2 kat KL takde tempat tidur, duit makan..


aku sangsi dengan cerita dia...aku tanya2 pun dia jawab konfiden...last2 aku hulur la duit sikit cakap beli la tiket balik kampung balik pakcik..


bila balik google rupanya pakcik ni MO dia memang camni, cerita sedih2 orang nanti bagi duit..dah banyak orang kena, dah banyak kali viral dah konon sedih anak tinggalkan ayah...



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 01:31 AM | Show all posts
Edited by gideoncross at 11-2-2024 01:33 AM
None68 replied at 25-10-2023 08:50 PM
Ntah2 bapaknya jenis lupa2 gitu..ada gak kes mcm ni sblom ni..

Kat Bruneiku terchenta pun ada hal cmni tpi dh lma dh, iol trbca kat FB. Critanya mula2 psl this pkcik dduk tepi jln, kdai, mcm gelandangan & bila org jumpa, bnyk org ksian pstu rmailah yg mngutuk anak branak & family pkcik ni & x lama lps tu, mnantu pkcik ni buat statement yg pkcik ni sebenarnya stu family dh sllu bgi ckp spya jgn kluar rumah sbarangan, nnti tkut apa2 kjdian yg buruk trjadi, stu family susah tpi this pkcik, mnantu tu ckp, sebenarnya sorg yg pemarah kat rumah & pling x suka klau d halang dri kluar, dia lgi suka jln x tntu arah & duduk kat kaki lima mna2 tmpt. So since statement tu, that menantu siap sound lgi, bgi nmbr tlefon & alamat rumah utk siapa2 yg x prcya kat crita dia, sruh dtg tngok sndri klau x puas hti sbb dorg stu family asek d cyberbully dek pkcik ni punya prangai tpi x thu lh ada yg dtg ke x, Walahualam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 01:42 AM | Show all posts
kawaiichicken replied at 26-10-2023 04:21 AM
ada cerita kt kampung cik ciken dulu... bapak dia xblh terima (atau pelupa kot?) ank lelaki dia dh m ...

Yg ni sedih & mnyayat hti, msti Arwah sygkn anaknya tu sngt2 smpaikn keadaan mental Arwah jdi x stabil lps anaknya dh xde lgi
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 01:45 AM | Show all posts
None68 replied at 26-10-2023 05:26 AM
Yup, klu hubungan x baik mmg x kosa ku nak ambik tau..lantakkan aje

Kat thread lain, ada forumer ni bgithu dlu ada 3 anak yg x kenangkn apak bila apak dh tua, mula2 org ingt anak2 drhaka tpi lps d tnya, anak2 jwp x nak jumpa apak dorg lgi sbb dlu apak dorg sejenis cpat naik darah & dorg mudah kna pkul
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye idak, Ntah2 scam. Kt Stesen bas pon ade citer sedih, xcukup duit beli ticket. Rupenye esok ade lg orgnya, cis
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 06:09 PM | Show all posts
Edited by annehuda at 20-2-2024 06:10 PM
gideoncross replied at 11-2-2024 01:45 AM
Kat thread lain, ada forumer ni bgithu dlu ada 3 anak yg x kenangkn apak bila apak dh tua, mula2 o ...

aku ada pakcik mcm ni.  dia ada anak 5 org tapi sorg pun tak pedulikan dia. masa ni mmg orang yg tak tau citer akan pandang serong pada anak-anak tu.
pakcik ni lepas pencen dia balik kg bawak bini baru dia.  adalah drama skit berebut rumah dan tanah stakat 2 ekar, tapi sebab pakcik ni jenis pandai pusing, sampai orang lain ingat dia ni yang dianiaya sedangkan dia yg dok aniaya orang.  

ada satu kali tu, dlm bln 11 thn lps, adalah abang ipar dia (pakcik aku ni anak no 5, yg no 4 ke atas termasuk ayah aku suma dah meninggal) datang jumpa dia adalah nak berbincang skit, pakcik aku ni meradang kot kena tegur dia pegi declare abang ipar tu termasuk anak-anak dia orang luar tak boleh masuk campur urusan keluarga dia. so opkosla lepas tu family abang ipar tu dah takde nak berhubungan dgn dia dah.

baru-baru ni, abang ipar tu meninggal, meninggal kat area kampung pakcik tu jugakla.  waris-waris abg ipar tu mmg takdela nk inform kt pakcik tu, tp pakcik tu tau jugakla sebab orang lain menyampaikan.  so bila org tanya takkan ko tak tau, pakcik tu boleh cakap takde sape yg beritau dia, tapi dia lupa kot apa yang dia penah cakap kat family tu. jadinya udah macam jadi satu fitnah plak seolah-olah anak-anak abang ipar tu yang tak anggap dia sebagai ahli keluarga.  

pakcik ni memang sejenis suka cari hal dengan orang, kesalahan sendiri memang tak nampak, pastu dia citer kat orang luar benda yang dia twist sendiri. yg tak boleh blah tu bini dia pun enabler, bini dia siap cakap kat kitorang, tak boleh ke kami ni mengalah pada laki dia nanti lama-lama laki dia lembut hati dan berubah fikiran ke. padahal semua masalah ni memang punca dari laki dia kot


tapi ending citer ni, memang pakcik tu jadi loner la. bangkai gajah tak leh ditutup kan, lama-lama orang kampung tau dah dia tu perangai macam mana. dengan kes songlap duit hasil kebun yg orang pajak kat dia la, kes dia pegi hasut orang lain la, macam-macam la. memang Allah tunjukla jugak dia kena pulau dengan orang kampung, bukan takat family je ye.

kekdg la kalau I baca kisah orang mengadu konon kena pulau dengan jiran ke ngan ahli keluarga tu, 99.9% kes iols caya sebab punca dari diorang jugak. macam kes pakcik iols la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 04:04 PM | Show all posts
annehuda replied at 20-2-2024 06:09 PM
aku ada pakcik mcm ni.  dia ada anak 5 org tapi sorg pun tak pedulikan dia. masa ni mmg orang yg ta ...

Kan? Ada yg iol kenal pun sma, klau org x thu hujung pngkal, msti org slhkn anak2 & c tua tu kononnya btul tpi utk yg kenal dgn mndalam, c tua tu yg dulu mmg too much drama & sbb tu lh anak2 skrg mls nak ambil pduli psl mak sndri. Mnantu pula klau bru khwin, mmg lh ksian tpi nnti dh lama, tngok sipi2 pun x sudi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kawaiichicken replied at 26-10-2023 04:21 AM
ada cerita kt kampung cik ciken dulu... bapak dia xblh terima (atau pelupa kot?) ank lelaki dia dh m ...

Cian betui pakcik tu..
Moga2 tenang di sana
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 12:27 PM | Show all posts
n3ar: aku pernah balik KL naik bas.... lepas tu dekat tempat tunggu grab ada pakcik sorang..dia tegur aku, dia pun cerita dia dari kedah, nk jumpa anak..ana ...


Bukan sombong ke hapa, tapi bila ada tetiba org tegur, hati meolls suka berprasangka tak baik dan meolls pun malas nak berbual lantas meo9lls pura2 ckp kat  henpon dan berlalu pergi.. ekekekeke

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss adik beradik dl rapat gila gan abah...segala2 nye abah..mak mmg cicir tepi la sbb mulut dia asyik memaki hamun sejenis narcissist... Sampaikan iolss penah bincang adik beradik dah beso nanti dgn sape abah akan tinggal..berebut oiii..siap nak bertumbuk adik lelaki iolss.. udah ye abah iolss ckp kalo sempat dia stay rumah anak setiap seorg seminggu...tp perancangan Allah lain..abah iolss meninggal x lama lps tu...kalo ade sampai skrg agaknye bergaduh berebut nak abah iolss tu...abah iolss sejenis baik x penah marah anak2.. marah dia diam je..jd kami adik beradik riso kalo dia diam...skrg ni bl iolss tgk ade parent yg bt x elok kat anak iolss all terfkr..dia org x terfkr ke nanti dah tua nanti anak2 x rapat,x nak ambik kisah sbb diperlakukan mcm tu ms kecik...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 03:28 PM | Show all posts
Biras I ni ada mak agak tua la. Tak mau duduk dgn anak2, nak duduk sendiri. Tapi masalahnya dia tu nyanyuk. Ada skali tu dia bersiap2 elok. Kebetulan masa tu anak dia mai rumah. Anak dia tanya bersiap nak p mana? Dia cakap ada orang nak masuk meminang..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.074674 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list