CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3945|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang cemerlang urus kewangan

  [Copy link]
Post time 17-11-2023 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang cemerlang urus kewangan

oleh  SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
17 November 2023   12:22pm




Pulau Pinang turut mencatatkan RM13.7 bilion dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan pada tahun 2022, melibatkan aliran masuk sebanyak 135 projek dengan penjanaan sebanyak 15,752 peluang pekerjaan yang baharu. - Foto Bernama



GEORGE TOWN - Pulau Pinang mencatatkan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan apabila tiada rekod pinjaman baharu daripada kerajaan Persekutuan yang dibuat sejak tahun 2016.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak berkata, rekod kecemerlangan itu perlu diterus dan dikekalkan bagi meningkatkan keyakinan dan kepercayaan komuniti serta menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.



"Kerajaan Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan hutangnya dengan mengelakkan pinjaman baharu daripada kerajaan Persekutuan dengan membayar balik pinjaman sedia ada tepat pada masanya.
"Dalam hal ini, saya menggesa agar idea-idea baharu dapat dipertimbangkan bagi meningkatkan serta mempelbagaikan jumlah dan unsur pendapatan tahunan diterima oleh kerajaan negeri yang boleh digunakan untuk kepentingan rakyat," katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (DUN) ke-15 di sini pada Jumaat.



Kata beliau, kepimpinan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bersama seluruh jentera pentadbiran kerajaan negeri telah menghasilkan kemajuan ekonomi yang ketara bagi Pulau Pinang.

"Pada tahun 2022, ekonomi Pulau Pinang berkembang sebanyak 13.1 peratus. Ini adalah satu peningkatan yang ketara daripada kadar pertumbuhan tahun sebelumnya iaitu sebanyak 6.9 peratus dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang direkodkan sebanyak RM112.1 bilion.

"Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melaporkan sektor pembuatan terus menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi negeri dengan peningkatan ketara daripada 12.4 peratus pada tahun 2021 ke 15.9 peratus pada tahun 2022," katanya.

Ujar beliau lagi, Pulau Pinang turut mencatatkan RM13.7 bilion dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan pada tahun 2022, melibatkan aliran masuk sebanyak 135 projek dengan penjanaan sebanyak 15,752 peluang pekerjaan yang baharu.


"Ini menjadikan Pulau Pinang sebagai antara penyumbang tertinggi iaitu dengan sumbangan 16 peratus dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan dalam negara pada tahun 2022.
"Pelaburan langsung asing (FDI) pula mencatatkan sebanyak RM9.7 bilion atau 71 peratus daripada aliran masuk pelaburan pembuatan bagi tahun 2022 manakala baki, berjumlah RM4 bilion atau 29 peratus merupakan pelaburan langsung domestik (DDI).



"Pencapaian ekonomi yang mengagumkan ini menunjukkan bahawa Pulau Pinang berada pada trajektori ekonomi yang memberangsangkan dan berpotensi muncul sebagai kuasa ekonomi yang penting di ASEAN," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fuzi turut berbangga ke atas kecemerlangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana terus berjaya mengekalkan pengurusan kewangan yang berintegriti apabila menerima Sijil Bersih iaitu Sijil Pendapat Tanpa Teguran (Dengan Perenggan Hal-Hal Lain) daripada Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Tahun 2022.

"Prestasi kewangan kerajaan negeri kekal teguh, dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun semasa berjumlah RM1.859 bilion. Hutang awam kerajaan negeri yang terdiri daripada hutang kepada kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan menunjukkan baki berjumlah RM41.11 juta pada akhir tahun 2022 berbanding RM45.41 juta pada 2021.

"Ia menunjukkan penurunan sebanyak RM4.3 juta atau 9.5 peratus," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049687 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list