CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 871|Reply: 0

‘Harimau’ berbeza di Piala Dunia Remaja

[Copy link]
Post time 23-11-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode

MALAYSIA akan turun membuka kempen Piala Dunia Remaja menentang Chile di Stadium Hoki Nasional pada 5 Disember ini.

PENASIHAT Teknikal Pemba­ngunan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Stephen van Huizen percaya skuad remaja lelaki kebangsaan akan ‘mengaum’ lebih garang apabila turun menghadapi saingan Piala Dunia Remaja 2023 bermula 5 Disember ini.

Prestasi Young Tigers menjadi perdebatan dalam kalangan para peminat sukan hoki yang merasakan persediaan mereka masih belum mencukupi sebelum turun sebagai tuan rumah pentas berprestij dunia itu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ia susulan persembahan kurang memuaskan ditampilkan oleh anak-anak buah Muhammad Amin Rahim itu selepas menutup kempen Piala Sultan Johor (SOJC) awal bulan ini di tempat ketujuh daripada lapan negara bertanding.

Bagaimanapun, Van Huizen yang cukup berpengalaman di pentas antarabangsa, percaya skuad projek khas itu akan memperagakan aksi sebenar dengan sasaran ke suku akhir, sekali gus mengulangi pencapaian edisi 2021 di Bhubaneswar, India.

“Kita harapkan ‘harimau yang berbeza’ akan tampil di Piala Dunia Remaja nanti berbanding SOJC baru-baru ini. Buat masa ini semuanya masih dalam fasa latihan dan persiapan kerana paling utama nanti adalah pentas Piala Dunia Remaja.

“Bukannya semua negatif kerana banyak juga peningkatan ditunjukkan tetapi saya akui ada kesilapan dan kelemahan yang kita sudah kenal pasti. Antaranya cara kita nak menangani situasi apabila bermain kurang pemain.

“Lagipun kita tak tunjukkan semua di SOJC yang kita lihat lebih kepada memberi ruang untuk kita cuba taktik di sana. Kita tahu Australia akan pantau dan ambil video terhadap apa yang kita cuba lakukan,” katanya.

Young Tigers akan memulakan saingan Kumpulan A menentang Chile pada 5 Disember diikuti juara bertahan, Argentina sehari kemudian sebelum turun bertemu Australia untuk aksi terakhir pada 8 Disember.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia di pentas Piala Dunia Remaja adalah tempat keempat sebanyak tiga kali bermula edisi 1979 di Versailles, Pe­rancis; 1982 di Kuala Lumpur dan 2013 di New Delhi, India.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... piala-dunia-remaja/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.050082 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list