CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5117|Reply: 3

[Politik] Orang kuat Najib bagi hint Dr Sam boleh jadi PM sebelum PRU16 jika PN pujuk Umno, kata Isham

  [Copy link]
Post time 4-12-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Isham Jalil berkata jika Umno tidak sokong maka PN tidak akan boleh bentuk kerajaan sebelum PRU16.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berkata Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum PRU16.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil, berkata dengan bertautnya kembali kerjasama dua parti terbesar Melayu dan Islam itu, “tidak mustahil kerajaan perpaduan akan tumbang dan digantikan dengan kerajaan muafakat dalam masa terdekat”.


“Jika Umno tidak sokong, maka PN tidak akan boleh bentuk kerajaan sebelum PRU16.

“Walaupun Umno hanya mempunyai 26 kerusi, apa-apa ‘permutasi’ pun memerlukan 26 kerusi Umno ini untuk menukar dan membentuk kerajaan,” katanya dalam kenyataan.



Beliau mengulas kemenangan besar Samsuri yang lebih dikenali sebagai Dr Sam di PRK Kemaman Sabtu lalu dengan majoriti 37,220 undi, meningkat lebih 10,000 undi berbanding PRU15 dan disebut-disebut sebagai calon perdana menteri masa depan PN.

Bagaimanapun, Isham berkata sebarang perubahan dalam landskap politik bergantung kepada tindakan PAS selepas ini atau parti dipimpin Abdul Hadi Awang itu boleh menunggu empat tahun lagi untuk menjadi perdana menteri.

Pada 27 Nov, Muhyiddin Yassin dalam siri kempen PRK Kemaman berkata beliau tidak menolak Samsuri yang juga naib presiden PAS sebagai calon perdana menteri masa depan PN.

Pengerusi PN berkata, pemilihan menteri besar Terengganu itu sebagai calon PRK Kemaman antara langkah strategik untuk memberi gambaran bahawa gabungan tersebut tidak ketandusan pemimpin wibawa.


Menurut Isham, keputusan di Kemaman menunjukkan PN dan PAS berjaya meningkatkan sokongan Melayu daripada 58% (PRU15) kepada 70% pada PRN dan PRK.

Beliau turut memberi amaran jika keadaan itu berterusan besar kemungkinan PN akan merampas semua 26 kerusi Parlimen milik Umno pada PRU16.

“Ini menjadikan PAS parti terbesar dalam Parlimen dan membolehkan Dr Sam menjadi perdana menteri ke-11 dalam tempoh empat tahun lagi,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 05:48 PM | Show all posts
x abes2 nk tebuk atap je keje korg ni...eee meluat aku...dh tebuk pun sama gk xde pembaharuan ape pun...buang msa je undi kalu cmni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Fikiran terkeji di saat org bekerja kuat utk memulihkan negara
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
bodohhh, rakyat da xlarat setan oiii nak mnebuk atap je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.592498 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list