CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4055|Reply: 0

[Politik] UMNO tak khianat Kerajaan Perpaduan - Puad Zarkashi

[Copy link]
Post time 5-12-2023 09:49 AM | Show all posts |Read mode
UMNO tak khianat Kerajaan Perpaduan - Puad Zarkashi

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.


KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO menolak gesaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin supaya parti itu menilai semula kedudukan dalam kerajaan perpaduan selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada PRK Kemaman, minggu lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kekalahan itu tidak bermaksud mereka perlu keluar daripada kerajaan perpaduan diketuai Anwar Ibrahim, sebaliknya perlu turut melihat keserasian yang semakin kukuh.

Tegasnya, UMNO tidak akan mengikut jejak BERSATU keluar dari gabungan kerajaan selepas tewas pada PRK Tanjung Piai pada November 2019, tiga bulan sebelum Langkah Sheraton mengakibatkan pemerintahan Dr Mahathir Mohamad di bawah Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Pada pilihan raya itu, calon BN, Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15,086 undi menewaskan calon PH Karmaine Sardini dari Bersatu. Pada PRU14, kerusi itu dimenangi PH.

"Kemaman tidak boleh disamakan dengan Tanjung Piai. Kekalahan BERSATU di situ digunakan Muhyiddin untuk menjatuhkan Mahathir dan DAP hanya jadi kambing hitam kepada Muhyiddin," kata Puad kepada FMT.

Ahad lalu, Muhyiddin berkata kekalahan BN pada PRK Kemaman memberi amaran kepada UMNO supaya menilai semula kerjasama mereka dengan PH. Katanya, keputusan menunjukkan trend penolakan pengundi BN terhadap kerjasama parti itu dengan PH.

Pada PRK Kemaman, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, mewakili PAS menewaskan calon BN, Jen (B) Raja Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti 37,220 undi.

Puad yang juga ADUN Rengit berkata, kerjasama UMNO dan PH juga semakin serasi, terbukti dengan pembabitan parti itu dalam penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera.

"Itu bukti Kerajaan Perpaduan komited. UMNO akan menilai kedudukannya dalam kerajaan jika ada unsur tikam belakang," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... aduan-puad-zarkashi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.072434 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list